Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik, Malaysia

June 3, 2011 2:13 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.

YBhg. Dato’ Sri Abu Bakar bin Hj. Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia,

YBhg. Dato’ Dr. Mohd. Azhar bin Haji Yahaya, Pemangku Presiden Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Malaysia,

YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Nasir bin Mohd Ashraf, bekas Presiden PPTD,

Barisan EXCO PPTD,

Y. Bhg. Datuk-Dato’, Datin-Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan

Saudara-saudari rakan-rakan para Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, atas limpah izin dan kurnia Nya jua, kita dapat bersama-sama bertemu di dalam majlis ini, sempena Mesyuarat Agung Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik atau PPTD, Malaysia bagi tahun 2011.

2. Saya amat berbesar hati dan mengucapkan terima kasih kepada PPTD kerana menjemput saya bagi menyampaikan sepatah dua kata, dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung ini. Kehadiran pada mesyuarat ini membolehkan saya bertemu dengan para pegawai PTD dari pelbagai jawatan, agensi dan tempat bertugas untuk menyampaikan sedikit pandangan dan pesanan sebagai panduan demi menggalas tanggungjawab ke arah membangunkan negara kita. Kesempatan untuk bertemu dengan saudara-saudari sekalian adalah suatu pertemuan yang sangat bermakna kepada diri saya.

Saudara-Saudari Para Pegawai PTD Sekalian,

3. Empat hari sudah pada malam Selasa, 31 Mei 2011, kerjasama strategik PDRM-ATM telah dinobatkan sebagai pemenang AIPM (Anugerah Inovasi Perdana Menteri) 2010. Mereka menang kerana mereka telah melakukan apa yang tidak boleh dilakukan. Doing the extraordinary and making it so ordinary. They work beyond their silos. Tanggal 20 Mei 2010 merupakan tarikh bersejarah bagi pasukan Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia di mana pada tarikh tersebut Y.A.B Perdana Menteri telah melancarkan inisiatif “Strategi Lautan Biru” yang membabitkan kerjasama strategik di antara kedua-dua pasukan tersebut dalam usaha membendung serta mengurangkan kadar jenayah. Inisiatif “Strategi Lautan Biru” ini meliputi penggunaan kemudahan ATM, iaitu Pusat Latihan Asas bagi tujuan latihan rekrut-rekrut polis. Lebih 2 tahun lalu, Kerajaan telah meluluskan penambahan bilangan anggota PDRM dari 90,000 orang kepada 150,000. Walau bagaimanapun penambahan ini tidak boleh dilakukan dengan cepat kerana mereka perlu diberi latihan. Usaha membaikpulih bangunan lama berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi untuk dijadikan sebuah Pusat Latihan PDRM mengambil masa 2 tahun dengan kos RM149 juta, tetapi hanya mampu melatih 300 orang rekrut. Ini adalah terlalu lambat dan melibatkan kos yang tinggi. Hasil perbincangan melibatkan ATM-PDRM yang bermula September 2010 untuk menggunakan kemudahan Pusat Latihan ATM membolehkan sehingga 1600 rekrut polis dilatih di Port Dickson dan Tanjung Pengelih, Johor, mulai Januari 2011. Ia melibatkan kos pengubahsuaian sebanyak RM1 juta sahaja.

4. Upacara Perbarisan Tamat Latihan dijadualkan diadakan secara bersama dengan rekrut Angkatan Tentera yang juga baru menamatkan latihan, pada hari Sabtu, 30 Julai 2011 nanti. Ia merupakan Upacara Perbarisan Tamat Latihan yang unik yang julung-julung kali diadakan dalam negara, dan mungkin juga di dunia, yang melibatkan kerjasama strategik antara pihak polis dan angkatan tentera.

5. Selain itu, kerjasama ATM-PDRM juga membabitkan penyerahan kawasan rondaan di sempadan Malaysia-Thailand oleh Pasukan Gerakan Am kepada ATM untuk membolehkan mereka meronda membenteras jenayah di lapangan sebenar core business PDRM. Rondaan secara bersama Polis dan Tentera turut diperkenalkan. Dalam pada itu, pengambilan bekas tentera untuk dilantik sebagai anggota polis turut dilaksanakan.

6. Kerjasama strategik ini merupakan satu titik tolak kepada mindset breakthrough dalam menggembleng sumber tenaga manusia dan kemudahan fizikal kedua-dua pasukan tersebut, secara optimum. Ia juga membuktikan kejayaan kedua-dua pasukan untuk keluar daripada budaya “silo” ke arah transformasi menyeluruh dalam menangani isu-isu keselamatan serta memastikan keamanan negara.

7. Kerjasama strategik PDRM-ATM dalam memperkasakan keselamatan negara merupakan suatu usaha sama yang amat unik serta mempamerkan kolaborasi dan kerjasama erat 2 buah pasukan keselamatan yang dulunya bekerja secara berasingan, tetapi kini berganding bahu demi untuk memenuhi aspirasi serta agenda negara.

Saudara-Saudari Sekalian,

8. Terdapat beberapa perkara yang boleh diteladani oleh Perkhidmatan Awam, khususnya PTD dari Kerjasama Strategik PDRM-ATM tersebut. Sudah tiba masanya penjawat awam keluar dari kepompong “silo” masing-masing dan seterusnya menjalin kerjasama strategik sesama kita bagi menangani isu-isu semasa secara bersama demi meningkatkan kepentingan negara.

9. Cabaran yang menanti kita bukan kecil dan bukan calang-calang untuk ditangani, malah cabaran tersebut penuh dengan ketidakpastian. Jika kita masih leka dengan pencapaian takuk lama, selesa dengan cara bekerja sedia ada, berpuas hati dengan kebolehan yang dimiliki, bukan sahaja ilmu pengetahuan akan menjadi obsolete, malah kita juga bakal tertolak ke tepi kerana tidak relevan lagi.

10. Kita pegawai-pegawai PTD perlu mengambil langkah-langkah positif untuk meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing. Marilah kita terapkan mentaliti yang mengutamakan kualiti dan elakkan daripada menjalankan tugas sambil lewa. Rakyat memerlukan para pegawai yang mempunyai daya fikir yang tinggi, kemahiran menganalisis situasi, cekap mengatur strategi, mempunyai high-level critical thinking serta kreatif, di mana memiliki akhlak dan etika terpuji, is a given, it is expected.

11. Bagi menangani cabaran-cabaran baru, perkhidmatan dan pengurusan sektor awam, pegawai-pegawai PTD tidak terkecuali – malah khususnya, perlu membuat suatu anjakan berganda bagi menambah nilai pengetahuan, inovasi dan daya saing. Saya memahami bahawa lonjakan pembangunan kapasiti modal insan tidak boleh dicapai sekelip mata. Namun begitu, saya yakin usaha-usaha dapat dipergiatkan lagi supaya setiap pegawai PTD dapat memahami, menghayati dan menyusun strategi untuk memacu negara melalui proses transformasi menuju era kemajuan.

12. Dalam usaha untuk memberi nilai kepada modal insan yang hendak dibangunkan, kita mesti menerapkan nilai-nilai terpuji dan membudayakan amalan murni dalam diri dan dalam organisasi kita. Kita mahu bukan sahaja orang yang pandai dan berilmu, tetapi juga berintegriti, berbudi bahasa dan suka berkongsi idea, berkongsi maklumat, apa sahaja. Pegawai PTD tidak harus sama sekali menyalahgunakan kuasa, menerima rasuah, melewat-lewatkan kerja dan pelbagai aspek negatif lain. Tiada gunanya seseorang pegawai itu berpengetahuan tinggi dan mempunyai kecekapan bekerja, tetapi tidak berintegriti. Ini kerana integriti secara holistik adalah penentu kepada kejayaan kita semua.

13. Modal insan berintegriti dan warga PTD yang berminda kelas pertama sangat diperlukan untuk memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada pelanggan. Oleh itu perkhidmatan anggota PTD sangat diharapkan dalam menyediakan kemudahan, keperluan dan memudahkan pelaksanaan peraturan-peraturan yang berkaitan kepada pelabur, peniaga, sektor swasta. Kepada siapa sahaja pelanggan kita. Tanpa peranan kita sebagai rakan pembangunan yang cekap, berkemahiran dan mesra, sudah pasti pelanggan akan menghadapi kesukaran dalam melaksanakan urusan mereka.

Saudara-Saudari,

14. Apabila kita memilih untuk berkhidmat sebagai penjawat awam, sebagai PTD, kita memilih untuk berkhidmat kepada rakyat dengan jujur, ikhlas dan beramanah. Bukan kerana wang ringgit, bukan kerana pangkat, bukan kerana nama. It is a calling. It is our choice. Insya-Allah sekiranya kita berpegang kepada prinsip bekerja adalah suatu ibadah, nescaya ganjaran dan keberkatan hidup akan menyusuli kelak.
Saudara-Saudari Sekalian,

15. Saya percaya saudara-saudari biasa mendengar ungkapan “A Complaint is a Gift” atau terjemahan secara literalnya, “Aduan adalah suatu hadiah”. Mengapa suatu hadiah? Ini kerana apa jua aduan atau maklum balas yang disampaikan kepada kita adalah peluang untuk kita membuat penambahbaikan, peluang untuk kita memperbaiki sesuatu yang “tidak kena”, atau yang tidak memenuhi keperluan pelanggan serta stakeholders. Sehubungan dengan itu, saya ingin menyarankan warga PTD menjadi pengkritik paling tegar terhadap perkhidmatan PTD. Let us be our harshest critics. And, let us endeavour to remedy the root causes of the criticism, supaya dengan itu, tiada orang lain, mahupun perkhidmatan lain perlu mengkritik kita, PTD. Kerana dengan menjadi pengkritik paling tegar terhadap diri kita sendiri, kita akan dapat menangani isu-isu yang mungkin boleh mengundang kritikan. Dengan lebih dahulu mengkritik diri sendiri dan memperbaiki kelemahan diri, dengan sendirinya orang lain tidak mempunyai isu yang boleh dibangkitkan lagi.

16. Oleh itu, kita tidak perlu teragak-agak atau ragu-ragu untuk melakukan perubahan. Sesebuah organisasi yang gagal berubah dan menyesuaikan diri dengan perubahan, akan menjadi tidak relevan dan tidak akan kekal lama. PTD perlu melakukan transformasi dan bergerak di atas platform yang betul bagi mencapai matlamatnya.

17. Bagi mencapai matlamat tersebut, transformasi perlu berlaku menerusi dua peringkat. Peringkat pertama ialah perubahan dalaman. PTD perlu kembali kepada idealisme perjuangan yang tulen iaitu mengutamakan rakyat menerusi bakti dan budi. Kita perlu sentiasa mencabar diri dan organisasi bagi meningkatkan lagi standard dan tahap perkhidmatan. Kita hendaklah mempunyai sikap keterbukaan, “challenging the status quo”, kreatif dan inovatif dalam mencari kaedah terbaru bagi meningkatkan proses kerja dan melaksanakan penambahbaikan berterusan. “Challenging the status quo”, kreatif dan inovatif, sebagaimana kreatif dan inovatifnya PDRM bersama ATM. Atau lebih baik lagi!

18. Peringkat kedua ialah perubahan pendekatan PTD, iaitu memberi tumpuan kepada pencapaian dan impak. Pendekatan ini dapat dijayakan menerusi kolaborasi mantap dengan sektor-sektor lain dalam masyarakat seperti korporat, badan sukarela, pertubuhan komuniti dan rakyat di peringkat akar umbi. Saya penuh yakin kita boleh melakukan perubahan dan menggerakkan perkhidmatan PTD untuk melaksanakan pendekatan yang mendahului rakyat dan mengutamakan pencapaian.

19. Dalam menunaikan tugas, pedoman pepatah lama harus kita jadikan iktibar:

menjalankan tugas tahan beragas
menjalankan amanah tahan dilapah
menjalankan yang hak tahan diinjak
menunaikan janji tahan dikeji
membela rakyat tahan dikerat
membela bangsa tahan binasa
membela negeri tahan mati
menolong tak harap sanjung
berbudi tak harap puji
berkorban tak harap imbalan
bekerja tak harap upah
memberi tak harap ganti
mengajar tak harap ganjar

Saudara-Saudari Sekalian,

20. Sempena tahun 2011 sebagai tahun pelaksanaan agenda transformasi kerajaan, saya berharap kita semua dapat melaksanakan strategi yang telah digariskan dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua pihak. Berikan sepenuh tumpuan dan komitmen kepada tanggungjawab kita sebagai pegawai PTD dan anggota perkhidmatan awam. Buktikan bahawa kehadiran kita benar-benar telah memberi sumbangan yang signifikan kepada perkhidmatan awam dan membawa impak kepada peningkatan kesejahteraan rakyat.

21. Marilah kita memanjatkan doa kepada Allah SWT semoga kita diberikan kekuatan untuk sama-sama memperbaiki diri dan memperkasa perkhidmatan PTD demi kelangsungan negara kita. Mudah-mudahan segala usaha murni kita akan diberkati oleh Allah SWT.

22. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada PPTD kerana telah menjemput saya bagi merasmikan persidangan tahunan ini. Maka dengan lafaz yang mulia Bismillahir rahmanir rahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Tahun 2011 ini.

Wabillahittaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabaratuh.

Leave a Reply



4 × one =

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →