MAJLIS APRESIASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC) BERSAMA DENGAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

April 1, 2022 10:10 pm 0 comments

Share this Article

Author:

1 April 2022
Dewan Putra A1,
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Bismillahirahhmanirrahim,

Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh

dan Salam Sejahtera,

Yang Dihormati barisan Pesuruhjaya EAIC,

Yang Berbahagia Tan Sri – Tan Sri, Datuk Seri, Dato’- Dato,
Dif-dif Kehormat,
Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan dan Rakan-rakan strategik,

Yang Berusaha Puan Norhayati Binti Ahmad,
Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, dan

Warga kerja EAIC serta wakil-wakil media yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama melafazkan rasa syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya, kita diberikan kesihatan dan kesempatan untuk berkumpul pada petang ini, bersempena Majlis Apresiasi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Bersama Dengan Agensi Penguatkuasaan Seliaan.

2. Majlis ini amat bermakna kepada kami di EAIC kerana hari ini merupakan sambutan ulang tahun EAIC yang ke-11, sejak penubuhannya pada 1 April 2011. Hari ini menjadi simbolik untuk memperingati semula misi, visi dan aspirasi penubuhan EAIC sebagai badan pengawasan integriti di kalangan agensi-agensi penguatkuasaan, selaras dengan peruntukan di bawah Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700]. Adalah iltizam EAIC agar mandat ini tidak disia-siakan dan kami akan terus menambah baik usaha yang diterokai oleh mereka sebelum kami, membudayakan integriti. InsyaAllah.

Para hadirin sekalian,

3. Saya dan barisan Pesuruhjaya serta seluruh warga EAIC amat mengalu-alukan kehadiran kepimpinan agensi penguatkuasaan seliaan EAIC pada hari ini. Sesungguhnya kehadiran pucuk pimpinan agensi memberi makna yang besar kepada EAIC. Ianya adalah isyarat yang amat jelas mengenai “Tone at the Top” dan “Tone from the Top”. Khususnya mengenai satu isu yang sangat penting. Integriti. Majlis ini bukan sahaja untuk EAIC, tetapi sebagai apresiasi kepada agensi penguatkuasaan yang selama ini telah menzahirkan komitmen dalam membudayakan amalan tadbir urus berintegriti bersama-sama, sejak EAIC ditubuhkan. Semoga hubungan kerjasama ini akan dipertingkatkan lagi di hari mendatang.

4. EAIC turut mengalukan kehadiran rakan-rakan strategik iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Institut Integriti Malaysia, Jabatan Peguam Negara, Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah (GIACC), serta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Semoga usaha berterusan dan jalinan kerjasama di antara kita dalam memartabatkan integriti ini akan diberkati Allah swt dan membuahkan hasil.

Saudara-saudari hadirin sekalian,

5. Ramadan Al-Mubarak akan kembali memberkati kehidupan kita beberapa hari lagi. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua hadirin beragama Islam.

6. Di kesempatan ini, marilah kita semua bekerjasama dan bersatu tekad sebagai sebuah pasukan dalam memastikan setiap pekerjaan dilaksanakan sebaiknya. InsyaAllah, usaha perpaduan dan kerjasama sesama kita yang berterusan akan menyumbang kepada perkhidmatan awam yang berdaya saing dan penuh berintegriti.

Sidang hadirin sekalian,

7. EAIC telah ditubuhkan lebih 10 tahun. Sepuluh tahun bukanlah satu tempoh yang singkat. Sejak ditubuhkan dan setakat 31 Mac 2022, EAIC telah menerima sebanyak 6,099 aduan terhadap pelbagai agensi penguatkuasaan, yang mana sebanyak 5,163 fail aduan telah dibuka. Aduan yang tidak dibuka adalah yang melibatkan aduan terhadap bukan agensi seliaan yang dipanjangkan kepada agensi berkaitan untuk disusuli. Selain itu, aduan tidak dibuka juga meliputi aduan tanpa butiran lengkap yang tidak membolehkan tindakan diambil. EAIC telah menyelesaikan sebanyak 5,097 fail aduan daripada keseluruhan jumlah aduan diterima. EAIC juga telah membuka sebanyak 1,097 fail siasatan dan sehingga kini, sebanyak 1,046 kes telah diselesaikan. Fail siasatan yang belum diselesaikan pula masih dalam proses tindakan dan akan diselesaikan mengikut tempoh ditetapkan Prosedur Operasi Standard Penerimaan Aduan EAIC.

Para hadirin yang dihormati,

8. Isu integriti, salah laku dan rasuah bukan isu bermusim. Ia juga bukanlah perkara baharu. Itulah sebabnya Badan Pencegah Rasuah telah ditubuhkan 55 tahun lalu pada 1 Oktober 1967. Juga ia bukan mutlak kepada penjawat awam, atau pegawai kerajaan sahaja. Sektor swasta dan korporat juga menyumbang bukan sahaja sebagai pemberi, tetapi sebagai peminta dan penerima.

9. Oleh itu hasrat untuk membina negara berintegriti dan bebas rasuah memerlukan kita menangani semua sektor meliputi sektor swasta. Ia memerlukan tekad, tindakan dan sumbangan setiap dari kita. Seluruh rakyat dan penduduk Malaysia. Melalui dari satu fasa ke fasa yang lain, membina satu masyarakat yang membenci perbuatan rasuah dan yang menjunjung tinggi budaya integriti. Budaya integriti dan bebas rasuah mesti menjadi asas kehidupan kita.

Saudara-saudari hadirin yang dihormati,

10. Saya yakin dan percaya, EAIC tidak bekerja bersendirian mengenai integriti. Isu kepincangan integriti bukan isu individu, atau isu dalaman organisasi, tetapi merupakan isu kita bersama.

11. Walau sehebat mana pun kita, adalah mustahil untuk sesiapa melaksanakan sesuatu perkara dengan cemerlang bersendiri. Malah EAIC tidak berhasrat untuk merebut kredit terhadap apa jua usaha memartabatkan integriti. EAIC perlu bekerjasama rapat dengan agensi-agensi penguatkuasaan dalam membina sahsiah integriti. Sehubungan dengan ini saya percaya sungguhpun SPRM mempunyai Akta tubuh yang kukuh dengan perjawatan dan peruntukan yang jauh lebih besar dan lebih berkuasa, dalam menangani rasuah, ianya lebih berkesan apabila SPRM bekerjasama rapat dengan kementerian, jabatan dan lain-lain pihak berkenaan.

12. Saya bersyukur agensi-agensi penguatkuasaan khususnya di peringkat pucuk pimpinan memberikan kerjasama yang amat baik kepada EAIC. Mereka tidak menyifatkan EAIC sebagai musuh tetapi sebaliknya sebagai rakan kongsi dalam usaha meningkatkan integriti dan seterusnya imej dan “morale” mereka.

13. Sebagai contoh, saya amat gembira untuk merakamkan hasrat jalinan kerjasama erat dan pintar EAIC telah disambut baik oleh pihak PDRM. Inisiatif ini telah ditingkatkan sejak tahun lepas menerusi sesi dialog pegawai-pegawai kanan PDRM-EAIC yang diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu dan Ketua Pegawai Eksekutif EAIC.

14. Kesinambungan dari sesi dialog tersebut telah dipergiatkan menerusi sesi libat urus bersama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Kontinjen-kontinjen Negeri bagi membincangkan isu-isu berkaitan JIPS IPK Negeri, di samping meningkatkan pemahaman mengenai fungsi dan peranan EAIC.

15. Ekoran dari ini, EAIC mengalu-alukan cadangan YDH CP Tuan Wan Hassan bin Wan Ahmad, Ketua Polis Kedah supaya semua surat yang dikeluarkan oleh EAIC kepada Ketua Polis Daerah di Negeri Kedah disalinkan kepada JIPS IPK Kedah supaya isu berkenaan dapat dipantau oleh Ketua Polis Kedah sendiri.

16. Saya yakin cadangan ini akan menjadi ikutan dan pemangkin kepada JIPS IPK Negeri lain untuk bersaing melakukan yang terbaik.

17. Saya percaya sekiranya seseorang ketua tegas, adil dan tidak menganiaya dalam melunaskan tanggungjawab sebagai ketua, isu integriti dapat ditangani dengan lebih mudah dan lebih berkesan lagi.

Saudara-saudari sekalian,

18. Dalam apa pun tugasan, kita perlu ada pengakhiran atau “closure”. Saya perhatikan banyak tindakan yang kita ambil yang pada mulanya nampak banyak dan impressive dari segi kepantasan dan penglibatan banyak pihak dan agensi, yang nampak sangat gah tidak ada penghujungnya. Barang “diingat kes ditutup” bukan bermakna kes selesai. Case closed is not the same as closure! Kalau pun kes tidak ditutup tetapi ianya berlarutan tanpa sebarang bayang bila akan ada penyelesaian samalah seperti kes ditutup! Sebagai contoh saya masih tertanya-tanya apa jadi pada kes helikopter yang mendarat di Ipoh untuk mengambil nasi ganja pada 23 Julai 2021. Kes-kes seperti ini yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan mudah tetapi tidak ada penghujung, menghakis kredibiliti agensi penguatkuasaan dan seterusnya kredibiliti Kerajaan sendiri.

Saudara-saudari,

19. EAIC tidak dapat memberikan pendekatan yang sama terhadap semua agensi penguatkuasaan di bawah seliaannya.

20. Oleh yang demikian, walaupun bukan secara jelajah ke seluruh negara dan melawat cawangan agensi penguatkuasaan di setiap negeri, EAIC akan mempergiatkan jalinan kerjasama bersama agensi penguatkuasaan melalui Mesyuarat Koordinasi Berkala yang akan diadakan bersama dengan agensi-agensi penguatkuasaan di bawah seliaan EAIC.

21. Mesyuarat koordinasi ini akan menjadi medium utama sebagai platform membentuk jalinan kerjasama dan aspirasi pengukuhan agenda integriti di antara EAIC dengan agensi penguatkuasaan seliaan.

22. Bagi mengoptimumkan peranannya, Mesyuarat Koordinasi ini dihasratkan untuk diadakan sebanyak 2 kali setahun, dan akan dipengerusikan oleh Pengerusi EAIC.

Sidang hadirin sekalian,

23. Saya amat menyukai kata-kata Lao Tse berkenaan kepimpinan. Izinkan saya membacanya di sini untuk kita hayati dan ambil iktibar bersama :

               To lead people, walk beside them

               As for the best leaders, people do not notice their existence

              The next best, the people honour and praise

              The next, people fear

              And the next, people hate

             When the best leader’s work is done, the people say

             ‘We did it ourselves’ 

– Lao Tse

24. Impian kami di EAIC ialah apabila agensi-agensi penguatkuasaan yang diselia oleh EAIC betul-betul mempercayai bahawa mereka sendiri yang mengambil langkah integriti!

Hadirin sekalian,

25. Adalah disedari bahawa EAIC adalah sebuah agensi yang kecil dengan perjawatan tertutup; malah dengan bajet dan sumber kuasa yang terhad. Maka ini tidak memungkinkan semua warga kerja nya kekal lama di sini. Malah ada di antara warga kerja yang telah dipupuk sekian lama, meninggalkan EAIC dan melebarkan sayap ke agensi kerajaan yang lain, antaranya Jabatan Peguam Negara.

26. EAIC tidak menganggap itu sebagai satu kehilangan, malah ia merupakan satu sumbangan kepada negara, di mana warga yang telah dilatih berteraskan integriti menyumbang tenaga dan menyebarkan kepentingan integriti di lain-lain agensi, pada gred yang lebih tinggi. Alhamdulillah.

Hadirin sekalian,

27. EAIC tidak menilai agensi penguatkuasaan seliaannya melalui jumlah aduan salah laku yang diterima, tetapi berdasarkan komitmen, dedikasi dan kerjasama yang ditunjukkan oleh sesebuah agensi penguatkuasaan, dalam memastikan sebarang aduan salah laku yang diterima, diambil tindakan siasatan yang wajar oleh Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) Agensi itu sendiri.

28. Oleh yang demikian, pada majlis ini, EAIC mengambil kesempatan untuk menyampaikan Memento Penghargaan kepada Agensi Penguatkuasaan Seliaan terpilih, atas inisiatif dan komitmen yang ditunjukkan, bersama-sama dengan EAIC untuk terus membudayakan integriti, dan mengambil tindakan tatatertib terhadap aduan salah laku yang bermerit, selaras dengan pengesyoran oleh EAIC.

29. Penglibatan penuh pucuk pimpinan dan ketua agensi yang dipilih pada kali ini dalam menerajui gerakan untuk menerapkan budaya berintegriti tinggi di agensinya, adalah sangat penting dan amat dihargai. Semoga Memento Penghargaan yang diberikan kepada agensi penguatkuasaan ini menjadi contoh dan pendorong kepada agensi-agensi lain untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik dan penuh integriti demi memartabatkan lagi Perkhidmatan Awam negara kita.

Sekian.

Wabillahi Taufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Leave a Reply



− 4 = five

Categories

  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    KONGRES NASIONAL “ISLAM, KELUARGA MALAYSIA DAN KEHARMONIAN: MEMBINA AGENDA KALIS CABARAN MASA DEPAN”

    SESI II – KELUARGA MALAYSIA DALAM CABARAN SEMASA KERTAS 6 – KEPENTINGAN INTEGRITI DALAM TADBIR URUS BAGI KELUARGA MALAYSIA YANG SEJAHTERA 19 Mei 2022 Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Mohd Sani bin Badron Felow Utama/Pengarah, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan (EMAS) IKIM, Moderator pada sesi ini Ahli-ahli panel Yang Berbahagia Prof. Dr. Sivamurugan Pandian Pensyarah Universiti Sains Malaysia, dan Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Sulaiman […]

    Read more →
  • Articles & Columns MAINTAINING ENFORCEMENT INTEGRITY

    MAINTAINING ENFORCEMENT INTEGRITY

    Column : Face To Face Newspaper : Sunday Star Date : 24 April 2022

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS APRESIASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC) BERSAMA DENGAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    1 April 2022 Dewan Putra A1, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri – Tan Sri, Datuk Seri, Dato’- Dato, Dif-dif Kehormat, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan dan Rakan-rakan strategik, Yang Berusaha Puan Norhayati Binti Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, dan Warga kerja EAIC serta wakil-wakil media yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama melafazkan rasa syukur kepada Allah SWT, kerana […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS PERHIMPUNAN AKHIR TAHUN WARGA SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC) DAN MAJLIS BUDI DISANJUNG JASA DIKENANG

    24 Disember 2021 Dewan Serbaguna, Menara Usahawan, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Yang Berusaha Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang Diraikan Puan Ainul Shahrin binti Mohamad, Pengarah Operasi EAIC, dan Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah kurnia dan izin-Nya jua dapat kita bersama-sama hadir dan berkumpul pada pagi ini, bersempena Majlis Perhimpunan Akhir […]

    Read more →