Ucapan Aluan Sempena Majlis Penutupan Pertandingan Pidato Integriti Antara Institut Pendidikan Guru, Piala Menteri Pelajaran Malaysia 2012

April 10, 2012 5:09 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillaahir rahmaanir rahiim

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri Malaysia

YBhg. Dato’ Sri Abd Ghafar Bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

YBhg. Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’ Ahli Lembaga Pengarah IIM

YBhg. Datuk Dr. Mohd Tap Bin Salleh, Presiden Institut Integriti Malaysia

YBrs. Dr. Lee Boon Hwa
Timbalan Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia

Yang Berusaha Pengarah-pengarah Institut Pendidikan Guru

Barisan hakim yang arif,

Para pensyarah dan mahasiswa

YBhg. Tan Sri-Tan Sri, Datuk, Dato’, Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Para hadirin yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat dan izin Nya kita dapat bersama-sama pada hari ini sempena berlangsungnya Majlis Perasmian Penutup Pidato Integriti antara Institut Pendidikan Guru Malaysia Tahun 2012 yang akan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sebentar lagi.

2. Bagi pihak ahli-ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia, IIM dan seluruh warga kerja IIM, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, yang telah sudi meluangkan masa bagi memenuhi undangan untuk menyempurnakan majlis ini, yang bertemakan “Integriti Teras Transformasi Pendidikan Negara”.

3. Ucapan tahniah dan syabas ditujukan kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu kerana telah berusaha menjayakan program pada tahun ini bersama-sama dengan IIM. Terima kasih juga kepada semua IPG yang telah mengambil bahagian. Pastinya program seumpama ini merupakan langkah penting dalam usaha membudayakan integriti di kalangan masyarakat kampus IPG khususnya, dan Malaysia amnya.

Hadirin yang dihormati sekalian,

4. Usaha meningkatkan integriti merupakan agenda jangka masa panjang yang memerlukan komitmen dan sokongan pelbagai pihak, termasuklah golongan belia dan bakal pendidik seperti saudara dan saudari sekalian.  Kita berperanan penting untuk menyebarluaskan maklumat dengan tepat mengenai aspirasi dan dasar-dasar negara secara berintegriti.  Ini adalah kerana guru merupakan jentera utama kerajaan yang berada hampir dengan masyarakat setempat, khususnya pelajar-pelajar sekolah, peringkat kanak-kanak dan  remaja.

5. IIM sentiasa berusaha untuk memastikan objektif Pelan Integriti Nasional, atau PIN, tercapai dan agenda pembudayaan integriti dapat terlaksana sejajar dengan Wawasan 2020. Berdasarkan senario ini, IIM mulai 2011 telah memberikan fokus kepada generasi muda dalam perancangan program tahunannya, disamping kumpulan sasar yang lain.  Sehubungan dengan ini, IIM akan terus melaksanakan program Seminar Integriti Warga Pendidik yang kini telah menjangkau 5 tahun penganjurannya bagi guru-guru di bawah Pejabat Pendidikan Daerah, beserta 27 buah kampus IPG. Sehingga kini hampir 100,000 orang guru seluruh negara telah mengikuti Seminar ini.

6. Program-program lain termasuk penglibatan mahasiswa di dalam Rakan Integriti Mahasiswa yang banyak menjalankan program-program integriti mahasiswa di peringkat IPT, serta program Tun Azizan Zainul Abidin Integrity Circles bagi profesional muda, yang merupakan kolaborasi di antara IIM dan Petronas.  Banyak lagi program baru yang memfokuskan generasi muda sedang dirancang bagi memastikan mesej integriti ini diserap terus oleh generasi muda yang bakal menerajui kepimpinan negara pada masa hadapan.

Saudara-saudari sekalian,

7. Ke arah mencapai aspirasi “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, guru-guru berkualiti berintegriti yang dilahirkan melalui pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan sewajarnya sentiasa bersedia untuk mencurahkan bakti dan berkhidmat dengan penuh kerelaan hati.  Prinsip dan komitmen ini akan membantu bakal guru meningkatkan kewibawaan, integriti dan motivasi ke arah melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu dan beretika.  Dengan kesediaan para pendidik yang sehati sejiwa bekerjasama ke arah membudayakan integriti masyarakat Malaysia, maka sudah pasti perancangan baik yang dijalankan akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan.

8. Transformasi minda kelas pertama juga perlu diterapkan supaya elemen-elemen segar dan terkini dapat disampaikan sejajar dengan impian negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Malah ia juga akan menjadi pemangkin ke arah memastikan aspirasi negara untuk mencapai pendidikan bertaraf dunia direalisasikan. Selain itu, institusi pendidikan juga akan mencapai tahap kualiti yang terbaik sekiranya transformasi pendidikan negara ini ditunjangi oleh pembudayaan integriti itu sendiri.

9. Sehubungan itu, pemilihan tema pidato pada tahun ini iaitu “Integriti Teras Transformasi Pendidikan Negara” adalah menepati hasrat rakyat dan negara, melihat kepada tanggungjawab guru yang semakin besar dan mencabar.  Peranan dan fungsi guru disanjung tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah juga sebagai agen pembudayaan integriti.  Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang berpegang teguh kepada ajaran agama, intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berintegriti.

10. Akhir kata,  di kesempatan ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih di atas kesudian Yang Amat Berhormat Tan Sri untuk hadir ke majlis ini walaupun kami faham Yang Amat Berhormat Tan Sri mempunyai jadual kerja yang amat padat.  Kehadiran Yang Amat Berhormat Tan Sri ke majlis tahunan ini untuk kali ke-3 berturut-turut jelas mempamerkan komitmen Yang Amat Berhormat untuk memartabatkan integriti dalam sektor Pendidikan Negara.

11. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran program ini.  Semoga usaha murni ini akan dapat menyemarakkan serta memantapkan lagi amalan integriti di kalangan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Sekian,
Wabillahi taufiq walhidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Leave a Reply



4 × one =

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →