MAJLIS KHIDMAT BAKTI BILANGAN 1 TAHUN 2011

January 5, 2011 8:40 am 0 comments

Share this Article

Author:

TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI MOHD SIDEK HASSAN
KETUA SETIAUSAHA NEGARA

MAJLIS KHIDMAT BAKTI BILANGAN 1 TAHUN 2011

5 JANUARI 2011 (RABU), 8.00 MLM
HOTEL SHANGRI-LA, KUALA LUMPUR

Bismillahir rahmanir rahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Y. Bhg. Dato’ Sri Abu Bakar bin Hj. Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Datin Sri Dato’ Hajah Zuraidah,

Y. Bhg. Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz bin Wan Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Puan Sri Hayati,

Y. Bhg. Tan Sri Dr. Zulkefli bin A. Hassan dan Puan Sri Noridah Nachara,

Y.Bhg. Tan Sri Ismail bin Omar, Ketua Polis Negara dan Puan Sri Suriati

Y.Bhg. Tan Sri-Tan Sri dan Puan Sri-Puan Sri, Dato’ Sri-Dato’ Sri dan Datin Sri-Datin Sri, Dato’-Dato’ dan Datin-Datin,

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat dan kurnia Nya dapat kita bersama-sama hadir dalam Majlis Khidmat Bakti pada malam ini.

2. Sebagaimana sedia maklum, Majlis ini diadakan bagi menghargai jasa dan bakti pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam yang akan bersara atau tamat lantikan kontrak. Pada masa yang sama, kita juga meraikan pegawai-pegawai kanan yang baru dilantik untuk mengisi jawatan-jawatan utama dalam kerajaan. Bagi pihak perkhidmatan awam, saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah atau akan meninggalkan perkhidmatan awam, atas segala sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan. Khidmat bakti rakan-rakan sekalian adalah amat berharga, dan pastinya telah menyumbang kepada pembangunan serta kemajuan perkhidmatan awam dan negara.

3. Saya juga mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai yang telah dilantik ke jawatan-jawatan tinggi kerajaan. Sesungguhnya pelantikan saudara-saudari adalah merupakan manifestasi kepercayaan di atas keupayaan saudara-saudari dalam memimpin serta melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan, dengan penuh integriti dan dedikasi.

Saudara-saudari sekalian,

4. Sepanjang tahun 2010, Y.A.B. Perdana Menteri telah memperkenalkan beberapa strategi dan agenda penting dalam usaha mentransformasikan Perkhidmatan Awam dan Kerajaan, bagi melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi yang inklusif dan mampan menjelang tahun 2020. Ini termasuk Program Transformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi, dan Rancangan Malaysia Ke-10, yang semuanya digubal di bawah naungan gagasan “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

5. Saya amat menghargai usaha semua pihak terutama rakan-rakan pesara yang diraikan kerana mereka turut sama dengan sedaya upaya mengembleng tenaga dalam menjayakan strategi dan agenda Kerajaan ini. Peranan dalam meneruskan cabaran getir bagi menterjemahkan segala dasar yang dirangka oleh Kerajaan, akan diteruskan oleh rakan-rakan yang baru dilantik. Walau bagaimanapun saya amat mengalu-alukan sumbangan idea serta cadangan penambahbaikan dari rakan-rakan pesara terutama idea atau cadangan yang positif dan membina, serta dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh Perkhidmatan Awam. Mungkin dahulu, atas faktor kesibukan menangani tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kita tidak mempunyai masa yang panjang untuk berfikir secara kreatif tentang perkara-perkara yang boleh ditambah baik. Kini, saudara-saudari boleh menilai sendiri tahap perkhidmatan yang disediakan.

6. Kemukakanlah cadangan penambahbaikan yang berkaitan, di mana jua saudara-saudari berada, baik di agensi swasta atau korporat, di kampung halaman ataupun di luar negara. Sebagai anggota perkhidmatan awam, saya percaya kita semua mempunyai matlamat yang sama, iaitu memastikan perkhidmatan kerajaan disampaikan kepada setiap rakyat dan pelanggan, di mana jua mereka berada. Ini seterusnya dapat membantu menjayakan aspirasi dan wawasan negara.

7. Matlamat utama yang lebih penting ialah impak positif yang dihasilkan dari pelbagai penambahbaikan dan pembaharuan yang dilaksanakan semua pihak sama ada oleh rakyat, sektor swasta, ahli perniagaan dan para pelabur dapat merasakan perubahan ketara melalui persekitaran yang lebih efisien dan efektif, dan seterusnya peningkatan daya saing negara di peringkat global.

8. Kepada saudara-saudari yang menerima surat kenaikan pangkat memegang jawatan-jawatan penting dalam perkhidmatan awam, marilah kita bersama-sama melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh komitmen, ikhlas dan berintegriti. Tiada orang lain yang lebih layak untuk membantu menjayakan proses transformasi ini, melainkan kita, penjawat awam, dan untuk itu kita perlu mentransformasikan diri kita terlebih dahulu supaya lebih cekap, lebih responsif serta lebih terbuka dalam menyampaikan perkhidmatan.

Pada petang tadi, Y.A.B. Perdana Menteri telah menyampaikan surat pelantikan kepada Ketua Eksekutif / Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri yang baru bagi menggantikan Y.Bhg. Tan Sri Hasmah Abdullah yang tamat perkhidmatan. Saya merumuskan bahawa Y.Bhg. Tan Sri Hasmah mempunyai 3 kekuatan sebagai contoh pegawai Perkhidmatan Awam yang terbaik iaitu:

(i) open mind and responsive terutama dalam melaksanakan perkhidmatan yang terbaik;

(ii) fast termasuk dalam menjawab e-mel walau di mana jua beliau berada termasuk di luar negara; dan

(iii) get everyone on board di mana beliau menyemai kecemerlangan ini untuk dihayati dan dilaksanakan oleh setiap warga LHDN.

Saudara-Saudari,

9. Dalam majlis ini, bila terpandang Y.M. Engku Tan Sri Ibrahim bin Engku Ngah, yang bersara sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, saya percaya kita akan terkenang-kenang kepada beliau terutama apabila menjelangnya bulan Ramadan dan bulan Syawal akan datang. Ini kerana Y.M. Engku amat sinonim dengan kita bagi mengumumkan tarikh berpuasa dan tarikh hari raya Aidil Fitri. Saya sering bertanya dengan Y.M. Engku bila tarikh puasa atau bila tarikh raya. Beliau akan menjawab dengan jelas dan nyata dan tanpa ragu iaitu 1 Ramadan atau 1 Syawal.

10. Saya percaya nostalgia yang sama turut dirasai oleh Kementerian atau Jabatan di mana bertugasnya rakan-rakan seperjuangan yang telah bersara. Apatah lagi sumbangan yang diberikan amat signifikan dan memberi impak yang besar kepada kecemerlangan Perkhidmatan Awam.

Indah nian bunga kasturi,
Mengharum semerbak di dinihari,
Sumbangan tuan tidak terperi,
Tiada ternilai dunia seisi.

Walau pun tuan tiada di sisi,
Kecemerlangan diberi sentiasa diingati,
Idea bestari sentiasa dinanti,
Sumbangan berterusan amat dihargai.

11. Sebelum mengakhiri ucapan, sekali lagi saya mengucapkan “Selamat Bersara” dan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan atas jasa dan khidmat bakti dalam memajukan perkhidmatan awam. Sumbangan dan usaha yang telah diberikan pastinya akan terus dikenang. Semoga saudara-saudari terus dikurniakan oleh Allah SWT akan kesihatan yang baik serta rezeki yang berpanjangan.

12. Semoga Majlis Khidmat Bakti pada malam ini menjadi kenangan manis buat semua yang hadir.

Sekian,
Wabillahittaufik walhidayah,
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Leave a Reply



− 3 = one

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →