Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara Bersama Datuk Bandar Dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

June 15, 2011 2:35 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Y.Bhg. Dato’-Dato’/Tuan-Tuan/Puan-Puan yang dihormati sekalian.

1. Pendahuluan

Terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua Datuk Bandar dan YDP PBT serta ahli-ahli PEMUDAH dalam majlis perjumpaan pada hari ini. Saya amat berterima kasih juga kepada KPKT selaku urus setia yang mengatur majlis perjumpaan ini.

2. Latar Belakang

Saya pernah mengadakan perjumpaan bersama semua Datuk Bandar dan YDP pada tahun 2008 di Pulau Pinang, Kuantan, Melaka, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan juga Kuching. Saya percaya susulan kepada perjumpaan tersebut, banyak tindakan yang telah diambil untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan PBT. Ada pula PBT yang mendapat lebih faedah dari perjumpaan tersebut seperti contohnya Sabah dan Sarawak yang berjaya mendapat peruntukan geran tahunan hasil daripada maklum balas perjumpaan tersebut. Majlis ini hendaklah disifatkan sebagai forum untuk kita berdialog, bertukar-tukar maklumat dan pengalaman memandangkan perkhidmatan PBT ini agak istimewa kedudukannya.

3. “Jika Saya Seorang YDP”

Saya juga pada suatu masa dahulu mempunyai impian untuk menjadi seorang Pegawai Daerah kerana jawatan Pegawai Daerah amat berpengaruh untuk membawa perubahan pada kawasan tersebut. Lebih daripada itu, PBT pula boleh memberi sinar kehidupan kepada rakyat jika dilihat dari peranan dan kuasa saudara-saudari. Oleh kerana itu, saya terdorong untuk menulis artikel “ If I were a YDP”. Jika saya seorang YDP atau “kalaulah saya seorang YDP apakah akan saya lakukan”. Impian itu saya nukilkan untuk diketahui oleh semua terutamanya pegawai-pegawai yang bertugas di PBT. Impian saya sebenarnya adalah hasrat saya seperti yang saya selalu zahirkan dalam pertemuan-pertemuan dengan Datuk Bandar dan YDP pada tahun 2008 yang lalu, khususnya yang menyentuh peranan-peranan asas PBT meliputi SLR dan LJ.

Dari segi strukturnya, PBT tidak berubah kerana ia dikawal oleh undang-undang dan Akta tetapi dari segi peranan memang ada banyak perubahan. Namun demikian PBT masih utuh sebagai perkhidmatan awam barisan hadapan yang berurusan secara terus dengan rakyat. Orang ramai juga masih beranggapan PBT itulah yang sebenar-benarnya cerminan kepada kerajaan. Anggapan ini ada kebenarannya kerana apa yang berlaku setiap hari di kawasan PBT mempunyai impak ke atas kualiti hidup mereka. Jalan raya yang baik, sistem trafik yang berjalan lancar, lampu menyala, longkang dan parit yang bersih, sampah dikutip adalah antara indikator yang menonjolkan prestasi PBT serta mewakili prestasi Kerajaan, kita semua.

Manakala stakeholders atau penggiat industri seperti pekilang, peniaga, pemaju, penjaja akan tersenyum puas jika mereka dilayan dengan baik, pantas dan tepat. Sudah tentulah keadaan menjadi kucar kacir jika PBT tidak sistematik, tidak seragam, tiada kepatuhan malah ingkar kepada undang-undang.

Sering saya menerima aduan daripada orang ramai, melalui mesyuarat perundingan PEMUDAH, mesyuarat-mesyuarat dengan penggiat industri dan badan-badan professional dan daripada pekilang-pekilang mengenai prestasi PBT yang tidak memuaskan. Sering kali juga isu ini dibincangkan di mesyuarat perhubungan di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan malahan di dalam mesyuarat Jemaah Menteri sendiri yang mengambil maklum banyak ketidakpatuhan kepada keputusan-keputusan kerajaan berlaku pada peringkat Kerajaan Tempatan.

Sebagai YDP saya juga harus memastikan :

• Jawatan saya itu diperuntukkan di bawah undang – undang dan perlantikannya teratur;

• Majlis mempunyai barisan pembuat keputusan yang terdiri daripada ahli-ahli majlis yang bijaksana dan mahir dalam bidang masing-masing supaya dapat membantu pengurusan majlis;

• Meminimakan intervention atau campur tangan kuasa-kuasa yang di luar bidang kuasa undang-undang;

• Meningkatkan kepimpinan bagi melonjak prestasi PBT, justeru mendapat sokongan rakyat; dan

• Keputusan-keputusan dibuat secara bijaksana dan berhemah.

Jika sayalah YDP, indikator-indikator yang telah digariskan di dalam sistem penilaian SSR PBT akan menjadi panduan saya untuk meningkat prestasi PBT saya terajui. 354 indikator bukan satu angka yang sedikit. Sudah tentulah semua indikator tersebut berkaitan dengan pengurusan PBT yang saya terajui. Jika saya ikut dengan teliti SSR PBT itu, tentu sekali saya berada di arah yang betul kerana sistem penggredan itu secara terbuka, objektif dan inklusif. Pengurusan organisasi, pengurusan kewangan dan aset, pengurusan sumber manusia, perkhidmatan-perkhidmatan teras PBT, pengurusan pelanggan, penyertaan dan engagement dengan penduduk dinilai dan diberi perincian bersandarkan kepada kesedaran saya sendiri. I am being made aware of grading system all the time, therefore it is easy for me to make a difference.

Dalam hal ini, sukalah saya mengingatkan bahawa, mengikut Perkara 95A Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri hendaklah mengikut (shall follow) dasar yang telah diputuskan oleh Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT).

Saya dimaklumkan banyak sudah garis panduan, template dan keputusan-keputusan Kerajaan dikeluarkan kepada PBT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan hasil daripada keputusan Jemaah Menteri serta MNKT. Keputusan ini juga dibuat hasil daripada rundingan dengan PBT sendiri, Kerajaan Negeri serta pelbagai stakeholders.

Oleh kerana itu, jika SAYALAH yang menjadi Datuk Bandar/Yang Dipertua seperti Dato’-Dato’/Tuan-Tuan/Puan-Puan sekalian saya akan:

(i) membuat penilaian dan audit ke atas keadaan sedia ada di PBT saya;

(ii) mengenal pasti kelemahan-kelemahan pelaksanaan keputusan Kerajaan sama ada berpunca daripada kelemahan sistem atau kakitangan; dan

(iii) merangka tindakan / mengambil langkah bagi mengatasi kekurangan / kelemahan tersebut.

I am aware of what and how my PBT is being evaluated so why not I work towards achieving the ultimate? I will… if I were a YDP!

4. Engagement Bersama Pihak Berkepentingan.

Dalam melaksanakan apa jua penambahbaikan ataupun sesuatu dasar, proses rundingan ataupun engagement bersama pihak-pihak yang berkepentingan perlu menjadi budaya kerja semua agensi kerajaan termasuklah PBT. Melalui proses engagement tersebut, agensi kerajaan bukan sahaja boleh mendapat pandangan ataupun maklum balas daripada pihak-pihak berkepentingan malahan berpeluang untuk menjelaskan mengapa sesuatu dasar tersebut perlu diadakan atau tidak diadakan mengikut konteks masing-masing.

Pada peringkat Kerajaan Persekutuan, proses engagement telah menjadi kebiasaan dalam bentuk jawatankuasa bersama seperti PEMUDAH, Focus Group dan kumpulan-kumpulan kerja yang lain. Setidak-tidaknya proses engagement ini boleh dilakukan secara berdialog dengan pihak-pihak yang berkepentingan.

PBT pula selaku agensi yang paling kerap berurusan dengan rakyat perlulah menjalankan proses engagement bersama penduduk, peniaga, penjaja, pekilang dan juga NGO.

5. Cross Fertilization

Kerajaan amat sedar tentang masalah struktur PBT yang tertutup, bermakna menghadkan mobiliti pegawai dan kakitangan. Sistem perkhidmatan PBT yang tertutup merupakan salah satu faktor yang mungkin menjejaskan mutu perkhidmatan PBT. Terlalu lama berkhidmat dalam sesebuah organisasi boleh menyebabkan kita berasa complacent, tidak berpeluang untuk menimba pengalaman dan ilmu yang baru serta berkemungkinan mendedahkan kita kepada unsur-unsur yang kurang sihat.

Oleh itu, usaha awal telah dijalankan di negeri Pahang di mana pertukaran secara pentadbiran yang melibatkan beberapa jawatan telah dilaksanakan pada tahun sudah. Pelaksanaannya boleh lagi dikaji dan ditambahbaik dari semasa ke semasa. Saya percara dalam melaksanakan apa jua pembaharuan, sudah pasti pelbagai isu dan cabaran akan dihadapi. Untuk maju ke hadapan, kita mesti berani melakukan perubahan dan membuat penambahbaikan as we go along.

6. Meningkatkan Daya Saing Negara

Bagi memastikan Perkhidmatan Awam di negara ini terus maju dan berdaya saing, YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri kita semasa berucap di Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2010 pada 31 Mei 2011 yang lalu telah menggariskan tiga (3) kriteria yang mampu mengarusperdanakan sektor awam dan sekaligus menjadikannya lebih berinovasi. Ketiga-tiga kriteria yang dimaksudkan melibatkan sesuatu tindakan atau perubahan jika ianya dilakukan boleh:

Pertama : Membawa kesan atau impak yang begitu besar
kepada negara;

Kedua : Menjimatkan kos – selaras dengan apa yang
dikatakan amalan value for money; dan

Ketiga : Memendekkan tempoh pelaksanaan yang
seterusnya meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan atau rakyat.

Untuk makluman, setiap kali Malaysia mendapat kedudukan yang baik dalam ranking dunia dengan sekejap pula kita mengalami regresive action, iaitu kedudukan kita kembali menurun. Daripada Laporan Institute of Management Development tahun 2011, Malaysia menduduki tangga ke-16 pada tahun 2011, iaitu jatuh daripada kedudukan top 10 pada tahun 2010. World Bank Doing Bussiness Ranking, kedudukan Malaysia meningkat, iaitu pada kedudukan ke-21 pada tahun 2011 berbanding ke-23 pada tahun 2010. Bagi Dealing with Construction Permits Rank pula, Malaysia berada pada kedudukan ke-108 daripada 183 negara yang dinilai berbanding ke-109 pada tahun 2010.

Kedudukan ini terutamanya bagi construction permits jika dapat dipertingkatkan akan memberi manfaat kepada penggiat industri kita sendiri bukan sahaja meningkatkan ranking negara. Oleh itu, peranan OSC dan semua pegawai yang berurusan dengan permohonan cadangan pemajuan PBT haruslah bekerjasama dan saling memahamai keperluan pemaju dan penggiat industri bagi mencapai titik tolak yang sekata. Pada 9 Jun 2011 yang lalu, keputusan telah dicapai supaya kelulusan Pelan Bangunan dipertingkatkan dengan memendekkan tempoh hari urusan-urusan dan mengeluarkan beberapa jabatan teknikal daripada carta alir. Saya berharap pihak PBT akan lebih memahami proses ini dan melaksanakannya tanpa menimbulkan isu-isu sampingan.

7. Menangani Aduan

Saya percaya aduan-aduan orang ramai mengenai breakdown fungsi PBT bukan sahaja diterima oleh PBT malahan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Menteri-Menteri Persekutuan termasuk saya sendiri. Mengikut pengadu mereka telah cuba menarik perhatian pihak PBT tetapi gagal mendapat jawapan atau penyelesaian yang memuaskan. Kadangkala, walaupun aduan dibuat berulang kali, pihak PBT memekakkan telinga dan membutakan mata dan ini memaksa mereka membawa kepada pihak atasan sehinggalah kepada pihak YAB Perdana Menteri.

Pada saya aduan ini harus disifatkan sebagai hadiah bahawa akibat daripada kegagalan pihak PBT membuat keputusan, mengawal, menyenggara, menguatkuasa, memantau dan menyelaras maka berlaku kesilapan, kerosakan, kemusnahan kepada harta benda awam yang mungkin boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam. Oleh kerana itu, jika ada aduan mengenai jalan berlubang, lampu tidak menyala, tanda-tanda tanah runtuh dan seumpamanya kita harus berterima kasih kerana maklumbalas penduduk itu mengurangkan beban kerja kakitangan untuk keluar membuat pemantauan. Kadangkala juga, aduan terjadi oleh kerana oversight atau ‘tak perasan’ di pihak PBT.

8. Penutup

Saya percaya majlis perjumpaan ini mencapai objektifnya dan berharap perkara-perkara yang telah dibincang dan diputuskan diambil tindakan sewajarnya oleh semua Datuk Bandar dan YDP PBT.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian, terima kasih.

Leave a Reply



× 6 = forty two

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →