Majlis Penyampaian Surat Kenaikan Pangkat Jawatan Utama Sektor Awam dan Gred Khas Sektor Awam Bilangan 1/2011

March 16, 2011 8:05 am 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahir rahmanir rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Y. Bhg. Dato’ Sri Abu Bakar bin Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Y. Bhg. Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz bin Wan Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Y. Bhg. Tan Sri, Dato’ Sri, Dato’-Dato’ Ahli Lembaga Kenaikan Pangkat

Y. Bhg. Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan tetamu yang diraikan

Para hadirin yang dihormati sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, atas limpah rahmat dan keizinan Nya kita dapat bersama-sama pada petang ini, sempena Majlis Penyampaian Surat Kenaikan Pangkat Jawatan Utama Sektor Awam dan Jawatan Gred Khas Sektor Awam Bilangan 1 Tahun 2011.

2. Majlis ini diadakan bagi meraikan rakan-rakan kita yang telah dinaikkan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi dalam perkhidmatan awam. Pastinya kenaikan pangkat ini adalah berdasarkan merit serta prestasi cemerlang saudara-saudari dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan atas komitmen saudara-saudari yang jitu, dan di atas kenaikan pangkat ini.

Saudara-saudari sekalian,

3. Hasrat Kerajaan adalah untuk membangunkan perkhidmatan awam yang efisien dan dapat menghayati serta memahami agenda kerajaan. Y.A.B. Perdana Menteri di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Sektor Awam pada pagi ini di Parlimen, menyatakan hasrat kepada sebuah perkhidmatan awam yang moden dan progresif sesuai dengan Abad ke-21. Pada saya, kita bukan setakat perkhidmatan awam untuk abad ke-21, tetapi perlu mempunyai minda pemikiran abad ke-27 pada hari ini.

4. Perkhidmatan awam juga hendaklah kompeten dan berdisiplin, faham akan agenda kerajaan serta komited sepenuhnya untuk menjayakan agenda negara. Ciri-ciri ini perlu wujud bukan sahaja di peringkat jawatan tertinggi dalam perkhidmatan awam, malah perlu diterapkan dan diamalkan di setiap peringkat perkhidmatan awam supaya menjadi suatu budaya kecemerlangan yang menyeluruh di dalam perkhidmatan awam. Jadi peranan saudara-saudari sebagai ketua adalah untuk menerapkan nilai-nilai ini di kalangan semua ahli organisasi yang diketuai.

Saudara-saudari,

5. Pelbagai pelan dan program telah diatur oleh pucuk pimpinan negara di bawah agenda transformasi kerajaan ke arah mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi yang inklusif dan mampan menjelang tahun 2020. Cabaran getir yang menanti penjawat awam yang diamanahkan menterjemahkan segala dasar yang dirangka oleh Kerajaan, adalah pelaksanaan – iaitu pelaksanaan yang jitu, diiringi pengawasan yang berterusan serta penguatkuasaan yang telus. Pastinya ini menuntut kepantasan bekerja, speed of execution, komitmen serta keterbukaan minda dan sikap di setiap peringkat jentera perkhidmatan awam.

6. Dalam hubungan ini, adalah amat penting bagi kita, penjawat awam, melaksanakan setiap keputusan kerajaan terutamanya keputusan Jemaah Menteri dengan cepat, selaras dengan maksud dan kehendak keputusan tersebut.

7. Namun demikian, sekiranya atas sebab-sebab tertentu, sesuatu keputusan itu tidak boleh dilaksanakan, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memaklumkan dengan segera kepada Jemaah Menteri akan rasionalnya. Dengan cara melengah-lengahkan keadaan serta tidak mengambil sebarang tindakan dan berharap agar perkara tersebut dilupakan atau over taken by events tidak akan menyelesaikan keadaan. Sehubungan itu, saya berharap agar saudara-saudari sentiasa prihatin untuk mengambil tindakan pantas terhadap keputusan-keputusan oleh Kerajaan atau Jemaah Menteri, lebih-lebih lagi apabila keputusan itu adalah jelas.

Saudara-saudari sekalian,

PELANTIKAN KP KESIHATAN

8. Pada hari Jumaat, 11 Mac 2011 Y.Bhg. Dato’ Dr. Hasan bin Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan yang baru. Saya mengucapkan tahniah kepada beliau di atas pelantikan ini. Dato’ Dr. Hasan, yang berasal dari Sabah, dilantik berdasarkan pengalamannya yang luas serta prestasi cemerlang beliau di dalam bidang kesihatan sepanjang berkhidmat dengan Kerajaan. Dalam hubungan ini, saya ingin menegaskan bahawa setiap penjawat awam yang komited dan cemerlang, pastinya mempunyai peluang menyandang jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam, tanpa mengira aspek jantina, agama, kaum mahupun dari Semenanjung, Sabah atau Sarawak. Asas utama yang sentiasa ditekankan berhubung kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam adalah MERIT seseorang penjawat awam, dan saya percaya komitmen dan kegigihan seseorang juga mempunyai peranan penting yang menyumbang kepada kejayaannya.

9. Saya juga amat gembira begitu ramai yang diraikan pada hari ini merupakan Pegawai Perubatan. Pada 24 Februari 2011, Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam telah meluluskan kenaikan pangkat 9 orang Pegawai Perubatan Pakar Klinikal Gred Khas B pelbagai disiplin ke Gred Khas A; 18 orang Pegawai Perubatan Pakar Klinikal Gred Khas C ke Gred Khas B, dan 13 orang Pegawai Perubatan Pakar Klinikal Gred UD54 ke Gred Khas C. Kenaikan pangkat ke Gred Khas A ini menjadikan bilangan keseluruhan Pegawai Perubatan Gred Khas A di Kementerian Kesihatan seramai 21 orang, Pegawai Perubatan Gred Khas B meningkat kepada 64 orang, dan bilangan keseluruhan Pegawai Perubatan Gred Khas C meningkat kepada 229 orang di Kementerian Kesihatan sahaja. Ini menunjukkan bahawa peluang naik pangkat di dalam perkhidmatan awam adalah baik. Ini bukan sahaja untuk Pegawai Perubatan, tetapi juga dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang lain seperti Perguruan, Jurutera dan sebagainya.

Saudara-saudari sekalian,

10. Kejayaan pemain badminton negara Dato’ Lee Chong Wei dalam mempertahankan kejuaraan pada Kejohanan Badminton Seluruh England dengan mengalahkan lawannya, Lin Dan, amat membanggakan dan wajar dicontohi oleh kita. Juga kecekalan pelumba basikal negara Azizul Hasni Awang untuk terus berlumba dan muncul juara acara Keirin pada Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia, walaupun mempunyai serpihan kayu tertusuk di kaki kirinya merupakan sesuatu usaha yang patut dipuji. Ia juga mempamerkan bahawa sekiranya kita bersungguh-sungguh, yakin dan komited dengan “game plan”, maka kita boleh mengatasi apa jua cabaran yang menjadi penghalang besar untuk mencapai kejayaan, Insya Allah.

Saudara-saudari sekalian,

MELAYANI PELANGGAN

11. Sebagai penjawat awam, cabaran utama kita adalah untuk memenuhi jaminan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan. Jaminan ini merupakan penentu atau kayu pengukur keberkesanan dan kerelevanan perkhidmatan awam. Pada hemah saya, ia boleh dilakukan dengan mudah, iaitu dengan cara melayani pelanggan sebagaimana diri kita ingin dilayani, juga dengan meletakkan diri kita sebagai pelanggan yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan. Rata-rata pelanggan kita memerlukan nasihat, perkhidmatan, penjelasan atau jawapan kepada masalah-masalah yang dihadapi dalam menjalani kehidupan seharian.

12. Dalam memberikan perkhidmatan terbaik, janji-janji yang ditetapkan di dalam Piagam Pelanggan hendaklah dipenuhi di samping memberikan layanan yang mesra, telus serta peka dengan kehendak pelanggan.

13. Perkhidmatan yang berkesan merupakan komitmen Kerajaan kepada rakyat. Perkhidmatan yang berkesan bukan sahaja bermaksud perkhidmatan yang efisien dan efektif dari sistem dan prosedur, malah turut menuntut layanan yang berkualiti oleh penjawat awam. Dalam hal ini, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, MAMPU, telah menganjurkan amalan 8S semasa berurusan dengan pelanggan, iaitu Salam, Sayang, Segak, Segera, Sempurna, Sensitif, Senyum dan Sopan. Saya harap agar amalan ini akan dapat diterapkan dan dijadikan sebagai budaya bagi mencapai aspirasi Kerajaan untuk memberi perkhidmatan yang menyenangkan rakyat.

14. Memetik kata-kata daripada Mahatma Gandhi, “The best way to find yourself is to lose yourself in the service of others”. Sebagai penjawat awam, raison d’etre kita adalah khidmat kepada rakyat dan Negara. Dalam mengkhidmati rakyat, kita hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan, dengan penuh kesungguhan diiringi dengan keikhlasan serta hati yang tulus.

15. Oleh itu, marilah kita kuatkan tekad, cekalkan semangat dan berusaha dengan lebih komited dan jitu dalam melakukan perubahan – bukan sahaja perubahan dalam cara mengurus dan cara menyampaikan perkhidmatan, malah juga perubahan sikap dan anjakan minda untuk senantiasa melakukan pembaharuan demi masa depan perkhidmatan awam dan negara yang gemilang.

16. Akhir kata, sekali saya mengucapkan tahniah kepada saudara-saudari yang menerima surat kenaikan pangkat bagi menyandang jawatan-jawatan penting dalam perkhidmatan awam. Harapan saya, agar saudara-saudari melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh komitmen, ikhlas dan berintegriti.

Sekian,
Wabillahittaufik walhidayah,
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Leave a Reply



+ 5 = twelve

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →