Majlis Ikrar Bebas Rasuah MDEC

April 10, 2018 2:25 pm 1 comment

Auditorium MaGIC, Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC), Cyberjaya
Selasa, 10 April 2018

Bismillahhirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salah Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

YBhg Datuk Seri Azam Baki, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),

YBhg Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),

YBhg Datuk Yasmin Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC,

Ahli Lembaga Pengarah MDEC,

Barisan kepimpinan tertinggi SPRM dan MDEC; serta seluruh warga kerja MDEC yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala, kerana dengan limpah izin dan kurnia Nya jua, kita dapat bersama-sama berhimpun di dalam majlis yang sungguh bermakna pada petang ini.

2. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada YBhg. Datuk Yasmin dan barisan kepimpinan tertinggi MDEC kerana mengambil inisiatif pro-aktif berkolaberasi bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memperkasakan lagi komitmen MDEC menegakkan piawaian tinggi tadbir urus, dan seterusnya, pentadbiran berintegriti tinggi yang bebas rasuah. Ini adalah satu isu yang sangat dekat di hati saya dan oleh yang demikian, saya amat menyokong inisiatif ini. Terima kasih kerana menjemput saya untuk menghadiri dan memberi sepatah dua kata di majlis ini.

3. Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada SPRM kerana aktif membanteras dan mengetengahkan isu rasuah. Saya amat yakin usaha sebegini akan menguatkan azam kita semua untuk membenci perbuatan rasuah dan seterusnya membudayakan integriti.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

4. Memupuk budaya integriti bukanlah satu inisiatif yang baru di MDEC. Sehingga kini MDEC telah mengambil beberapa langkah dalam memupuk budaya memerangi rasuah. Ini meliputi :

4.1 Pada Januari 2002, Kod Tatalaku MDEC telah dilancarkan dan dijadikan sebahagian dari Buku Panduan Pekerja MDEC. Ia menggariskan piawaian tingkah laku serta panduan mengenai konflik kepentingan.

4.2 Pada Jun 2009, “Whistleblowing Policy” yang telus dan boleh diakses oleh orang awam telah diumumkan. Seperti yang termaktub di dalam Akta SPRM 2009, “Whistleblowing Policy” ini memberikan perlindungan kerahsiaan identiti pengadu baik pekerja, vendor, kontraktor atau mana-mana orang. Ia melindungi pekerja daripada apa-apa tindakan yang mungkin menimpa pengadu dalam skop pekerjaan.

4.3 Nilai-nilai Teras atau “Core Values” MDEC diperkenalkan pada Ogos 2016 yang mengiktiraf integriti sebagai satu daripada lima Nilai-nilai Teras MDEC. Ini bertujuan supaya setiap warga MDEC mempunyai integriti di dalam DNA mereka.

4.4 Dan baru-baru ini, dengan sokongan penuh Ahli Lembaga Pengarahnya, MDEC telah mula melaksanakan pemeriksaan pekerja dan latar belakang mereka (“Employees Screening and Background Check”) terutama sekali di kalangan kepimpinan MDEC dan pekerja yang terlibat di dalam proses kelulusan dan perolehan.

5. Ikrar Bebas Rasuah hari ini, memberi penekanan kepada ikrar, janji dan komitmen semua lapisan warga MDEC untuk sentiasa komited dan bertanggungjawab di dalam melaksanakan apa jua tugasan dan menjauhi diri daripada gejala rasuah.

6. MDEC telah diberi tanggungjawab, kepercayaan dan peruntukan sebagai peneraju agenda digital negara. Ekonomi digital dewasa ini menjadi tumpuan penting Kerajaan kerana ia berpotensi besar untuk menyumbang sekitar 20 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2020. Kita di MDEC telah diberikan peruntukan kewangan, fleksibiliti dan tanggungjawab untuk mentadbir pelbagai program dan aktiviti. Saya percaya kita beriltizam untuk melaksanakan tanggungjawab ini dengan penuh integriti.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati,

7. MDEC telah menggariskan beberapa Pelan Tindakan bagi memantapkan lagi sistem tadbir urus dan perkhidmatannya. Beberapa program dan aktiviti telah dibuat bagi memastikan ianya dapat dilaksanakan mengikut perancangan, antaranya menjalinkan hubungan erat dengan SPRM, serta sesi nasihat yang diberikan oleh Datuk Yasmin melalui Sesi Town Hall tempohari.

8. MDEC juga akan mempelbagaikan aktiviti-aktivi bagi memastikan semua warga MDEC menjauhi apa jua amalan yang boleh menyumbang kepada berlakunya amalan rasuah. Program yang kita adakan pada hari ini merupakan satu wadah yang baik untuk mengingati diri sendiri supaya menjauhi diri dari melakukan amalan yang mempunyai unsur rasuah. Supaya menegakkan integriti.

9. Saya berdoa kehadrat Illahi, agar kita semua menggalas tanggungjawab kita dengan penuh integriti dan akauntabiliti. Sesungguhnya, ujian integriti bukan sahaja apabila SPRM memerhati kita. Ujian sebenar adalah apabila tiada siapa yang memerhati dan kita tetap berpegang teguh kepada prinsip integriti yang tersemat di dalam sanubari.

Saudara-saudari sekalian,

10. Saya sedar bahawa dalam organisasi yang terbaik mana sekali pun, yang walaupun ‘high performance organisation’, pasti akan ada individu yang mungkin tidak mencerminkan budaya integriti. Dalam situasi seperti ini, mungkin ada orang yang berpendapat demi menjaga nama baik organisasi, kita patut senyap-senyapkan sahaja perlakuan itu. Supaya masyarakat tidak memandang serong kepada organisasi kita yang baik, yang rata-rata semuanya baik-baik belaka. Respons saya kepada isu ini ialah kita tidak akan bertolak ansur terhadap salah laku rasuah. Zero Tolerance. ZETO. Jangan kerana ‘nila setitik, rosak susu sebelanga’. Kita sendiri akan pastikan nila setitik ini dikeluarkan dari susu sebelanga. Inilah “Tone at the Top”. Inilah “Tone from the Top”.

11. Sebagai penutup, saya ingin sekali lagi mengucapkan penghargaan saya kepada kepimpinan tertinggi MDEC kerana menganjurkan majlis ini. Satu penghargaan khas kepada YBhg Datuk Seri Azam Baki, YBhg Dato’ Shamshun Baharin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudi hadir untuk menyaksikan Majlis Ikrar Bebas Rasuah MDEC pada hari ini. Kehadiran SPRM akan terus mendorong dan meningkatkan lagi semangat warga kerja MDEC untuk membuat yang terbaik. Demi amanah kepada Negara.

Wabillahi taufik walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Leave a Reply



5 × three =

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →