Malam Anugerah MAKSAK Malaysia Tahun 2011

January 31, 2012 5:32 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahir rahmanir rahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Y.Bhg. Tan Sri Abu Bakar bin Haji Abdullah
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Malaysia
Merangkap Timbalan Yang DiPertua MAKSAK Malaysia

Y. Bhg. Naib-Naib Yang DiPertua MAKSAK Malaysia serta isteri

Y.B. Yang DiPertua MAKSAK Gabungan dan isteri

Ahli Jawatankuasa Kerja MAKSAK Malaysia

Y.Bhg. Tan Sri-Tan Sri, Puan Sri-Puan Sri, Dato’ Sri-Dato’ Sri, Dato’-Dato’, Datin-Datin

Dif-Dif Kehormat

Tuan-tuan dan Puan-puan

Para hadirin yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia dan keizinan Nya jua, kita dapat hadir bersama-sama pada malam ini, sempena berlangsungnya Malam Anugerah MAKSAK Malaysia 2011.

2. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran para tetamu serta ahli Gabungan MAKSAK, dan seterusnya merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan padu serta kerjasama erat yang telah diberikan kepada MAKSAK Kebangsaan dalam penganjuran aktiviti-aktivitinya bagi sepanjang tahun 2011.  Tidak lupa juga, ucapan syabas dan terima kasih ditujukan kepada pihak Urus setia penganjur yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program pada malam ini.

3. Sebagaimana sedia maklum, Majlis Malam Anugerah MAKSAK yang diadakan pada setiap tahun adalah bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada Badan-Badan Gabungan MAKSAK.  Penghargaan juga akan diberikan kepada individu-individu yang telah mencapai kejayaan serta menunjukkan komitmen dalam mencurahkan khidmat bakti untuk menjayakan program dan aktiviti MAKSAK.

4. Semoga anugerah pada malam ini akan menjadi pembakar semangat bagi penganjuran aktiviti MAKSAK yang lebih meriah dan berjaya bagi tahun-tahun akan datang, di samping menjadi pendorong kepada peningkatan mutu sukan di Malaysia, secara amnya.  Malah yang lebih penting, penglibatan di dalam aktiviti-aktiviti MAKSAK diharapkan dapat membentuk penjawat awam yang lebih bertenaga dan berdaya saing serta mampu mengawal tekanan di tempat kerja, hasil daripada penglibatan aktif di dalam bidang sukan.

Saudara-saudari sekalian,

5. Kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif yang menggunakan pendekatan “Strategi Lautan Biru” dalam usaha meningkatkan pencapaian dan keberhasilan sektor awam dan negara. Pendekatan “Strategi Lautan Biru” melibatkan pemikiran di luar kebiasaan dengan mengaplikasikan cara-cara yang kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan sesuatu isu atau masalah.  Melalui pemikiran Strategi Lautan Biru, kerjasama erat serta kolaborasi antara agensi kerajaan ditekankan bagi mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber sedia ada secara cekap dan berkesan.  Malah, yang lebih penting, kaedah ini akan dapat menjimatkan kos melalui penggabungan tenaga kerja, prasarana dan kemudahan yang ada, secara bersama.

6.  Sebagai contoh salah satu inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan ialah melatih rekrut baru PDRM di pusat latihan ATM.  Kerjasama ini bukan sahaja telah menjimatkan wang kerana Kerajaan tidak perlu membina Pusat Latihan Polis yang baru, malah pusat-pusat latihan ATM dan PDRM dapat digunakan secara optimum.

7. Sehubungan itu, saya berharap pendekatan “Strategi Lautan Biru” akan dapat diaplikasikan di dalam penganjuran aktiviti-aktiviti tahunan MAKSAK. Penjawat awam hendaklah menggunakan segala kemudahan sukan yang ada secara optimum dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti MAKSAK, di samping mengambil peluang mengembangkan bakat serta meningkatkan prestasi masing-masing dalam bidang sukan.

Saudara-saudari sekalian,

8. Kehidupan yang cergas dan aktif adalah penting untuk kesihatan tubuh badan dan seterusnya akan menghasilkan fikiran yang cerdas dan minda yang progresif.  Badan yang sihat juga akan melahirkan penjawat awam yang cergas supaya dapat bertindak dengan pantas berlandaskan integriti, kreativiti dan inovasi.

9. Dalam hal ini, MAKSAK telah berusaha untuk mendukung hasrat Kerajaan bagi melahirkan tenaga kerja yang sihat, berwawasan dan aktif melalui pelbagai penambahbaikan aktiviti dan program yang dianjurkan.  Saya percaya sifat dedikasi, komitmen dan semangat yang ditunjukkan sewaktu menyertai aktiviti MAKSAK dapat diterjemahkan ketika melaksanakan tugas seharian di pejabat.  Kejayaan dalam bidang sukan dan aktiviti MAKSAK boleh dijadikan sebagai pemangkin untuk berjaya dalam kerjaya masing-masing.

10. Dalam pada itu, saya juga ingin mengingatkan diri sendiri dan MAKSAK Kebangsaan agar kita sentiasa mengamalkan sikap berjimat cermat dalam menguruskan perbelanjaan apabila menganjurkan sesuatu aktiviti kejohanan.  Berbelanjalah mengikut keperluan sahaja dan bukan mengikut kemahuan, di samping memastikan setiap aktiviti yang dilaksanakan mematuhi prinsip “value for money”.  Dengan berhemah. Dengan berintegriti.

Saudara-saudari sekalian,

11. Kejayaan penganjuran program dan aktiviti MAKSAK amat bergantung pada kerjasama, sokongan serta semangat “team work” oleh semua pihak di peringkat kebangsaan dan negeri.  Maka di sinilah aspek “networking” adalah sangat penting, di samping mengasah aspek kepimpinan, kebolehan mengurus dan kebijaksanaan berinteraksi.

12. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih kepada semua Kerajaan Negeri atas kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan penganjuran aktiviti MAKSAK, baik dalam bentuk logistik, protokol mahupun kewangan.  Semoga kerjasama yang diberikan akan berterusan bagi penganjuran program dan aktiviti MAKSAK pada masa akan datang.

13. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang Anugerah MAKSAK pada malam ini serta pemenang keseluruhan aktiviti MAKSAK bagi tahun 2011.  Semoga kejayaan tersebut menjadi inspirasi kepada semua anggota Perkhidmatan Awam untuk terus menunjukkan kecemerlangan di dalam apa jua bidang yang diceburi pada setiap masa.

14. Akhir kata, saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Kerja, Yang DiPertua MAKSAK Badan Gabungan dan tidak lupa juga kepada Bekas-bekas Yang Dipertua dan Setiausaha Badan Gabungan MAKSAK yang telah dilantik ke jawatan yang baru ataupun yang telah bersara.

15. Semoga aktiviti sukan yang dianjurkan oleh MAKSAK Malaysia akan dapat menjadi penghubung dalam mengeratkan tali silaturahim di kalangan anggota Perkhidmatan Awam berbilang kaum, selaras dengan semangat dan aspirasi 1Malaysia.

Sekian,
Wabillahittaufik walhidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Leave a Reply



× nine = 18

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →