Majlis Sekalung Budi Sempena Persaraan TKSU Kanan JPM

September 30, 2011 12:08 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahir rahmanir rahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Yang Diraikan, Y. Bhg. Datuk Zainol bin Othman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan dan isteri,
Y. Bhg. Datin Nor Maini bt. Md Nayan

Ketua- Ketua Jabatan dan Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri

Pegawai-Pegawai Kanan di Jabatan Perdana Menteri,

Y. Bhg. Tan Sri-Tan Sri, Dato’Sri-Dato’ Sri, Datuk, Dato’, Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat dan izin Nya kita dapat bersama-sama di dalam Majlis Sekalung Budi sempena persaraan Yang Berbahagia Datuk Zainol bin Othman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

2. Sebagaimana kita sedia maklum, Yang Berbahagia Datuk Zainol akan menamatkan perkhidmatan dari Perkhidmatan Awam Malaysia secara rasmi pada hari Ahad, 2 Oktober 2011, setelah 33 tahun menaburkan jasa dan baktinya. Majlis ini diadakan lebih awal kerana hari ini adalah hari terakhir Yang Berbahagia Datuk Zainol bersama-sama dengan kita, walaupun beliau akan menyertai beberapa majlis rasmi yang diuruskan oleh Jabatan Perdana Menteri sehingga esok.

Saudara-saudari sekalian,

3. Yang Berbahagia Datuk Zainol bin Othman, a man of a few words is a personality to be reckoned with; a responsible person who is very passionate of his work; and equally passionate if not more of his family and friends. Bagi saya, beliau adalah seorang Ketua Jabatan yang wajar diteladani, terutamanya bagi pegawai-pegawai muda yang masih jauh perjalanan dalam perkhidmatan awam.

4. Pencapaian PAJPM khususnya, dan Jabatan Perdana Menteri amnya, sepanjang kepimpinan beliau sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, adalah amat membanggakan. Ketegasan beliau dalam memastikan segala keputusan dilaksanakan dengan pantas, tanpa gagal dan dengan penuh integriti menjadi hall mark kepimpinan beliau. Kegigihan beliau juga telah memastikan PAJPM bersama-sama menjayakan strategi dan agenda Kerajaan. Atas komitmen serta kualiti kepimpinan beliau jugalah maka beliau telah dinaikkan pangkat Turus III pada 1 Oktober 2011. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Datuk Zainol.

5. Saya amat berharap agar kecemerlangan dan sikap dedikasi yang dibawa oleh Datuk Zainol dalam usaha membudayakan kreativiti, inovasi dan budaya berprestasi tinggi di kalangan warga PAJPM telah memberikan satu suntikan semangat, dihayati dan dijadikan azam oleh seluruh warga PAJPM untuk meneruskan tanggungjawab yang telah diamanahkan dan seterusnya menyahut seruan dan harapan pucuk pimpinan Negara.

6. Jawatan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan di Jabatan Perdana Menteri yang disandang beliau sejak Julai 2008, merupakan satu tugas yang berat. Berat kerana dalam banyak perkara beliau membantu saya untuk memastikan arahan dan peraturan dilaksanakan dan dipatuhi, khususnya di PAJPM dan Jabatan Perdana Menteri. Saya percaya dalam melaksanakan tugas tersebut, beliau menghadapi pelbagai cabaran. Namun saya yakin sebagai seorang insan yang berpegang teguh kepada prinsip dan ajaran agama, beliau mampu dan terbukti berjaya memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

7. Secara peribadi, persaraan Datuk Zainol amat dirasai oleh saya dan Jabatan Perdana Menteri. Bak kata pepatah Melayu, patah kan tumbuh, hilang kan berganti, namun yang hilang akan tetap kekal abadi. Saya berharap persahabatan kita tidak akan terhenti di sini, malah akan terus berpanjangan.

8. Bagi pihak Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perdana Menteri khususnya, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan jasa dan khidmat bakti dalam menjayakan wawasan dan agenda negara. Komitmen dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh Yang Berbahagia Datuk Zainol sebagai seorang penjawat awam tidak ternilai harganya. Saya yakin bahawa segala sumbangan kecemerlangan dan khidmat bakti ini akan sentiasa menjadi ingatan dan kenangan ramai. Adalah diharapkan sumbangan khidmat bakti ini akan sentiasa diteruskan oleh Yang Berbahagia Datuk di lain-lain lapangan demi pembangunan dan kesejahteraan negara, walaupun tidak lagi berada di dalam Perkhidmatan Awam.

Indah nian bunga kasturi
Mengharum semerbak di dinihari
Sumbangan tuan tidak terperi
Tiada ternilai dunia seisi

Di sana padi di sini padi
Itulah nama sawah dan bendang
Di sana budi di sini budi
Baru sempurna bernama orang

Kalau ada pauh di daik
Bawa sebiji ke tanah seberang
Kalau ada budi yang baik
Sampai mati dikenang orang

9. Sebelum mengakhiri ucapan, sekali lagi saya mengucapkan “Selamat Bersara”, setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Zainol bin Othman atas sumbangan jasa dan khidmat bakti dalam memajukan perkhidmatan awam.

10. Marilah kita bersama-sama mendoakan semoga Yang Berbahagia Datuk Zainol, Yang Berbahagia Datin Nor Maini serta seisi keluarga sentiasa berada di dalam keadaan sihat wal ‘afiat dan sentiasa beroleh petunjuk, hidayah dan kerahmatan daripada Allah SWT jua.

Sekian,
Wabillahittaufik walhidayah,
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Leave a Reply



8 + = eleven

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →