OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

June 23, 2022 3:32 pm 0 comments

Share this Article

Author:

23 Jun 2022
Selangor Meeting Room
Putrajaya Marriot Hotel
 

Bismillahirahhmanirrahim,

Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh
dan Salam Sejahtera,

Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC,

Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk,
Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan,

Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad,
Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini.

2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan Seliaan EAIC di atas kesudian saudara-saudari sekalian menghadiri Mesyuarat Koordinasi EAIC Bersama Dengan Ketua–Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan Seliaan yang julung kali diadakan pada hari ini. Adalah menjadi hasrat kami di EAIC agar mesyuarat sebegini akan diadakan secara berkala.

3. EAIC komited dan gigih untuk bersama-sama Agensi Penguatkuasaan seliaan bagi memastikan pembudayaan integriti dalam kalangan agensi penguatkuasaan berteraskan profesionalisme dan amalan terbaik.

4. Mesyuarat ini dihasratkan untuk menjadi platform membentuk jalinan kerjasama, mengembangkan aspirasi pengukuhan integriti, di antara EAIC dengan agensi penguatkuasaan. Ia juga bertujuan menjalin dan mengukuhkan kerjasama di kalangan agensi-agensi penguatkuasaan. Untuk mempelajari “amalan-amalan terbaik” (“best practices”) di kalangan kita.

5. EAIC pada masa ini mengawal selia 21 buah agensi penguatkuasaan dengan jumlah pegawai dan kakitangan di kesemua agensi-agensi ini melebihi 210,000. Sudah pasti adalah sukar bagi EAIC, dengan bilangan perjawatan hanya 78 orang, bajet RM8 juta setahun, malah sumber kuasa yang juga terhad, untuk melunaskan tanggungjawab mengawal selia integriti agensi-agensi penguatkuasaan yang lebih besar dan lebih berkuasa. Memang satu kemustahilan sekiranya EAIC bekerja secara bersendirian dan mengambil sikap “adverserial” dengan agensi-agensi seliaan.

6. Hakikatnya, EAIC tidak bersendirian dalam hasrat memartabatkan integriti dalam agensi penguatkuasaan. Saya sangat yakin setiap agensi penguatkuasaan itu sendiri, lebih-lebih lagi diperingkat Pengurusan Tertinggi lebih dari pihak lain, inginkan agensi mereka memberikan perkhidmatan terbaik, perkhidmatan berintegriti.

7. Tidak ada ketua mana-mana agensi penguatkuasaan, yang apabila menerajui agensi, mahu memberikan perkhidmatan yang tidak berintegriti. Ia adalah amat mustahil. Hasrat setiap ketua pasti mahu menjadikan agensi mereka sebagai yang terbaik.

8. Namun kita tidak boleh menafikan, akan pasti ada dikalangan kita yang sebegitu ramai pegawai dan kakitangan, yang ada kalanya atau selalunya tidak berintegriti. Di sinilah EAIC dan Agensi-agensi Penguatkuasaan, khususnya Ketua-Ketua Jabatan dan Unit-Unit Integriti perlu bekerjasama dengan akrab dan bersatu hati menangani sebarang isu integriti.

9. Jalinan kerjasama EAIC bersama dengan agensi penguatkuasaan boleh memberikan nilai tambah. Hasil siasatan dijalankan oleh EAIC sebagai pihak ketiga mempunyai lebih kredibiliti berbanding dengan siasatan secara dalaman. Sebagai contoh isu Kewujudan Kartel Dalam PDRM dijalankan oleh EAIC sebagai pihak tidak berkepentingan telah diterima baik berbanding sekiranya hasil siasatan yang sama dijalankan oleh PDRM sendiri.

10. Kami di EAIC amat gembira, hasrat jalinan kerjasama EAIC disambut baik oleh PDRM. Hubungan dengan PDRM telah bermula di peringkat tertinggi PDRM. Kesinambungan jalinan kerjasama bersama PDRM telah dipergiat menerusi sesi libat urus yang diadakan bersama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dan seterusnya di peringkat Kontinjen, bermula di negeri Kedah. EAIC amat mengalu-alukan cadangan YDH CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, Ketua Polis Kedah supaya semua surat yang dikeluarkan oleh EAIC kepada Ketua Polis Daerah di Negeri Kedah disalinkan kepada JIPS IPK Kedah supaya isu berkenaan dapat dipantau oleh beliau sendiri.

11. Amalan ini membolehkan siasatan diselesaikan dengan lebih cepat dan lengkap dan seterusnya meningkatkan kepercayaan awam bukan sahaja kepada EAIC malah PDRM. Sesi libat urus dengan IPK Terengganu, Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur juga telah merumuskan proses kerja terbaik dan mencapai kesepakatan dalam memastikan usaha meningkatkan integriti terus diperkasakan.

12. EAIC berhasrat untuk menjadikan pendekatan kerjasama yang diadakan bersama PDRM sebagai templat kerjasama dengan agensi penguatkuasaan seliaan yang lain. Medium kerjasama ini bukan hanya untuk meningkatkan tahap perkhidmatan agensi penguatkuasaan seliaan sahaja malah juga dalam meningkatkan tahap perkhidmatan EAIC.

13. Mesyuarat hari ini bertujuan membincang dan mendapat kata sepakat bagaimana EAIC dan Agensi-Agensi Penguatkuasaan dapat bekerjasama dengan lebih berkesan lagi dalam usaha bersama memastikan kita semua dapat memberikan perkhidmatan terbaik mungkin dengan penuh integriti.

Leave a Reply



× 5 = thirty

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →