Seminar Malaysia Government Portals and Websites Assessment 2011

December 1, 2011 11:00 am 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahir rahmanir rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Y.Bhg. Dato’ Mohamad Zabidi bin Zainal, Ketua Pengarah MAMPU

Y.Bhg. Datuk Badlisham Ghazali
Ketua Pegawai Eksekutif MDeC

Y.Bhg. Dato’ Dr. Nor Aliah Bt Mohd Zahri, Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU

Y.Bhg Tan Sri, Datuk-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, bersamalah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan limpah kurnia Nya dapat kita bersama-sama pada petang ini sempena Majlis Perasmian Seminar Malaysia Government Portals and Websites Assessment 2011, atau MGPWA 2011.

2. Terlebih dahulu saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada agensi-agensi kerajaan yang telah berjaya mendapatkan penarafan 5 bintang bagi portal dan laman web masing-masing. Ini merupakan satu pengiktirafan ke atas pencapaian cemerlang agensi-agensi kerajaan dalam mewujudkan portal dan laman web yang informatif, berkualiti dan mesra pengguna.

Para hadirin sekalian,

3. Sejak MGPWA mula diperkenalkan pada tahun 2005, ranking laman web agensi kerajaan di arena antarabangsa kian meningkat. Dalam penilaian yang dilaksanakan oleh Brown University, dan kemudiannya beralih kepada Brookings Institution pada tahun 2008, prestasi yang ditunjukkan oleh negara kita adalah amat ketara di mana kedudukan Malaysia telah meningkat secara mendadak. Dari tangga ke-157 pada tahun 2005, naik ke tangga 36 pada 2006, seterusnya ke-25 pada tahun 2007, dan ke-11 pada tahun 2008 di kalangan 198 negara yang dinilai. Selepas tahun 2008, tiada lagi ranking dilakukan oleh Brookings Institution.

4. Seterusnya, Malaysia terus menunjukkan prestasi cemerlang dalam ranking arena antarabangsa dengan kenaikan sebanyak 5 mata, iaitu dari tangga ke-26 ke tangga 21 untuk World Economic Forum Global Competitiveness Report dan dari kedudukan ke-23 naik ke tangga 18 bagi penilaian World Bank Ease of Doing Business. Ini membuktikan bahawa dengan usaha yang jitu, memahami kriteria yang ditetapkan, dan mempraktikkannya di dalam penggunaan harian, kita akan dapat melonjakkan ranking negara di persada dunia dengan secara berterusan.

5. Mengimbas kembali mengenai ranking ini sejak penilaian laman web kerajaan mula dilaksanakan di Malaysia pada tahun 2005, peratusan pencapaian 5 bintang menunjukkan prestasi yang membanggakan iaitu sebanyak 26.12% pada tahun ini. Kedudukan 5 bintang telah dicapai oleh 285 agensi sektor awam, berbanding 101 pada tahun lepas. Pencapaian ini menunjukkan bahawa agensi-agensi sektor awam telah meningkatkan inisiatif, peka kepada ranking laman web. Tetapi saya berharap dalam keghairahan mengejar ranking ini, kita tidak lupa bahawa MATLAMAT UTAMA kita ialah memberi perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada rakyat. Dan sekiranya dalam proses memberi perkhidmatan terbaik dan berkualiti ini, kita menambah baik ranking kita, Alhamdulillah.

6. Di dalam laporan World Economic Forum – The Global Information Technology Report 2010-2011, yang membandingkan Networked Readiness Index di Malaysia, jelas dilihat bahawa markah Government Readines ialah 5.2 dengan ranking ke-11 berbanding Business Readiness dengan markah 4.9 pada ranking yang ke-19. Ini dapat dirumuskan bahawa Kerajaan mendahului swasta dalam penyediaan infrastruktur ICT di negara ini.

Saudara-saudari sekalian,

7. Sejajar dengan dunia baru hari ini yang menekankan kepada penggunaan ICT dalam semua urusan harian, penyediaan laman web yang mesra pengguna perlu dititikberatkan. Masyarakat kini mendambakan penyampaian perkhidmatan yang bukan sahaja efisien tetapi juga cepat dan mudah. Kewujudan portal-portal kerajaan telah dilihat sebagai satu medium yang mendekatkan jurang digital di kalangan masyarakat. Dengan itu kerajaan telah menyasarkan peratusan penggunaan perkhidmatan kerajaan sebanyak 90% secara atas talian di kalangan rakyat menjelang tahun 2015.

8. Bagi mencapai objektif tersebut, laman web kerajaan juga perlu turut diubahsuai selari dengan perkembangan teknologi masa kini. Ini bagi memastikan laman web kerajaan sentiasa dikemaskinikan bagi menyampaikan informatif terkini, selaras dengan kehendak rakyat. Laman web kerajaan juga perlu menyediakan lebih banyak perkhidmatan atas talian yang mana dapat membantu rakyat mencapai perkhidmatan kerajaan dengan lebih mudah, dari mana sahaja dan pada bila-bila masa.

9. Pada 25 Oktober baru-baru ini, telah dilaporkan bahawa dalam masa 18 bulan bilangan jutawan telah meningkat sebanyak 2 kali ganda di Malaysia. Kebanyakan mereka telah membangunkan atau menggunakan perniagaan secara atas talian. Walaupun urusan kerajaan bukan bermatlamat perniagaan, tetapi kita boleh menerapkan semangat dan kegigihan itu dalam melaksanakan tugas agar kita mendapat manfaat seperti orang berniaga; untung berlipat ganda dengan urusan memudahkan rakyat. Jika dilihat negara jiran, Singapura, kakitangan kerajaan adalah merupakan individu yang mendapat pendapatan yang tinggi. Rakyat tidak akan mempertikaikan perkara ini jika mereka berpuas hati dan merasa senang kerana mudah berurusan dengan kerajaan.

10. Di dalam mesyuarat International Advisory Panel yang berlangsung pada Oktober lepas, seorang ahli panel telah memberi pandangan supaya asas pengaturcaraan komputer diperkenalkan sebagai salah satu mata pelajaran ICT di sekolah, sama seperti mata pelajaran Matematik dan Sains. ICT merupakan pelengkap kepada setiap pekerjaan kita pada masa kini. Dengan menerapkan pendidikan ini dari peringkat awal, secara tidak langsung akan memberikan kemahiran asas kepada rakyat, di samping membantu ke arah keberkesanan dalam menjalankan pekerjaan. Ia juga dapat mendorong rakyat menjadi celik IT dan pada masa yang sama menambah bilangan yang berkemahiran ICT dalam negara.

Saudara-saudari sekalian,

11. Rakyat sentiasa mengharapkan perubahan dan kemajuan positif daripada Kerajaan dari segi kualiti dan juga kuantiti perkhidmatan awam. Oleh yang demikian, banyak usaha telah dilaksanakan termasuk memberikan perkhidmatan yang lebih cepat dan mudah kepada rakyat. Penggunaan teknologi maklumat semakin rancak melalui pelaksanaan pelbagai usaha penerapan ICT seperti pusat sehenti Malaysia Online Services Portal, Government Regional Electronic Advancement Transformation atau G.R.E.A.T, dan juga myMobile yang boleh memudahkan perkhidmatan kerajaan disampaikan dengan pendekatan teknologi terkini.

12. Telah terbukti bahawa dengan penggunaan teknologi maklumat, Kerajaan dapat menyampaikan perkhidmatan secara telus, cepat dan secara dekat dengan rakyat. Itulah sebabnya SETIAP AGENSI perlu sentiasa mengemaskinikan maklumat pada laman web masing-masing supaya dapat membina keyakinan rakyat terhadap keterbukaan serta ketelusan Kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan.

13. Agensi sektor awam hendaklah juga mengambil kesempatan menggunakan kaedah-kaedah baru untuk berinteraksi dengan rakyat. Sebagai contoh, kemunculan laman sosial media seperti Facebook dan Twitter yang semakin popular di kalangan rakyat negara ini perlu digunakan bagi mewujudkan platform untuk rakyat berinteraksi dengan Kerajaan. Secara tidak langsung, ini akan dapat mewujudkan komunikasi dua hala yang sihat bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan Kerajaan.

14. Dalam menyediakan laman web yang berinformasi kepada para pelanggan, aspek keselamatan dan perlindungan laman web hendaklah dipatuhi dan tidak diabaikan. Saya percaya masih segar dalam ingatan kita akan ancaman kumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka “Anonymous” yang telah melakukan serangan terhadap beberapa laman web Kerajaan pada bulan Jun lalu. Tindakan sedemikian memberi kesan besar kepada integriti sistem maklumat, komunikasi dan keselamatan negara. Bagi mengawal keadaan ini, garis panduan yang disediakan oleh agensi yang bertanggungjawab seperti MAMPU dan CyberSecurity Malaysia, mengenai ciri-ciri keselamatan yang perlu ada pada laman web dan portal kerajaan hendaklah dilaksanakan.

Saudara-saudari sekalian,

15. Penilaian serta penarafan di dalam negara dan juga di peringkat antarabangsa akan dapat membantu agensi sektor awam untuk mengetahui kekurangan serta kelemahan yang wujud dalam sesebuah laman web yang dibina, dan seterusnya melaksanakan penambahbaikan yang diperlukan. Penilaian juga akan dapat memberikan gambaran “kedudukan” kita berbanding agensi-agensi lain dalam negara, mahupun di kalangan negara-negara lain di peringkat antarabangsa.

16. Dalam hubungan ini, saya berharap agar usaha peningkatan laman web agensi sektor awam dilaksanakan dengan lebih ketara supaya wujud unsur lonjakan yang memberi impak lebih besar dari aspek penyampaian perkhidmatan. Adalah diharapkan agar agensi Kerajaan dapat sentiasa melakukan penambahbaikan serta berusaha mempertingkatkan tahap perkhidmatan demi untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat dan negara.

17. Akhir kata, dengan lafaz Bismillahir rahmanir rahim, saya dengan ini merasmikan Seminar Malaysia Government Portal and Websites Assessment 2011.

Sekian,
Wabillahittaufiq walhidayah
Wassalamualakum warahmatullah wabarakaatuh.

Leave a Reply



nine − = 4

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →