PERSIDANGAN PERANCANGAN PROJEK & PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PEGAWAI TERTINGGI KERAJAAN DI INTAN BUKIT KIARA

December 18, 2006 10:14 am 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Yang Berbahagia Tan Sri Ismail bin Adam
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,

Yang Berbahagia Dato’ Ahmad bin Said
Timbalan Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam (Operasi),

Yang Berbahagia Datuk Ab. Khalil bin Ab. Hamid
Timbalan Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam (Pembangunan),
Yang Berusaha Dato’ Dr. Hj. Malek Shah Hj. Mohd Yusoff
Pengarah INTAN,

Yang Berbahagia Tan Sri-Tan Sri, Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.

Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia Nya dapat kita hadir bersama-sama di dalam Persidangan Perancangan Projek dan Pengurusan Kewangan untuk Pegawai Tertinggi Kerajaan yang julung kali diadakan ini.

2. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), kerana telah berusaha untuk menganjurkan Persidangan untuk Pegawai Tertinggi Kerajaan pada hari ini. Saya mengalu-alukan penyertaan aktif pegawai-pegawai kanan dalam Persidangan ini dan percaya komitmen tinggi saudara-saudari untuk melaksana serta menjayakan projek-projek pembangunan negara akan menyumbang secara terus terhadap pencapaian matlamat Wawasan 2020 dan Misi Nasional.

Hadirin yang dihormati sekalian

MATLAMAT PERSIDANGAN

3. Persidangan ini diadakan sebagai satu forum untuk para peserta BERBINCANG dan MENINGKATKAN KEFAHAMAN dalam aspek perancangan projek dan pengurusan kewangan dengan matlamat untuk menjayakan pelaksanaan projek-projek Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9). Para peserta akan dapat bertukar-tukar pengalaman dan pandangan mengenai isu-isu pelaksanaan projek yang dihadapi oleh kementerian dan jabatan, SEPERTI ISU TANAH dan lebih penting, tata cara TERBAIK PENYELESAIAN. Justeru itu, persidangan ini seharusnya digunakan sebaik mungkin dalam meningkatkan kapasiti jentera kerajaaan bagi memastikan projek-projek yang telah diputuskan oleh Kerajaan dapat dilaksanakan dengan lancar.

4. Seperti yang kita sedia maklum, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menekankan mengenai peri pentingnya projek-projek RMKe-9 dapat dilaksanakan dengan segera. Peruntukan sebanyak 200 bilion ringgit di bawah RMKe-9 dan 20 billion ringgi di bawah PFI yang telah disediakan bagi membiayai pelaksanaan projek-projek tersebut adalah amat besar. Hakikat ini mencerminkan komitmen Kerajaan bagi memastikan agenda pembangunan negara dapat dicapai menjelang tahun 2020.

5. Peruntukan ini adalah untuk menampung pelaksanaan 29,261 projek di seluruh negara. Daripada jumlah ini, sebanyak 4,774 projek (atau 16.3 peratus) dengan nilai 70.1 billion ringgit (atau 35.1 peratus) adalah merupakan projek sambungan, manakala 24,487 projek (atau 83.7 peratus) dengan nilai 129.9 billion ringgit (atau 64.9 peratus) adalah projek baru. Antara Kementerian dan Jabatan yang menerima peruntukan yang besar ialah Jabatan Perdana Menteri (13.2 peratus), Kementerian Kerja Raya (9.3 peratus), Kementerian Pelajaran (8.5 peratus), Kementerian Pengajian Tinggi (8.0 peratus) dan Kementerian Pertahanan (7.3 peratus).

6. Sebanyak “880 projek baru” atau 3.6 peratus daripada jumlah projek baru telah diuruskan untuk pelaksanaan di bawah fasa pertama. Walau bagaimanapun daripada jumlah ini hanya 251 projek sahaja (39.9 peratus) yang telah di tender dan baki sebanyak 629 projek lagi belum dilaksanakan. Ini bermakna ada ruang yang sangat besar untuk Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan berkenaan memperbaiki lagi perancangan projek masing-masing.

7. Dalam mengharungi perjalanan 14 tahun lagi menjelang 2020, kejayaan pelaksanaan RMKe-9 yang hanya TINGGAL 4 TAHUN SAHAJA LAGI adalah komponen penting untuk mencapai Misi Nasional. Sehubungan dengan itu, perancangan dan pelaksanaan projek-projek di bawah RMKe-9 perlu menjadi fokus utama setiap kementerian dan jabatan bagi memastikan semua projek dapat dilaksanakan mengikut tempoh dan spesifikasi yang ditetapkan.

8. Sudah pasti, kita akan berdepan dengan pelbagai cabaran. Ini termasuklah:
– masalah tapak
– masalah pengambilan tanah dan sebagainya yang akan menyebabkan projek lewat dilaksanakan atau terus tergendala.

Ada pula beberapa Kementerian yang menyatakan bahawa projek tidak dapat dimulakan oleh kerana siling tidak mencukupi. Ini kerana siling yang diluluskan adalah lebih rendah dari yang dipohon. Hakikatnya ialah siling yang diluluskan adalah siling bagi projek tersebut. Oleh itu Kementerian dan agensi hendaklah beroperasi dengan hakikat ini, atau mencari fleksibiliti untuk meneruskan projek-projek berkenaan. Tetapi tidak membuat apa-apa bukanlah satu opsyen. Saya harap Persidangan ini akan membincang isu-isu seperti ini.

Hadirin yang dihormati sekalian

PERANCANGAN PROJEK

9. Aktiviti perancangan merupakan satu proses awal yang amat penting dilakukan sebelum sesuatu projek dilaksanakan supaya manfaatnya kelak benar-benar dapat dinikmati oleh golongan sasar. Seterusnya, keputusan pemilihan projek juga perlu dibuat berdasarkan analisis kemungkinan dan analisis kos faedah atau Cost Benefit Analysis. Kepentingan analisis ini adalah bagi memastikan projek yang dipilih benar-benar berdaya maju dan dapat memberikan faedah yang maksimum kepada masyarakat.

10. Dalam hal ini, pepatah Inggeris yang menyebut “If you fail to plan, you plan to fail”, boleh dijadikan panduan. Sekiranya kita gagal untuk merancang, ini bermakna kita sudah menempah kegagalan. Fenomena inilah yang sering terjadi dalam kebanyakan projek yang gagal dilaksanakan dan disiapkan. Oleh itu, menyediakan perancangan projek mengikut garis panduan yang ditetapkan tentunya akan dapat mengelakkan pembaziran wang rakyat dan seterusnya meningkatkan kecekapan pelaksanaan pembangunan negara.

PEMANTAUAN PROJEK

11. Pemantauan adalah sangat penting bagi menentukan kemajuan pelaksanaan projek mengikut jadual yang ditetapkan. Dalam hubungan ini, Kerajaan telah melaksanakan Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) yang merupakan suatu mekanisme pemantauan bagi memastikan setiap projek berjalan dengan lancar dan dilaksanakan secara konsisten di semua peringkat. Menerusi SPP II, projek-projek yang mungkin akan menghadapi masalah akan dapat dikesan dengan lebih awal, dan seterusnya tindakan segera dapat diambil bagi mengatasi masalah-masalah yang berbangkit.

12. Sistem pemantauan ini sekiranya digunakan dengan jujur oleh pihak-pihak berkenaan dapat membantu serta memastikan projek-projek RMKe-9 dilaksanakan dengan lancar dan jayanya. Aplikasi SPP II yang digunakan di setiap kementerian dan jabatan perlu dikaji semula dari semasa ke semasa. Penambahbaikan haruslah dibuat bagi memantapkan lagi aplikasi tersebut supaya lebih mudah diguna pakai, dan dengan itu dapat meningkatkan lagi keberkesanan sistem ini.

13. Saya ingin mencadangkan supaya bagi projek-projek yang melibatkan bangunan, pemantauan dibuat sehingga Sijil Layak Menduduki atau lain-lain keperluan yang berkaitan dikeluarkan. Dalam hubungan ini, saya ingin memberi contoh tentang bangunan Kementerian Kesihatan, Blok E7 di Parcel E, Putrajaya. Saya difahamkan bahawa, kelemahan sistem rangkaian ICT di Kementerian Kesihatan tidak boleh diperbaiki kerana CPC, iaitu Certificate of Practical Completion belum lagi dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana Putrajaya Holdings (PjH) yang merupakan kontraktor bagi bangunan tersebut belum lagi menyelesaikan isu-isu kritikal berkaitan bangunan itu.

14. Perkara ini telah berlarutan sejak Kementerian Kesihatan berpindah ke bangunan tersebut pada 1 Disember 2004, dan sehingga saya mempengerusikan mesyuarat pada 4 Disember 2006, CPC belum lagi dikeluarkan. Bagi saya ini merupakan satu kecuaian dari segi pemantauan di pihak JKR dan juga suatu kecuaian dalam melaksanakan tugas di pihak PjH. Saya juga tidak faham mengapa perkara ini dibiarkan berlarutan begitu saja tanpa sebarang cadangan penyelesaian. THERE IS NO SENSE OF URGENCY.

15. Sehubungan itu, semua pihak berkenaan telah bersetuju untuk melaksanakan TANGGUNGJAWAB MASING-MASING bagi membolehkan JKR mengeluarkan CPC selewat-lewatnya pada pukul 3.00 petang, Jumaat, 29 Disember 2006. Sekiranya CPC tidak dapat dikeluarkan dalam tempoh tersebut tindakan undang-undang dan lain-lain yang wajar akan diambil terhadap pihak-pihak yang berkenaan. Perkara ini juga saya telah maklumkan di dalam mesyuarat NITF (National Implementation Task Force) yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 14 Disember 2006, dan Y.A.B. Perdana Menteri bersetuju dengan tindakan yang akan diambil, bukan SAHAJA BERSABIT BANGUNAN Kementerian Kesihatan tersebut TETAPI UNTUK SEMUA KEPUTUSAN YANG TELAH DAN AKAN DIBUAT.

16. Pemantauan pelaksanaan pada saya adalah SANGAT PENTING. Keputusan-keputusan dan perancangan- perancangan yang terbaik sekali pun tidak akan bermakna sekiranya ia tidak dilaksanakan. Dan, dalam kesibukan kita semua, banyak keputusan-keputusan ini tidak akan dilaksanakan melainkan ada satu pemantauan yang sistematik dan rapi. Untuk itu Bahagian Kabinet akan melaksanakan matriks yang memberikan status pelaksanaan keputusan-keputusan Jemaah Menteri setiap minggu kepada Jemaah Menteri, dan juga laporan bulanan. Laporan-laporan ini adalah status terkini dan ianya MENEKANKAN PELAKSANAAN keputusan pada kadar yang segera. Saya berharap sistem susulan ini akan dilaksanakan untuk lain-lain Jawatankuasa Kabinet, Majlis dan mesyuarat.

PENILAIAN PROJEK

17. Projek yang dilaksanakan dengan sempurna sudah tentunya dapat menambah nilai kepada pembangunan negara dan seterusnya mewujudkan rantaian ekonomi. Penilaian outcome dan impak projek merupakan satu komponen utama dalam pengurusan pembangunan. Penilaian ini dilakukan bagi menentukan sama ada sesuatu projek telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan mendatangkan faedah kepada kumpulan sasar, atau sebaliknya.

18. Penilaian outcome dan impak projek pembangunan merupakan antara elemen penting dalam kitaran projek yang mengandungi komponen perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Penilaian merupakan sebahagian daripada aspek pengurusan strategik bagi memantapkan perancangan dan pelaksanaan program pembangunan negara. Sehubungan dengan ini, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Mengenai Garis Panduan Penilaian Program Pembangunan bertarikh 24 Ogos 2005 yang menjelaskan kaedah bagi menilai keberkesanan dan impak projek pembangunan untuk Rancangan Malaysia Lima Tahun. Dalam hubungan ini, pendekatan pengurusan prestasi dengan menggunakan Key Performance Indicators (KPI) dan Target Outcomes dapat memastikan projek yang telah dilaksanakan, dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat.

Hadirin yang dihormati sekalian

PENGURUSAN KEWANGAN

19. Sebagai penjawat awam, sama ada kita Pegawai Pengawal atau tidak, kita perlu memastikan setiap ringgit yang diperuntukkan dan dibelanjakan dapat memberikan hasil yang maksimum. Kawalan kewangan adalah perlu untuk memastikan program, projek dan aktiviti organisasi dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Pengawalan juga perlu dilakukan bagi mematuhi kehendak akauntabiliti awam, iaitu untuk membuktikan bahawa segala sumber kewangan telah digunakan bagi kepentingan awam serta mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Dalam hal ini, pengukuhan integriti dan kecekapan pengurusan kewangan pastinya dapat meningkatkan ketelusan, dan menghindari ketirisan.

20. Adalah menjadi hasrat Kerajaan dan seterusnya tanggungjawab kita, supaya semua peruntukan di bawah RMKe-9 dapat dibelanjakan dengan sebaik-baiknya untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara. Oleh yang demikian, tindakan segera adalah perlu untuk melaksanakan projek-projek secepat mungkin, termasuk mengeluarkan tender projek mengikut jadual. Walau bagaimanapun, tindakan segera ini bukan bermaksud terburu-buru dalam menyediakan dokumen dan notis tender sehingga menyebabkan banyak kesilapan berlaku dan mengakibatkan projek dilaksanakan oleh kontraktor yang tidak berkemampuan.

PENGAUDITAN

21. Satu lagi mekanisme yang perlu digunakan oleh agensi Kerajaan untuk mempertingkatkan akauntabiliti dan kecekapan pengurusan kewangan ialah dengan mengambil tindakan susulan ke atas teguran dan pemerhatian yang terkandung di dalam Laporan Ketua Audit Negara. Melalui cara ini, agensi awam akan dapat memperbaiki dan menambah baik pengendalian dan pengurusan kewangan masing-masing.

22. Di antara teguran-teguran audit yang kerap kali dibangkitkan ialah mengenai projek-projek pembangunan yang gagal dilaksanakan atau gagal disiapkan mengikut jadual. Keadaan ini disebabkan oleh perancangan yang kurang teliti, tadbir urus sistem perakaunan yang lemah dan kawalan kewangan yang kurang teratur. Meskipun pada masa ini pengauditan kewangan telah dilaksanakan dengan baik, tetapi aspek pengauditan fizikal dan teknikal masih perlu dipertingkatkan bagi mengatasi masalah kelewatan menyiapkan projek serta mengurangkan risiko berlakunya projek pembangunan yang terbengkalai.

TADBIR URUS PROJEK BERASASKAN PRINSIP INTEGRITI DAN AKAUNTABILITI

23. Perkara utama yang penting dalam pengurusan projek dan kewangan adalah dengan mengamalkan tadbir urus yang baik. Dalam hal ini, empat prinsip utama yang perlu diterapkan dalam diri setiap penjawat awam ialah integriti, akauntabiliti, ketelusan dan keadilan. Saya percaya bahawa pembangunan modal insan yang selalu disebut-sebut itu tidak akan menjadi satu realiti jika kita masih tidak dapat menghayati dan mengamalkan prinsip integriti dan akauntabiliti.

24. Dalam hal ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa merasmikan Majlis Pelancaran Institut Integriti Negeri Peringkat Kebangsaan dan Sambutan Hari Integriti Nasional 2006 pada 9 November 2006 lalu, telah menekankan bahawa aspek integriti amat perlu dipupuk hingga ke peringkat akar umbi. Usaha untuk memantapkan nilai-nilai murni dan etika yang tinggi perlu dimulakan dari atas kerana sebagai pemimpin kita sering dijadikan teladan oleh setiap lapisan masyarakat. Justeru itu, setiap individu perlulah memiliki keluhuran yang tinggi, disiplin yang teguh dan kewibawaan yang jitu. Hanya dengan cara ini, hasrat untuk mewujudkan sebuah masyarakat berintegriti yang benar-benar komited memerangi rasuah dan tidak sekali-kali sanggup berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak beretika, akan dapat direalisasikan.

Hadirin yang dihormati sekalian

PENUTUP

25. Saya percaya persidangan yang diadakan ini akan dapat membantu kita dalam menjalankan tugas dengan lebih berkesan, khususnya untuk menjayakan projek-projek pembangunan yang telah dirancang di bawah RMKe-9. Saya juga berharap agar apa yang dipelajari akan DIBUDAYAKAN dalam ORGANISASI MASING-MASING dan diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang cepat dan tepat selaras dengan aspirasi pembangunan negara.

26. Maka dengan harapan tersebut, saya dengan sukacitanya dan dengan lafaz Bismillahir rahmanir rahim, merasmikan Persidangan Pengurusan Projek dan Kewangan untuk Pegawai Tertinggi Kerajaan Tahun 2006.

Sekian.

Wabillahi taufiq walhidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Leave a Reply



− 8 = one

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →