Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Golf Piala Presiden 2011

May 15, 2011 3:45 pm 0 comments
(Visited 131 times, 1 visits today)

Share this Article

Author:

Bismillahir rahmanir rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Yang Berbahagia Dato’ Sri Abu Bakar bin Abdullah,
Timbalan Presiden KGPA

Ahli-ahli Jawatankuasa Am KGPA

Y. Bhg. Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’ dan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan para pemain golf yang dihormati sekalian.

Syukur Alhamdullillah, Pertandingan Golf Piala Presiden 2011 ini telah dapat dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya serta dengan penuh suasana muhibah dan mesra. Saya difahamkan bahawa pada setiap pertandingan yang dianjurkan oleh KGPA, penyertaan dari kalangan ahli adalah amat menggalakkan, dan kadangkala terpaksa ditolak kerana penyertaan telah penuh. Pada pertandingan kali ini, terdapat ramai lagi ahli KGPA yang tidak dapat turut serta kerana ketiadaan tempat. Penyertaan yang memberangsangkan ini mempamerkan semangat muhibah, persefahaman dan keharmonian di kalangan ahli, dan untuk itu syabas saya ucapkan kepada semua para pemain; dan saya berharap semangat ini diteruskan lagi demi kesejahteraan KGPA, kelab kita.

3. Penyertaan Y. Bhg. Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’, tuan-tuan dan puan-puan dalam pertandingan pada masa dan ketika saya diamanahkan sebagai Presiden KGPA, amat memberi erti dan ingatan mendalam kepada saya.

4. Saya ingin mengajak semua ahli menyusuri semula sejarah penubuhan KGPA pada 2 Februari 1989, di mana acara pecah tanah bagi pembinaan KGPA ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Tan Sri Sallehuddin Mohamed, Presiden KGPA yang pertama. Saya merasa bangga dan gembira kerana Y.Bhg. Tan Sri Sallehuddin masih aktif sehingga kini dalam permainan golf ini terutamanya di KGPA; sungguhpun pada hari ini beliau tidak dapat bersama kita. Atas dedikasinya, beliau telah memberikan sumbangan dan menaja Pertandingan Piala Sallehuddin setiap tahun, iaitu pertandingan di antara ahli-ahli KGPA yang dalam perkhidmatan bersama-sama ahli-ahli yang telah bersara dari perkhidmatan. Saya percaya apa yang beliau sumbangkan ini amat bermakna untuk mengeratkan silaturahim dan perasaan muhibah serta setia kawan di kalangan ahli KGPA.

5. Selain Y.Bhg. Tan Sri Sallehuddin, Presiden-Presiden dan ahli-ahli Jawatankuasa yang berikutnya turut memberi sumbangan sehingga berjaya meletakkan KGPA di tempatnya sekarang, yang diminati oleh pelbagai pihak. Untuk itu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih bagi pihak penjawat awam kepada semua bekas Presiden dan juga ahli Jawatankuasa Am berserta ahli KGPA di atas segala daya usaha mereka bagi memartabatkan KGPA selama ini.

6. Mengambil iktibar yang sama, saya yakin usaha-usaha untuk memantapkan serta memartabatkan KGPA akan terus dipergiatkan lagi bagi tahun-tahun yang akan datang. Di sepanjang hampir 5 tahun saya menjadi Presiden Kelab Golf Perkhidmatan Awam, saya bersama-sama Ahli JK Am telah berusaha untuk memudahkan mereka yang layak menjadi ahli – khususnya ahli-ahli muda. Ini termasuk mereka yang belum disahkan dalam jawatan, dari kalangan guru-guru, pensyarah-pensyarah universiti, Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, malah dari kalangan Badan Kehakiman. Ini semua dengan harapan dan kepercayaan penglibatan pelbagai lapisan dan golongan ini akan menambah baik lagi imej dan keterangkuman kelab kita. Begitu jugalah bagi kemasukan ke dalam Perkhidmatan Awam.

7. Saya juga lebih cenderung menukar imej KGPA, dan juga Perkhidmatan Awam, dari kelab yang bangga dengan kesusahannya – “The Most Difficult Hole in Malaysia” dan lain-lain jolokan serupa kepada satu kelab di mana permainan dan perkhidmatannya menyeronokkan ahli dan pelanggan, InsyaAllah.

Hadirin yang dihormati sekalian,

8. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan ingin saya ucapkan kepada semua terutama kepada pengurusan KGPA, di bawah kepimpinan Kapten juga Pemangku Pengurus Besar, Encik Mahat di atas pengelolaan Pertandingan Piala Presiden Tahun 2011 ini dengan penuh jayanya. Bagi pemain-pemain yang menang saya mengucapkan tahniah; dan kepada yang tidak berjaya, cuba lagi pada tahun hadapan. Namun pada saya, apa yang lebih penting ialah semangat kesukanan yang ditunjukkan; serta peluang untuk berjumpa dengan sahabat-sahabat dalam suasana yang kompetitif tetapi mesra.

Sekian.

Wabillahitaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

(Visited 131 times, 1 visits today)

Leave a Reply



nine − = 8

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →