Ucapan Aluan Sempena Majlis Syarahan Perdana Integriti Oleh YAB Perdana Menteri Malaysia

May 5, 2011 2:39 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillaahirrahmaanirahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri Malaysia,

Y.B. Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang
Presiden Dewan Negara

Ahli-Ahli Lembaga Pengarah IIM

Y.Bhg Datuk Dr. Mohd Tap Salleh
Presiden IIM

Ketua Setiausaha-Ketua Setiausaha Kementerian
Ketua-Ketua Jabatan

Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)

Badan Bukan Kerajaan, NGO

Y. Bhg. Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Hadirin yang dihormati sekalian.

Marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia dan izin Nya, kita dapat bertemu pada pagi ini, sempena Majlis Syarahan Integriti IIM.

2. Bagi pihak ahli Lembaga Pengarah IIM dan seluruh warga kerja IIM, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, yang telah sudi meluangkan masa memenuhi undangan kami bagi menyampaikan Syarahan Perdana Integriti yang bertemakan “Agenda Integriti Nasional”.

3. Syarahan Perdana Integriti adalah acara kemuncak sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-7 pelancaran Pelan Integriti Nasional (PIN) serta penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM). Sepanjang bulan April yang lepas, IIM telah menganjurkan pelbagai program, termasuk 3 program utama, iaitu Pidato Integriti Piala Menteri Pelajaran Malaysia, Forum Rakyat bertemakan “Jenayah, Anda dan Integriti” dan Seminar Integriti Kepimpinan Wanita. Ternyata sambutan yang diberikan amat menggalakkan, dan ini adalah satu petanda bahawa rakyat pelbagai bangsa dan sektor terus memberikan sokongan kepada program dan aktiviti yang menjurus kepada pemantapan integriti dalam masyarakat.

Saudara-saudari sekalian,

4. Sejak penubuhannya 7 tahun lalu pada 23 April 2004, IIM telah diberi tanggungjawab sebagai penggerak, penyelaras dan pemantau kepada pelaksanaan Pelan Integriti Nasional. Amanah ini dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan dengan komitmen yang tinggi oleh semua pihak, termasuk oleh Institut Integriti di Negeri-Negeri. Lapan institusi masyarakat yang merangkumi seluruh penduduk Malaysia terus menjadi sasaran penting sebagaimana ditetapkan di dalam Pelan Integriti Nasional.

5. Objektif Syarahan Perdana Integriti ini adalah untuk memupuk komitmen yang lebih tinggi di kalangan masyarakat dalam proses pembudayaan integriti, di samping mengekalkan dan meningkatkan lagi momentum yang sedia wujud. Saya percaya nasihat dan amanat Yang Amat Berhormat Tan Sri akan menjadi garis panduan bagi membolehkan kami mengatur gerak langkah yang lebih kemas dan mantap dalam menghadapi masa depan yang semakin mencabar.

6. Sempena Majlis Syarahan Perdana Integriti ini, pelancaran buku-buku baru terbitan IIM akan turut disempurnakan. Lima buah buku, iaitu “Jejak Guru Berintegriti”, 3 siri buku “Nilai-Nilai Integriti untuk sekolah rendah dan menengah” serta buku “Jangan Mengelat: Integriti Dalam Jenaka” telah dihasilkan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka dan beberapa orang tokoh guru.

7. Penerbitan buku-buku ini adalah sebahagian daripada usaha IIM untuk mendekati pelbagai kumpulan sasar, termasuk pelajar sekolah rendah dan menengah, melalui pendekatan yang berbeza; dengan harapan mesej integriti akan dapat disampaikan dengan lebih mudah serta mempunyai impak yang lebih tinggi dan berkesan. Pada kesempatan ini, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak, khususnya penulis-penulis yang terlibat dalam menghasilkan buku-buku tersebut.

Hadirin yang dihormati sekalian,

8. Dalam usaha IIM untuk menyebar luaskan mesej integriti serta memupuk nilai-nilai murni di dalam masyarakat, IIM telah mendapat kerjasama pelbagai pihak yang semakin prihatin dengan isu-isu integriti di tempat kerja serta organisasi masing-masing. Manifestasi kesungguhan dan kerjasama tersebut dapat dilihat hari ini melalui Majlis Menandatangani 2 Perjanjian Persefahaman, atau MOU. Pertamanya, MOU di antara IIM dengan Kementerian Pelajaran Malaysia; dan kedua, MOU di antara IIM dan Telekom Malaysia. Di samping itu penyampaian sijil kepada Rakan-Rakan Integriti IIM akan turut diadakan.

9. Sehingga kini, 23 buah organisasi telah menandatangani Perjanjian Persefahaman dengan IIM dan 33 buah agensi telah menjadi Rakan Integriti IIM. Dari laporan yang diterima, program dan pelan pembudayaan integriti di organisasi yang terlibat sedang berjalan aktif dan lancar.

Yang Amat Berhormat Tan Sri,

10. Kami, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah IIM, seluruh warga IIM dan rakan-rakan Institut Integriti Negeri akan terus memberikan komitmen kepada usaha untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara melalui pemupukan dan pembudayaan integriti dalam kalangan rakyat seluruhnya.

11. Kehadiran Yang Amat Berhormat Tan Sri pada Majlis ini, dan kali ke-2 ke IIM dalam tempoh 3 minggu amatlah kami hargai. Ini jelas mempamerkan komitmen Yang Amat Berhormat Tan Sri untuk memartabatkan integriti dalam pelbagai sektor masyarakat. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kesudian Yang Amat Berhormat Tan Sri untuk hadir ke majlis ini walaupun saya difahamkan Yang Amat Berhormat Tan Sri mempunyai jadual kerja yang amat sibuk.

12. Dalam kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan kepada IIM selama ini. Kehadiran saudara-saudari pada hari ini adalah bukti sokongan kepada “Agenda Integriti Nasional”. Semoga semangat dan kerjasama sebegini akan terus ditingkatkan lagi untuk masa-masa yang akan datang.

13. Seterusnya, saya dengan segala hormatnya menjemput Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia untuk menyampaikan syarahan “Agenda Integriti Nasional”.

Leave a Reply



1 + = ten

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →