Majlis Penutupan dan Penyampaian Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat IPTA Kali Ke-8 Tahun 2012

March 8, 2012 5:27 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillaahir rahmaanir rahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Md Tahir Md Azhar, Timbalan Rektor Akademik dan Antarabangsa, Merangkap Pemangku Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

YBhg. Dato’ Mohd Razali Hussain
Ketua Pengarah, Perbadanan Produktiviti Malaysia

YBhg. Dato’ Haji Wan Mohd Hilmi Wan Kamal, Pengarah Eksekutif, Bahagian Pengurusan Perkhidmatan Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk KIK Peringkat Institusi Pengajian IPTA Kali Ke-8 tahun 2012

YBhg. Dr. Hajah Zahrah Mokhtar, Pendaftar Universiti Teknologi  MARA, Merangkap Pengerusi Majlis Mesyuarat Pendaftar-Pendaftar IPTA

YBhg. Dato-Dato, Datin-Datin, Pendaftar- Pendaftar IPTA

Dif-Dif Kehormat

Barisan Panel Hakim Konvensyen KIK Peringkat IPTA Kali Ke-8 Tahun 2012

Para Peserta Konvensyen

Pemerhati Penyokong

Para Tetamu Dan Saudara-Saudari

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, dengan limpah kurnia dan izin Nya, kita dapat berkumpul di dalam Majlis Penutupan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam kali ke-8 yang diadakan selaras dengan pengisytiharan tahun 2012 sebagai Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional.

2. Sepanjang 3 hari konvensyen ini berlangsung, saudara-saudari telah memperlihatkan daya inovasi dan kreativiti masing-masing menerusi penghasilan projek dalam bidang pengurusan dan teknikal. Amatlah jelas bahawa projek yang bercirikan inovasi dan kreativiti bukanlah sesuatu yang sukar dilaksanakan sekiranya terdapat kerjasama yang padu antara golongan akademik dan bukan akademik.

3. Penganjuran konvensyen ini di peringkat IPTA adalah amat bertepatan dengan status institut pengajian tinggi sebagai gedung ilmu yang banyak mencambahkan dan mencetuskan hasil-hasil inovasi dan kreativiti. Melalui ciptaan inovatif dan kreatif ini, sesebuah institusi akan sentiasa hidup serta berinteraksi secara aktif dengan persekitaran.  Pertandingan ini juga menunjukkan bahawa elemen-elemen pengurusan dan teknikal berkait rapat antara satu sama lain. Tanpa pengurusan yang cekap dan rapi, walau secanggih mana bidang teknikal yang kita miliki, tidak mungkin dapat menjamin pelaksanaan projek yang cemerlang.

Hadirin yang dihormati sekalian,

4. Kita sedia maklum bahawa hasrat kerajaan adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.  Dalam rangka kerajaan hendak mentransformasikan negara, pelbagai dasar dan strategi telah dilancarkan agar negara boleh menangani perubahan dunia yang begitu pesat dan kadang kala tidak ketentuan. Berlatarbelakangkan senario yang demikian, langkah perubahan diri dan organisasi ke arah itu, wajar diberi tumpuan yang teratur dan terancang.  Dalam hubungan ini, inovasi dan kreativiti adalah kunci kepada tiang utama kerajaan, iaitu Konsep 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10.

5. Y.A.B. Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak menyatakan “Mahu tidak mahu para penjawat awam mesti berfikir di luar lingkungan kotak. Kita tidak mahu budaya “automation” menjadi satu hakikat kehidupan dalam sektor awam. Kita seharusnya berfikiran kritis dan konstruktif dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah dengan mencari penyelesaian-penyelesaian kreatif dan inovatif di luar kelaziman.”

6. Dalam konteks IPTA dan IPTS, tekad dan kebersungguhan untuk memacu kejayaan amat penting kerana institusi-institusi ini bertindak sebagai pusat pencarian dan penemuan ilmu yang tinggi.  Ini adalah kerana di IPT tercerna segala ilmu dan terbangun idea-idea yang bernas, konstruktif lagi inovatif. Begitulah juga bakal pemimpin negara yang berkualiti akan lahir daripada IPT.  Pendek kata, kejayaan akan terjamin menerusi kecemerlangan pengurusan dan kepimpinan universiti.

Hadirin yang dihormati sekalian,

7. Tema Konvensyen KIK pada tahun ini, iaitu “Idea Inovatif Penyelesaian Kreatif” amat bertepatan kerana kita, selaku pemegang amanah serta pemimpin di IPT amat dekat dan paling berkemampuan mencetuskan kesedaran betapa pentingnya inovasi sebagai peneraju perubahan.  Saya ingin menegaskan di sini bahawa perubahan baharu ke arah penyelesaian mestilah bermula dengan kebersungguhan dan kualiti kepimpinan. Setiap cetusan idea baharu yang kreatif bermula daripada pemimpin yang berkualiti. Dalam erti kata lain, pemimpin yang berkualiti mampu menjadi peneraju inovasi.

8. Sebagai peneraju inovasi, kita mestilah berani mencari penambahbaikan yang baharu, berani mempersoalkan amalan yang lazim kita amalkan, malah berani mencabar status quo.  Segala cetusan idea yang baharu atau pemikiran alternatif sebenarnya lahir daripada keyakinan ilmu yang telah kita bina dan anuti. Di sinilah letaknya keunggulan dan martabat ilmu. Sesungguhnya kayu ukur kejayaan inovasi bergantung rapat dengan kekuatan ilmu dan setakat mana kita memanfaatkan ilmu itu. Sehubungan dengan itu, saya ingin menyeru agar warga universiti membudayakan ilmu dalam setiap kegiatan profesion yang diamanahkan.

9. Budaya inovasi tidak seharusnya menjadi milik pemimpin-pemimpin universiti sahaja. Oleh sebab inovasi merupakan satu agenda nasional, semua warga universiti ialah pengamal atau pelaksananya. Dengan kata lain, sebarang rancangan inovasi merangkumi bidang kewangan, pengurusan manusia, komunikasi, proses pengajaran dan pembelajaran, pengiklanan universiti ke luar negara, program kerjasama dan kolaborasi dengan universiti-universiti serantau dan dunia mestilah melibatkan semua warga universiti.

10. Kita tidak boleh menafikan peranan pemimpin kerana pemimpinlah pencetus dan pendukung utama inovasi.  Peranan transformasi kepimpinan akan menentukan kadar perjalanan inovasi ini. Tidak mungkin sesebuah universiti itu cemerlang apatah lagi bertaraf dunia sekiranya tahap pengurusan dan kepimpinan itu rendah. Oleh yang demikian, barisan pemimpin universiti sewajarnya menerapkan unsur-unsur inovasi dalam bidang urus tadbir dan ciri-ciri kepimpinan pada setiap ketua jabatan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

11. Imej organisasi kreatif tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya menonjolkan imej cemerlang dalam pelbagai bidang lain seperti kebudayaan, sukan dan sumbangan kepada komuniti. Budaya institusi yang baik mampu menyemai nilai, norma positif, menghormati orang lain, memberi dorongan dan mengadakan persaingan yang sihat dan membina di dalam organisasi.

12. Saya ingin menegaskan di sini bahawa inovasi ialah elemen penting untuk perkembangan semua organisasi.  Inovasi boleh membina sesuatu yang baharu atas landasan yang lama.  Tanpa inovasi, tidak akan wujud kemajuan. Justeru, inovasi dan kreativiti  ialah sebahagian proses kelangsungan kita.

13. Akhir kata, saya merakamkan syabas kepada International Islamic University Malaysia kerana telah menganjurkan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam kali ke-8 ini dengan jayanya.  Ucapan tahniah juga ditujukan kepada semua institusi pengajian tinggi yang mengambil bahagian. Semoga semangat inovatif dan kreatif terus disuburkan dan dibudayakan dalam diri setiap warga universiti demi kecemerlangan diri, institusi dan negara dan tidak hanya dijadikan agenda pertandingan semata-mata.

Sekian,
Wabillahittaufik wal hidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Leave a Reply



9 + two =

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →