Majlis Pelancaran Buku “No Wrong Door : The Story of Sidek Hassan”

March 8, 2018 4:20 pm 2 comments

Dewan Filharmonik PETRONAS, KLCC
8 Mac 2018

Bismillahirrahmannirrahim,

Assalamualaikum wa Rahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

Yang Berbahagia Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara

Yang Berbahagia Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor, UKM

Yang Amat Berbahagia dan Yang Amat Arif Tun-Tun, Yang Berbahagia Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’, Datin-Datin,

Dif-dif Kehormat,

Serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan Nya jua, kita dapat berkumpul di dalam Dewan Filharmonik PETRONAS pada petang ini bagi pelancaran Buku “No Wrong Door”.

2. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak kerana sudi meluangkan masa untuk menyempurnakan majlis pelancaran ini. Saya sedia maklum bahawa jadual PM sebagai satu kebiasaan sememangnya sentiasa padat. Saya percaya dalam kontek Dewan Rakyat yang kini sedang bersidang dan dalam keghairahan semasa, jadual PM semestinya akan lebih padat lagi. Pon demikian, Dato’ Sri telah meluangkan masa untuk bersama-sama kita pada petang ini. You do my family and I great honour Dato’ Sri. Thank you very much.

3. Saya berdoa kepada Illahi agar Dato’ Sri diberikan kesihatan, kekuatan dan ketakwaan untuk terus memimpin Negara ditahun-tahun mendatang, dan mencapai hasrat murni yang dicitakan bagi Negara.

4. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang hadir. Sungguhpun diberikan pemakluman yang singkat. Dan hanya dibuat melalui emel, whatsapp, tanpa kad jemputan yang formal. Saya menghargai ada yang perlu menjadual semula mesyuarat yang telah dipersetujui terdahulu, ada yang sanggup menjadual semula perjalanan mereka, baik perjalanan udara (Tun Zaki) mahupun perjalanan laut dengan MISC (Datuk Omar). Terima kasih.

5. Saya mengucapkan terima kasih kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana mempelopori penulisan buku ini. Dan juga mengelolakan Majlis petang ini, bersama-sama PETRONAS. Perjalanan untuk buku ini agak panjang.

6. Tan Sri Sharifah Hapsah (Naib Canselor UKM pada masa itu) telah melantik saya sebagai Distinguished Fellow dalam tahun 2013 (16 Julai 2013). She told me that a Distinguished Fellow is more distinguished than an Adjunct Professor. Since I was in a period of time at that time of wanting to be distinguished, I took up the offer. Ada 6 Bidang Tugas saya sebagai Felo Ulung, 4 yang pertama meliputi memberi ucaptama berkaitan pentadbiran, yang kelima menyediakan “maklumat berkaitan latar diri keluarga, pengajian dan kerjaya” dan bidang tugas keenam “membaca dan menyemak draf manuskrip biografi yang ditulis oleh Karyawan Tamu”.

7. I was very excited about the lecture, because I always like going to training institutions such as INTAN, and meeting and listening to senior as well as junior officials. But after some months, I sensed that Tan Sri Sharifah and her people were more interested in the book than listening to me giving my views, so I get back at them. I withheld my approval on this biography and the journey was in some ways a difficult one, which is not what I like to be remembered for. Kepada Karyawan Tamu, Dr. Rokiah, terima kasih atas kesabaran. Saya tahu saya orang susah.

Para hadirin sekalian,

8. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada kedua-dua Perdana Menteri semasa saya menjadi Ketua Setiausaha Negara, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi yang melantik saya dalam tahun 2006 dan Dato’ Sri Najib yang menyambung perkhidmatan saya, atas kepercayaan dan kebebasan yang telah diberikan kepada saya untuk memimpin perkhidmatan awam Negara kita, dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik mungkin kepada Rakyat dan negara, sebagaimana kita sendiri sebagai pelanggan mahu dilayani. Dilayan dengan baik. Perkhidmatan Awam yang membolehkan urusan yang rumit dan kompleks dipermudahkan. Urusan yang mudah dipermudahkan lagi. Dan kesemua ini tanpa mengkompromi integriti. Pada saya, pegawai yang berkuasa dan berpengaruh ialah pegawai yang boleh mempermudahkan urusan. Bukan sebaliknya. Sungguhpun lazimnya, adalah lebih mudah untuk menyusahkan. Dan lebih susah untuk memudahkan.

9. Itulah sebabnya saya suka PEMUDAH. Saya suka Blue Ocean. Saya suka Digital. Disruption. I TRULY BELIEVE WORK IS EASY. Kita yang memegang jawatan, baik pegawai atasan atau eksekutif di sektor korporat yang membuatnya susah. It is all about the Mind. About Mindset.

Para hadirin sekalian,

10. Sebagai KSN, saya secara automotik menjadi Presiden KGPA. Untuk sekian lama KGPA terkenal dengan kesusahannya. Jolokan KGPA sebagai Kelab Golf tersukar di Malaysia, lubang yang paling sukar dan lubang kedua paling sukar di Malaysia, menjadi kebanggaan Kelab, kebanggaan ahli-ahli dan kebanggaan mungkin beberapa pengunjung ke KGPA. Tetapi hakikatnya tidak ramai orang memilih untuk bermain di KGPA. Ini sungguhpun KGPA terletak di tengah-tengah Ibu Kota dan bayarannya sangat murah berbanding dengan lain-lain kelab seperti TPC KL. Lain-lain kelab seperti Glenmarie yang terletak lebih jauh, dan mengenakan caj yang jauh lebih tinggi, adalah lebih popular. YB Menteri-menteri yang secara automatik merupakan Ahli Kehormat KGPA jarang sekali memilih untuk bermain di KGPA. Saya masih ingat lagi apabila cadangan diadakan golf bagi meraikan Persaraan Perdana Menteri waktu itu, Y.A.Bhg Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Sabtu, 21 Februari 2009 di saat-saat terakhir pemain-pemain sebulat suara meminta ditukar lapangan dari KGPA ke lain kelab. Alasan: “We want to enjoy ourselves”.

11. Dengan imej dan persepsi sebagai Kelab golf yang susah ini maka tidak hairanlah ramai pemain-pemain golf, termasuk dikalangan penjawat awam, hatta Ahli KGPA sendiri jika diberi pilihan akan memilih untuk bermain di tempat lain dan tidak di KGPA.

12. Sebagai Presiden KGPA, saya telah dari awal-awal lagi cuba membudayakan disiplin dan etika di KGPA, tetapi pada masa yang sama saya gigih cuba menukar imej dan budaya KGPA dari susah kepada mudah dan menyeronokkan. Tetapi saya perlu menukar minda Ahli Jawatankuasa Am yang adalah badan agong mentadbirkan urusan Kelab. Barang diingat ramai dikalangan kita yang romantis, yang tradisional, yang sungguhpun tidak suka dengan keadaan yang susah dan menyusahkan, suka dengan jolokan susah. Alhamdulillah JK telah lebih terbuka kepada perubahan, kepada transformasi.

13. Menerusi transformasi yang dilakukan, keadaan lapangan golf dan kecantikan padang yang diusahakan melalui projek-projek landskap, telah membuahkan hasil yang baik. Menerusi sistem saliran yang dipertingkatkan, permainan golf dapat diteruskan walaupun selepas hujan yang lebat kerana padang, fairway dan green tidak lagi ditakungi oleh air. Kelab golf KGPA yang dahulunya terkenal dengan kesusahannya, kini berubah menjadi padang yang “mesra-pemain golf”. Usaha-usaha penambahbaikan secara berterusan ini telah mendapat pujian di kalangan ahli, pemain dan tetamu yang menggunakan kemudahan golf KGPA. Saya difahamkan KGPA sekarang sangat popular dan agak sukar untuk mendapat slot untuk bermain.

Saudara-saudari sekalian,

14. Mesej yang saya ingin sampaikan ialah, menguruskan perkhidmatan awam adalah sama seperti menguruskan padang golf – “managing the public service is just like managing a golf course”. Suatu masa dahulu, perkhidmatan awam amat terkenal dengan sikap yang tidak mesra pelanggan — lambat membuat keputusan, pelanggan tidak dilayani dengan baik dan berhemah, aduan pelanggan sentiasa tidak diendahkan dan tidak diberikan perhatian yang sewajarnya.

15. Kini, melalui transformasi perkhidmatan awam yang dilaksanakan oleh Kerajaan, keberkesanan serta kecekapan penjawat awam yang responsif semakin mendapat pujian dan penghargaan orang ramai — keputusan serta jawapan dalam tempoh yang singkat, serta layanan yang saksama dan mesra terhadap para pelanggan. Semua ini adalah berkat usaha gigih penjawat awam sendiri untuk berubah serta melakukan perubahan.

TO BE BENCHMARKED BY THE BEST

16. Rakyat dan Negara memerlukan perkhidmatan dan penjawat awam yang mempunyai daya fikir yang tinggi, kemahiran menganalisis situasi, mempunyai high-level critical thinking serta kreatif, cepat dan cekap mengambil tindakan, berlandaskan integriti. Ini akan membolehkan Perkhidmatan Awam Malaysia bukan hanya menanda aras perkhidmatan awam negara lain, tetapi sebaliknya ditanda aras oleh negara-negara lain, termasuk negara-negara maju. To be benchmarked by the best. It requires all of us to believe and breathe – that public service is a calling. That every door is the Right Door.

Sekian.

Wabillahi taufik walhidayah, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Leave a Reply



9 + = sixteen

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →