Majlis Sambutan Rasmi Program Pertukaran Lawatan Pegawai-Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam ke Malaysia

December 3, 2011 10:46 am 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahir rahmanir rahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Yang Mulia Awang Haji Mohd ‘Abdoh bin Dato’ Seri Setia Haji Abdul Salam, Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam

Y. Bhg. Tan Sri Abu Bakar bin Hj. Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Tuan-Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi Brunei di Malaysia dan Malaysia di Brunei
Y. Bhg. Tan Sri-Tan Sri, Dato’ Sri-Dato’ Sri, Datuk-Dato’, Datin-Datin

Pegawai-Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam dan Malaysia

Tuan-tuan dan Puan-puan, Para hadirin yang dihormati sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat Nya kita dapat berhimpun sekali lagi di dalam Majlis Sambutan Rasmi sempena Program Pertukaran Lawatan Pegawai-pegawai Kanan Perkhidmatan Awam Brunei Darussalam dan Malaysia kali ke-13.  Saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan perkhidmatan awam dari Negara Brunei Darussalam dan Malaysia kerana dapat hadir pada pagi hari Sabtu ini.

2. Pastinya ini membuktikan komitmen serta kesungguhan kedua-dua belah pihak untuk mengeratkan lagi hubungan persaudaraan yang akrab ke arah kecemerlangan perkhidmatan awam kedua-dua buah negara kita.  Adalah diharapkan program pertukaran lawatan ini akan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk bertukar idea serta berkongsi pengalaman dan kerjasama bagi memantapkan lagi jentera pengurusan perkhidmatan awam Malaysia dan juga Brunei Darussalam.

Saudara-saudari sekalian,

3. Hubungan antara negara-negara yang berjiran adalah umpama “cubit peha kanan, peha kiri juga terasa”.  Sebagai contoh, gempa bumi yang melanda Indonesia, gegarannya turut terasa di Putrajaya, Malaysia.  Apabila banjir besar berlaku di Bangkok, Thailand sedikit sebanyak negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia turut terkena tempiasnya.  Krisis hutang yang melanda sebuah negara di Eropah, kini hampir seluruh negara Kesatuan Eropah terpalit sama dan yang terbaru, mata wang Euro pula terancam dan boleh, jika tidak ditangani, melumpuhkan ekonomi Eropah.

4. Ini memberi peringatan kepada kita supaya sentiasa menjaga hubungan yang harmoni dengan negara-negara jiran.  Kita juga harus peka dengan cabaran-cabaran masa kini supaya kita dapat mengatasinya secara bersama demi kebaikan serta kemakmuran kedua buah negara dan kesejahteraan rantau ASEAN.  Untuk itu, Malaysia sentiasa memberi keutamaan dan penekanan kepada usaha-usaha untuk merapatkan hubungan dua hala dengan Negara Brunei Darussalam, dalam pelbagai aspek termasuk keselamatan, ekonomi dan kesalinghubungan.

5. Pemangkin kepada kerjasama erat dua buah negara ini adalah Rundingan Tahunan antara Pemimpin kedua-dua negara, iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia.  Semasa Rundingan Tahunan ke-15 yang berlangsung pada 12 September 2011 di Bandar Seri Begawan, kedua-dua Pemimpin telah merangka hala tuju perkongsian strategik  antara Malaysia dan Brunei Darussalam.  Saya yakin Kementerian-Kementerian dan Agensi-Agensi di kedua-dua negara kini sedang giat melaksanakan tindakan-tindakan susulan.

6. Sesungguhnya, siri program- pertukaran lawatan yang diadakan setakat ini telah menghasilkan pelbagai kemajuan positif dalam mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Brunei Darussalam. Antaranya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, tenaga dan hidrokarbon, pertahanan, pendidikan, pelancongan dan kebudayaan, kewangan dan hab halal.  Selain itu, terdapat pelbagai bidang yang berkepentingan bersama dan strategik yang masih giat diusahakan seperti kerjasama maritim, pertanian dan perikanan.

7. Malaysia juga amat mengalu-alukan peningkatan penglibatan syarikat-syarikat dari Brunei Darussalam untuk mengambil bahagian dan melabur bagi merancakkan lagi ekonomi Malaysia.  Kerjasama seperti yang dihasratkan melalui Exchange of Letters, khususnya antara Brunei – Sarawak dan Brunei – Sabah, pastinya memerlukan tumpuan kita bersama.  Momentum seperti ini akan memberikan kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara sekali gus menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

8. Seterusnya, sebagai jiran terdekat, Malaysia dan Brunei Darussalam terus seiring meningkatkan konsultasi dan kolaborasi dalam usaha ke arah merealisasikan Komuniti ASEAN menjelang tahun 2015.  Ini juga diharapkan dapat meningkatkan keamanan, stabiliti dan kemakmuran negara-negara di rantau ini.

Saudara-saudari sekalian,

9. Dengan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan, Malaysia dan Brunei Darussalam mempunyai lebih banyak potensi untuk memaksimumkan keuntungan bersama daripada hubungan dua hala yang bertambah aktif.  Dengan semangat “Ringan Sama Dijinjing, Berat Sama Dipikul” dan “Air Dicincang Tidak Akan Putus”, adalah diharapkan ikatan persaudaraan dua negara serumpun Malaysia dan Brunei akan terus erat dan berkekalan dalam mengharungi senario dunia yang semakin getir dan mencabar.

10. Seperti juga Yang Mulia Awang Hj. Mohd Abdoh, saya juga dipesan oleh isteri saya supaya jangan berpantun sekiranya tidak pandai berpantun.  Walaupun Wan Noorlina tiada di sini pagi ini, sebagai penjawat awam saya taat akan perintah – maka saya tidak akan berpantun.

11. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih di atas kehadiran Yang Mulia Awang Hj Mohd ‘Abdoh bin Dato’ Seri Setia Haji Abdul Salam, Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam serta ahli rombongan, juga rakan-rakan dari Perkhidmatan Awam Malaysia kerana telah meluangkan masa berada di dalam majlis taklimat pada pagi ini.  Ambillah kesempatan yang ada untuk lebih mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi.  Semoga persahabatan serta persefahaman yang telah dijalin akan diteruskan dan dipertingkatkan lagi demi masa depan kedua buah negara yang makmur dan sejahtera.

Sekian,
Wabillahhitaufik walhidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi wabaraakatuh.

Leave a Reply



× seven = 63

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →