Majlis Anugerah Felo INTAN dan Penyampaian Diploma INTAN 2011

November 30, 2011 11:30 am 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahir rahmanir rahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah bt. Hj. Mohd. Ali, Felo INTAN

Y.Bhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Y.Bhg. Tan Sri Dr. Zulkurnain Bin Haji Awang, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

YBhg. Tan Sri Datuk Dr. Arshad bin Ayub, Felo INTAN

Y. Bhg. Dato’ Dr. Ismail Alias, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)

Y. Brs. Dr. Aminuddin Hassim, Pengarah INTAN

Y.Bhg. dan Y.B. Tan Sri-Tan Sri, Puan Sri-Puan Sri, Dato’ Sri-Dato’ Sri, Datin Sri-Datin Sri, Dato’-Dato’, Datin-Datin

Dif – Dif kehormat

Para graduan serta ahli keluarga

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T. serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., kerana dengan limpah rahmat Nya telah mengizinkan kita untuk hadir dan bertemu pada hari yang penuh berbahagia ini, iaitu di Majlis Anugerah Felo INTAN dan Penyampaian Diploma INTAN 2011.

2. Saya ingin mengambil kesempatan ini, merakamkan ucapan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada Y. Bhg. Tan Sri Dr. Zulkurnain Haji Awang, di atas pemilihan beliau sebagai penerima Anugerah Felo INTAN bagi tahun 2011. Anugerah Felo INTAN yang bakal disampaikan kepada beliau merupakan penghargaan ke atas segala sumbangan dan bakti, komitmen serta pengorbanan yang telah beliau curahkan kepada perkhidmatan awam dan negara.

3. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada para graduan kerana telah menamatkan dengan jayanya kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) dan Diploma Sains Pengurusan (DSP). Saya percaya majlis penganugerahan ini merupakan detik yang sungguh bermakna dan menjadi mercu tanda dalam melakar sejarah kehidupan para graduan sekalian. Saya berharap dan berdoa agar segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang telah diperoleh sepanjang kursus ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat dan negara.

Hadirin yang dihormati sekalian,

MODAL INSAN BERPRESTASI TINGGI

4. Kejayaan agenda transformasi negara memerlukan pembentukan budaya baharu yang memisahkannya dari paradigma masa lalu. Penekanan kepada permerkasaan intelektual dan profesionalisme serta pengurusan bakat dan keterampilan merupakan antara resipi penting kejayaan transformasi. Jika Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) dan Model Baru Ekonomi (MBE) dilihat sebagai enjin transformasi, maka tenaga yang akan meluncurkan enjin tersebut adalah modal insan berprestasi tinggi yang mempunyai iltizam untuk melakukan perubahan dalam cara kita berfikir dan cara kita bertindak.

KEPIMPINAN YANG MELAKARKAN SEJARAH

5. Keberanian untuk meneroka perkara-perkara baharu dan mencabar merupakan pra-syarat penting untuk menjayakan sesuatu misi. Walaupun sukar, ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan. Yang penting adalah untuk meleburkan rasa scepticism atau keraguan serta ketidakyakinan diri.

6. Jika saudara-saudari pernah menonton filem Pirates of the Carribean, sudah tentu saudara-saudari pernah melihat adegan yang menunjukkan peta yang tertulis di atasnya “Here There Be Dragons”. Penjelajah laut zaman dahulu akan melukis gambar seekor naga di atas sesuatu peta sebagai simbol menandakan tempat itu belum pernah diterokai, penuh misteri dan berisiko tinggi untuk dilalui atau disinggahi. Oleh kerana itu, penjelajah laut akan mengambil laluan yang lebih selamat walaupun jauh untuk sampai ke destinasi yang dituju.

7. Namun, terdapat juga penjelajah laut yang mengambil cabaran mengharungi lautan ganas serta menempuhi tempat-tempat yang ditandakan dengan simbol naga untuk sampai ke destinasi yang dituju. Mereka sanggup menghadapi naga, didorong oleh azam yang kuat, semangat yang berkobar-kobar dan rasa kebanggaan yang meluap. Bagi berbuat demikian, pastinya mereka memerlukan alat pelayaran yang sesuai, kapal yang dilengkapi dengan baik serta kumpulan pelayar yang terlatih dan setia.

8. Hanya mereka yang mempunyai keberanian luar biasa yang boleh melakar peta baharu dunia. Marco Polo telah merakam pelayarannya ke China pada tahun 1271, Bartholomew Diaz telah menemui Cape of Good Hope pada tahun 1488 dan Christopher Columbus telah menemui benua baharu Amerika pada tahun 1492. Nama Ibn Battuta pula tercatat dalam sejarah sebagai antara pelayar agung di zamannya. Hasilnya, jika kita melihat peta pelayaran moden hari ini, tiada lagi simbol naga yang digunakan.

9. Dalam perspektif perkhidmatan awam, metafora naga ini boleh disinonimkan dengan keengganan penjawat awam untuk mencabar status quo, membuat perubahan minda, melakukan anjakan paradigma, berfikir di luar kotak serta berkongsi sumber dan kepakaran. Sektor awam masih dibelenggu dengan naga-naga ciptaan kita sendiri seperti budaya silo dan keterpisahan serta ketaksuban menjaga sempadan masing-masing.

10. Namun begitu, kejayaan saudara-saudari para graduan sekalian memperoleh DPA dan DSP pada hari ini merupakan testimoni kesungguhan serta komitmen dalam menghadapi dan menewaskan “naga” dalam diri, seterusnya menjadi generasi pelapis untuk meneruskan kesinambungan misi negara memartabatkan perkhidmatan awam di persada antarabangsa. Tetapi janganlah pula setelah berjaya menewaskan naga dalam diri kita membina “naga” di jabatan masing-masing.

PROFIL PENJAWAT AWAM MASA KINI

11. Peranan kepimpinan dalam menggerak dan menjayakan suatu gagasan baharu amat penting. Dalam hubungan ini, kita perlu memahami trend dan perkembangan pengurusan sumber manusia yang mempunyai perkaitan yang amat rapat dengan kepimpinan masa akan datang. Saya ingin berkongsi dengan para hadirin mengenai profil penjawatan dalam konteks perkhidmatan awam hari ini di mana 16 peratus daripada penjawat awam adalah tergolong dalam peringkat umur 51 dan ke atas, 25 peratus berada dalam lingkungan usia 41 hingga 50 tahun manakala baki 59 peratus adalah terdiri daripada mereka yang berumur 21 hingga 40 tahun.

12. Jelas di sini bahawa cabaran yang mendepani kepimpinan sektor awam pada masa ini ialah untuk memimpin warga sektor awam yang bersifat inter-generational bagi membentuk satu sinergi yang mantap ke arah merealisasikan agenda perubahan. Pemimpin perlu memahami pemikiran, karakter dan citarasa golongan muda dan menyesuaikannya dengan gaya kepimpinan yang lebih berbentuk fasilitatif. Sebagai pegawai-pegawai muda, saudara-saudari perlu mengambil peluang mempamerkan ciri-ciri kepimpinan sebaik sahaja menyertai perkhidmatan awam tanpa perlu menunggu sehingga menjawat jawatan yang lebih kanan untuk berbuat demikian.

13. Kajian yang dijalankan oleh Kouzes dan Posner seperti yang dinyatakan di dalam buku “The Truth About Leadership” pada tahun 2010, menunjukkan usia bukanlah faktor penentu utama keberkesanan kepimpinan seseorang. Kajian yang dijalankan lebih 30 tahun yang melibatkan lebih sejuta responden itu merumuskan bahawa, when it comes to generating positive work attitude, it doesn’t matter whether you are a traditionalist, a boomer, a Gen-Xer or a Millennial, good leadership is good leadership regardless of age. It became very apparent once again that the context of leading may change a lot, but the content of leading changes very little.

KEPIMPINAN MUDA

14. Jika kita meneliti sejarah kegemilangan tamadun Islam, kita akan bertemu dengan kisah penaklukan Kota Constantinople oleh Kerajaan Bani Uthmaniyah pada tahun 1453. Kota Constantinople merupakan sebuah pelabuhan strategik yang menjadi penghubung antara benua Eropah dan Asia. Justeru, kota ini telah lama menjadi rebutan kuasa-kuasa besar ketika itu.

15. Dengan tembok kota berlapis empat setinggi 25 kaki dan berparit di hadapannya, kota ini sungguh kebal. Selain tembok besar, rintangan utama kepada penaklukan kota ini ialah rantai besi yang merentangi Selat Bosphorus. Strategi pertahanan yang digunakan oleh Kerajaan Byzantine ini telah berjaya menghalang tentera-tentera Islam dari menakluki kota ini selama lebih 800 tahun.

16. Kekebalan Kota Constantinople ini akhirnya telah berjaya ditumbangkan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh pada 29 Mei 1453. Sejarah telah menyaksikan bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh telah menggunakan strategi dan taktik peperangan yang luar biasa dengan mengangkut kapal-kapal perangnya melalui jalan darat dan melabuhkannya di Selat Bosphorus tanpa melalui halangan-halangan yang dibuat oleh Kerajaan Byzantine. Taktik ini telah diakui oleh pihak Barat sebagai strategi yang hebat, bijak serta unik dalam sejarah peperangan. Sultan Muhammad Al-Fateh mempamerkan kepimpinan yang sungguh luar biasa sehingga berjaya menakluki Kota Constantinople. Baginda hanya berusia 21 tahun pada ketika itu.

Hadirin yang dihormati sekalian,

PASSIONATE TO MAKE THINGS HAPPEN

17. Perkhidmatan awam memerlukan penjawat awam yang menjiwai tugas, tidak mudah menyerah kalah dan akan terus bergerak dalam sebarang situasi walaupun menghadapi kesukaran. Untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih cekap dan berkesan, bukan sekadar bergantung kepada kelayakan ilmiah sahaja, malah saudara-saudari perlu menjiwai tugas dengan perasaan yang gembira dan seronok dalam melaksanakannya.

18. Keseronokan menjalankan tugas merupakan satu motivasi dalaman yang akan membuatkan kita lebih bertenaga dan bersemangat untuk melunaskan tanggungjawab yang diamanahkan. Jika disingkap sejarah penuh gemilang ratu skuasy negara, Dato’ Nicol Ann David, kejayaan yang dicapai oleh beliau pada masa ini adalah kerana keghairahan, minat serta perasaan dan jiwa yang begitu mendalam terhadap sukan skuasy. Menduduki tangga pertama dunia dalam ranking skuasy wanita serta meraih Pemain Terbaik Women’s International Squash Players Associations enam kali berturut-turut dari tahun 2005 hingga 2010, merupakan satu kejayaan luar biasa yang memerlukan kesungguhan serta semangat juang yang kental dan jitu. Dato’ Nicol Ann David merupakan contoh inidividu yang berjaya membuktikan bahawa apa jua boleh dicapai dengan kecekalan serta semangat yang berkobar-kobar untuk menjadikannya satu kenyataan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

19. Dalam mengemudi arus perubahan yang semakin kompleks ini, penjawat awam harus mengeksploitasi sepenuhnya keseluruhan kapasiti yang ada dan inisiatif yang telah diwujudkan dalam menterjemahkan aspirasi rakyat dan negara. Sektor awam perlu sentiasa dinamik dalam mencari usaha untuk keluar dari belenggu pemikiran yang jumud dan cara bekerja yang lapuk yang hanya akan merencatkan inisiatif transformasi. Bagi melonjakkan Malaysia ke kelompok negara yang lebih kompetitif, ekonomi berteraskan pengetahuan dan inovasi perlu dioptimumkan.

20. Cabaran mentransformasikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan juga sangat bergantung kepada pewujudan kumpulan penjawat awam yang profesional serta memiliki bakat dan kepakaran yang luar biasa. Seiring dengan penekanan kepada inovasi dan kreativiti, sektor awam perlu mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk menyemarakkan pencetusan idea dan gagasan baru.

21. Tokoh-tokoh seperti Marco Polo, Bartholomew Diaz, Christopher Columbus, Ibn Battuta dan Sultan Muhammad Al-Fateh akan terus dikenali sebagai individu yang telah melakar sejarah dunia. Malaysia turut berbangga memiliki personaliti seperti Dato’ Nicol Ann David yang turut meletakkan nama Malaysia di persada sukan antarabangsa. Saya berharap agar perkhidmatan awam akan melahirkan lebih ramai tokoh-tokoh seperti ini dalam usaha meletakkan perkhidmatan awam Malaysia di singgahsana persada dunia.

22. Dalam majlis pada hari ini, kita juga merasa amat berbangga kerana dapat memberi penghormatan kepada seorang tokoh perkhidmatan awam yang terkenal dan dihormati. Tokoh Felo INTAN pada tahun ini, YBhg. Tan Sri Dr. Zulkurnain Haji Awang, sememangnya telah banyak memberi sumbangan dan bakti kepada negara. Kepimpinan dan perkhidmatan beliau telah memartabatkan perkhidmatan awam ke satu tahap yang membanggakan.

23. Sekali lagi, saya bagi pihak seluruh anggota perkhidmatan awam merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Dr. Zulkurnain Haji Awang kerana sudi menerima Anugerah Felo INTAN bagi tahun 2011. Semoga YBhg. Tan Sri dan keluarga sentiasa dilimpahi rahmat kesejahteraan dan kebijaksanaan yang berterusan dari Allah S.W.T.

24. Akhir kata, saya berharap dan percaya saudara-saudari para graduan sekalian akan dapat berkhidmat kepada negara dengan penuh profesionalisme, adil dan yang paling penting berintegriti demi merealisasikan hasrat dan janji perkhidmatan awam untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat dan negara. Semoga kejayaan yang diterima pada hari ini menjadi inspirasi kepada saudara-saudari untuk terus bekerja demi kemajuan perkhidmatan, bangsa dan negara.

Sekian.
Wabillaahitaufik walhidayah
wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

Leave a Reply



9 + = sixteen

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →