Majlis Pelancaran Buku Pelan Strategik DBKL 2011

December 8, 2011 10:41 am 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahir rahmanir rahim

Assalaamualaikum warahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Y.Bhg. Tan Sri Ahmad Fuad bin Ismail,
Datuk Bandar Kuala Lumpur

Y.Bhg. Datuk Hj. Salleh bin Yusup,
Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Ahli-Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Ahli-Ahli PEMUDAH

Y.Bhg. Tan Sri, Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan Nya jua, kita dapat berkumpul di dalam Auditorium DBKL pada petang ini bagi menyempurnakan pelancaran Buku Pelan Strategik DBKL; Buku Pelan Strategik ICT; Buku Manual PSP/SPP Sistem KUL Submission DBKL; dan Buku Manual Pengemukaan Permohonan Cadangan Pembangunan Melalui Pusat Setempat (OSC) DBKL.

2. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) khususnya kepada Y.Bhg. Tan Sri Ahmad Fuad bin Ismail, Datuk Bandar Kuala Lumpur kerana sudi menjemput saya dan rakan-rakan saya di PEMUDAH bagi melancarkan buku-buku pelan strategik dan buku manual DBKL.

3. Inisiatif-inisiatif menghasilkan buku-buku pelan strategik dan buku manual ini, sesungguhnya merupakan cerminan kepada komitmen serta sokongan yang padu DBKL terhadap usaha mewujudkan Perkhidmatan Awam negara kita yang lebih cemerlang.

Hadirin yang dihormati sekalian,

4. Perkhidmatan Awam Malaysia kini berada di persimpangan iaitu sama ada meneruskan rutin kita yang biasa dalam melaksanakan langkah-langkah jangka pendek bagi mengurangkan kos serta meningkatkan keberkesanan, ataupun mendakap perubahan strategik yang mampu merombak peranan kita.

5. Namun begitu, berlatar-belakangkan ketidaktentuan senario ekonomi global serta diiringi persaingan yang begitu pesat pada masa ini, kita tidak mempunyai pilihan melainkan menggantikan Perkhidmatan Awam kita menjadi responsif dan bersepadu, selaras dengan pendekatan berteraskan ‘Rakyat Didahulukan’.

6. Menyedari akan hakikat ini, perkhidmatan awam tidak terkecuali untuk bersama-sama serta berganding bahu untuk merealisasikan aspirasi-aspirasi negara melalui Pelan Transformasi Negara, Pelan Transformasi Ekonomi, Model Baru Ekonomi serta Rancangan Malaysia Ke-10. Semangat dan usaha digembleng secara bersepadu dan tersusun, ke arah menjayakan hasrat dan aspirasi yang sama, iaitu mentransformasikan negara kepada sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

7. Untuk itu, kita perlukan perubahan minda dan perubahan kepada cara berfikiran tradisi yang banyak diamalkan. Penjawat awam yang berfikiran secara produktif akan sentiasa menghasilkan idea-idea yang baru yang lebih inovatif bersesuaian dengan kehendak dan keperluan semasa di samping mampu bertahan bila mendepani arus perubahan yang mencabar. Justeru itu, persekitaran pengamalan budaya pemikiran produktif akan membawa kepada mewujudkan langkah-langkah yang terbaik dalam menjayakan agenda transformasi Perkhidmatan Awam.

Hadirin yang dihormati sekalian,

8. Pada petang ini, kita akan menyaksikan inisiatif-inisiatif yang signifikan dan penuh bermakna yang berkait rapat dengan agenda transformasi Perkhidmatan Awam. Pelancaran empat buah buku terbitan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini amat penting bagi pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang besar dan menjadi tumpuan banyak pelanggan dan stakeholders.

9. Saya merasa amat gembira dengan usaha dan kesungguhan DBKL melahirkan pelan strategik dan manual yang dapat menggariskan hala tuju organisasi pada masa hadapan, bersesuaian dengan visi dan misi ke arah kecemerlangan yang berterusan. Adalah menjadi harapan saya agar usaha dan aspirasi yang digerakkan oleh DBKL dalam menghasilkan pelan strategik dan manual ini, turut dapat dikongsi bersama oleh lain-lain PBT dalam negara kita.

10. Saya ingin berkongsi dengan semua agensi sektor awam, beberapa ASPEK yang perlu diberi penekanan dalam memastikan kejayaan pelan dan manual yang dihasilkan mencapai matlamat strategik dan matlamat operasi yang diinginkan.

11. Pertamanya, “simplicity” atau mudah. Pelan dan panduan yang dihasilkan perlu mudah difahami dan mudah dilaksanakan oleh sasaran sama ada pegawai terlibat atau oleh pelanggan yang berkaitan. Mudah juga turut bermaksud bahawa pelan tersebut bersifat “friendly” kepada semua, tanpa mengabaikan objektif yang dihasratkan. Sekiranya, pelan atau panduan berkenaan menggantikan pelan atau panduan terdahulu, ia perlulah lebih ringkas, lebih murah dan amat memudahkan berbanding manual yang terdahulu. Rakyat dan pelanggan sentiasa mengharapkan perubahan dan kemajuan positif daripada Kerajaan dari segi kualiti dan juga dari segi kuantiti perkhidmatan awam. Oleh yang demikian, apa jua penambahbaikan yang diusahakan perlu memastikan perkhidmatan yang lebih cepat dan yang lebih mudah kepada rakyat.

12. Kedua, “engagement” atau penglibatan. Dalam menyediakan pelan dan panduan, wajar semua pihak yang berkepentingan dilibatkan dan dirunding akan pandangan mahupun idea-idea mereka. Ini termasuk pelbagai pihak dalaman organisasi, dan yang lebih penting penglibatan dengan golongan sasar di mana pelan dan panduan itu ditujukan. Ini bertujuan supaya mereka dapat memahami hasrat, objektif dan matlamat transformasi yang ingin dijayakan, di samping mengetahui faedah-faedah yang akan diperolehi oleh mereka.

13. Ketiga, fleksibel. Hendaknya pelan atau panduan yang diusahakan tidak bersifat “rigid”. Ia perlu mempunyai elemen-elemen penambahbaikan sekiranya terdapat cadangan-cadangan atau idea yang bersesuaian untuk memperbaikinya, tanpa mengira dari mana atau daripada siapa yang mengemukakan idea serta cadangan-cadangan tersebut.

14. Keempat, pelan atau manual berkenaan hendaklah digunakan. Pelan atau manual yang dihasilkan kebiasaannya amat komprehensif dan dilihat cukup sempurna bagi mencapai objektif organisasi. Tetapi kalau ianya tidak digunakan, ianya tidak berguna. Oleh itu, penghasilan pelan atau panduan perlu dipastikan mempunyai elemen “buy in” daripada pengguna. Ini akan dapat mengukur sejauh mana keberkesanan dan kejayaan pelan atau panduan berkenaan.

15. Kelima, “leadership” atau kepimpinan. Usaha murni sebegini, amat perlu kepada “leadership”, bukan sahaja di peringkat pengurusan tertinggi dalam organisasi, tetapi merangkumi kepimpinan di setiap bahagian dan di setiap unit organisasi berkenaan. Secara tidak langsung, kepatuhan terhadap pelan dan panduan yang baru dapat dipastikan pelaksanaannya sehingga ke peringkat akar umbi, selain mengelakkan sikap sambil lewa dan lepas tangan.

16. Keenam, ialah pemantauan. Fokus terhadap pemantauan pelaksanaan pelan atau panduan yang digubal perlu dilaksanakan secara berterusan. Menerusi pemantauan ia dapat membantu agensi sektor awam untuk membuat penilaian, mengetahui kekurangan serta kelemahan yang wujud, dan seterusnya melaksanakan penambahbaikan yang diperlukan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

17. Saya berharap langkah-langkah yang saya gariskan sebentar tadi dapat dikongsi oleh agensi-agensi sektor awam yang lain dalam melahirkan pelan atau manual masing-masing supaya transformasi yang dilaksanakan akan mewujudkan lonjakan berganda yang memberi impak lebih besar daripada aspek penyampaian perkhidmatan.

18. Pada hari ini, saya merasa bangga dengan inisiatif dan kejayaan-kejayaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Banyak penambahbaikan-penambahbaikan yang telah dibuat dan telah memberi sumbangan yang besar kepada sistem penyampaian yang lebih berkesan seperti dalam urusan pengeluaran lesen perniagaan dengan memperkenalkan sistem e-Lesen, MyTempahan, e-perumahan dan pewujudan Call Centre sebagai frontliners yang melayani aduan-aduan awam dari orang ramai.

19. Malahan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menjadi agensi yang pertama dengan mengurangkan peratusan fail-fail permohonan cadangan pembangunan yang tertunggak. Tempoh pemprosesan cadangan pembangunan selama 25 hari telah dapat dipercepatkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menjadi 14 hari sahaja. Kejayaan-kejayaan ini menyokong terhadap kejayaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur merangkul Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan.

20. Pencapaian-pencapaian terbaik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini bukan sahaja memberi manfaat kepada anggota kerjanya tetapi juga telah menjadi ikutan atau trend-setter kepada agensi-agensi yang lain. Semangat perkongsian pengetahuan serta pengalaman seperti ini sangat digalakkan di kalangan agensi sektor awam agar seiring dengan keperluan negara untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

21. Saya menghargai inisiatif dan usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menggubal buku-buku pelan strategik DBKL dan manual seperti yang kita lihat pada hari ini. Saya percaya buku-buku yang dihasilkan ini adalah bukti kesungguhan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mempertingkatkan kualiti sistem penyampaian kepada pelanggan-pelanggan kita. Usaha ini adalah selaras dengan komitmen Perkhidmatan Awam untuk menyediakan perkhidmatan yang benar-benar berorientasikan pelanggan serta membangunkan tadbir urus yang mantap.

22. Adalah menjadi harapan saya agar hasrat murni seperti mana yang tersurat dan yang tersirat dalam Pelan Strategik ini akan menjadi budaya kerja di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ke arah matlamat ini, semua warga kerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur perlulah terlibat sama, komited dan berkorban demi menjayakan visi dan misi yang dirancang bersama. Pemantapan diri melalui perubahan sikap, penguasaan ilmu pengetahuan dan peningkatan kemahiran perlu dilakukan tanpa jemu melalui pembelajaran sepanjang hayat.

23. Maka begitu, dengan lafaz Bismillahir rahmanir rahim, saya dengan ini melancarkan keempat-empat buku iaitu Buku Pelan Strategik DBKL; Buku Pelan Strategik ICT; Buku Manual PSP/SPP Sistem KUL SUBMISSION DBKL; dan, Buku Manual Pengemukaan Permohonan Cadangan Pembangunan Melalui Urusetia Pusat Setempat (OSC) DBKL.

Sekian,

Wabillahittaufiq walhidayah
Wassalamualakum warahmatullah wabarakaatuh.

Leave a Reply



+ nine = 11

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →