MAJLIS PERHIMPUNAN AKHIR TAHUN WARGA SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC) DAN MAJLIS BUDI DISANJUNG JASA DIKENANG

December 24, 2021 11:32 am 0 comments

Share this Article

Author:

24 Disember 2021
Dewan Serbaguna, Menara Usahawan, Putrajaya

Bismillahirahhmanirrahim,

Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh
dan Salam Sejahtera,

Yang Dihormati barisan Pesuruhjaya,
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC),

Yang Berusaha Puan Norhayati binti Ahmad,
Setiausaha EAIC,

Yang Diraikan Puan Ainul Shahrin binti Mohamad,
Pengarah Operasi EAIC, dan

Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah kurnia dan izin-Nya jua dapat kita bersama-sama hadir dan berkumpul pada pagi ini, bersempena Majlis Perhimpunan Akhir Tahun Warga EAIC; dan Majlis Budi Disanjung Jasa Dikenang.

2. Perhimpunan pada pagi ini amatlah bermakna kerana setelah sekian lama menghadapi situasi pandemik Covid-19 yang tidak menentu di negara kita, perhimpunan warga kerja dapat kembali diadakan. Akan tetapi, hendaklah diingatkan bahawa, walaupun kini kes jangkitan Covid-19 semakin terkawal dan menunjukkan penurunan jangkitan, kita tidak boleh alpa dan perlulah terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan. Kita masih belum menang!

Sidang hadirin sekalian,

3. Tahun 2021 merupakan tahun yang sangat mencabar, berikutan situasi pandemik Covid-19 yang masih belum terkawal bukan sahaja di negara kita malah di seluruh dunia dan ditambah pula dengan cuaca buruk bawaan Taufan Rai yang melanda negara kita baru-baru ini sehingga menyebabkan bencana banjir berlaku terutamanya di negeri Selangor.

4. Saya pasti kita semua di EAIC tidak hanya terkesan dengan bencana banjir, malah turut terkesan dengan kehilangan seorang dari kita yang menjadi korban jangkitan Covid-19. Di kesempatan ini, marilah kita sama-sama memanjatkan doa dan memohon izin serta limpah kurniaNya agar keluarga arwah Puan Wardah binti Faisol, dan 5 orang warga EAIC yang terlibat dengan banjir diberikan kekuatan untuk menghadapi kejadian ini. Salam takziah diucapkan kepada semua mangsa dan keluarga masing-masing.

Para hadirin sekalian,

5. Pada hari ini, saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh warga kerja EAIC kerana telah berjaya menyelesaikan kes-kes tertunggak. Sebanyak 636 kes aduan dan 229 kes siasatan telah diselesaikan. Pencapaian ini pastinya bukanlah sumbangan Pegawai Siasatan atau Bahagian Operasi sahaja, tetapi ia dimungkinkan oleh setiap dari kita, warga kerja EAIC yang merasakan dirinya bertanggungjawab untuk melunaskan amanah. Justeru itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada seluruh warga kerja EAIC .

Sidang hadirin sekalian,

6. Sesungguhnya kerja itu merupakan satu ibadah, melaksanakan kerja itu satu tanggungjawab dan sekiranya ia dilakukan dengan niat yang betul, ia akan membawa kepuasan. Pada hemah saya, bekerja dalam Perkhidmatan Awam adalah antara kerjaya yang termulia. Ini kerana, kerjaya ini memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Perkhidmatan yang membawa kepada kesejahteraan rakyat.

7. Namun begitu, sekadar memperingatkan termasuk kepada diri saya sendiri, dalam memastikan kerja yang dijalankan dapat membawa kepada kebaikan dan kesejahteraan rakyat, terdapat beberapa nilai utama yang perlu diterapkan dalam diri setiap kita. Antara nilai utama tersebut ialah nilai pemilikan atau ‘sense of ownership’. Dalam menjalankan kerja, setiap seorang daripada kita selain daripada melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing, setiap penjawat awam hendaklah menanamkan nilai pemilikan atau sense of ownership terhadap apa yang dipertanggungjawabkan, dengan itu setiap perancangan akan cuba dilaksanakan sebaik mungkin dan akhirnya membuahkan hasil yang terbaik.

8. Bagaimanapun, perkhidmatan yang terbaik tidak dapat diberikan kepada rakyat sekiranya penjawat awam bergerak secara in silos. Perkhidmatan terbaik hanya akan dapat diberikan dengan kerjasama semua pihak. Bak kata pepatah Inggeris, ‘We are only as strong as our weakest link.’

Sidang hadirin sekalian,

9. Nilai kedua yang ingin, sering kali dan akan sentiasa saya tekankan peri pentingnya adalah pemikiran yang sentiasa mencari peluang dan ruang untuk memudahkan urusan. Bila sesuatu urusan itu dapat dimudahkan, ia bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa urusan tersebut, malah masa yang dijimatkan dapat digunakan untuk urusan-urusan yang lain. Ini secara langsung dapat meningkatkan produktiviti dan prestasi perkhidmatan kita.

10. Nilai yang ketiga pula, pada pendapat saya, merupakan nilai yang terpenting dalam diri setiap individu terutamanya penjawat awam iaitu integriti. Integriti bukan sahaja bermakna kita menjauhkan diri daripada amalan-amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Dalam konteks yang lebih luas, ia juga merangkumi nilai-nilai taat, jujur dan amanah. Integriti sepatutnya dilihat sebagai asas personaliti kita, dari mana segala tindakan, pemikiran dan perkataan kita tercetus. Integriti adalah satu nilai yang mutlak.

Hadirin sekalian,

11. Dalam setiap perkara yang kita lakukan, pasti ada balasannya. Dan sesungguhnya setiap penjawat awam yang komited dan memberikan perkhidmatan cemerlang, pastinya mempunyai peluang mendapat kenaikan pangkat dan menyandang jawatan yang lebih tinggi.

12. Pada hari ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Puan Ainul Shahrin binti Mohamad yang telah dinaikkan pangkat ke gred jawatan yang lebih tinggi. Walaupun hanya sempat berada di EAIC bagi tempoh 1 tahun, berbanding 3 tahun peminjaman asal yang sepatutnya berakhir pada 31 Disember 2023, beliau telah menunjukkan prestasi yang cemerlang. Kenaikan pangkat ini merupakan pengiktirafan atas prestasi cemerlang serta usaha gigih dan komitmen beliau dalam menggalas tanggungjawab yang diamanahkan.

13. Oleh kerana EAIC merupakan sebuah jabatan yang kecil dengan perjawatan tertutup, komitmen, ketekunan dan kegigihan setiap kita akan menyumbang kepada kejayaan masing-masing khususnya dan EAIC amnya.

Sidang hadirin sekalian,

14. Sesungguhnya dalam apa jua yang dilakukan perlu ada kesungguhan, ketekunan, kepercayaan dan keikhlasan bagi memastikan yang diusahakan mencapai kejayaan. Dan yang paling penting, setiap tindakan hendaklah berlandaskan kepada integriti.

15. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru 2022 kepada seluruh warga kerja EAIC. Harapan saya, agar saudara-saudari terus berusaha melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh komited demi kecemerlangan serta kejayaan perkhidmatan awam mendepani kehendak serta aspirasi rakyat dan negara.

Sekian,

Wabillahitaufik walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Leave a Reply



9 × one =

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →