Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara Bersama Datuk Bandar dan Yang DiPertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi Zon Timur

May 4, 2012 4:51 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

YBhg.Tan Sri-Tan Sri/Y.B.dan YBhg. Dato’-Dato’/Tuan-Tuan/Puan-Puan yang dihormati sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran Y.B. Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bandar dan YDP bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang, serta juga ahli-ahli PEMUDAH dalam majlis perjumpaan pada hari ini. Saya faham bahawa hari ini, hari jumaat adalah hari kelepasan bagi negeri Kelantan dan negeri Terengganu. Terima kasih juga kepada KPKT selaku urus setia yang mengatur majlis perjumpaan pagi ini.

LatarBelakang

2. Perjumpaan ini adalah susulan kepada majlis perjumpaan yang telah diadakan pada 15 Jun 2011 yang lalu bersama semua Datuk Bandar dan Yang Dipertua PBT seluruh negara.Saya dan ahli-ahli PEMUDAH berhasrat untuk berjumpa sekali lagi dengan semua PBT mengikut zon dalam kumpulan yang lebih kecil bagi membolehkan isu-isu yang berkaitan dengan sistem penyampaian perkhidmatan PBTdapat dibincangkan dengan lebih mendalam, seperti engagement dengan penduduk dan pihak berkepentingan.

Saudara-saudari sekalian,

3. Peranan PBT amat penting kerana imej sesebuah PBT turut menggambarkan imej Kerajaan,di mana PBT merupakan agensi barisan hadapan yang paling kerap berurusan dengan rakyat. Maka tidak hairanlah jika majoriti rakyat beranggapan PBT itulah sebenarnya adalah Kerajaan. Anggapan ini ada kebenarannya kerana apa yang berlaku setiap hari di kawasan PBT mempunyai impak ke atas kualiti hidup mereka seperti jalan raya yang baik, sistem trafik yang berjalan lancar, lampu yang menyala, longkang dan parit yang bersih serta sampah dikutip.

4. Sehubungan dengan itu adalah penting bagi PBT mempermudahkan segala urusan berkaitan dengan rakyat dan sentiasa mengadakan perundingan(engagement) bersama penduduk, peniaga, penjaja, pekilang dan juga Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi memahami dan menyelesaikan masalah mereka.Penyertaan penduduk atau pihak berkepentingan lain di dalam setiap perancangan dasar dan program di PBT merupakan pra syarat kepada kejayaan dasar dan program tersebut. Apabila mereka dilibatkan dari peringkat awal lagimakaakan wujud ownershipkepada mereka dan mudah bagi PBT mendapatkan kerjasama dan sokongan rakyat. Mereka juga boleh menjadi champion di kalangan masyarakat. Seperti Dato’/Tuan/Puan sedia maklum penyertaan penduduk adalah merupakan salah satu ciri penting di dalam pelaksanaan Local Agenda 21 di PBT.Ianya bukanlah satu pendekatan baru, cuma ianya perlu diberi penekanan semula kerana YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak selalu menyatakan bahawa zamanGovernment KnowsBest telah lama berlalu. Kerajaan kini perlu membuat keputusan dengan mendengar kehendak rakyat.

5. Berlandaskan kepada fahaman ini, Kerajaan telah membuat keputusan supaya sebarang cadangan undang-undang baru atau pindaan undang-undang atau apa-apa dasar baruhendaklahmendapatkan pandangan rakyat terlebih dahulu sebelum ianya dimuktamadkan. Sehubungan dengan ini semua kementerian dan agensi pusat dikehendakimemaparkan sebarang drafcadangan baru atau pindaan undang-undang di dalam laman sesawang masing-masing pada peringkat awal proses penyediaan draf sebelum dikemukakan kepada mana-mana agensi untuk ulasan. Satu pekeliling berkaitan telah dikeluarkan pada 25 April 2012, dan saya berharap pihak Kerajaan Negeri dan PBT juga menggunapakai pekeliling tersebut.

6. Begitu juga daripada pelaksanaan mana-mana projek pembangunan, bagi projek-projek berisiko mahupun projek-projek yang melibatkan kepentingan awam, pihak PBT perlu menjalankan sesi pendengaran awam dan pelawaanbantahan kepada pihak berkepentingan pada peringkat awal supaya tidak menimbulkan kegelisahan rakyat dikemudian hari.

Inovasi dan Penambahbaikan Perkhidmatan PBT

Saudara-saudari sekalian,

7. Sebagai Datuk Bandar atau YDP, adalah menjadi tanggungjawab YBhg.Dato’/Tuan/Puan untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan pelaksanaan keputusan Kerajaan sama ada ianya berpunca daripada kelemahan sistem ataupunkelemahan pelaksanaannya oleh kita penjawat awam. Kita perlu segera mengambil langkah yang seiring bagi mengatasi kelemahan tersebut seperti meminda perundangan, dasar atau peraturan sedia adayang didapati tidak lagi relevan dan tiada nilai tambah supaya memudahkan urusan rakyat, iaitu pelanggan dengan Kerajaan. Contohnya di dalam kes kehilangan kad pengenalan, Kerajaan telah menghapuskan keperluan melaporkan kehilangan kad pengenalan ke balai polis sebagai pra-syarat untuk Jabatan Pendaftaran Negara menggantikan kad pengenalan yang hilang. Ini adalah kerana prosedur berkenaan tidak memberikan apa-apa nilai tambah;malahan menyusahkan semua pihak sama ada pegawai polis mahupun rakyat yang kehilangan kad pengenalan. Saya berharap Datuk Bandar dan YDP PBT juga melihat semua peraturan-peraturan masing-masing sama ada ianya masih relevan. Sekiranya tidak, adalah amat baik peraturan-peraturan tersebut dipermudahkan atau dihapuskan.

Ranking Malaysia dalam Doing Business Report

Saudara-saudari sekalian,

8. Kedudukan Malaysia dalam Doing Business Report oleh pihak World Bank telah bertambah baik daripada kedudukan ke-23 pada tahun 2011 kepada kedudukan ke-18 pada tahun 2012. Walaubagaimanapun kedudukan Malaysia bagi kategori dealing with construction permitstelah menurundaripada kedudukan ke-108 pada tahun 2011 kepada kedudukan ke-111 pada tahun 2012. Fokus laporan ini adalah kepada Bandaraya Kuala Lumpur dan pihak DBKL sedang melaksanakan model baru dealing with construction permits in Kuala Lumpur yang akan memudah dan mengurangkan bilangan prosedur, masa dan kos. Saya amat mengharapkan supaya model baru ini yang melibatkan bukan sahaja proses-proses One Stop Centre (OSC) tetapi juga meliputi proses-proses semasa dan selepas pembinaan ini berjaya dilaksanakan di DBKL; seterusnya dapat dipanjangkan untuk dilaksanakan di PBT yang lain.

9. Semua PBT di pantai timur ini terletak di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Sehubungan dengan itu saya berharap YBhg.Dato’/Tuan/Puan akan menjadi pemudahcara kepada pihak ECER di dalam melaksanakan projek-projek pembangunan yang telah dirancangkan supaya matlamat Kerajaan untuk membangunkan wilayah pantai timur ini dapat direalisasikan dengan jayanya. PBT boleh membantu dengan menjadikan permohonan oleh pihak ECER sebagai permohonan Fast Track untuk mendapat kelulusan segera.

Harapan dan Cabaran Sebagai Datuk Bandar atau YDP

Saudara-saudari sekalian,

10. Peranan kita sebagai pegawai-pegawai perkhidmatan awam di pelbagai peringkat,baik di persekutuan, peringkat negeri dan kerajaan tempatan adalah bagi memastikan pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun berdepan dengan kesukaran dan cabaran janganlah ia mematahkan semangat kita untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik. Tanggungjawab ini hendaklah digalas dengan penuh semangat dan dedikasi walaupun situasi politik berbeza daripada dahulu. Adalah penting penyampaian perkhidmatan itu diberikan tanpa membeza-bezakan siapa kerana adalah dikhuatiri jika ianya berlaku, rakyat akan merasa tersinggung dan berkecil hati. Dalam hal ini, PBT dan SUK negeri hendaklah mengamalkan kaedah-kaedah pengurusan yang adil dan saksama.
Penutup

11. Akhir sekali sebagai Datuk Bandar dan YDP PBT, YBhg Dato’/Tuan/Puan adalah pemimpin tertinggi di PBT. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap pemimpin untuk menunjukkan contoh terbaik kepada warga PBT dan seterusnya mendidik (educate) mereka supaya dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Pemimpin PBT perlu memastikan setiap tindakan adalah konsisten dan seragam. Setiap arahan perlu disampaikan dengan jelas dan difahami di semua peringkat. Pemimpin mesti selalu turun ke bawah untuk mendengar keluh kesah rakyat dan perlu mencari jalan untuk menyelesaikannya. Jika tindakan ini dapat dilaksanakan oleh setiap pemimpin di PBT, nescaya matlamat untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat akan tercapai.

Sekian,
Wabillahittaufik walhidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Leave a Reply



eight × 8 =

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →