Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Rekreasi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Kali Ke – 4

September 9, 2020 10:39 am 0 comments

Share this Article

Author:

9 September 2020
Dewan Serbaguna, Menara Usahawan, Putrajaya

Bismillahirahhmanirrahim,

Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh
dan Salam Sejahtera,

Yang Berusaha Encik Zulfadli Bin Abu Bakar,
Pengerusi Kelab Kebajikan dan Rekreasi EAIC,

Ahli-ahli Jawatankuasa Kelab Kebajikan dan Rekreasi EAIC, dan

Seluruh warga keluarga EAIC yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah kurnia dan izin-Nya jua dapat kita bersama-sama hadir dan berkumpul pada pagi ini, bersempena Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Rekreasi EAIC kali ke – 4.

2. Pagi ini merupakan kali pertama saya merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Rekreasi EAIC; dan platform ini juga merupakan kali pertama saya menyampaikan pesanan kepada seluruh warga keluarga EAIC. Saya amat menghargai amanah dan kepercayaan YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia memberi peluang kepada saya dan barisan Pesuruhjaya untuk menyumbang khidmat bakti kepada rakyat dan Negara melalui EAIC.

3. Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke-63 dan Selamat Hari Malaysia kepada kita semua. Semoga kita terus merdeka, bebas dan berdaulat. Walaupun banyak yang telah dikecapi oleh negara kita dalam jangka masa yang secara relatif agak singkat, kita harus mengambil semangat kemerdekaan ini untuk terus maju, menjadi yang terbaik mungkin, supaya tanah air yang kita cintai ini akan kekal merdeka, bebas dan berdaulat selama-lamanya, insya Allah. Begitu juga, setiap individu di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan harus menanam semangat yang tinggi, seiring dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini – Prihatin Rakyat. Di mana kita sebagai penjawat awam sentiasa memberikan yang terbaik untuk Rakyat dan Negara.

Para hadirin sekalian,

4. EAIC sebagai sebuah agensi yang melaksanakan fungsi badan pengawasan integriti di kalangan agensi-agensi penguatkuasaan mempunyai tugas dan tanggungjawab yang berat. Sebagai sebuah badan pengawasan integriti, EAIC perlulah menjadi yang terbaik, “be whiter than white” dari segi integritinya. Dan tanggungjawab ini perlulah dipikul secara kolektif oleh setiap individu di EAIC.

5. Menghayati tema Hari Kebangsaan iaitu Prihatin Rakyat, saya amat bercita-cita untuk melihat setiap kita di EAIC sentiasa mengambil langkah-langkah positif untuk meningkatkan tahap perkhidmatan masing-masing. Ini termasuk menerapkan minda terbuka yang mengutamakan kualiti dan elakkan daripada menjalankan tugas sambil lewa. Rakyat memerlukan kita penjawat awam yang mempunyai daya fikir yang tinggi, kemahiran menganalisis situasi, mempunyai high-level critical thinking serta kreatif, cepat dan cekap mengambil tindakan, berlandaskan integriti.

6. Dalam memastikan integriti penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan dijulang dan mendapat kepercayaan orang ramai, terdapat dua perkara yang perlu dipraktik. Pertama, dalam dunia serba digital, salahlaku integriti boleh tersebar luas dalam sekelip mata sahaja melalui video-video viral melalui internet. Oleh yang demikian, tindakan susulan oleh EAIC sebagai badan pengawasan perlulah dilihat diambil dengan cepat. EAIC tidak boleh menunggu masa dan keadaan yang sesuai untuk mengambil tindakan. Tindakan yang proaktif akan meningkatkan kredibiliti EAIC sebagai sebuah badan pengawasan dan secara tidak langsung akan meningkatkan kepercayaan orang awam kepada agensi penguatkuasaan. Dan, meningkatkan kepercayaan kepada Perkhidmatan Awam dan kepada Kerajaan.

7. Kedua, dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik, kita perlulah meletakkan diri kita di tempat pihak yang memerlukan perkhidmatan. Sistem penyampaian perkhidmatan yang benar-benar menepati kehendak rakyat dan setiap golongan pelanggan, memerlukan sokongan semua pihak untuk mencapai objektifnya. Setiap aduan perlulah dianggap sebagai satu hadiah bagi memastikan integriti agensi seliaan yang diadukan terjaga. A complaint is a gift for us to improve. Tetapi bukan membuat kerja secara terburu-buru dan yang membawa kepada penganiayaan. Dan, kita haruslah mengelak dari digunakan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan untuk melakukan penganiayaan!

Hadirin sekalian,

8. Integriti itu sememangnya merupakan tanggungjawab setiap individu. Dan perkara paling utama adalah kita sendiri harus menjauhkan diri daripada salahlaku integriti. Lebih dari itu dan turut penting: sekiranya kita mengetahui rakan sekerja cuba melakukan sesuatu salahlaku, kita harus memberi nasihat supaya menjauhinya. Sekiranya nasihat kita tidak diendah adalah tanggungjawab kita untuk melaporkannya kepada Ketua Jabatan atau mana-mana Pihak yang Berwajib.

9. Sekiranya setiap warga kerja di agensi penguatkuasaan melaksanakan tiga peranan ini: menjauhi diri, menasihat dan melapor, InsyaAllah, integriti akan menjadi teras budaya kerja kita SEMUA. Adalah menjadi idaman agar tahap integriti agensi penguatkuasaan mencapai satu kedudukan yang tinggi, di mana integriti sudah menjadi teras budaya kerja kita DAN keperluan untuk EAIC DAN LAIN-LAIN AGENSI SERUPA mungkin sudah tiada. Saya pernah menyatakan perkara ini di dalam ucapan saya di Konvensyen Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) pada tahun 2013.

10. Hari ini, ​sebagai Pengerusi EAIC, saya menasihatkan diri saya dan SEMUA wargakerja EAIC akan peri pentingnya KITA mengamalkan budaya kerja yang terbaik yang boleh ditanda aras oleh lain-lain pemberi Perkhidmatan yang baik sebagai cerminan Perkhidmatan Awam yang diidamkan. Maka kita hendaklah melunaskan amanah dan tanggungjawab kita dengan penuh integriti, mengikut peraturan yang wajar dan memberikan perkhidmatan sebagaimana kita mahu dilayani.

Saudara-saudari sekalian,

11. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada hari ini, izinkan saya membacakan petikan dari Puisi bertajuk Pakaian Pemimpin oleh Tenas Affendi, yang mungkin dapat kita hayati untuk dijadikan iktibar. Puisi ini pernah saya bacakan pada Majlis Makan Malam Penghargaan sempena persaraan saya sebagai Ketua Setiausaha Negara pada Jumaat, 22 Jun 2012, dan saya ingin ulanginya semula pada hari ini:
      

       Menjalankan tugas tahan beragas

       menjalankan amanah tahan dilapah

       menjalankan yang hak tahan diinjak

       menunaikan janji tahan dikeji

       membela rakyat tahan dikerat

       membela bangsa tahan binasa

       membela negeri tahan mati

       menolong tak harap sanjung

       berbudi tak harap puji

       berkorban tak harap imbalan

       bekerja tak harap upah

       memberi tak harap ganti

       mengajar tak harap ganjar.

 

12. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kelab Kebajikan dan Rekreasi EAIC kerana menjalankan amanah yang diberikan dan berjaya mengendalikan majlis perasmian dan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Rekreasi EAIC Kali Ke – 4 pada pagi ini dengan kemas dan teratur, selaras dengan keperluan perlembagaannya. Semoga Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kelab Kebajikan dan Rekreasi EAIC baru yang akan dilantik selepas ini akan terus bersatu serta bergerak maju menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh berintegriti dan berakauntabiliti.

13. Maka, dengan lafaz Bismillahir rahmanir rahim, saya dengan ini merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Rekreasi EAIC kali ke – 4.

Wabillahitaufik walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Leave a Reply



9 × = sixty three

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →