Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan PUSPANITA Kali Ke-30

May 10, 2012 4:48 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahir rahmanir rahim

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

YBhg. Puan Sri Dato’ Wan Noorlina Binti Wan Hussin
Yang Di Pertua PUSPANITA Kebangsaan

YBhg. dan Y.B. Penasihat-Penasihat PUSPANITA Cawangan Kementerian dan Negeri

YBhg. Puan Sri Dato’ Hjh Zuraidah Hj Mohamed
Timbalan YDP I PUSPANITA

YBhg. Puan Sri Hayati Omar
Timbalan YDP II PUSPANITA

Naib-Naib YDP PUSPANITA

Ahli Majlis Tertinggi PUSPANITA

Ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi PUSPANITA

Ahli Perwakilan PUSPANITA

YBhg Tan Sri, Puan Sri-Puan Sri, Dato’ Sri-Dato’ Sri, Datin Sri-Datin Sri, Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Para hadirin yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia dan izin-Nya kita dapat bersama-sama hadir pada pagi ini, sempena Mesyuarat Agung Perwakilan PUSPANITA kali ke-30.

2. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas kehadiran Yang Berbahagia dan Yang Berhormat Tan Sri, Dato’ Sri, Datuk-Dato’, Datuk Wira selaku Penasihat Cawangan Kementerian dan Negeri, sebagai tanda sokongan kepada isteri serta pegawai wanita di cawangan masing-masing dalam mengukir kecemerlangan untuk PUSPANITA. Sesungguhnya ini mempamerkan keprihatinan saudara-saudari yang tidak hanya memberatkan kepentingan tugas-tugas di pejabat, malah turut menyokong pembangunan kerjaya penjawat awam wanita dengan melengkapkan sahsiah mereka dari aspek intelektual, fizikal mahupun spiritual melalui aktiviti berpersatuan.  Sokongan padu ini pastinya amat bermakna kepada PUSPANITA, khususnya para isteri dan penjawat awam wanita.

Para hadirin sekalian,

3. Pagi ini adalah kali ke-6 dan insyaAllah kali terakhir saya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA.  Sebagai Penasihat PUSPANITA, saban tahun dalam Mesyuarat Agung sebegini, dan saban minggu dalam “mesyuarat” saya dengan YDP, saya sentiasa menasihatkan peri pentingnya PUSPANITA dan ahli-ahli PUSPANITA mengamalkan budaya kerja yang baik: berbelanjalah dengan berhemat, berbelanja ikut apa yang perlu bukan apa yang kita mahu.  Dan sebagai cerminan penjawat awam hendaklah mengikut “core values of the Malaysian Public Service”: integriti, ikut peraturan, sense of urgency, client-focussed, public engagement dan lain-lain lagi.  Alhamdulillah tahun ini saya tidak perlu lagi mengingatkan hal-hal itu.  YDP telah mengingatkan diri beliau dan mengingatkan kita semua.  Saya berharap ianya dibudayakan.

Para hadirin sekalian,

4. Sumbangan wanita dalam pembangunan dan kemajuan negara tidak boleh disangkal lagi.  Peranan wanita amat penting, malah boleh dianggap sebagai tulang belakang kepada pembangunan dan kesejahteraan negara.  Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima, Parlimen Kedua Belas pada Isnin, 12 Mac 2012, bertitah bahawa wanita adalah bak mutiara yang tidak ternilai sumbangannya bukan sahaja kepada keluarga dan masyarakat, malah kepada negara.  Baginda juga berbangga dengan penyertaan kaum wanita dalam pelbagai sektor, kini semakin terserlah dan diiktiraf di dalam dan di luar negara.

5. Antara contoh yang amat membanggakan kaum wanita, dan saya kira semua rakyat negara kita, adalah Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara yang sering mendapat pengiktirafan antarabangsa atas sumbangan besar beliau kepada sistem kewangan Islam yang kini bertapak kukuh di negara ini serta menyumbang kepada sebuah sistem kewangan yang berdaya saing serta komprehensif; Datuk Nicol Ann David yang telah mengharumkan nama negara selaku ratu skuasy dunia; dan siapa tidak kenal kepada Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood yang sinonim dengan Mercy Malaysia serta kerja-kerja amal berbentuk bantuan perubatan yang dilakukan di seluruh pelosok dunia.

6. Kejayaan srikandi-srikandi negara ini membuktikan bahawa, Kerajaan sentiasa memberi ruang dan peluang yang sama rata kepada semua rakyatnya, baik lelaki mahupun wanita, untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan.  Malah, Kerajaan juga telah mengambil pelbagai inisiatif memberi pengiktirafan kepada golongan wanita dalam pelbagai peringkat usia yang telah menunjukkan keupayaan serta kebolehan dalam pelbagai bidang, bagi memastikan sumbangan kaum wanita dapat digembleng secara optimum.

Saudara-saudari sekalian,

7. Wanita yang berkelayakan dan berpendidikan tinggi sudah membuktikan bahawa fungsi mereka adalah relevan serta mampu menyumbang tenaga kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara.  Kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh juga menunjukkan tren yang meningkat, iaitu daripada 45.7% pada tahun 2008 kepada 46.1% pada 2010.  Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan bilangan tenaga kerja wanita kepada 55% menjelang tahun 2015.  Hal ini demikian kerana kerajaan sedar bahawa golongan wanita berpotensi untuk menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing pada masa hadapan.  Potensi ini berdasarkan aliran semasa yang menunjukkan golongan wanita telah melengkapkan diri mereka dengan pelbagai nilai tambah, selain merupakan pekerja yang produktif.  Kita boleh berbangga, Malaysia merupakan salah satu negara yang membuka peluang-peluang seumpama ini kepada kaum wanita, kesan daripada usaha kerajaan dalam melakukan transformasi sosial.

8. Sejak Dasar Sekurang-kurangnya 30 Peratus Wanita Di Peringkat Pembuat Keputusan Dalam Sektor Awam dilancarkan oleh Kerajaan pada tahun 2004, pelbagai usaha dan program memperkasakan wanita telah dirancang dan dilaksanakan oleh Kerajaan.  Peratusan wanita di kalangan Pengurusan Tertinggi sektor awam telah menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu sebanyak 31.5% pada tahun 2011 berbanding hanya 18.8% pada tahun 2004.  Peningkatan ini juga diiringi dengan pengisian oleh wanita bagi beberapa portfolio yang penting dan strategik sekarang ini seperti jawatan Ketua Akauntan Negara, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi dan 6 Ketua Setiausaha iaitu MOSTI, MITI, KETTHA, Perladangan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan; dan Kementerian Wanita sendiri.    Saya berharap di masa hadapan kita akan mempunyai wanita yang memegang jawatan “the three wise men” pula – iaitu jawatan KSN, KPPA dan KSP – yang sehingga kini masih belum pernah diisi oleh wanita.

9. Saya yakin dan percaya pelantikan wanita bagi mengisi jawatan tertinggi serta peringkat membuat keputusan ini adalah berdasarkan merit dengan mengambil kira keupayaan, kemampuan dan pengalaman yang mereka miliki, dan BUKAN kerana mereka wanita atau hanya untuk mencukupkan kuota semata-mata. Pada hemah saya kesemua mereka yang saya sebutkan tadi telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan jayanya.

10. Namun demikian, hal yang sama masih belum berlaku di dalam sektor korporat, di mana peratusan wanita yang mengisi jawatan Ahli Lembaga Pengarah di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) pada tahun 2011 adalah hanya 8.8%. Saya percaya dasar sekurang-kurangnya 30 Peratus Wanita Di Peringkat Pembuat Keputusan Dalam Sektor Korporat yang diumumkan oleh Kerajaan pada bulan Jun 2011, akan memperbaiki keadaan ini.  Dasar ini diyakini dapat menjadi pemangkin kepada pencapaian kesaksamaan gender dalam pelbagai sektor terutamanya sektor korporat.  Kita lihat kini ramai wanita telah membuktikan kemampuan dan kejayaan mereka dalam sektor korporat.  Dasar ini merupakan usaha penting bagi memastikan kepakaran, daya saing dan daya kepimpinan golongan wanita dapat dioptimumkan selaras dengan kemajuan syarikat yang dapat ditingkatkan melalui penglibatan lebih ramai wanita di peringkat pembuat keputusan.

Saudara-saudari sekalian,

11. Setiap tahun universiti-universiti tempatan menerima lebih ramai pelajar wanita di kampus-kampus mereka, yang mana ini merupakan suatu kemudahan yang sukar dinikmati oleh kaum wanita hanya beberapa dekad yang lalu.  Statistik Kementerian Pengajian Tinggi menunjukkan peratusan enrolmen wanita di IPTA pada tahun 2011 adalah sebanyak 60.3%, manakala di IPTS pula adalah 50.7%.  Maka tidak hairanlah, lebih ramai wanita yang memasuki sektor pekerjaan baik dalam perkhidmatan awam mahupun swasta.

12. Namun apabila para wanita ini berkahwin dan berkeluarga, ramai juga di kalangan mereka ini yang mungkin membuat keputusan untuk berhenti kerja bagi memberi tumpuan kepada keluarga dan anak-anak yang masih kecil.  Adalah menguntungkan sekiranya dapat diwujudkan suatu mekanisme yang membolehkan wanita-wanita ini terus kekal dalam sektor pekerjaan, atau memasuki semula pasaran pekerjaan kerana mereka ini merupakan tenaga kerja yang terlatih dan berpengalaman.  Ianya adalah suatu “pembaziran” sekiranya kepakaran wanita-wanita “hilang” begitu saja dan tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

13. Satu mekanisme yang mungkin boleh diketengahkan adalah Waktu Kerja Anjal, iaitu tempoh masa bekerja yang fleksibel bagi membolehkan wanita-wanita memberi perhatian kepada keluarga di samping menyumbangkan perkhidmatan mereka kepada pembangunan negara.  Satu cara lagi adalah kaedah bekerja dari rumah, di mana kaedah ini telah pun dilaksanakan secara perintis di beberapa buah jabatan Kerajaan.

14. Dengan kecanggihan teknologi masa kini, saya percaya cara bekerja secara alternatif ini mempunyai potensi besar untuk dikembangkan dan dilaksanakan dengan lebih berkesan.  Namun demikian, apa jua kaedah yang diperkenalkan perlu ada integriti dan akauntabiliti dalam pelaksanaannya.  Majikan dan pekerja perlu saling percaya mempercayai, kerana apa yang lebih penting adalah “outcome” dari sesuatu tugasan itu, dan bukannya kaedah atau cara melaksanakannya.

15. Saya berharap agar mekanisme-mekanisme alternatif ini dapat dikaji sama ada pelaksanaannya adalah feasible.  Sekiranya memerlukan pindaan kepada apa-apa Akta atau peraturan yang wajar, maka lakukanlah yang sewajarnya, supaya tenaga pekerja di kalangan wanita yang berkepakaran tidak tercicir.  Langkah ini juga akan dapat membantu Kerajaan mencapai sasaran 55% wanita dalam sektor pekerjaan menjelang tahun 2015.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

16. Sesungguhnya, majlis pada pagi ini memberi ruang menghimpunkan Ahli PUSPANITA dari semua peringkat penjawat  awam wanita dan isteri penjawat awam.  Idea dan pengalaman dalam mengurus kerja seharian di agensi masing-masing boleh diaplikasikan dalam merancang dan melaksana program-program PUSPANITA. Gabungan idea dan pengalaman ahli PUSPANITA yang sudah mencecah lebih 100 ribu orang, daripada pelbagai latar belakang, jika digerakkan secara bersepadu sudah pasti akan menyumbang kepada kejayaan dan kecemerlangan PUSPANITA.

17. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang DiPertua, Timbalan-Timbalan Yang DiPertua, Naib-Naib Yang Di Pertua PUSPANITA, Ahli-ahli Majlis Tertinggi, Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi, dan Ahli-ahli PUSPANITA amnya kerana berjaya mengendalikan majlis perasmian dan Mesyuarat Perwakilan Tahunan Kali Ke-30 pada pagi  ini dengan kemas dan teratur, selaras dengan keperluan perlembagaannya. Semoga PUSPANITA terus bersatu serta bergerak maju sebagai satu wadah bagi isteri penjawat awam dan penjawat awam wanita berkongsi pengalaman, pengetahuan dan kepakaran demi kesejahteraan keluarga dan negara.

18. Maka, dengan lafaz Bismillahir rahmanir rahim, saya dengan ini merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan PUSPANITA kali ke-30.

Sekian,
Wabillahitaufik walhidayah Wssalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Leave a Reply



8 × = eight

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →