Seminar Psikologi Perkhidmatan Awam Ke-16

October 5, 2010 12:17 pm 0 comments

Share this Article

Author:

TEKS UCAPTAMA DAN PERASMIAN OLEH YBHG TAN SRI MOHD SIDEK HASSAN
KETUA SETIAUSAHA NEGARA

SEMPENA SEMINAR PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KE-16

TEMA: BUDAYA BERPRESTASI TINGGI : SATU TRANSFORMASI MINDA

Bismillahir rahmaanir rahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

YBhg. Dato’ Sri Abu Bakar bin Haji Abdullah
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Y. Bhg. Datuk Ab. Khalil Ab.Hamid
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan)

Y. Bhg. Dato’ Dr. Ismail Alias
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi),

Y.Brs. Dr. Aris bin Kasan
Pengarah Pengurusan Psikologi
Jabatan Perkhidmatan Awam

Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan,

Pengarah-Pengarah Bahagian JPA,

Y.Bhg. Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Para peserta seminar yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T atas limpah kurnia dan izin Nya, kita dapat bersama-sama hadir di dalam Majlis Perasmian Seminar Psikologi Perkhidmatan Awam Kali Ke-16 ini. Terima kasih diucapkan kepada Bahagian Perkhidmatan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam atas kesudian menjemput saya menyampaikan ucaptama dan seterusnya merasmikan Seminar ini.

2. Saya dimaklumkan bahawa Seminar ini menghimpunkan Pengurus-Pengurus Sumber Manusia dan Pegawai Psikologi dari pelbagai kementerian, jabatan dan juga wakil-wakil dari badan berkanun. Pertemuan sebegini merupakan suatu platform yang amat baik untuk kita sama-sama meningkatkan ilmu pengetahuan serta bertukar-tukar fikiran berkaitan aplikasi psikologi dalam pengurusan sumber manusia. Ini penting, demi meningkatkan kualiti dan profesionalisme pengurusan sumber manusia dalam perkhidmatan awam.

Hadirin yang dihormati sekalian,

BUDAYA BERPRESTASI TINGGI ASAS KEJAYAAN TRANSFORMASI KERAJAAN

3. Sebagaimana kita sedia maklum, budaya berprestasi tinggi adalah merupakan salah satu dari 8 nilai aspirasi yang digagaskan melalui konsep 1Malaysia. Ia perlu ada pada masyarakat Malaysia yang progresif dan dinamik, khususnya perkhidmatan awam, bagi memacu negara ke arah mencapai status negara maju. Selain budaya berprestasi tinggi, nilai-nilai aspirasi yang lain yang perlu diberikan penekanan ialah Budaya ketepatan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan, kebijaksanaan, dan budaya inovasi.

4. Nilai-nilai aspirasi ini telah dikenalpasti dapat membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global. Ini seterusnya akan membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap, selaras dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara berdaya saing dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

5. Dalam hal ini, Kerajaan telah merangka Rancangan Malaysia Ke-10 yang menetapkan 4 prinsip utama bagi mentransformasi Perkhidmatan Awam supaya lebih cekap, berkesan, responsif dan komited selaras dengan budaya berprestasi tinggi yang ingin diterapkan tersebut.

• Pertama, penyampaian yang berteraskan kreativiti dan inovasi. Ini menuntut penjawat awam berfikir di luar kotak dengan membudayakan amalan kreatif dan inovatif di dalam proses, sistem dan dasar kerajaan bagi mencapai sesuatu penyelesaian. Sebagai pemacu pembangunan dan ekonomi negara, aspek ini adalah penting untuk membolehkan perkhidmatan awam bertindak balas kepada persekitaran yang global dan dinamik;

• Kedua, penekanan kepada kepantasan membuat keputusan dan bertindak. Penjawat awam perlu membuat keputusan dan bertindak secara pantas berasaskan fakta dan pertimbangan yang wajar. Ini pastinya memerlukan kepada kaedah-kaedah terkini yang berasaskan teknologi, supaya kita dapat bertindak balas dengan pantas kepada tuntutan pelanggan yang sentiasa berubah;

• Ketiga, penyampaian yang berteraskan nilai untuk wang atau value for money. Dalam hal ini, pembaziran dan salah urus kewangan awam hendaklah dihapuskan. Kaedah pengurusan nilai terhadap rancangan dan penilaian projek akan memastikan setiap projek mengambil kira kos dan manfaat kitaran hayat yang menyeluruh bagi memastikan setiap ringgit dibelanjakan dengan baiknya. Ini adalah penting bagi memastikan penyampaian dalam persekitaran fiskal yang ketat tanpa menjejaskan pencapaian outcome yang ditetapkan;

DAN

• Keempat, memartabatkan nilai integriti tertinggi. Penjawat awam, selaku penjaga kepada kepentingan awam, hendaklah mengamalkan piawaian kod etika yang tertinggi dan tadbir urus baik bagi mendapatkan keyakinan dan kepercayaan rakyat. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melaksanakan sebarang tugas yang dipertanggungjawabkan. Orang yang berintegriti akan sentiasa melakukan perkara yang baik dan betul, walaupun tiada siapa yang melihat tindakannya.

6. Bersesuaian dengan tema seminar pada tahun ini, iaitu “Budaya Berprestasi Tinggi: Satu Transformasi Minda” saya ingin mengajak seluruh anggota perkhidmatan awam untuk memasang iltizam yang teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni dalam menjayakan pelan transformasi negara. Sesungguhnya peranan anggota perkhidmatan awam adalah sangat penting dalam memacu pembangunan ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing, demi meningkatkan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Hadirin yang dihormati sekalian,

PENERAPAN KEMAHIRAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING DALAM PERKHIDMATAN AWAM

7. Pengurus Sumber Manusia dan Pegawai Psikologi di pelbagai kementerian, jabatan serta badan berkanun mempunyai peranan khusus dalam memastikan modal insan yang ada pada hari ini diterapkan dengan unsur-unsur yang positif bagi membantu negara mencapai matlamat Wawasan 2020. Ia melibatkan membentuk satu budaya seronok bekerja apabila berada di pejabat. Pendekatan psikologi yang digunakan semasa dalam perhubungan antara pegawai boleh membantu mewujudkan suasana yang kondusif yang boleh menjana hasil kerja yang tinggi dan berkualiti.

8. Bagi mewujudkan penjawat awam yang berprestasi tinggi, kesihatan fizikal, mental dan emosi amat penting. Tanpa kesihatan fizikal, mental dan emosi, segala teknologi dan ilmu yang ada sukar untuk diaplikasikan dengan baik. Pengurusan sumber manusia harus memastikan penjawat awam memberikan perhatian untuk menyeimbangkan keperluan fizikal, mental dan emosi di kalangan pegawai-pegawainya.

9. Suasana bekerja yang mesra dan saling bantu-membantu hendaklah dipupuk dan ini mudah terjalin apabila tiada jurang komunikasi yang besar di antara pegawai atasan dan pegawai bawahan. Namun, pada masa yang sama, perasaan saling hormat menghormati antara satu sama lain serta batas perhubungan hendaklah sentiasa dijaga. Di sinilah terletaknya peranan seorang ketua dalam menunjukkan teladan yang baik melalui pendekatan psikologi kepada pegawai-pegawai di bawah pengawasannya.

10. Seorang ketua juga harus bijak dan berupaya mengendalikan sebarang ketidakpuasan hati di kalangan pegawai. Dalam hal ini, adalah penting bagi Pengurus Sumber Manusia atau Pegawai Psikologi melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang perlu, bagi memastikan tahap produktiviti pekerja terus meningkat. Apa yang jelas, Pengurusan Sumber Manusia yang efektif dan proaktif akan dapat membantu memastikan kejayaan pelaksanaan agenda transformasi negara.

Hadirin yang dihormati sekalian,

PERPADUAN PELBAGAI KAUM

11. Bagi mencapai status negara maju sepertimana yang diidamkan melalui Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil, dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyatnya bersatu padu. Dalam hubungan ini, Y.A.B. Perdana Menteri telah mengilhamkan Konsep 1Malaysia, yang mana asas utamanya adalah perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini.

12. Konsep 1Malaysia juga bertujuan menyemarakkan semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia. Ini kerana bagi menjamin kemajuan negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, justeru hendaklah dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

13. Namun kebelakangan ini, agenda perpaduan telah tergugat akibat segelintir penjawat awam yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama. Perbuatan ini adalah bertentangan dengan keharmonian kaum yang dipupuk selama ini. Perkara ini tidak seharusnya berlaku, khususnya di kalangan penjawat awam yang merupakan golongan pelaksana dasar-dasar Kerajaan.

14. Dalam hubungan ini, saya telah mengeluarkan satu Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2010 bertarikh 1 Oktober 2010, kepada semua Ketua Jabatan Kerajaan bagi mengingatkan penjawat awam agar berhati-hati serta menghindari daripada mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama. Kerajaan sentiasa berusaha membendung perbuatan yang boleh meruntuhkan kerukunan antara pelbagai kaum yang dinikmati selama ini. Ini termasuk mengenakan tindakan tatatertib terhadap mereka sekiranya benar-benar didapati bersalah.

15. Saya amat berharap semua penjawat awam dapat mengambil iktibar daripada insiden-insiden terpencil yang telah dilaporkan. Perkhidmatan Awam adalah milik semua rakyat Malaysia dari semua bangsa, keturunan dan agama. Asas kekuatan kita terletak kepada ketelusan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kita kepada pelanggan dan rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Oleh itu sebarang unsur yang menghalang aspirasi kesatuan rakyat Malaysia tidak akan mempunyai tempat sama sekali dalam perkhidmatan awam.

16. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru semua penjawat awam agar menumpukan sepenuh perhatian, jiwa dan tenaga ke arah merealisasikan pelbagai program dan inisiatif yang telah dirancang Kerajaan demi kemajuan dan kesejahteraan negara serta usaha-usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi. Kita kini berada dalam fasa terakhir untuk mencapai Wawasan 2020. Kita tidak harus membiarkan sebarang unsur negatif daripada mana-mana pihak menghalang tumpuan kita ke arah mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Hadirin yang dihormati sekalian

17. Sebagai mengakhiri ucapan, saya berharap semua Pengurus Sumber Manusia dan Pegawai Psikologi yang ada pada hari ini, akan dapat membantu usaha merealisasikan aspirasi kerajaan mendahulukan rakyat dan mengaplikasikan budaya kerja berprestasi tinggi. Bimbinglah rakan-rakan sekerja yang menghadapi masalah untuk meningkatkan potensi dan kecemerlangan diri masing-masing.

18. Tanggungjawab yang diamanahkan ini tidak boleh dipandang remeh. Sesungguhnya sentuhan insan atau human touch mampu meringankan beban yang ditanggung oleh seseorang yang menghadapi masalah. Semoga segala usaha yang murni dan ikhlas mendapat keredhaan dan keberkatan Allah SWT jua.

19. Sekali lagi, syabas dan tahniah diucapkan kepada Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam kerana telah berjaya menganjurkan Seminar Psikologi Perkhidmatan Awam ini.

20. Dengan ucapan Bismillahir rahmaanir rahim, saya merasmikan Seminar Psikologi Perkhidmatan Awam Kali Ke-16 Tahun 2010.

Sekian.
Wabillahittaufiq walhidayah Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Leave a Reply



six × 9 =

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →