Mesyuarat Agong Kali Ke-18, Kelab Golf Perkhidmatan Awam

April 16, 2011 3:53 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahir rahmanir rahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinan-Nya dapat kita hadir dan berkumpul bersama untuk Mesyuarat Agung KGPA kali ke 18 ini. Saya mengucapkan terima kasih atas komitmen dan kehadiran ahli-ahli pada Mesyuarat Agong tahun 2011 ini.

Ahli-ahli Jawatankuasa Am dan hadirin yang dihormati sekalian,

2. Dalam mesyuarat ini sekali lagi kita dapat bersama sama meneliti dan membincangkan laporan pelbagai perkembangan dan kemajuan yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2010 yang lalu di KGPA. Kami, Jawatankuasa Am KGPA, ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas kerjasama dan juga kepercayaan yang telah diberikan oleh semua ahli kepada JK Am yang dipilih dan dilantik pada tahun 2010 lalu. Tanpa sokongan ahli, pasti sukar untuk kita mencapai peningkatan KGPA terutama untuk mencapai hasrat menjadikan KGPA sebuah kelab sukan dan rekreasi yang disegani. Saya sentiasa meletakkan harapan untuk KGPA menjadi sebutan, sebagai sebuah kelab yang memiliki budaya disiplin yang baik, kemesraan di sebalik ketegasannya dan juga budaya kerja yang wajar dicontohi.

3. Walaupun pembangunan dan perkhidmatan KGPA terletak kepada setiap ahli Jawatankuasa Kecil yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus bidang tugas masing-masing dengan sebaik mungkin, saya masih mengharap supaya SETIAP AHLI KGPA dapat menyumbang idea dan kerjasama bagi menjayakan apa jua aktiviti dan perkhidmatan di KGPA. Berdasarkan laporan daripada setiap Jawatankuasa Kecil KGPA, terdapat beberapa peningkatan telah dilaksanakan. Namun demikian, masih terdapat ruang-ruang yang memerlukan perhatian dan peningkatan khusus bagi menambah baik lagi perkhidmatan yang telah dilaksanakan.

Persekitaran KGPA

4. Kita sedia maklum bahawa kedudukan KGPA yang begitu strategik dalam bandar raya Kuala Lumpur, sebenarnya boleh diterokai dan dieksploitasi untuk menarik lebih ramai pemain golf di kalangan anggota Perkhidmatan Awam dan lain-lain pemain golf. Ini bukan sahaja boleh menaikkan imej KGPA, tetapi akan menambah sumber pendapatan KGPA. Daya tarikan ini pasti bertambah hebat, sekiranya semua ahli KGPA dapat bersama-sama membantu mempromosikan perkhidmatan yang disediakan oleh KGPA. Sehubungan dengan perkhidmatan yang disediakan untuk ahli dan pelanggan, amatlah wajar juga untuk budaya senggaraan yang konsisten diamalkan dan diberi penekanan pada setiap masa, terutamanya dalam menjaga kebersihan, kecantikan dan keselesaan KGPA sebagai kelab yang diterajui oleh anggota Perkhidmatan Awam.

5. Hasil dari amalan penyenggaraan ini, kita akan merasa kepuasan apabila mengunjungi kelab dan semasa bermain golf, menerusi keindahan dan kehijauan pokok-pokok, padang golf dan green yang berkualiti, termasuk layanan para pekerja yang berbudi bahasa. Imej positif sebegini perlu dihayati sentiasa dan dijadikan budaya demi reputasi KGPA secara keseluruhannya.

6. Menyentuh mengenai keindahan dan kehijauan di persekitaran KGPA, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang telah menyiapkan Hutan Rimba KGPA (Biodiversity Forest) seluas 4 ekar di kawasan hijau berhampiran parkir pelawat. Biodiversity Forest yang disediakan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) ini pasti menarik minat ramai untuk dikunjungi terutamanya kepada ahli-ahli kelab dan keluarga masing-masing bagi menikmati suasana persekitaran hutan yang diselang seli bersama kesibukan bandar raya Kuala Lumpur.

Hadiran yang dihormati sekalian,

Pendapatan Kelab

7. Saya juga ingin menarik perhatian semua ahli bahawa pada tahun 2010, pendapatan operasi KGPA menurun sebanyak 2.4%, iaitu pendapatan sebanyak RM6.058 juta berbanding RM6.204 pada tahun 2009. Penurunan pendapatan operasi adalah berkait dengan penurunan kutipan pakej golf dan bugi. Namun KGPA menerima tambahan pendapatan menerusi penyewaan 13 buah papan iklan yang menghasilkan pendapatan tahun 2010 sebanyak RM1.49 juta dengan peningkatan sebanyak 30% berbanding pendapatan sewaan sebanyak RM1.15 juta pada tahun 2009. Untuk itu, KGPA akan berusaha dan memperbaiki strategi-strategi pemasaran terutamanya pakej golf agar pendapatan operasi seperti yuran padang, yuran pertandingan, sewaan buggy dan sebagainya, dapat dipertingkatkan.

8. Pada masa yang sama KGPA turut menanggung kos operasi sebanyak RM6.34 juta pada tahun 2010 iaitu peningkatan sebanyak 2.7%. Walau bagaimanapun dengan mengamalkan dasar perbelanjaan berhemat dan penekanan ‘value for money’, pertambahan aliran tunai telah dapat ditingkatkan sebanyak 123% kepada RM1.32 juta daripada RM594,437 pada tahun 2009. Menerusi amalan dasar pengurangan kos, beberapa perbelanjaan aktiviti berjaya diturunkan antaranya kos penyelenggaraan Rumah Kelab yang berkurangan sebanyak 30%, senggaraan bugi menurun sebanyak 13% dan kos tenaga kerja menurun sebanyak 1.43% berikutan pengurangan dalam kerja lebih masa.

Penyelenggaraan Lapangan Golf

9. Penambahbaikan lapangan golf KGPA dilaksanakan secara berterusan merangkumi green, fairway, bunker, rough dan kolam. Kerja-kerja yang telah dilaksanakan pada tahun 2010 ialah menaiktaraf dan memperbesarkan 2 green bagi tujuan peningkatan mutu dan kualiti, iaitu green 23 dan 25. Pembaikan sistem saliran air juga telah dilaksanakan di beberapa kawasan green dan fairway iaitu di lubang 3, 6, 9, 11, 12, 20, 23 dan 24.

10. Beberapa buah bunker turut diperbaiki untuk memudahkan aliran air supaya tidak bertakung selepas hujan, iaitu bunker green 9, fairway 16, green 24 dan green 25. Selain itu, tee box yang tidak rata dan senget juga diperbaiki iaitu tee box di lubang 3, 7, 11, 17, 18, 22 dan 26.

11. Sungguhpun demikian, kualiti di kebanyakan green KGPA diakui menurun pada tahun 2010 sehingga ia kembali pulih pada awal tahun ini. Keadaan ini telah menimbulkan keresahan dan rungutan kepada ahli dan pemain-pemain golf yang bermain di KGPA. Ada pendapat mengatakan masalah yang berlaku adalah disebabkan oleh serangan disease pada rumput-rumput iaitu ‘pytium and culcularia’ sehingga menyebabkan ia menjadi kuning dan sebahagiannya tidak hidup langsung. Terdapat juga pandangan yang mengatakan ketidakcekapan penyelenggaraan green oleh kakitangan padang menyebabkan terjadi keadaan ini. Untuk itu, Jawatankuasa Am telah mengambil langkah-langkah dalam mengatasi masalah ini, dan berusaha memastikan ianya tidak berulang lagi. Menerusi tindakan yang diambil, kita berharap lapangan golf terutamanya green di KGPA berada pada tahap terbaik, jika boleh pada sepanjang waktu.

Saudara-saudari,

12. Pemasangan lampu limpah di lubang 7, 8 dan 9 serta di lubang 16, 17 dan 18 telah siap sepenuhnya pada bulan April 2010. Pemasangan lampu limpah ini telah memberi peluang kepada ahli-ahli untuk menghabiskan permainan golf 9 lubang walaupun memulakan tee-off selewat pukul 6 petang.

13. Untuk itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Belia dan Sukan yang telah menanggung kos pembinaan lampu limpah sebanyak RM1.98 juta, terutamanya kepada Y.B. Dato’ Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan di atas kesungguhan dan bantuan yang beliau berikan dalam meningkatkan prasarana lapangan golf KGPA.

Keahlian KGPA

14. Pada tahun 2010, seramai 87 orang ahli baru telah menyertai KGPA di mana 65 orang merupakan penjawat awam yang masih dalam perkhidmatan, seramai 4 orang sebagai Ahli Bersara dan 18 orang sebagai Ahli Berjangka. Saya percaya penambahan ahli-ahli baru wajar dipertingkatkan lagi terutama di kalangan pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam. Berbanding satu atau dua dekad yang lalu, permainan golf telah berkembang pesat di kalangan penjawat awam sejajar dengan perkembangan dan promosi industri golf negara. Kebanyakan pemain-pemain golf yang muda dan baru dalam Perkhidmatan Awam belum menjadi ahli kepada mana-mana kelab golf dan rekreasi. Kalangan mereka ini akan dijadikan sasaran untuk menambah ahli-ahli baru KGPA.

15. Untuk itu, permohonan keahlian telah dimudahkan, antaranya secara online. Saya percaya pembiayaan keahlian kelab rekreasi oleh Kerajaan yang kini sebanyak RM4,000.00 dan kemudahan bayaran keahlian KGPA secara ansuran, boleh meningkatkan bilangan ahli KGPA yang baru menerusi usaha yang berterusan. Saya juga menyeru kepada ahli-ahli untuk turut sama menggalak dan mempromosikan keahlian KGPA kepada yang layak di kalangan rakan-rakan dan sahabat handai.

Hadiran yang dihormati sekalian,

Kebajikan dan Motivasi Pekerja

16. Saya ingin mengucap terima kasih atas kerjasama dan usaha kakitangan di KGPA yang telah meningkatkan perkhidmatan di KGPA. Saya percaya kakitangan KGPA mampu melaksanakan tugas masing-masing dengan lebih baik pada sepanjang masa, demi menambah nilai positif dan reputasi KGPA yang dihormati. Sebagai pengiktirafan, Jawatankuasa Am memutuskan pemberian sumbangan bonus RM500.00 kepada kakitangan kelab untuk khidmat bakti mereka sepanjang tahun 2010. Semoga dengan pemberian ini, daya produktiviti dan kreativiti mereka akan bertambah dan dipertingkatkan.

Semangat Kesefahaman dan Perpaduan

17. Untuk mengekalkan semangat kesefahaman, keharmonian dan perpaduan di KGPA ini, sifat keterbukaan, saling faham memahami serta semangat toleransi antara satu sama lain adalah sangat penting. Oleh yang demikian, Jawatankuasa Am sentiasa mendengar dan memberi perhatian kepada pelbagai pendapat dan idea yang dikemukakan.

18. Penglibatan semua ahli dalam memajukan kelab amatlah penting kerana kita semua adalah pengguna tetap segala kemudahan yang disediakan di sini. Setiap cadangan atau idea akan diambil kira dan akan dilaksanakan sekiranya bersesuaian dan wajar.

19. Saya juga amat menyedari bahawa ahli kelab turut memainkan peranan yang penting dalam memasarkan imej KGPA kepada masyarakat luar. Oleh yang demikian, tingkah laku kita perlu sentiasa diberi perhatian demi menjaga nama baik dan reputasi KGPA. Kita sewajarnya merasa gembira, jika Jawatankuasa Kecil Kapten memaklumkan tiada pelanggaran disiplin di kalangan ahli pada tahun 2011. Ini akan membuktikan bahawa ahli-ahli sentiasa mematuhi etika permainan dan dihayati sebagai satu budaya di KGPA.

Memanfaatkan Populariti KGPA

20. Kita sedia maklum, bahawa KGPA terkenal sebagai antara lapangan golf yang sukar di Malaysia. Bahkan baru-baru ini KGPA telah dianugerahkan sebagai 3rd Most Difficult Golf Course In Malaysia untuk tahun 2011/2012 oleh Golf Malaysia Magazine. Sekali pandang, ranking sebegini mungkin memberi kebanggaan kepada kita. Namun demikian, pada hemat saya, mungkin adalah lebih baik dipertimbangkan menukar imej penjawat awam dan KGPA khususnya, sebagai satu kelab golf yang menarik dan menyeronokkan, agar ramai termasuk pemain-pemain muda, tertarik untuk menjadi ahli.

21. Saya berharap transformasi ini dapat dibuat melalui pelbagai kaedah dan strategi yang bersesuaian supaya ia membantu menjadikan KGPA sebagai destinasi pilihan utama kepada pemain-pemain golf untuk mengasah dan mempertingkatkan kemahiran mereka dalam permainan golf. Mungkin kita perlu mempelajari strategi pemasaran lain-lain kelab golf yang ternama dan mahal kadar fee mereka terutamanya yang terletak di sekitar Lembah Klang, tetapi masih mampu menjadi tumpuan dan rebutan di kalangan pemain-pemain golf untuk mereka beriadah menerusi pemainan ini. Sebagai contoh, Kelab Golf Glenmarie, terutamanya ‘The Garden Course’, tidaklah sesusah KGPA dan mengenakan bayaran yang lebih tinggi, tetapi mampu menarik minat ramai pemain.

Hadiran yang dihormati sekalian,

22. Pada hari ini, mesyuarat akan melaporkan kedudukan kewangan dan juga Laporan-Laporan Jawatankuasa bagi tahun 2010. Untuk itu, Jawatankuasa Am akan mengambil tindakan bagi memberi perhatian kepada perkara-perkara yang dibangkitkan dan jika bersesuaian melaksanakannya dengan secepat mungkin.

23. Akhir kata, terima kasih kepada semua kerana hadir pada Mesyuarat Agong KGPA kali ke-18 pada hari ini.

Sekian, terima kasih.

Leave a Reply



+ 4 = twelve

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →