Melahirkan Budaya Kerja PBT Lebih Teratur, Cekap

October 30, 2008 12:24 am 0 comments

Share this Article

Author:

DALAM melaksanakan tugas sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN), saya sering menerima aduan orang ramai mengenai prestasi dan kerenah dihadapi mereka apabila berurusan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) tertentu.

Dalam hubungan ini, saya juga sering mengingatkan mana-mana pegawai perkhidmatan awam yang saya temui dalam forum atau mesyuarat bahawa PBT sebenarnya barisan hadapan kepada pentadbiran kerajaan, selain Pejabat Tanah dan Daerah (PTD).

Orang ramai pada pelbagai peringkat beranggapan berurusan dengan kedua-dua institusi ini, seolah-olah mereka sedang berurusan dengan kerajaan. Baik atau buruknya perkhidmatan yang diberikan akan mencerminkan prestasi semasa kerajaan.

Orang ramai akan tersenyum puas apabila perkhidmatan yang diberi dapat dilakukan dengan pantas, cekap dan tepat. Bagaimanapun, tidak kurang juga yang berasa hampa apabila perkhidmatan yang diberikan lambat, tidak cekap dan tidak telus.

Mereka akan berasa kecewa apabila urusan yang sepatutnya dapat diselesaikan dalam 10 minit, perlu diselesaikan dalam tempoh sejam dan lebih malang lagi sehingga 24 jam. Oleh itu, kedua-dua institusi ini perlulah lebih berupaya memberikan perkhidmatan yang cepat, cekap dan berintegriti kepada rakyat dan sektor awam.

Menerusi ruangan ini, saya ingin menyentuh peranan yang boleh dilaksanakan seorang Yang Dipertua (YDP) kepada sesebuah PBT. Sebagai seorang pelanggan kepada PBT di kawasan perbandaran rumah saya dan sebagai seorang ketua kepada perkhidmatan awam di negara ini, saya ingin berkongsi pandangan dan pendapat terhadap perkara yang akan saya lakukan sekiranya saya dipertanggungjawabkan sebagai YDP kepada sebuah PBT.

Prinsip yang akan saya gunakan sebagai fokus dan tumpuan tugas saya adalah ringkas, tetapi komited terhadap apa yang digariskan iaitu rancang, laksanakan dan menguatkuasakan.

Perkara yang akan saya lakukan dalam merancang fokus dan tumpuan kerja saya meliputi perkara berikut:

• Melakukan penilaian terhadap keadaan/persekitaran semasa;

• Mengenal pasti kelemahan, kekurangan dan ketidakcekapan sistem atau amalan sedia ada;

• Mendapatkan pandangan/idea/cadangan yang boleh diguna pakai dalam mengatasi kelemahan/kekurangan yang dikenal pasti; dan

• Merangka tindakan dan langkah yang akan diguna pakai bagi mengatasi kelemahan serta ketidakcekapan sistem sedia ada.

Aspek pelaksanaan pula akan meliputi perkara berikut, iaitu memastikan semua tindakan dan langkah yang sudah dirancang, dilaksanakan; mendapatkan pandangan dan maklum balas ‘stakeholders’, terutama orang ramai dan pihak yang berkepentingan dan menilai semula tindakan serta langkah yang dijalankan, di samping melakukan penambahbaikan.

Aspek penguatkuasaan adalah elemen terpenting dalam menentukan kejayaan dan keberkesanan sesuatu gerak kerja atau tindakan yang digariskan. Ini dapat dilakukan dengan menguatkuasakan sepenuhnya peraturan ditetapkan mengikut perkara yang sudah dirancang sewajarnya dan memberikan ganjaran di atas pematuhan kepada peraturan yang ditetapkan dan mengenakan hukuman di atas pelanggarannya.
Tanggungjawab asas semua PBT di negara ini adalah sama. Orang ramai sudah sinonim dengan bidang tugas PBT ini yang popular dengan singkatan ‘SLR’ iaitu sampah, longkang dan rumput dan ada kalanya ditambah kepada ‘JLL’ iaitu jalan, lampu jalan dan lampu isyarat.

Namun, sebenarnya ada hampir 16 penyelenggaraan awam yang terletak di bawah tanggungjawab PBT iaitu penyelenggaraan jalan raya, lampu jalan, lampu isyarat, stesen dan perhentian bas, stesen dan perhentian teksi, jejantas, tempat letak kereta awam, medan makan, pasar awam, pasar malam, tandas awam, taman rekreasi, dewan orang ramai, kompleks sukan awam, papan tanda dan ‘bill board’ awam.

Namun, saya kuat beranggapan bahawa jika PBT dapat memastikan penyelenggaraan ‘SLRJLL’ boleh dilaksanakan dengan baik menerusi komitmen tinggi, sebahagian besar imej PBT itu dapat ditingkatkan.

Saya berpandangan sedemikian kerana kebanyakan rungutan dan aduan terhadap kelemahan PBT diwarnai isu penyelenggaraan kemudahan awam, kebersihan, lesen perniagaan, kelulusan pelan bangunan dan CCC.

Sebagai tumpuan bagi tugas penyelenggaraan ini, perkara berikut akan saya lakukan:

• Memastikan jadual penyelenggaraan diberitahu secara rasmi kepada orang ramai menerusi surat dan pemasangan papan kenyataan di tempat strategik seperti jadual pengutipan sampah;

• Penyelenggaraan turut dilakukan termasuk pada cuti umum, jika perlu;

• Memastikan PBT saya atau syarikat konsesi yang dipertanggungjawabkan melaksanakan tugas penyelenggaraan dan pembersihan secara tetap dan mengikut jadual;

• Membentuk unit khas di bawah PBT untuk mengendalikan serta-merta kerja awalan pembaikan dan pemulihan dari segi kebersihan dan penyelenggaraan, apabila aduan diterima; dan

• Jika syarikat konsesi seperti syarikat kutipan sampah atau syarikat yang diberikan kontrak pembersihan longkang gagal melaksanakan tugasnya, saya akan mendapatkan khidmat kontraktor lain atau melaksanakan sendiri kutipan sampah atau pembersihan longkang terbabit, dan kos ditolak secara automatik daripada pembayaran syarikat berkenaan.

Satu perkara yang akan menjadi tumpuan saya ialah memastikan semua perkhidmatan yang disediakan di PBT mengguna pakai kemudahan teknologi ICT terkini bagi memudahkan urusan pelanggan.

Ini meliputi pelbagai perkhidmatan seperti pelaksanaan sistem bayaran on-line untuk pelbagai transaksi perkhidmatan; pengeluaran peringatan pembaharuan semua jenis lesen; pelaksanaan sistem ‘e-complaint’; penggunaan secara menyeluruh sistem ICT dalam urusan komunikasi seperti e-mel dan pengaksesan makluman seperti laman web; dan pembabitan serta perkongsian maklumat dengan orang ramai mengenai semua perancangan dan pelaksanaan yang dilakukan supaya pelanggan maklum mengenainya.

Pemantauan adalah elemen utama dalam menentukan sesuatu tugas itu dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

Oleh itu, sebagai YDP saya akan memastikan pegawai PBT dan Ahli Majlis yang ditugaskan sebagai Pegawai Khas hendaklah melaksanakan peranan mereka dengan lebih berkesan; pegawai PBT yang ditugaskan memantau kebersihan dan penyelenggaraan hendaklah bermotosikal untuk meronda di kawasan jagaan masing-masing.

Rondaan ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi setiap kawasan. Laporan hendaklah dikemukakan terus kepada saya sebagai YDP PBT untuk tindakan dan pegawai penguat kuasa PBT yang membuat rondaan penguatkuasaan, perlu juga melaporkan keadaan kebersihan serta kemudahan awam di kawasan rondaannya setiap hari.

Dalam melahirkan budaya kerja yang cekap dan teratur, saya akan memastikan aspek penguatkuasaan sentiasa dititikberatkan sepanjang masa. Antara perkara yang akan saya lakukan dalam menguatkuasakan peraturan di bawah PBT ini ialah:

• Memastikan saya mendapat mandat sepenuhnya untuk menjalankan penguatkuasaan tanpa dihalang atau diganggu mana-mana pihak;

• Memastikan premis kediaman yang didapati kotor atau menyebabkan longkang tersumbat dikenakan denda, manakala premis perniagaan tidak dibenarkan berniaga untuk satu tempoh tertentu;

• Menyebar maklumat pembayar yang belum membayar cukai, iaitu selepas tertunggak dalam beberapa tahun (misalnya dalam tempoh tiga tahun) atau berdasarkan jumlah tunggakan di dalam laman web PBT serta disiarkan dalam khabar, dan

• Merobohkan bangunan kediaman tambahan yang dibangunkan tanpa permohonan atau kelulusan PBT atau yang melanggar peraturan, bagi menjamin keharmonian serta kesejahteraan kehidupan penduduk dan semangat kejiranan setempat.

Dalam pada itu, ke arah memastikan aspek kebersihan dan penyelenggaraan secara lebih berkesan, saya dan Setiausaha PBT akan mengamalkan gaya ‘pengurusan turun padang’ atau ‘Management By Walking About (MBWA)’ sekurang-kurangnya tiga hari dalam sebulan.

Ini akan membolehkan tinjauan dengan lebih dekat dapat dilakukan terhadap masalah yang berlaku pada akar umbi. Segala penemuan akan direkodkan di dalam buku log yang disediakan untuk tindakan penyelesaian sewajarnya.

Saya percaya orang ramai sentiasa mengimpikan kawasan kediaman dan perbandaran mereka sentiasa bersih dan cantik menerusi sistem penyelenggaraan yang cekap dan efisien. Perkara yang saya nyatakan akan saya lakukan sekiranya saya seorang YDP sebuah PBT, sebahagian besarnya adalah amalan terbaik yang sudah dilaksanakan di sebahagian kecil PBT yang dianggap cemerlang.

Oleh itu, saya pasti jika semua 144 YDP PBT di seluruh negara dapat menghayati prinsip kerja ini, saya yakin kawasan kediaman dan bandaran di bawah seliaan mereka akan sentiasa bersih dan cantik, di samping meningkatkan keharmonian serta kesejahteraan hidup penduduk setempat.

Leave a Reply



× nine = 54

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →