Majlis Perasmian Pertandingan Futsal Jabatan Perdana Menteri

February 26, 2011 8:37 am 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Y.Bhg. Dato’ Zainol Othman Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Merangkap Presiden Kelab Bukit Perdana

Y.Bhg. Tan Sri-Tan Sri/Datuk-Datuk,

Para peserta pertandingan futsal Jabatan Perdana Menteri,

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT atas izin dan limpah kurnia Nya, kita dapat berkumpul pada pagi ini sempena Majlis Perasmian Pertandingan Futsal Jabatan Perdana Menteri 2011.

2. Pada kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir, khususnya Ketua-Ketua Jabatan serta pasukan-pasukan yang mengambil bahagian di dalam pertandingan futsal ini. Penglibatan dan penyertaan tuan-tuan adalah dihargai bagi menyokong serta menjayakan program dan aktiviti sukan anjuran Kelab Bukit Perdana ke arah membentuk kelab sukan Jabatan Perdana Menteri yang aktif dan berwawasan.

3. Di samping itu, perjumpaan sebegini juga memberi peluang serta ruang terbaik untuk kita mengeratkan lagi hubungan silaturahim bagi membina pasukan kerja warga jabatan dan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang lebih kukuh dan bersatu. Usaha ini adalah sejajar dengan Gagasan 1Malaysia bagi memupuk perpaduan di kalangan penjawat awam yang berbilang kaum, khususnya di kalangan warga JPM.

Saudara-saudari sekalian,

4. Sebagaimana sedia maklum, pertandingan futsal JPM ini adalah merupakan acara tahunan yang dianjurkan bersama-sama dengan program dan aktiviti lain di bawah JPM. Sebanyak 17 program dan aktiviti sukan telah berjaya dilaksanakan sepanjang tahun 2010 dan pada tahun 2011, sebanyak 25 program dan aktiviti sukan telah dirancang oleh Kelab Bukit Perdana yang akan dilaksanakan pada setiap bulan.

5. Saya harap semua jabatan dan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri akan dapat memberikan komitmen serta sokongan yang padu dalam pelaksanaan program dan aktiviti yang telah dirancang ini. Sokongan semua warga JPM bukan saja dalam bentuk menyertai pertandingan dan aktiviti yang akan diadakan tetapi juga dalam bentuk pengendalian dan pengurusan program. Saya yakin, jika semua warga JPM bekerjasama dan bersepakat dalam apa juga program yang dianjurkan, baik dalam tugas rasmi mahupun aktiviti sukan dan riadah, JPM boleh menjadi Kementerian contoh untuk diteladani oleh kementerian serta agensi lain.

6. Sebagaimana sedia maklum, JPM telah dinobatkan sebagai salah sebuah agensi 5 bintang melalui inisiatif Penarafan Bintang Agensi Perkhidmatan Awam yang dilaksanakan oleh MAMPU. Ini adalah merupakan suatu pencapaian yang amat membanggakan berbanding penarafan 3-bintang yang dicapai oleh JPM, 2 tahun lalu. Saya percaya pengiktirafan serta kejayaan ini adalah hasil kolaborasi strategik serta usaha sama semua agensi dan jabatan di bawah JPM. Syabas diucapkan atas kejayaan ini. Permuafakatan dan komitmen yang sebeginilah yang kita mahukan di kalangan semua warga JPM dalam melaksanakan apa jua aktiviti serta program, dan diharapkan agar ia akan berterusan.

Saudara-saudari sekalian,

7. Akhir kata saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan pertandingan futsal JPM ini. Kepada semua pasukan yang terlibat, “Selamat Bertanding” dalam semangat kesukanan yang tinggi bagi mencapai kemenangan. Jangan mudah menyerah kalah tanpa berusaha dengan cekal dan gigih. Semoga tradisi ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.

8. Dengan lafaz Bismillahir-Rahmanir-Rahim, saya merasmikan Pertandingan Futsal Jabatan Perdana Menteri 2011.

Sekian,
Wabillahittaufik walhidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Leave a Reply



− three = 5

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →