Majlis Pengiktirafan Penarafan Bintang dan Pelancaran Buku

January 27, 2011 8:43 am 0 comments

Share this Article

Author:

TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI MOHD SIDEK HASSAN
KETUA SETIAUSAHA NEGARA

MAJLIS PENGIKTIRAFAN PENARAFAN BINTANG DAN PELANCARAN BUKU “BERSAMA MELAKSANA TRANSFORMASI”

27 JANUARI 2011 (KHAMIS), 8.00 MALAM

DEWAN PERDANA B, PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA

Bismillahir rahmanir rahim

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakaatuh, Salam Sejahera dan Salam 1Malaysia.

Yang Berbahagia Dato’ Mohamad Zabidi Zainal
Ketua Pengarah MAMPU

Yang Berbahagia Tan Sri-Tan Sri, Dato’ Sri- Dato’ Sri, Datuk- Datuk, Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Perkhidmatan

Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri

Hadirin yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat serta keizinan Nya jua dapat kita berhimpun pada malam ini sempena berlangsungnya Majlis Pengiktirafan Penarafan Bintang dan Pelancaran Buku “Bersama Melaksana Transformasi”.

2. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir, khususnya kepada pihak MAMPU, atas inisiatif menganjurkan majlis ini. Sesungguhnya ia adalah cerminan kepada komitmen serta sokongan yang padu terhadap usaha mewujudkan Perkhidmatan Awam Malaysia yang cemerlang.

MENERAJUI PERUBAHAN

Hadirin yang dihormati sekalian,

3. Perkhidmatan Awam Malaysia kini sedang berada di persimpangan — iaitu sama ada meneruskan rutin yang biasa dalam melaksanakan langkah-langkah jangka pendek bagi mengurangkan kos serta meningkatkan keberkesanan; ataupun mendakap perubahan strategik yang mampu merombak peranan asasnya. Namun, berlatarbelakangkan ketidaktentuan senario ekonomi global serta diiringi persaingan yang begitu pesat pada masa ini, kita tiada pilihan melainkan mengambil haluan strategik melalui perkhidmatan awam yang responsif, bersepadu, telus serta berteraskan rakyat, selaras dengan pendekatan “whole of government”. Ini pastinya memerlukan perubahan minda dan perubahan kepada cara berfikiran tradisi yang “silo” oleh setiap penjawat awam.

4. Menyedari akan hakikat ini juga, Kerajaan pimpinan Y.A.B. Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak telah mengorak langkah memperkenalkan pelbagai inisiatif baru yang berani, bagi melonjakkan ekonomi negara ke tahap yang belum pernah lagi tercapai. Melalui Pelan Transformasi Negara, Pelan Transformasi Ekonomi, Model Baru Ekonomi serta Rancangan Malaysia Ke-10, semangat dan usaha digembleng secara bersepadu dan tersusun, ke arah menjayakan hasrat dan aspirasi yang sama, iaitu mentransformasikan negara kepada sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi sebelum menjelangnya tahun 2020.

5. Kejayaan agenda transformasi ini pastinya menuntut supaya perkhidmatan awam beralih dari paradigma lama, bagi membentuk budaya baru yang mengutamakan inovasi dan penciptaan serta pemerkasaan intelektual dan profesionalisme. Budaya lapuk perlu dipinggirkan sambil meneroka bidang-bidang baru melalui kekuatan iltizam dan perubahan dalam cara berfikir dan bertindak. Always challenge the status quo; think out of the box; dare to think and do differently — hendaklah menjadi mantera dan pedoman dalam melakar warna-warna transformasi dalam perkhidmatan awam masa kini.

MENGURUS TRANSFORMASI

Hadirin yang dihormati sekalian,

6. Dalam menongkah arus transformasi, saya diperingatkan akan nukilan puisi oleh Penulis, Khadijah Hashim:

Krisis ekonomi baru virus baru muncul pantas tanpa diduga
itu tembok berduri minta disapa
rugi jika tidak berani mencuba
malu jika tidak bereksperimen
mencabar akal mencari yang murni
Di alam semesta diatur selesa
sedangkan langit belum runtuh
matahari masih terbit di Timur
murai merbah terus bernyanyi
rambutan pulasan ranum di dusun

Setiap yang wujud berfungsi
sederap langkah akan ditanya
kenapa murung berputus asa?

Mari mendaki si Gunung Tahan
gunung yang hendak ditakluki
juga semangat diri sendiri
sama sukarnya menakluki Everest

Tiada emas di puncak sana
pulangnya tanpa janji duit seguni
cuma emas lain dimiliki
lulus ujian mencabar kepayahan.

7. Begitulah bait-bait puisi yang bertajuk “Mencabar Kepayahan”. Cabaran yang kita hadapi pada masa ini amat berat, khususnya dalam mewujudkan perkhidmatan awam yang bersepadu, dan meningkatkan prestasi secara tuntas, selaras dengan aspirasi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Akan tetapi, ia bukanlah satu alasan untuk kita berputus asa sedangkan warga perkhidmatan awam telah dibekalkan dengan kelengkapan yang mencukupi untuk menghadapi cabaran ini. Kita seharusnya bertekad dan berani mencabar status-quo dan mencipta kelainan untuk menjana lonjakan berganda.

Saudara-saudari sekalian,

8. Pendekatan agensi sektor awam yang sering melaksanakan penambahbaikan secara bertokok atau incremental, berpaksikan amalan pemikiran secara reproduktif, hanya akan mencetuskan perubahan yang sedikit dan terbatas. Untuk lebih cemerlang, budaya pemikiran ini perlu diberikan nafas baru, dengan mengamalkan budaya pemikiran secara produktif pula.

9. Menurut Tim Hurson di dalam bukunya “Think Better”, productive thinking changes not only what we do, but how we see the world. It is a way of both coping with change and creating change. Pendekatan pemikiran ini sebenarnya amat bertepatan dengan bait-bait puisi Khadijah Hashim yang mengingatkan kita bahawa kita akan rugi sekiranya kita tidak berani mencuba, kita akan malu jika tidak bereksperimen, serta mencabar akal mencari yang murni.

10. Pemikiran secara produktif akan mengupayakan kita menghasilkan idea-idea yang baru yang lebih inovatif berbanding dengan hanya memberi fokus penambahbaikan idea-idea yang lama, yang mungkin tidak dapat bertahan bila mendepani arus perubahan yang mencabar. Justeru sinergi pengamalan budaya pemikiran produktif akan membuka ruang-ruang baru serta menzahirkan momentum dalam menjayakan agenda transformasi perkhidmatan awam. Sekiranya momentum ini dapat digandakan, saya percaya iltizam untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 akan tercapai.

11. Dalam hal ini, peranan pemimpin dalam menakhoda agenda transformasi adalah amat penting. Apa yang diperlukan adalah kepimpinan rare breed yang didorong oleh passion atau semangat yang meluap-luap untuk mencapai visi. Kita perlukan sekumpulan pemimpin yang sentiasa bertenaga untuk melaksanakan perkara-perkara baru yang positif, sekali gus menyemarakkan momentum transformasi. Golongan ini diperlukan di setiap peringkat perkhidmatan awam, sama ada di agensi barisan hadapan, agensi penguatkuasaan, agensi penggubal dasar mahu pun agensi pelaksana, bagi mendukung agenda perkhidmatan awam keseluruhannya.

PENILAIAN BERTERUSAN

Hadirin yang dihormati sekalian,

12. Pada malam ini, kita akan menyaksikan 2 inisiatif yang signifikan dan penuh bermakna yang berkait rapat dengan agenda transformasi perkhidmatan awam. Inisiatif Penarafan Bintang Agensi Perkhidmatan Awam yang merupakan suatu usaha murni untuk menilai dan mengukur prestasi agensi-agensi. Penilaian penarafan bintang ini dilaksanakan bukan sekadar mengejar taraf agensi 5 bintang tetapi bertujuan untuk memastikan budaya kecemerlangan agensi-agensi perkhidmatan awam terus dipupuk dan dibaja melalui amalan-amalan pengurusan terbaik. Berteraskan konsep what gets measured gets done, penarafan bintang adalah salah satu kayu pengukur utama untuk menilai tahap pencapaian semasa agensi.

13. Kepada semua agensi yang telah memperoleh penarafan 5 bintang, tahniah dan syabas saya ucapkan. Namun, seyogia diingatkan penarafan 5 bintang tidak mewajarkan agensi memperlahankan pacuan ke arah transformasi organisasi. Never should we rest on our laurels and be complacent!

14. Bagi agensi-agensi yang masih belum mencapai penarafan 5 bintang, saya ingin menggesa agar tindakan-tindakan yang lebih strategik diambil dalam merencanakan perjuangan untuk dinobatkan sebagai agensi 5 bintang pada masa akan datang. Tindakan pertama yang boleh diambil adalah dengan menanda aras agensi-agensi yang telah mencapai penarafan 5 bintang, bagi mengenal pasti ruang-ruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan dengan segera, dan seterusnya mencorakkan langkah-langkah yang lebih dinamik dan penuh bertenaga. Jika perlukan bimbingan, saya percaya MAMPU akan sentiasa bersedia untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar. Kolaborasi strategik ini sebenarnya telah dipelopori oleh Jabatan Perdana Menteri dalam merintis kejayaan memperoleh penarafan 5 bintang pada tahun ini.

15. Dalam kita meraikan kejayaan pada malam ini, saya ingin mencadangkan supaya penarafan bintang pada masa akan datang, menitikberatkan aspek pengurusan pelanggan. Aspek ini adalah sangat penting sebagai wadah pengukur tahap penyampaian perkhidmatan dari lensa pelanggan. Penekanan ini juga adalah selaras dengan aspirasi “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, yang meletakkan usaha-usaha delighting the customers sebagai gagasan utama yang perlu dipelopori dalam meningkatkan imej perkhidmatan awam.

16. Saya juga ingin menyarankan seluruh penjawat awam supaya turut membudayakan amalan melaksanakan penyampaian perkhidmatan mesra. Budaya mesra pelanggan yang mengutamakan kecemerlangan budi pekerti bukan sahaja akan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih harmoni, malah akan menzahirkan perhubungan akrab antara penjawat awam dengan pelanggan.

PELANCARAN BUKU

Hadirin yang dihormati sekalian,

17. Majlis pada malam ini juga akan menyaksikan pelancaran buku “Bersama Melaksana Transformasi” yang diterbitkan oleh MAMPU. Saya percaya buku ini adalah aset ketara kepada sektor awam sebagai repositori ilmu dan panduan untuk melaksanakan pengurusan transformasi di agensi masing-masing. Berlandaskan Model 9 Langkah, iaitu T – R – A – N – S – F – O – R – M yang dibangunkan oleh MAMPU, buku ini menerangkan secara sistematik konsep, kaedah dan pendekatan yang boleh diguna pakai dalam mengemudi dan merealisasikan agenda transformasi di dalam organisasi masing-masing.

18. Adalah menjadi harapan saya agar setiap agensi perkhidmatan awam dapat menghayati maksud yang terkandung di dalam buku ini, memahami apakah peranan kita, dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya untuk merealisasikan transformasi agensi.

19. Ingin saya ingatkan juga bahawa khidmat rundingan yang ditawarkan oleh MAMPU adalah satu kolaborasi strategik yang tidak akan membawa apa-apa makna sekiranya agensi Kerajaan yang terlibat tidak bersama-sama berusaha untuk menjayakan program dan penambahbaikan yang dicadangkan. Justeru itu, saya berharap agar semua agensi sektor awam berusaha dengan lebih gigih untuk melaksanakan agenda transformasi ini dengan bimbingan dan khidmat rundingan daripada MAMPU.

Hadirin yang dihormati sekalian,

20. Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas komitmen serta daya usaha dalam memajukan Perkhidmatan Awam Malaysia sebagai satu perkhidmatan yang disegani dan diiktiraf sebagai antara yang terbaik di dunia. Syabas dan tahniah kepada semua agensi yang telah mencapai kejayaan dalam penilaian star rating pada kali ini. Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada MAMPU yang telah berusaha menyediakan Buku “Bersama Melaksana Transformasi” untuk diguna pakai oleh agensi-agensi sektor awam.

Semoga segala yang diusahakan akan mencapai kejayaan gemilang, Insya Allah.

Sekian,
Wabillahitaufik walhidayah
Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Leave a Reply



six − 2 =

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →