Majlis Perasmian Hari Pelanggan dan “Technology Showcase” Nuklear Malaysia 2010

December 8, 2010 8:58 am 0 comments

Share this Article

Author:

TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI MOHD SIDEK HASSAN
KETUA SETIAUSAHA NEGARA

MAJLIS PERASMIAN HARI PELANGGAN DAN ‘TECHNOLOGY SHOWCASE’ NUKLEAR MALAYSIA 2010

8 DISEMBER 2010 (RABU), 9:00 PAGI
DEWAN TUN DR. ISMAIL, AGENSI NUKLEAR MALAYSIA, BANGI

Bismillahir rahmanir rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Y. Bhg. Dato’ Madinah Mohamad
Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Y. Bhg. Datuk Dr. Daud bin Mohamad, Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia

Rakan Kerjasama serta Pelanggan-Pelanggan Agensi Nuklear Malaysia

Tuan-tuan, Puan-puan, para hadirin yang dihormati sekalian.

Marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia dan keberkatan Nya jua kita dapat berhimpun pada pagi ini sempena Majlis Perasmian Hari Pelanggan dan “Technology Showcase” Nuklear Malaysia 2010. Saya mengucapkan terima kasih kepada MOSTI dan Agensi Nuklear Malaysia atas kesempatan bersama-sama saudara-saudari pada pagi ini, bagi menyampaikan sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan Majlis ini.

2. Sebagaimana kita sedia maklum, Agensi Nuklear Malaysia adalah merupakan sebuah institusi kerajaan yang aktivitinya berteraskan penyelidikan saintifik dalam bidang teknologi nuklear. Nuklear Malaysia telah berjaya menjana pendapatan melalui pembekalan produk dan perkhidmatan bagi manfaat lebih 6,000 pelanggannya yang terdiri dari agensi kerajaan dan swasta dari dalam dan luar negara. Hasil yang diperolehi telah dilaburkan semula ke dalam program dan aktiviti penyelidikan Nuklear Malaysia.

3. Pada hemah saya, usaha sedemikian adalah baik dan wajar dijadikan model serta dicontohi oleh institusi dan agensi penyelidikan kerajaan yang lain, dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada peruntukan kewangan Kerajaan bagi menampung pelaksanaan aktiviti agensi. Syabas diucapkan kepada Nuklear Malaysia dan semoga usaha ini akan berterusan.

SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM

Hadirin yang dihormati sekalian,

4. Kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, menjanjikan sebuah pentadbiran yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai agenda utama. Turut dijanjikan ialah tahap prestasi jentera pentadbiran yang kukuh bagi memastikan kehendak rakyat benar-benar direalisasikan. Program Transformasi Kerajaan yang telah dilancarkan merupakan titik tolak ke arah memenuhi janji Kerajaan tersebut secara lebih jitu dan tepat.

5. Adalah amat perlu bagi kita, warga perkhidmatan awam, sebagai pelaksana dasar-dasar Kerajaan, mempelopori satu transformasi minda, etika kerja dan kaedah penyampaian perkhidmatan bagi mendukung agenda murni ini. Proses transformasi ini adalah penting dalam usaha kita menyediakan perkhidmatan yang melangkaui harapan segenap lapisan rakyat dan pelanggan. Adalah penting bagi kita Perkhidmatan Awam memastikan gagasan “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dihayati dan dilaksanakan sepenuhnya.

6. Sejajar dengan hasrat pucuk pimpinan supaya sektor awam menghasilkan inovasi sebagai langkah meningkatkan lagi kecekapan perkhidmatannya, semua kementerian dan agensi Kerajaan perlu memperkenalkan kaedah-kaedah penyampaian inovatif yang dapat meningkatkan keselesaan rakyat semasa berurusan dengan jabatan dan agensi Kerajaan.

7. Sehubungan ini, kita dapat lihat pelbagai usaha berteraskan prinsip “delighting the customers” giat dipelopori oleh agensi barisan hadapan Kerajaan, contohnya seperti di Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Saya gembira inovasi dalam perkhidmatan agensi-agensi ini dan lain-lain Kementerian telah dilaksanakan melalui, antara lainnya dengan kita responsif terhadap cadangan dan pandangan pihak-pihak lain, termasuk melalui PEMUDAH.

Saudara-saudari sekalian,

8. Sungguhpun banyak penambahbaikan telah kita hasilkan, pastinya masih ada lagi terdapat cacat celanya, termasuk agensi-agensi yang dinamakan 5-bintang. “Challenge” kita ialah untuk mengurangkan cacat cela ini. “Challenge” kita adalah untuk mengekalkan taraf 5-bintang serta membanyakkan kementerian dan jabatan bertaraf 5-bintang. “Delighting the customers” adalah mudah – just treat them the way we like to be treated. And delivering what we promise is our motto, whatever they are:
– Quality Service with Integrity;
– Integriti Amalan Kita;
– Tegas, Adil dan Berhemah;
– BPA, Sedia Membantu;
– Kami Sedia Membantu;
– Service with a Smile;
dan sebagainya.

Saudara-saudari sekalian,

9. Perkhidmatan awam menyedari tahun 2010 ini dan tahun-tahun yang mendatang adalah kritikal di mana Perkhidmatan Awam perlu mengorak langkah bagi melaksanakan Program Transformasi Kerajaan demi mencapai matlamat petunjuk-petunjuk prestasi utama di bawah Bidang-bidang Keberhasilan Kerja yang telah dikenal pasti. Perkhidmatan Awam sedar bahawa kejayaan kesemua inisiatif ini banyak bergantung kepada transformasi dalam penggemblengan pelbagai aspek pengurusan sektor awam — dari segi kepimpinan, modal insan, pendekatan perancangan dan pembangunan ekonomi, struktur pentadbiran dan pengurusan prestasi.

10. Usaha-usaha sebegini menunjukkan Kerajaan amat prihatin serta komited untuk menangani isu-isu berkaitan sistem penyampaian perkhidmatan, supaya segenap lapisan rakyat akan dapat merasakan nikmat pembangunan melalui kemudahan-kemudahan yang disediakan, sekali gus membawa kepada kesejahteraan dan kemakmuran negara.

SISTEM PENGURUSAN KUALITI

Saudara-saudari sekalian,

11. Sistem Pengurusan Kualiti yang cekap dan berkesan adalah menjadi impian setiap organisasi untuk menjamin kepuasan hati pelanggan secara berterusan. Agensi Nuklear Malaysia telah melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti seawal tahun 1991 lagi, melalui kemudahan Sinagama, di mana ia merupakan agensi kerajaan pertama di Malaysia yang mendapat Pensijilan ISO9001:1987. Sehingga kini, 10 buah Pusat Khidmat Nuklear Malaysia yang membekalkan produk dan perkhidmatan kepada pelanggan telah mendapat pengiktirafan ISO-9001:2008, ISO/IEC 17025, EN46000, GMP serta “USFDA CGMP (Current Good Manufacturing Practice)”.

12. Nuklear Malaysia juga bakal mendapat pengiktirafan ISO/IEC 17020, ISO/IEC 17024, OSHAS 18000 dan ISO/IEC 27001 yang mana ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan. Pengiktirafan yang diperoleh ini adalah langkah strategik dalam memastikan kecemerlangan perkhidmatan yang diberikan. Ini jelas menunjukkan komitmen agensi ini dalam memenuhi kehendak pelanggan.

13. Saya yakin pelbagai kaedah dan amalan perkhidmatan yang berkualiti telah juga berjaya diterapkan, khususnya bagi memastikan kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan. Antara amalan-amalan tersebut adalah menangani aduan pelanggan secara berkesan, melaksanakan tindakan pembetulan dengan cepat, serta mengadakan tinjauan kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan.

DANA UNTUK PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN DAN KOMERSIL

Hadirin yang dihormati sekalian,

14. Penemuan hasil R&D, baik berupa produk, proses dan khidmat hendaklah dimanfaatkan untuk kemajuan sosioekonomi masyarakat dan negara. Hasil seumpama ini, pada pandangan saya, tidak sepatutnya berada dalam lingkungan makmal sahaja, malah perlu diketengahkan untuk kemakmuran sejagat. Kecemerlangan tamadun Islam sehingga abad ke-17, sebahagian besarnya adalah melalui hasil pencapaian dalam bidang sains dan teknologi. Juga, kejayaan negara-negara di Barat dan Asia Timur adalah berpunca daripada kekuatan mereka menguasai bidang sains dan teknologi.

15. Saya berharap setiap projek penyelidikan dan pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan oleh Nuklear Malaysia adalah selaras dengan arus perdana Sains dan Teknologi negara, serta sesuai dengan kehendak end-users dan pasaran. Sehubungan itu, projek R&D yang dilaksanakan perlu berlandaskan kepada ciri-ciri berikut:

• Pertama, penjanaan ilmu untuk kemajuan sains dan teknologi;

• Kedua, kehendak pasaran untuk ciptaan kekayaan dan kemakmuran; dan

• Ketiga, menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan negara.

16. Ketiga-ketiga kriteria tersebut adalah perkara teras dalam memastikan kesemua pelaburan kerajaan mendatangkan pulangan yang berfaedah. Dalam hal ini, kerajaan sentiasa memberi penekanan kepada pendidikan dan aplikasi sains dan teknologi dalam segenap bidang kehidupan.

17. Di samping itu, kerajaan juga telah menyediakan pelbagai insentif bagi menggalakkan serta mempercepatkan penemuan penyelidikan untuk memasuki pasaran tempatan dan juga global. Ini boleh dilaksanakan secara langsung melalui khidmat teknikal dan runding cara, atau perlesenan teknologi selain penghasilan harta intelek.

Hadirin yang dihormati sekalian,

18. Kerajaan, melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menyediakan 3 dana R&D, iaitu “ScienceFund”, “TechnoFund” dan “InnoFund”, bagi menggalakkan penyelidikan serta pemindahan teknologi dan inovasi dalam sains dan teknologi.

19. Kerajaan juga menggalakkan kerjasama dengan pihak swasta, terutamanya dari kalangan industri kecil dan sederhana atau SME, serta dengan pusat-pusat penyelidikan tempatan dalam menjalankan aktiviti penyelidikan, pembangunan, inovasi dan pra-pengkomersilan. Penekanan yang lebih besar akan terus diberikan bagi melaksanakan pencarian teknologi, risikan pasaran dan feasibility study sebagai panduan untuk menentukan keutamaan penyelidikan dan peruntukan bagi meningkatkan pulangan dari pelaburan R&D. Dalam hubungan ini, saya amat menggalakkan agensi serta institusi penyelidikan sedia ada, bersaing secara sihat bagi merebut peluang-peluang yang telah disediakan ini.

PENGANTARABANGSAAN NUKLEAR MALAYSIA DAN IMEJ NEGARA

Saudara-saudari sekalian,

20. Negara kita, khususnya melalui Nuklear Malaysia, telah mendapat banyak manfaat melalui kerjasama dengan badan-badan antarabangsa dan negara luar sejak tahun 1970-an lagi. Kerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa atau IAEA, serta negara-negara seperti Australia dan Jepun bukan sahaja telah meningkatkan keupayaan dan kepakaran warga Nuklear Malaysia, bahkan juga telah membangunkan kemahiran tenaga kerja, sekali gus membantu perkembangan industri negara.

21. Antara industri yang telah banyak memperoleh manfaat, termasuklah industri minyak dan gas seperti Petronas, Exxon-Mobil dan Shell, melalui penggunaan teknologi ujian tanpa musnah dan tolok nuklear; sterilisasi barangan perubatan menggunakan sinaran; serta penghasilan radio-farmaseutikal untuk kegunaan dalam perubatan nuklear di hospital-hospital kerajaan dan juga swasta, khususnya untuk tujuan diagnostik dan terapeutik penyakit barah.

22. Bagi meningkatkan kerjasama antarabangsa, saya dimaklumkan Agensi Nuklear Malaysia terlibat dalam pelbagai aktiviti dan program kerjasama dengan banyak negara, serta berjaya meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa. Nuklear Malaysia juga telah diiktiraf oleh IAEA sebagai agensi contoh atas kejayaannya dalam pengkomersilan dan pemindahan teknologi ke pasaran dan seterusnya end-user.

23. Di samping itu, ramai di kalangan pegawai kanan Nuklear Malaysia diiktiraf sebagai pakar IAEA dan mereka diberi tanggungjawab untuk melaksanakan ‘Expert Mission’ ke negara-negara membangun di rantau Asia Pasifik dan Timur Tengah. Selain dari itu, fellows IAEA telah juga ditempatkan di Nuklear Malaysia untuk menjalankan kajian dan penyelidikan dalam teknologi nuklear. Ini jelas menunjukkan Agensi Nuklear Malaysia mempunyai kepakaran dan kemudahan yang cemerlang yang boleh dikongsi bersama dengan negara luar khususnya, dan negara Malaysia amnya.

PENUTUP

Hadirin yang dihormati sekalian,

24. Saya yakin program-program yang telah dirancang dan yang akan dilaksanakan oleh Nuklear Malaysia, akan terus berupaya menjayakan aktiviti-aktiviti teras serta berfokus kepada teknologi dan tenaga nuklear. Sistem penyampaian perkhidmatan perlu sentiasa dipertingkatkan sehingga mencapai taraf kelas pertama bagi melangkaui ekspektasi pelanggan. Dalam hubungan ini, saya ingin mengulangi gesaan Y.A.B. Perdana Menteri semasa berucap sempena Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Kewangan 2010 pada hari Isnin, 1 November 2010, iaitu, “Kita seharusnya mengamalkan pemikiran kritis dan konstruktif dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penjawat awam dengan melaksanakan penyelesaian-penyelesaian kreatif dan inovatif. Kita tidak mahu lihat budaya “automation” menjadi satu hakikat dalam sektor awam, kita hendaklah sentiasa berfikir di luar kotak kebiasaan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

25. Akhir kata, dengan lafaz Bismillahir rahmanir rahim, saya dengan rasminya melancarkan Hari Pelanggan dan “Technology Showcase” Nuklear Malaysia 2010.

Sekian.
Wabillahittaufik walhidayah
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabaraktuh.

Leave a Reply



5 − = one

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →