Majlis Penutup Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

October 6, 2011 12:02 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahir rahmanir rahim

Assalaamualaikum warahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Y. Bhg. Tan Sri Jamaluddin Bin Hj. Ahmad Damanhuri
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Y. Bhg. Tan Sri Dr. Zulkurnain Bin Haji Awang
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

Y. Bhg. Dato’ Haji Alias Bin Abdullah
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang
Y.H. Dato’ Mohamad Ridzwan Mohd Tahar, Timbalan SUK Pahang

Pengerusi-Pengerusi Suruhanjaya serta Timbalan-Timbalan Pengerusi Suruhanjaya

Ahli Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri

Y.Bhg. Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan Nya jua, kita dapat berkumpul di dalam dewan ini bagi menyempurnakan Majlis Penutup Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Tahun 2011.

2. Saya merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua peserta Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Tahun 2011 kerana telah dapat hadir dan memberi sumbangan dalam persidangan yang penting lagi bermakna ini. Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ini merupakan satu forum yang amat penting bagi Ahli-Ahli Suruhanjaya untuk berbincang, bertukar fikiran, mendapatkan input serta idea baru dan seterusnya menghasilkan rumusan terbaik bagi memastikan perkhidmatan awam negara kita adalah cekap dan berkualiti. Komitmen yang diberikan oleh semua peserta terhadap persidangan kali ini melambangkan sokongan terhadap agenda transformasi negara bagi membentuk perkhidmatan awam yang lebih inovatif lagi.

3. Saya menaruh penuh harapan dan keyakinan bahawa melalui persidangan ini, banyak manfaat telah diperolehi sebagai usaha berterusan menerokai peluang dan alternatif baru bagi memperkasakan pengurusan modal insan sektor awam yang bersifat dinamik. Persidangan seperti ini jelas menunjukkan kesungguhan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk sentiasa menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada stakeholders terutamanya rakyat. Melalui tema persidangan, iaitu “Perkhidmatan Awam Dinamik Pemacu Kecemerlangan”, adalah diharapkan suatu hala tuju yang konkrit dapat dirumuskan bersama dalam usaha menyemarakkan lagi pencapaian dan kecemerlangan negara kita.

Saudara-saudari sekalian,

4. Pada hari kelmarin, iaitu hari Selasa, 5 Oktober, saya telah mempengerusikan mesyuarat MSC Malaysia Flagship Coordination Committee atau FCC, mengenai kemajuan projek-projek ICT Kerajaan seperti E-Government, Smart School, Telehealth dan sebagainya. Pada akhir mesyuarat, Urus setia telah membentangkan FCC versi 2.0 mengenai hala tuju Jawatankuasa tersebut pada masa hadapan supaya lebih mantap serta selari dengan aspirasi dan hasrat kerajaan. Namun, saya telah mencabar Urus setia serta ahli mesyuarat – mengapa FCC 2.0?; mengapa tidak FCC 10.0? Adalah amat penting bagi kita merancang mengenai perkara-perkara yang lebih jauh ke masa hadapan dan bawanya ke hari ini, iaitu fikir dan laksanakannya sekarang – baik dalam peranan kita di dalam jawatankuasa seperti FCC mahupun sebagai penjawat awam mahupun sebagai ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

5. Pelukis terkemuka dunia, Leornardo Da Vinci, pada tahun 1480 telah mula melukis mengenai kapal terbang. Beliau mempunyai lebih 100 buah lukisan yang melakarkan pemikiran beliau mengenai mesin yang boleh membawa manusia untuk “terbang”. Sebagaimana kita ketahui, penerbangan pertama yang berjaya dilakukan oleh manusia ialah pada 17 Disember 1903 oleh Orville Wright, iaitu lebih 400 tahun setelah Leornardo Da Vinci mula melukis mengenai penerbangan manusia. Malah, helikopter yang kita lihat pada hari ini adalah berasaskan kepada reka bentuk yang dilakarkan oleh Leonardo da Vinci di dalam salah sebuah lukisannya yang dinamakan Ornithopter.

6. Begitu juga Jules Verne, penulis science fiction yang tidak asing lagi, pada tahun 1863 telah menulis sebuah novel bertajuk Paris in the Twentieth Century. Novel tersebut mengisahkan seorang pemuda yang tinggal di dalam sebuah bangunan pencakar langit, perjalanan menaiki kereta api berkelajuan tinggi, kereta yang berkuasa gas, serta jaringan komunikasi seluruh dunia. Namun, penerbit buku-buku beliau pada masa itu, mencadangkan supaya Verne menunggu 20 tahun lagi untuk menerbitkan bukunya. Verne menyimpan manuskripnya itu di dalam sebuah peti besi. Lebih 120 tahun kemudian, pada tahun 1989 seorang cicit beliau terjumpa manuskrip tersebut, dan pada tahun 1994 buku tersebut akhirnya diterbitkan. Kalau saudara-saudari masih ingat, pada sekitar tahun 1993 dan 1994, masa buku beliau diterbitkan, Internet baru sahaja mula dikenali oleh masyarakat dunia sebagai saluran komunikasi penting, sedangkan Jules Verne telah pun berfikir mengenainya pada tahun 1863.

Saudara-saudari sekalian,

7. Bertitik tolak dari cerita-cerita tersebut, cuba kita bayangkan apa yang dihasratkan oleh Kerajaan dan rakyat terhadap peranan kita sebagai penjawat awam. Bagaimana kita lihat peranan kita 20 tahun dari sekarang, atau seperti di dalam tulisan Jules Verne, 100 tahun dari sekarang. Seterusnya, kita fast forward dan laksanakannya pada hari ini juga. Tidak perlu tunggu 20 tahun atau 100 tahun lagi untuk merealisasikannya. Dengan cara ini, pastinya kita akan sentiasa berada di hadapan keluk atau “ahead of the curve” aspirasi dan harapan stakeholders kita serta aspirasi dan harapan sendiri.

8. Asas utama kepada Program Transformasi Ekonomi yang sedang giat dilaksanakan oleh Kerajaan pada masa ini, ialah sebuah sektor swasta yang cergas bagi menarik lebih banyak pelaburan, mewujudkan pekerjaan nilai tinggi, dan menempatkan Malaysia, negara kita di pasaran global untuk memacu pertumbuhan pendapatan tinggi yang berkekalan. Bagi menjayakan ini sokongan daripada sektor awam yang juga berprestasi tinggi adalah amat penting.

9. Mari kita sama-sama fikirkan apakah ciri-ciri yang perlu ada di dalam sektor awam yang berprestasi tinggi? Pastinya yang paling utama adalah integriti; disiplin yang tinggi; bersih – bukan dari aspek fizikal sahaja, malah lebih penting termasuk juga tatalaku; berani; dan kompeten. Pada hari Sabtu dan Ahad lepas, saya menerima delegasi dari Singapura sempena Malaysia-Singapore Joint Seminar and Civil Service Games. Rata-rata umur Setiausaha Tetap mereka, iaitu setara dengan Ketua Setiausaha Kementerian-Kementerian kita, adalah di dalam lingkungan umur empat puluhan sahaja. Umur rakan sejawat saya, iaitu Mr. Peter Ong, Head of Civil Service of Singapore adalah 50 tahun sahaja. Dan beliau telah menjadi Setiausaha Tetap selama lebih 10 tahun. Isu penting yang saya mahu utarakan bukanlah umur. Banyak diperkatakan akan kecekapan perkhidmatan awam Singapura. Malah diperkatakan seantero dunia bahawa pembangunan dan kemajuan Singapura hari ini disumbangkan sebahagian besarnya oleh perkhidmatan awamnya. Juga saya yakin dan percaya, yang juga diakui oleh pelbagai pihak akan sumbangan besar perkhidmatan awam kita terhadap kemajuan negara kita.

10. Namun demikian, mari kita cabar status quo – bagaimana kita boleh lakukan lebih baik dari sekarang, lebih baik dari masa lepas, lebih baik dari masa kegemilangan kita. Bagaimana kita boleh lakukan lebih baik dari rakan-rakan kita di Singapura. Malah, kita berusaha lakukan yang lebih baik daripada apa rakan-rakan di Singapura lakukan, supaya perkhidmatan awam kita pula menjadi bench mark bagi Singapura dan juga benchmark bagi negara-negara lain yang lebih maju di kala ini.

Saudara-saudari sekalian,

11. Sering kali kita mendengar ungkapan, “input determines output and eventually outcome” ataupun “What you put into something is what you will get out of it”. Begitu juga, kemasukan pegawai-pegawai yang berkualiti dan berprestasi tinggi, pastinya akan memastikan perkhidmatan awam yang turut berkualiti. Proses pemilihan pegawai-pegawai untuk berkhidmat ke dalam Perkhidmatan Awam hendaklah stringent agar mereka yang terpilih adalah betul-betul yang akan membanggakan perkhidmatan awam, tetapi lebih penting dibanggakan oleh negara kita.

12. Pastinya pemilihan hendaklah berdasarkan merit, mereka yang mempunyai pengetahuan dan ada kemahiran, berketerampilan dan sikap yang sesuai. Ini kerana pegawai-pegawai yang dipilih pada hari ini adalah penentu hala tuju perkhidmatan awam kita, hatta negara kita dalam tempoh 30 tahun atau lebih yang akan datang. Maka, kita semua yang berperanan mencorak masa hadapan perlu menghayati Leonardo Da Vinci dan Jules Verne, betapa pentingnya kita perlu mengunjur atau project the scenario perkhidmatan awam di tahun-tahun mendatang, tetapi lebih baik dari Leornardo Da Vinci tidak perlu menunggu beratus-ratus tahun untuk dinikmati, kita alami penambahbaikan itu di hari ini juga.

13. Saya amat tertarik dengan sebuah cerita “Have a Little Faith” oleh Mitch Albom. Ia mengisahkan perihal seorang pemuda mencari pekerjaan di sebuah ladang. Beliau memberikan surat sokongan kepada bakal majikannya. Di dalam surat sokongan tersebut hanya tertulis, “Dia tidur di dalam ribut”. Memandangkan beliau sangat memerlukan seorang pembantu, pemilik ladang tersebut terus mengambil pekerja itu bekerja di ladangnya. Beberapa minggu berlalu, dan pada suatu malam, ribut yang kuat datang melanda. Terkejut dengan bunyi hujan lebat serta angin yang kuat, pemilik ladang melompat keluar dari bilik tidurnya dan menjerit memanggil pemuda yang baru diupahnya beberapa minggu yang lalu, tetapi pemuda tersebut sedang tidur dengan nyenyaknya. He slept through the storm. Pemilik ladang terus berlari ke bangsal, tetapi dengan penuh hairan melihat semua haiwan peliharaan telah dikurung dengan selamat serta mempunyai makanan yang banyak. Pemilik ladang kemudiannya berlari ke ladang, dan melihat ikatan gandum yang dibalut kemas dengan kain tarpaulin serta tersusun yang amat rapinya. Beliau seterusnya ke tempat simpan makanan, didapati pintu terkunci rapat dan bijirin dalam keadaan kering dan tersimpan dengan baik. Barulah pemilik ladang tadi memahami maksud “Dia tidur di dalam ribut” atau “He sleeps in a storm”. Pada saya mesejnya amatlah mudah tetapi penting.

14. Ciri-ciri yang terdapat pada pemuda tadi lah yang kita inginkan sebagai pewaris perkhidmatan awam negara kita. Seorang yang cekap dan berpengetahuan serta tahu apa yang perlu dilaksanakan. Dalam apa jua keadaan pekerja yang hebat boleh “tidur dengan nyenyak” kerana telah bersiap sedia terlebih dahulu bagi menghadapi apa jua kemungkinan. Tetapi yang lebih penting, kita yang memilih, mendidik dan mengasuh pekerja-pekerja untuk negara kita, kita akan dapat tidur dengan nyenyak dan lenanya kerana mendapat pekerja-pekerja yang boleh tidur dengan nyenyaknya.

Saudara-saudari sekalian,

15. Sebelum mengakhiri ucapan, ingin saya tegaskan bahawa pengurusan modal insan yang efektif tidak tertumpu kepada aspek reward semata-mata. Aspek punishment perlu juga ditekankan, khususnya bagi anggota-anggota yang melakukan kesalahan serta menyalahi peraturan dan undang-undang sedia ada. Pada masa yang sama, ia akan juga memberi pengajaran serta iktibar kepada anggota lain agar tidak melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan integriti serta kredibiliti perkhidmatan kita.

16. Dalam hubungan yang sama, perlu diwujudkan exit policy yang jelas bagi anggota-anggota yang bermasalah, yang tidak berdisiplin, mahupun mereka yang tidak menunjukkan prestasi perkhidmatan yang sepatutnya. Perkara mengenai exit policy ini telah saya bangkitkan di dalam persidangan yang sama pada tahun 2007, namun demikian pelaksanaannya mungkin boleh diperbaiki lagi. Mungkin aspek ini perlu dikaji untuk dimantapkan lagi pelaksanaannya, mahupun mendapatkan kaedah yang terbaik bagi “melepaskan” anggota-anggota yang bermasalah dari terus berkhidmat di dalam perkhidmatan awam. Namun demikian, sebarang tindakan yang diambil hendaklah telus dan adil bagi mengelakkan sebarang penganiayaan.

17. Dengan kepadatan sesi perbincangan dan forum serta pembentangan kertas yang bernas dari pelbagai perspektif dan kepakaran, saya berharap objektif Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke-14 ini dapat dicapai sepenuhnya. Saya percaya perkongsian maklumat dan pengalaman pada persidangan ini dapat memberikan idea yang bernas bagi Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk menggerakkan agenda transformasi dengan rapi dan cekap bagi memenuhi kehendak pelanggan yang sentiasa diutamakan. Semoga semua usaha murni dan komitmen yang telah diberikan dalam persidangan ini dapat menjana peningkatan tadbir urus sektor awam dengan lebih cemerlang lagi.

18. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran yang telah berganding bahu menganjurkan Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke-14 ini. Setelah mendengar ucapan daripada Y. Bhg. Tan Sri Jamaluddin Bin Hj. Ahmad Damanhuri, Pengerusi SPA, saya yakin dan percaya, kita Insya Allah akan dapat tidur dengan nyenyak dan lenanya.

19. Akhir kata, dengan lafaz Bismillahhir rahmannir rahim, saya dengan rasminya menutup Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke-14 ini.

Sekian
Wabillahittaufiq walhidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi
Wabarakatuh.

Leave a Reply



three × = 6

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →