MAJLIS PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KE 7

January 11, 2007 6:25 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin Nya jua kita dapat berhimpun pada pagi ini, dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam kali yang ketujuh. Warga Perkhidmatan awam ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, di atas keprihatinan Y.A.B. Dato’ Seri kepada Perkhidmatan Awam selama ini. Kehadiran Y.A.B. Dato’ Seri di Majlis ini amatlah signifikan sebagai suatu dorongan kepada kami semua untuk bekerja dengan lebih komited sebagai satu pasukan demi merealisasikan Visi dan Misi Negara.

2. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran Y.B. Menteri-Menteri, Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha-setiausaha Parlimen, serta tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Sesungguhnya kehadiran anggota-anggota pentadbiran dan juga perkhidmatan awam pada hari ini amatlah bermakna bagi mengekalkan dan memperkukuhkan kerjasama erat yang telah terjalin selama ini dalam pentadbiran negara.

Hadirin yang dihormati sekalian,

3. Majlis Perdana Perkhidmatan Awam atau MAPPA dianjurkan bertujuan untuk memberi peluang kepada warga perkhidmatan awam, badan-badan berkanun serta syarikat-syarikat berkaitan kerajaan mendengar amanat dan nasihat secara langsung daripada Y.A.B. Perdana Menteri, khususnya, mengenai hala tuju dan cabaran negara. Majlis ini juga memberi peluang kepada anggota perkhidmatan awam, badan-badan berkanun dan GLCs untuk berinteraksi dan berdialog secara langsung dengan Y.A.B. Perdana Menteri mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dengan kepentingan perkhidmatan awam dan negara.

4. Tahun 2006 baru sahaja berlalu, dan pelbagai pengalaman dan cabaran telah ditempuhi oleh perkhidmatan awam di sepanjang tempoh tersebut. Kita seharusnya mengambil peluang ini untuk melihat kembali secara kritikal usaha-usaha yang telah dilaksanakan untuk memenuhi hasrat dan harapan pucuk pimpinan negara, serta pelanggan kita.

5. Mengimbas kembali pengalaman dan usaha pembaharuan yang lalu, perkhidmatan awam telah memberikan perhatian utama kepada usaha-usaha peningkatan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan, khususnya dengan mengurangkan karenah birokrasi melalui proses penambahbaikan sistem dan prosedur, serta mengemaskinikan undang-undang dan peraturan. Aspek ini akan terus menjadi fokus dan agenda penting perkhidmatan awam dalam usaha meningkatkan daya saing negara. Umpamanya, mulai 1 November 2006, semua bil dan tuntutan yang lengkap diterima daripada semua pembekal perkhidmatan dan barangan, dibayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh ianya diterima, berbanding dengan 30 hari sebelum ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

6. Perkhidmatan awam sedang memantapkan pemahaman dan pembangunan petunjuk-petunjuk prestasi utama atau KPI (key performance indicators) dalam mengesan dan memantau prestasi organisasi sektor awam, khususnya dari aspek pengukuran produktiviti dan peningkatan kualiti perkhidmatan yang disampaikan. Sistem pemantauan menerusi KPI ini akan dapat membantu memastikan dasar-dasar kerajaan dan projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 dilaksanakan.

7. Sementara itu penggunaan ICT sebagai enabler dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan akan terus dipertingkatkan lagi. Tumpuan adalah untuk memastikan perkhidmatan diberikan dengan pantas, menjimatkan kos, secara bersepadu dan memenuhi kehendak kumpulan sasar. Sebagai contoh, penggunaan aplikasi ICT di Jabatan Imigresen telah membolehkan pemerosesan permohonan pasport Malaysia dipercepatkan. Pengeluaran pasport gantian dapat disiapkan dalam tempoh 24 jam, manakala pengeluaran pasport kali pertama dapat disempurnakan dalam tempoh dua hari bekerja. Begitu juga urusan-urusan Pendaftaran Negara telah dapat dipercepat dan dipermudahkan melalui ICT.

8. Dalam tahun ini, dan tahun-tahun akan datang, aplikasi ICT akan diperluaskan secara bermakna dalam pemberian perkhidmatan oleh lain-lain Jabatan dan Kementerian yang memerlukan “reengineering” atau “merekayasa”, bukan setakat mengkomputerkan proses yang sama seperti dahulu.

9. Satu aspek penting dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan awam adalah menerusi sistem pengurusan aduan yang cekap. Semua jabatan dan agensi kerajaan adalah bertanggungjawab untuk menyelesaikan sebarang aduan, mahupun rungutan, terhadap perkhidmatan yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam Piagam Pelanggan masing-masing.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, Hadirin dan Hadirat Yang Dihormati Sekalian,

10. Perkhidmatan awam menyedari amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakannya untuk mencapai Visi dan Misi Nasional.

11. Justeru, warga perkhidmatan awam akan terus digembleng untuk melaksanakan peranan dan tanggungjawab mereka secara efektif. Satu sistem pengurusan modal insan yang berteraskan prinsip merit dan berasaskan prestasi, sedang dilaksanakan bagi mewujudkan perkhidmatan awam yang membudayakan budaya kerja berprestasi tinggi. Kompetensi penjawat awam akan terus ditingkatkan melalui pelbagai kursus dan kaedah latihan bagi memastikan dasar dan projek kerajaan dilaksanakan dengan jayanya.

12. Perkhidmatan awam juga akan meningkatkan keupayaan sistem pemantauan bagi memastikan objektif dan outcome sesuatu program dan projek dicapai seperti yang dirancang, serta dapat menambah kesejahteraan hidup rakyat.

13. Bagi memastikan perkhidmatan awam benar-benar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan penuh ketelusan dan kejujuran, aspek integriti dan akauntabiliti penjawat awam akan terus diperkukuhkan. Penjawat-penjawat awam menyedari akan pentingnya kami membudayakan prinsip integriti dan akauntabiliti. Perkhidmatan awam yang bersih, cekap dan amanah amat penting untuk menjayakan agenda pembangunan negara dengan cekap, dan isu integriti ini tidak akan dikompromikan.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, Hadirin dan Hadirat Yang Dihormati Sekalian,

14. Seluruh anggota perkhidmatan awam amat menyedari amanah dan tanggungjawab besar yang harus dipikul demi memberikan khidmat bakti kepada rakyat dan negara. Saya yakin kerjasama erat di antara anggota pentadbiran dan penjawat awam akan menjadi pemangkin dan resepi yang berkesan untuk memastikan kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan seluruh program dan projek pembangunan kerajaan.

15. Perkhidmatan awam akan terus melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya secara profesional dalam melaksanakan segala dasar yang ditetapkan oleh kerajaan yang memerintah. Berdasarkan pengalaman yang lalu, perkhidmatan awam berupaya memikul amanah dan tanggungjawab ini, seterusnya akan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat dan negara.

16. Memang tidak dapat dinafikan masih hanyak ruang yang boleh diperbaiki lagi. Sehubungan dengan ini, perkhidmatan awam telah banyak menerima bimbingan dan nasihat daripada Y.A.B. Perdana Menteri sendiri sepanjang tempoh Y.A.B. Dato’ Seri menerajui kepimpinan negara. Lebih istimewa lagi, kerana Y.A.B. Dato’ Seri sendiri pernah berkhidmat sebagai Pegawai Kanan dalam perkhidmatan awam. Oleh itu, sempena menyambut kedatangan tahun 2007 ini, kami amat menghargai amanat dan nasihat Y.A.B. Dato’ Seri, selaku perancang dan arkitek utama Rancangan Malaysia Ke-9 dan sebagai Ketua Kerajaan, terutamanya dalam konteks menghadapi isu dan cabaran negara pada masa kini.

17. Untuk itu, saya dengan segala hormatnya menjemput Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia untuk menyampaikan ucapan dan amanat beliau, sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam 2007.

Sekian,
Wabillahitaufiq Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Leave a Reply



+ 2 = three

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →