Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Golf Piala Presiden 2012

March 18, 2012 5:25 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahir rahmanir rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Yang Berbahagia Tan Sri Sallehuddin bin Mohammed, bekas Presiden KGPA

Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli-ahli Jawatankuasa Am KGPA

Y. Bhg. Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’ dan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan para pemain golf yang dihormati sekalian.

Syukur Alhamdullillah, Pertandingan Golf Piala Presiden 2012 ini telah dapat dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya serta dengan penuh suasana muhibah dan mesra. Saya difahamkan bahawa pada setiap pertandingan yang dianjurkan oleh KGPA, penyertaan dari kalangan ahli adalah amat menggalakkan, dan kadangkala terpaksa ditolak, termasuk pertandingan pada hari ini. Situasi ini merupakan petunjuk yang amat baik kepada KGPA dalam memupuk semangat muhibah, persefahaman dan keharmonian di kalangan ahli, dan untuk itu syabas saya ucapkan kepada semua para pemain. Namun demikian, apa yang lebih penting, pertandingan walaupun kompetitif, ia dapat dilaksanakan dalam suasana ceria dan penuh kemesraan.

2. Saya secara peribadi amat menghargai penyertaan Y. Bhg. Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’, tuan-tuan dan puan-puan dalam pertandingan hari ini, di kala saya diamanahkan sebagai Presiden KGPA, kerana ia amat memberi erti yang sungguh bermakna kepada saya.

3. Sebagai ahli KGPA, kita juga boleh berbangga pada hari ini kerana usaha-usaha penambahbaikan yang berterusan lapangan golf dan inisiatif mencantikkan lapangan melalui projek-projek landskap, telah membuahkan hasil yang begitu baik. Menerusi sistem saliran yang telah dipertingkatkan, kita dapat melihat kepuasan para pemain kerana dapat meneruskan permainan walaupun selepas hujan yang lebat terutama pada musim hujan sekarang ini, kerana padang, fairway dan green tidak lagi digenangi oleh air. Usaha-usaha penambahbaikan secara berterusan ini telah mendapat pujian di kalangan ahli, pemain dan tetamu yang menggunakan kemudahan golf KGPA.

4. Apa yang lebih menggembirakan sejak kebelakangan ini adalah pengiktirafan yang diterima oleh KGPA daripada Malaysian Golf Association (MGA), di mana KGPA telah dipilih sebagai lokasi kejohanan Kuala Lumpur Amatuer Open 2012. Kejohanan ini secara tidak langsung turut mempromosikan kehebatan KGPA bukan sahaja di peringkat nasional tetapi juga di peringkat antarabangsa, menerusi penyertaan pemain-pemain amatur luar negara dari Thailand, Singapura, Korea, Filipina dan Amerika Syarikat.

5. Selain itu, MGA juga turut memohon untuk menjadikan KGPA sebagai gelanggang latihan untuk 16 orang pemain pasukan golf kebangsaan. Kerjasama positif ini memberi ruang yang terbaik kepada KGPA dalam mempromosikan kelab terutama ke arah mempertingkatkan strategi pendapatan kelab. Saya percaya bahawa pengiktirafan terhadap fasiliti golf yang dimiliki oleh KGPA akan turut menyumbang kepada usaha-usaha pembangunan golf yang dilaksanakan kelab seperti pembangunan golf peringkat junior KGPA dan mempertingkatkan jumlah keahlian kelab kita.

6. Menerusi pengiktirafan ini, saya percaya transformasi yang kita usahakan dalam menukar imej KGPA, termasuk imej Perkhidmatan Awam, sebagai sebuah kelab yang bangga dengan kesusahannya – “The Most Difficult Hole in Malaysia” kepada satu kelab di mana permainan dan perkhidmatannya menyeronokkan ahli dan pelanggan, telah mula membuahkan hasil yang positif dan membanggakan. Adalah diharapkan agar promosi dan usaha ini turut dihayati dan dibantu jua oleh semua ahli kelab. InsyaAllah.

7. Sesungguhnya usaha-usaha untuk memantapkan serta memartabatkan KGPA, sentiasa diberi keutamaan. Dalam hubungan ini, saya bersama-sama Ahli JK Am telah berusaha sedaya-upaya untuk memudahkan penjawat awam yang layak menjadi ahli terutama menarik keahlian pegawai-pegawai muda Perkhidmatan Awam dari pelbagai skim perkhidmatan. Ini termasuk mereka yang belum disahkan dalam jawatan atau yang dilantik secara kontrak. Kita berharap dan menaruh keyakinan bahawa penglibatan pelbagai lapisan dan gabungan ini akan menambah baik lagi imej dan kesungguhan kelab kita, sebagai kelab sukan dan rekreasi yang utama bagi penjawat awam.

8. Sebenarnya, menguruskan sebuah kelab golf tidaklah begitu sukar. Menguruskan sebuah kelab golf seumpama KGPA adalah sama seperti mana kita menguruskan Perkhidmatan Awam. Ia menjadi lebih mudah lagi sekiranya kita mempunyai pegawai-pegawai yang terbaik untuk memastikan segala keperluan kelab dan pelanggan dapat disediakan dengan sebaik mungkin. Kita juga perlu meletakkan kepercayaan kepada pegawai yang dilantik untuk mereka menjalankan tugas yang diberikan. Pegawai yang menerima amanah dan kepercayaan yang telah diberikan, perlu melaksanakan tugas mereka dengan penuh dedikasi, komited dan berintegriti.

9. Sebagai Presiden KGPA, saya amat berbangga dengan prestasi Encik Mahat Bahari sebagai Pengurus Besar KGPA yang dilantik hampir setahun lalu. Menerusi daya usaha beliau dan sokongan daripada JK Am KGPA, kelab kita telah mula menerima pengiktirafan sebagai kelab golf yang menarik, mudah dan menyeronokkan terutama di kalangan ahli dan pemain-pemain golf. Kejayaan Encik Mahat dalam menghasilkan impak yang positif kepada kelab, banyak dijayakan menerusi pandangan, dorongan dan penglibatan yang diterima daripada pelbagai pihak terutamanya ahli dan pelanggan kelab. Adalah sukar untuk kita mengusahakan kejayaan sesuatu perubahan tanpa kita merunding atau mendapatkan pandangan pihak-pihak yang terlibat dalam proses perubahan tersebut.

Hadirin yang dihormati sekalian,

10. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan ingin saya ucapkan kepada semua terutama kepada pengurusan KGPA, di atas pengelolaan Pertandingan Piala Presiden Tahun 2012 ini dengan penuh jayanya. Bagi pemain-pemain yang menang saya mengucapkan tahniah; dan kepada yang tidak berjaya, cuba lagi pada pertandingan-pertandingan yang akan datang. Namun pada saya, apa yang lebih penting ialah semangat kesukanan yang ditunjukkan serta peluang untuk berjumpa dengan sahabat-sahabat dan menjalinkan hubungan silaturahim yang erat dan kukuh sesama kita.

Sekian.

Wabillahitaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Leave a Reply



+ 4 = thirteen

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →