Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan Antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

March 4, 2012 5:29 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahir rahmanir rahim

Assalaamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak, serta Yang Amat Berbahagia Puan Sri Raghad Kurdi Taib

Yang Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu Anak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, serta Yang Berbahagia Dato Sri Empiang Jabu

Yang Berhormat Datuk Amar Haji Mohd Asfia bin Awang Nasar, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, serta Yang Berbahagia Datin Amar Hajah Fatimah binti Mohd Iskandar

Yang Berhormat Menteri, dan Menteri-Menteri Muda

Yang Berhormat Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, serta Yang Berbahagia Datin Amar Hajah Saptuyah binti Haji Suib

Ahli-Ahli Mesyuarat Jawatakuasa Perhubungan Antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

Dif-Dif Kenamaan

Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya jua, kita dapat hadir bersama-sama pada Majlis Makan Malam anjuran YAB Ketua Menteri Sarawak bagi meraikan ahli-ahli Jawatankuasa Perhubungan Antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, atau JPPN.  Mesyuarat kali ini adalah merupakan pembuka tirai bagi tahun 2012 dan diadakan di Kuching, Sarawak bersempena Kejohanan Sukan Antara Kakitangan Pejabat SUK Se-Malaysia kali-4 yang telah diadakan di sini dengan jayanya.

2. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Y.A.B. Pehin Sri atas penganjuran majlis makan malam ini.  Sesungguhnya kehadiran Yang Amat Berhormat untuk bersama-sama dengan pegawai-pegawai kanan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri menunjukkan keprihatinan Y.A.B. Pehin Sri kepada kelangsungan dan peranan Perkhidmatan Awam dalam agenda pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

YAB Pehin Sri dan hadirin yang dihormati sekelian,

3. Mesyuarat JPPN diadakan bagi menangani pelbagai isu dan perkara yang berpaksikan kepada keterlibatan perkhidmatan awam, baik di peringkat negeri dan persekutuan dalam menjayakan agenda transformasi kerajaan.  Kejayaan yang diharungi oleh negara dalam agenda transformasi ini tidak berlaku secara begitu sahaja tetapi adalah bersandarkan kepada kepimpinan yang dinamik yang dipamerkan oleh pemimpin-pemimpin kita serta barisan pemimpin dalam perkhidmatan awam yang menjadi tunjang pelaksana kepada segala dasar pembangunan negara.

4. Kolaborasi dan kerjasama padu di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah merupakan kunci kejayaan kepada pelaksanaan dasar pembangunan negara kerana ia akan membawa kepada satu pemahaman, komitmen, pelarasan, perkongsian hala tuju dan pentingnya penjajaran kepada aspirasi utama negara dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan negara.  Pelbagai isu dan perkara dibincangkan dengan semangat dan tekad murni dalam memastikan matlamat untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi dapat dikecapi bagi merealisasikan Wawasan 2020.  Dalam hubungan ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.A.B. Pehin Sri dalam membina dan mewujudkan kerjasama yang begitu erat dan mesra antara Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Persekutuan dalam pelbagai aktiviti dan program khususnya yang melibatkan penjawat awam.

YAB Pehin Sri dan hadirin yang dihormati sekelian,

5. Negeri Sarawak telah mengalami pembangunan pesat yang begitu mengagumkan, dengan prestasi ekonomi yang baik dan mampan, di mana telah merekodkan perkembangan 5.4% dalam Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2010.  Fokus kepada pertumbuhan mampan juga menunjukkan keprihatinan Kerajaan Sarawak dalam memastikan keharmonian persekitaran sumber-sumber asli negeri dipelihara dengan baik di sebalik kerancakan projek-projek pembangunan.

6. Saya amat berterima kasih kepada Perkhidmatan Negeri Sarawak atas kegigihan untuk bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan awam.  Ini jelas ditunjukkan dalam tekad dan pelaksanaan projek dan inisiatif berterusan bagi memperhebatkan penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan.  Dalam usaha menjajar kepada Pelan Transformasi Negara serta membina kapasiti perkhidmatan awam negeri, strategi penstrukturan semula  telah dilaksanakan di Jabatan Tanah dan Survei dan Jabatan Kerja Raya serta pelaksanaan kajian penstrukturan semula Pihak Berkuasa Tempatan yang telah berakhir pada penghujung tahun 2011.

7. Pembangunan budaya kerja baru melalui High Performance Teams dan transformasi proses kerja melalui Key Focus Activities dan Innovative and Creative Teams juga merupakan perancangan utama Kerajaan Negeri Sarawak.  Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Negeri mirip PEMUDAH di peringkat persekutuan merupakan satu inisiatif yang tepat dalam mengadakan platform kolaborasi di antara perkhidmatan awam dan sektor swasta bagi memantapkan penyampaian perkhidmatan awam serta persekitaran perniagaan di Sarawak.

8. Syabas diucapkan kepada Perkhidmatan Awam Sarawak atas inisiatif-inisiatif dinamik tersebut. Ini menunjukkan keterlibatan Perkhidmatan Awam Sarawak untuk bersama-sama menyumbang kepada kecemerlangan Perkhidmatan Awam dari segi merancang  dan melaksanakan dasar-dasar serta strategi-strategi bagi memaju dan menyokong pembangunan sosio-ekonomi negeri Sarawak. Persefahaman murni di antara Kerajaan Sarawak dan Persekutuan telah mengorak pelbagai kejayaan yang jelas kelihatan dalam pembangunan negeri Sarawak.

9. Satu aspek kecemerlangan Perkhidmatan Awam Sarawak yang boleh kita sama-sama contohi ialah kejayaan pasukan Kumpulan Inovasi dan Kreativiti mereka atau KIK, di mana 2 kumpulan KIK “MILLENIUM SABE” dan Kumpulan “4 QUEST”, kedua-duanya dari Jabatan Tanah dan Survei telah memenangi Kategori Pengurusan dan Teknikal di Peringkat Kebangsaan pada 2 November 2011.  Kumpulan “SKIP” dari Jabatan Perbendaharaan Negeri dan kumpulan “Belian” dari Universiti Teknologi Mara, Cawangan Sarawak pula telah memenangi “Excellent Award” di International Convention on Quality and Creative Circle yang diadakan di Yokohama, Jepun pada 11 hingga 14 September 2011 lalu.

10. Kejayaan-kejayaan ini menunjukkan komitmen dan kesungguhan Perkhidmatan Awam negeri Sarawak dalam memperkasakan sistem penyampaian yang berkesan.  Namun begitu, adalah menjadi harapan saya agar kejayaan-kejayaan ini tidak indah di atas kertas sahaja, tetapi ia dikongsi dan dilaksanakan, demi memartabatkan karya-karya oleh penjawat awam.  Langkah selanjutnya pula adalah untuk memastikan keseronokan berkarya dan berinovasi seumpama ini menjadi budaya di kalangan penjawat awam.

Hadirin yang dihormati sekalian,

11. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Y.A.B. Pehin Sri atas penganjuran majlis makan malam ini serta sokongan padu Yang Amat Berhormat kepada pemantapan dan transformasi Perkhidmatan Awam demi menjayakan pembangunan sosio-ekonomi negara kita.  Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan Antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diadakan esok, berlangsung dengan lancar serta mempamerkan jalinan mesra dan semangat kerjasama yang padu sesama kita.

Sekian,
Wabillahittaufiq walhidayah
Wassalamualakum warahmatullah wabarakaatuh.

Leave a Reply



× 1 = six

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →