Majlis Pelancaran Hari Audit Se Malaysia 2011

September 27, 2011 12:13 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillaahir rahmaanir rahiim

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

YBhg. Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang, Ketua Audit Negara
Dan Y. Bhg. Puan Sri

Y. Bhg. Ketua Setiausaha-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan

Y.B. Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai-Pegawai Kewangan Negeri

Y. Bhg. Timbalan-Timbalan Ketua Audit Negara

Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Audit Negara

YBhg Tan Sri-Tan Sri, Dato’ Sri-Dato’ Sri, Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, atas limpah rahmat dan kurnia Nya kita dapat berhimpun dalam majlis yang penuh bermakna pada petang ini, sempena Majlis Pelancaran Hari Audit Se Malaysia 2011.

2. Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kepada Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang, Ketua Audit Negara, atas jemputan kepada saya bagi menyempurnakan Majlis ini. Bersesuaian dengan bulan Syawal yang mulia, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin” kepada semua yang hadir pada petang ini.

Saudara-saudari sekalian,

Peranan dan Fungsi Audit

3. Institusi Audit telah wujud di Malaysia lebih 100 tahun. Sehingga kini, peranan audit telah dapat dilaksanakan secara bebas dan profesional mengikut prinsip dan standard antarabangsa. Sambutan Hari Audit Se Malaysia ini adalah bagi mengingati serta menghargai peranan dan sumbangan penting warga Audit yang bertugas di Jabatan Audit Negara serta di kementerian dan agensi Kerajaan dalam memastikan akauntabiliti dan integriti sistem penyampaian serta urus tadbir perkhidmatan awam sentiasa terpelihara. Melalui pengauditan yang bebas, analisis yang objektif serta penilaian yang komprehensif terhadap pelaksanaan program, aktiviti dan projek Kerajaan, Juruaudit membantu organisasi meningkatkan tahap akauntabiliti dan integriti, menambah baik operasi serta memberi keyakinan kepada rakyat dan stakeholder mengenai penggunaan dan pengurusan dana awam secara berhemat.

4. Sebagaimana kita sedia maklum pengauditan adalah suatu kaedah untuk menilai semula sistem dan proses yang sedia ada, agar apa jua kelemahan yang timbul dapat diperbaiki dan diatasi. Pengauditan merupakan satu proses check and balance yang amat penting dalam menentukan urusan kewangan organisasi dilaksanakan secara efisien dan efektif. Ini adalah penting bagi mengekang aktiviti-aktiviti tidak sihat seperti penyalahgunaan kuasa, pembaziran serta penyelewengan dana awam, yang sekiranya tidak dibendung pastinya mempunyai implikasi negatif terhadap imej serta proses pembangunan negara.

5. Kita harus sedar bahawasanya dasar-dasar awam yang diperkenalkan oleh Kerajaan pada hakikatnya mempunyai niat yang murni, iaitu untuk manfaat serta kesejahteraan rakyat dan negara. Namun jika program dan projek bagi menterjemahkan dasar-dasar tersebut tidak dirancang dengan teliti, tidak dilaksanakan dengan cekap dan tidak dipantau dengan berkesan, maka akan timbul masalah implementation gap yang boleh mencalarkan imej perkhidmatan awam dan Kerajaan pada keseluruhannya. Oleh yang demikian Ketua-ketua Jabatan dan Agensi haruslah sentiasa peka dan prihatin dengan isu-isu yang dibangkitkan di dalam Laporan Audit serta mengambil iktibar dan mempelajari daripada pengalaman-pengalaman kurang baik yang didedahkan oleh Jabatan Audit Negara.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kreativiti Dan inovasi

6. Pada hemah saya, pemilihan tema Hari Audit Se Malaysia, iaitu “Inovasi Dan Kreativiti Memacu Pengauditan Berkualiti” adalah amat relevan serta bertepatan sekali. Y.A.B. Perdana Menteri semasa berucap di dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-11 telah menggariskan aspek membudayakan kreativiti dan inovasi sebagai salah satu nilai asas penting yang perlu ada dalam usaha kita untuk mencapai status negara maju yang berdaya saing dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

7. Pelan Transformasi Kerajaan memerlukan corak pengurusan perkhidmatan awam yang lebih kreatif bagi menambah baik dan memurnikan sistem penyampaian Kerajaan ke arah memenuhi aspirasi dan harapan rakyat yang sentiasa meningkat. Dalam usaha untuk menjayakan pelan transformasi ini, pegawai audit mempunyai peranan penting dalam memberikan maklum balas yang tepat, timely dan saksama kepada stakeholders. Pendekatan ini memberi ruang untuk menghasilkan outcome dan impak positif kerana pendedahan kepada kejayaan atau sebaliknya boleh menjadi teladan dan iktibar kepada organisasi lain.

8. Dengan cara membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul, saya percaya kelemahan dan kesilapan yang kerap kali berulang akan dapat dibanteras, sekali gus menjana budaya high performance dalam perkhidmatan awam. Sehubungan itu, penjawat awam khususnya para Juruaudit hendaklah berfikiran positif dan terbuka kepada idea-idea baru yang bernas, serta mempunyai keazaman dan semangat yang tinggi untuk mencapai kecemerlangan melalui pendekatan inovatif dan kreatif dalam apa jua tindakan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

9. Saban tahun Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah wang yang besar bagi perbelanjaan mengurus dan juga untuk projek-projek pembangunan yang bertujuan menaikkan taraf hidup rakyat. Menerusi pengauditan yang dijalankan secara profesional, maklumat tentang kedudukan sebenar pengurusan kewangan Kerajaan, sama ada telah diuruskan dengan cermat dan berhemat, akan dapat dipantau. Namun apa yang lebih penting ialah “observations” atau teguran dari sebuah badan bebas seperti Jabatan Audit Negara akan dapat membantu menambah baik pengurusan kewangan serta pengurusan projek agar lebih accountable dan telus.

10. Dalam apa jua tindakan yang melibatkan kewangan serta perbelanjaan Kerajaan, prinsip “value for money” hendaklah sentiasa ditekankan, di samping outcome atau impak positif bagi setiap perbelanjaan yang dilakukan. Setiap projek atau aktiviti hendaklah dirancang terlebih dahulu dan diuruskan secara efisien, ekonomik dan berkesan, di samping berusaha untuk mengelakkan sebarang keborosan dan pembaziran, apatah lagi penyelewengan.

11. Saya perhatikan kebanyakan kelemahan yang dilaporkan oleh pihak Audit boleh dielakkan sekiranya pegawai yang bertanggungjawab, komited untuk melakukan pemantauan dan penyeliaan yang rapi serta berterusan. Masalah yang sering kita dengar seperti projek lewat disiapkan menyebabkan kos meningkat, kerja yang dihasilkan tidak mengikut spesifikasi atau tidak berkualiti, serta harga barang terlalu tinggi berbanding harga pasaran semuanya berkait rapat dengan sikap serta keprihatinan pegawai di dalam penyeliaan projek dan berhemat dalam proses pembelian bagi memastikan kepentingan kerajaan dan negara sentiasa terjaga.

12. Sebagai pelaksana utama dasar dan program Kerajaan, adalah amat penting bagi kita mencari dan mengaplikasikan pendekatan-pendekatan baru yang kreatif dan inovatif, seperti strategi blue ocean bagi menggantikan kaedah konvensional yang bukan sahaja ternyata kurang menzahirkan impak yang dihasratkan malah merugikan Kerajaan. Sebagai contoh, bagi memastikan prinsip value for money di dalam pelaksanaan projek-projek Kerajaan, pendekatan value management telah ditekankan. Melalui penjimatan yang dihasilkan, lebih banyak projek pembangunan akan dapat dilaksanakan untuk manfaat rakyat. Di samping itu, pelaksanaan sistem e-perolehan dan e-bidding memastikan Kerajaan mendapat harga barangan yang lebih berpatutan dan pengurusan kewangan Kerajaan adalah lebih cekap dan teratur.
Saudara-saudari sekalian,

13. Saya dimaklumkan bahawa pada hari ini beberapa Kementerian, Jabatan dan Agensi akan menerima anugerah kerana telah mencapai tahap kecemerlangan dalam penarafan Indeks Akauntabiliti pengurusan kewangan di agensi masing-masing. Saya amat berbangga apabila dimaklumkan bahawa bilangan agensi yang menerima anugerah pada tahun ini telah bertambah dengan ketara berbanding tahun 2010. Ini adalah merupakan satu pencapaian yang amat menggalakkan dan harus dipertingkatkan, sekali gus menolak persepsi umum bahawa pengurusan kewangan Kerajaan adalah kurang cekap. Ia juga menggambarkan impak positif Laporan Audit terhadap pengurusan kewangan di kementerian, jabatan dan agensi kerajaan pada umumnya, yang mencerminkan keupayaan sektor awam untuk berubah serta menambah baik pencapaian mereka. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah pada tahun ini.

14. Namun seyogia diingatkan kepada mereka yang akan menerima anugerah ini supaya tidak leka, sebaliknya terus berusaha memastikan pengurusan kewangan yang cekap dan berhemat ditingkatkan supaya sentiasa berada pada tahap cemerlang. Perlu juga dipastikan bahawa kecemerlangan yang dicapai hendaklah menyeluruh bagi merangkumi semua PTJ atau Pusat Tanggung Jawab) di bawah kawalan Pegawai Pengawal dan tidak terhad kepada kecemerlangan di ibu pejabat sahaja. Dalam hal ini, peranan audit dalam adalah amat penting bagi memantau keadaan sebenar di peringkat PTJ dan melaporkan kepada Jawatankuasa Audit di peringkat Kementerian dan Jabatan.

Saudara-saudari sekalian,

15. Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin merakamkan syabas dan tahniah kepada Ketua Audit Negara atas pencapaian cemerlang Jabatan Audit Negara sehingga kini. Kepada seluruh warga Audit, saya mengucapkan Selamat Maju Jaya, tingkatkan usaha dan bekerja secara profesional, komited dan di dalam satu pasukan bagi mentransformasikan pengurusan kewangan negara ke tahap yang membanggakan. Dalam apa jua tindakan, integriti hendaklah sentiasa disematkan sebagai tunjang utama. Jadikan inovasi dan kreativiti sebagai agenda penting dalam meningkatkan akauntabiliti serta tadbir urus sektor awam dalam negara yang tercinta. Memetik kata-kata Edward de Bono, yang terkenal dengan konsep lateral thinking serta penulis buku popular “Six Thinking Hats”,

“There is no doubt that creativity is the most important human resource of all. Without creativity, there would be no progress, and we would be forever repeating the same patterns.”

16. Akhir kata, dengan lafaz Bismillaahir rahmaanir rahim, saya merasmikan Hari Audit Se Malaysia Tahun 2011.

Sekian,
Wabillahittaufik walhidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Leave a Reply



× 8 = twenty four

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →