OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

December 15, 2022 4:36 pm 0 comments

Share this Article

Author:

15 Disember 2022
Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2,
Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya

Bismillahirahhmanirrahim,

Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh
dan Salam Sejahtera,

Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC,

Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’,
Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan,

Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad,
Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian.

2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-Agensi Penguatkuasaan Seliaan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) di atas kesudian saudara-saudari sekalian menghadiri Mesyuarat Koordinasi EAIC Bersama Dengan Ketua-Ketua Jabatan Agensi Penguatkuasaan Seliaan yang diadakan buat kali kedua pada tahun ini. Alhamdulillah hasrat kami di EAIC agar mesyuarat sebegini diadakan secara berkala dipersetujui oleh semua ahli pada Mesyuarat Koordinasi yang diadakan pada 23 Jun 2022 yang lalu.

3. Aspirasi penubuhan EAIC adalah untuk menyemai dan meningkatkan integriti dalam kalangan pegawai penguat kuasa serta agensi penguatkuasaan demi memperkukuh keyakinan orang ramai terhadap perkhidmatan kita. Oleh yang demikian, EAIC komited dan gigih untuk bersama-sama agensi penguatkuasaan seliaan bagi memastikan pembudayaan integriti dalam kalangan agensi penguatkuasaan berteraskan profesionalisme dan amalan terbaik.

4. Mesyuarat Koordinasi ini adalah medium untuk EAIC dan agensi penguatkuasaan seliaan, membincangkan dan mencapai kata sepakat dalam usaha mewujudkan jalinan kerjasama yang lebih berkesan bagi memastikan setiap agensi penguatkuasaan di bawah seliaan, tidak terkecuali EAIC, memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan penuh integriti.

5. Pada Mesyuarat yang lalu, beberapa cadangan penambahbaikan telah disepakati antaranya pelantikan Focal Person bagi setiap agensi penguatkuasaan sebagai pemudah cara bagi urusan antara EAIC dengan agensi penguatkuasaan seliaan, serta cadangan edaran statistik aduan dan siasatan pada setiap suku tahun kepada agensi penguatkuasaan.

6. Alhamdulillah, pelantikan Focal Person di setiap agensi penguatkuasaan telah melancarkan lagi proses kerja dua hala. Sebarang isu atau permasalahan di peringkat EAIC dapat diselesaikan segera dengan menghubungi Focal Person agensi penguatkuasaan terlibat. Komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan oleh agensi penguatkuasaan seliaan dalam tujuan pewujudan Focal Person adalah amat dihargai oleh kami di EAIC.

7. EAIC pada tahun ini telah mengadakan siri sesi libat urus bersama dengan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Kontinjen Negeri Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sesi libat urus membawa cetusan idea penambahbaikan antaranya surat permohonan maklum balas siasatan awal dan surat pengesyoran hukuman EAIC turut disalinkan kepada Ketua Polis Negeri/JIPS Negeri bagi tujuan pemantauan dan penyelarasan. Insya Allah, langkah yang sama akan diambil bersama semua agensi penguatkuasaan seliaan.

8. EAIC sudah pasti tidak dapat memberikan pendekatan yang sama kepada semua agensi penguatkuasaan dengan jumlah pegawai dan kakitangan di kesemua agensi-agensi ini melebihi 210,000. Adalah amat mustahil untuk EAIC bekerja secara bersendirian. Di sinilah EAIC dan Agensi-Agensi Penguatkuasaan, khususnya JIPS dan Unit-Unit Integriti perlu memainkan peranan menangani isu integriti.

9. Malah adalah lebih baik lagi sekiranya, setiap dari anggota penguat kuasa di agensi penguatkuasaan menjadi JIPS sendiri, atau Unit Integriti dalam setiap tindakan mereka. Jika setiap anggota penguat kuasa menjadi lebih berintegriti dari Unit Integriti, maka keperluan badan pengawasan seperti EAIC sudah tidak relevan lagi! Sebenarnya keperluan untuk JIPS di PDRM itu sendiri tidak sebegitu mendesak.

10. Seperti yang hadirin sekalian sedia maklum, Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 (RUU IPCC 2020) telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 26 Julai 2022 dan di Dewan Negara pada 8 Ogos 2022 yang lalu. RUU IPCC 2020 akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2023.

11. Selaras dengan penubuhan IPCC, PDRM akan dikeluarkan daripada senarai agensi penguatkuasaan seliaan EAIC. Walaupun EAIC kelak tidak lagi menyelia PDRM, masih terdapat 20 agensi penguatkuasaan yang perlu diberi perhatian oleh EAIC.

12. Adalah sukar bagi EAIC, dengan bilangan perjawatan yang kecil, bajet dan sumber kuasa yang terhad, untuk melunaskan tanggungjawab mengawal selia integriti agensi-agensi penguatkuasaan yang lebih besar dan berkuasa. Pada masa ini, fokus EAIC adalah lebih ke arah sudut pengurusan aduan dan siasatan salah laku dan pengesyoran tindakan ke atas pesalah laku.

13. Bagaimanapun, aduan dan siasatan salah laku adalah berkenaan perkara salah yang telah berlaku. Dalam meningkatkan integriti dalam kalangan pegawai penguat kuasa serta agensi penguatkuasaan, perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah punca kepada salah laku tersebut berlaku. Supaya dapat dirumuskan kaedah terbaik untuk menghindarkan ianya dari berlaku.

14. Oleh yang demikian, menuju kehadapan, EAIC akan mencari kaedah terbaik untuk mencegah atau sekurang-kurangnya mengekang perbuatan salah laku dengan memberi penekanan kepada pendidikan dan kesedaran integriti secara berterusan.

15. Mengambil perumpamaan mencegah lebih baik dari mengubati, EAIC akan meningkatkan fokus terhadap perkara yang boleh ditambah baik, bagi mencegah kepada sebarang salah laku yang boleh berlaku.

16. Sehubungan dengan ini, EAIC akan menggiatkan lagi pengauditan dan pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP), membuat lawatan dan pemeriksaan ke premis agensi penguatkuasaan seliaan bertujuan mengesyorkan penambahbaikan kepada Kerajaan.

17. Karenah birokrasi yang keterlaluan, terutamanya keperluan mengemukakan dokumen yang tidak memberi nilai tambah, dalam sesuatu urusan Kerajaan akan dikaji semula dan sekiranya wajar dihapuskan. Bagaimanapun, sebarang penambahbaikan yang akan dibuat tidak akan berkompromi dengan integriti.

18. Oleh yang demikian, EAIC berhasrat agar medium pada hari ini dapat menjadi platform kerjasama antara agensi penguatkuasaan, mempelajari “amalan-amalan terbaik” best practices di kalangan kita, agar perkhidmatan yang terbaik serta memudahkan, dapat disampaikan kepada orang awam.

19. Sebelum memulakan mesyuarat, ingin saya memetik kata-kata Puan Norhayati Ahmad kepada saya bersabit program E.R.A.T EAIC di Ipoh, Perak pada 8 Disember 2022. Alone we can do so little, together we can do so much. Kata-kata tersebut pada hemat saya amat bertepatan dan bermakna buat EAIC dan kesemua 21 agensi penguatkuasaan seliaan. Jalinan kerjasama kita semua dalam memartabatkan integriti bagi membawa transformasi positif yang pastinya memberi manfaat kepada perkhidmatan dan Negara.

Leave a Reply



× two = 8

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →