Sembahyang itu mudah: Mentadbir Perkhidmatan Awam Ibarat Mentadbir Kelab Golf Perkhidmatan Awam”

May 15, 2012 4:36 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahir rahmanir rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Y.Bhg. Tan Sri-Tan Sri, Dato’ Sri, Dato’-Dato’ Ahli Lembaga Kenaikan Pangkat

Y.Bhg. Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan tetamu yang diraikan serta

Para hadirin yang dihormati sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, atas limpah rahmat dan keizinan Nya kita dapat bersama-sama pada petang ini, sempena Majlis Penyampaian Surat Kenaikan Pangkat Jawatan Utama Sektor Awam dan Jawatan Gred Khas Sektor Awam Bilangan 1 Tahun 2012.

2. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada saudara- saudari yang telah dinaikkan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi dalam perkhidmatan awam. Kenaikan pangkat ini merupakan pengiktirafan di atas prestasi cemerlang serta usaha gigih dan komitmen saudara-saudari dalam menggalas tanggungjawab yang diamanahkan. Setiap penjawat awam yang komited dan cemerlang, pastinya mempunyai peluang menyandang jawatan yang lebih tinggi, tanpa mengira jantina, agama, kaum, mahupun sama ada berasal dari Sabah, Sarawak atau Semenanjung. Asas utama yang ditekankan berhubung kenaikan pangkat adalah MERIT, dan saya percaya komitmen, ketekunan serta kegigihan saudara-saudarilah yang menyumbang kepada kejayaan masing-masing.

Saudara-saudari sekalian,

3. Kenaikan pangkat ini merupakan amanah dan tanggungjawab yang besar, iaitu tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik. Perkhidmatan yang terbaik.

4. Sempena majlis ini saya ingin mengajak saudara-saudari bersama-sama mengalami dan menghayati transformasi Kelab Golf Perkhidmatan Awam atau KGPA. Mengikut perlembagaan KGPA, Ketua Setiausaha Negara secara automatik adalah Presiden KGPA. Maka saya telah menjadi Presiden KGPA sejak 3 September 2006 iaitu telah lebih 5 tahun 8 bulan.

5. Untuk sekian lama KGPA terkenal dengan kesusahannya. Jolokan KGPA sebagai Kelab Golf tersukar di Malaysia, lubang yang paling sukar dan lubang kedua paling sukar di Malaysia, iaitu lubang no. 6 dan lubang no. 12, menjadi kebanggaan Kelab, kebanggaan ahli-ahli dan kebanggaan mungkin beberapa pengunjung ke KGPA. Tetapi hakikatnya tidak ramai orang memilih untuk bermain di KGPA. Ini sungguhpun KGPA terletak di tengah-tengah Ibu Kota dan bayarannya sangat murah berbanding dengan lain-lain kelab seperti KLGCC. Lain-lain kelab seperti Glenmarie yang terletak lebih jauh, dan mengenakan caj yang jauh lebih tinggi, adalah lebih popular. YB Menteri-menteri yang secara automatik merupakan Ahli Kehormat KGPA jarang sekali memilih untuk bermain di KGPA. Saya masih ingat lagi apabila cadangan diadakan golf bagi meraikan Persaraan Perdana Menteri waktu itu, Y.A.Bhg Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Sabtu, 21 Februari 2009 di antara pasukan YAB PM dan pasukan KSN, di saat-saat terakhir pemain-pemain sebulat suara meminta ditukar lapangan dari KGPA ke lain kelab. Alasan: “We want to enjoy ourselves”.

6. Saya juga masih ingat bahawa apabila YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri tiba untuk merasmikan Malaysia-Singapore Joint Seminar pada Ahad, 2 Oktober 2011 dan dimaklumkan bahawa Pegawai-pegawai Kanan Singapura dan Malaysia telah bermain golf di KGPA dihari sebelumnya, soalan beliau ialah “Why did you torture yourself?”

7. Dengan imej dan persepi sebagai Kelab golf yang susah ini maka tidak hairanlah ramai pemain-pemain golf, termasuk dikalangan penjawat awam, hatta Ahli KGPA sendiri jika diberi pilihan akan memilih untuk bermain di tempat lain dan tidak di KGPA.

8. Alhamdulillah, dikebelakangan ini saya perhatikan lebih ramai ahli dan pelawat yang mula bermain di KGPA. Saya dimaklumkan pertandingan-pertandingan yang diadakan telah menarik ramai pemain, banyak kali lebih banyak permohonan dari tempat sehinggakan ada yang perlu ditolak.

Saudara-saudari sekalian,

9. Sebagai Presiden, saya telah dari awal-awal lagi cuba membudayakan disiplin dan etika di KGPA, tetapi pada masa yang sama saya gigih cuba menukar imej dan budaya KGPA dari susah kepada mudah dan menyeronokkan. Tetapi saya perlu menukar minda Ahli Jawatankuasa Am yang adalah badan agong mentadbirkan urusan Kelab. Mereka terdiri dari lantikan atas jawatan mengikut Perlembagaan Kelab, lantikan Presiden dan 6 yang dipilih oleh Ahli-ahli setiap 2 tahun dalam Mesyuarat Agong Tahunan. Barang diingat ramai dikalangan kita yang romantis, yang tradisional, yang sungguhpun tidak suka dengan keadaan yang susah dan menyusahkan, suka dengan jolokan susah. Sungguhpun saya Presiden saya lebih suka membuat keputusan dengan mendengar pandangan Ahli-ahli Jawatankuasa Am. Dalam hal ini, saya merasai bahawa Jawatankuasa kebelakangan ini lebih terbuka kepada perubahan. Kepada transformasi.

10. Menerusi transformasi yang dilakukan, keadaan lapangan golf dan kecantikan padang yang diusahakan melalui projek-projek landskap, telah membuahkan hasil yang baik. Menerusi sistem saliran yang dipertingkatkan, permainan golf dapat diteruskan walaupun selepas hujan yang lebat kerana padang, fairway dan green tidak lagi ditakungi oleh air. Kelab golf KGPA yang dahulunya terkenal dengan kesusahannya, kini berubah menjadi padang yang “mesra-pemain golf”. Usaha-usaha penambahbaikan secara berterusan ini telah mendapat pujian di kalangan ahli, pemain dan tetamu yang menggunakan kemudahan golf KGPA. Malah melalui usaha meningkatkan keahlian KGPA, semakin ramai penjawat awam yang berminat untuk menjadi ahli. Mesyuarat Agong Tahunan KGPA pada Sabtu, 7 April 2012 telah meluluskan pindaan kepada Perlembagaan untuk memudahkan lagi proses ini.

11. Ada beberapa faktor yang menyebabkan penambahbaikan ini. Tahun lepas kita telah berjaya memujuk Encik Mahat Bahari, bekas TKP MAMPU yang telah beberapa tahun bersara untuk melepaskan jawatan “Kapten” yang dimenangi dalam pemilihan 2010 untuk mengambil alih jawatan Pengurus Besar. Jawatankuasa Am berbuat demikian oleh sebab Pengurus Besar menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan, dan kita telah membayar beliau 3 bulan gaji supaya berhenti dari KGPA. Encik Mahat ini adalah seorang pemain golf yang disegani akan kehandalannya dan sangat “passionate” dan “cinta” dengan kerja-kerja di KGPA. Mungkin dengan menerima jawatan Pengurus Besar mempunyai kesan negatif keatas handicap beliau yang dahulunya membolehkan beliau sentiasa memenangi pertandingan-pertandingan golf bukan sahaja di KGPA tetapi dilain-lain lapangan. Tetapi jelas usaha beliau membuahkan hasil. Saya difahamkan beliau sentiasa bertanyakan ahli-ahli bagaimana Kelab boleh diperbaiki lagi dan akan cuba melaksanakan cadangan-cadangan yang wajar.

Saudara-saudari sekalian,

12. Mesej yang saya ingin sampaikan melalui kisah KGPA ini ialah, menguruskan perkhidmatan awam adalah sama seperti menguruskan padang golf – “managing the public service is just like managing a golf course”. Suatu masa dahulu, perkhidmatan awam amat terkenal dengan sikap yang tidak mesra pelanggan — lambat membuat keputusan; pelanggan tidak dilayani dengan baik dan berhemah; aduan pelanggan sentiasa tidak diendahkan dan tidak diberikan perhatian yang sewajarnya.

13. Kini, melalui transformasi perkhidmatan awam yang dilaksanakan oleh Kerajaan, keberkesanan serta kecekapan penjawat awam yang responsif semakin mendapat pujian dan penghargaan orang ramai — keputusan serta jawapan dalam tempoh yang singkat; serta layanan yang saksama dan mesra terhadap para pelanggan. Walaupun masih banyak ruang penambahbaikan yang perlu diusahakan lagi, tetapi rata-rata tahap penyampaian perkhidmatan awam kini adalah lebih baik dan lebih membanggakan. Semua ini adalah berkat usaha gigih penjawat awam sendiri untuk berubah serta melakukan perubahan.

14. Pastinya, perubahan yang berlaku tidak mungkin tercapai tanpa sikap saling percaya-mempercayai di kalangan anggota perkhidmatan awam. Kepimpinan perkhidmatan awam hendaklah percaya akan kebolehan dan keupayaan anggota-anggotanya untuk melakukan yang terbaik demi untuk melaksanakan perubahan yang diingini. Begitu juga, kepimpinan KGPA perlu mempercayai bahawa anggota-anggotanya boleh melakukan anjakan paradigma sebagaimana yang diinginkan.

Saudara-saudari sekalian,

15. Dalam pemilihan ahli Jawatankuasa Am di Mesyuarat Agung Tahunan KGPA pada 7 April 2012, Encik Bobby Tan, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Padang dan Landskap telah tidak dipilih semula. Saya pun hairan kenapa berlaku sedemikian. Saya difahamkan bahawa sungguhpun ahli-ahli menghargai green, fairway dan landskap yang sekarang ini sangat baik, beliau kurang popular dengan Ahli-ahli. Pada saya ini kurang wajar dan berdasarkan “merit” dan prestasi beliau selama 2 tahun yang membolehkan core business KGPA dicapai, saya telah menggunakan salah satu dari 3 lantikan Presiden untuk melantik beliau sebagai ahli JK Am.

Saudara-saudari sekalian,

16. Kerja-kerja di KGPA masih belum selesai. Masih banyak yang perlu dilakukan. Dan ini perlu dilaksanakan oleh orang-orang lain yang mengganti. Saya berharap dan saya berdoa ke hadrat Illahi agar Presiden KGPA yang baru akan meneruskan usaha ini. Dan Presiden KGPA tidak perlu dan tidak semestinya seorang pemain golf!!

Saudara-saudari sekalian,

17. Sesungguhnya saya tidak berhasrat berucap dengan panjang lebar pada petang ini, sekadar memperingatkan termasuk kepada diri saya sendiri, bahawa dalam apa jua yang dilakukan perlu ada kesungguhan, ketekunan, kepercayaan dan keikhlasan bagi memastikan yang diusahakan mencapai kejayaan. Dan yang paling penting, setiap tindakan hendaklah berlandaskan kepada integriti.

18. Akhir kata, sekali saya mengucapkan tahniah kepada saudara-saudari yang menerima surat kenaikan pangkat bagi menyandang jawatan-jawatan penting dalam perkhidmatan awam. Harapan saya, agar saudara-saudari tidak complacent pada tahap ini, malah terus berusaha melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh komited demi kecemerlangan serta kejayaan perkhidmatan awam mendepani kehendak serta aspirasi rakyat dan negara.

Sekian,

Wabillahittaufik walhidayah,
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Leave a Reply



seven × 8 =

Categories

  • Speeches

    Majlis Penyampaian Anugerah Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) 2018 Peringkat Negeri Sabah

    Jumaat, 29 Jun 2018 Hotel Hilton, Kota Kinabalu, Sabah Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Datuk Dr. Yusof Yacob, Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah, mewakili Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal, Ketua Menteri Sabah, Yang Berbahagia Datuk Pengiran Hassanel Datuk Pengiran Hj Mohd Tahir, Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan Negeri Sabah, yang juga Ahli Lembaga Pengarah PETRONAS, Yang Berbahagia Dato’ Raiha Azni Abdul Rahman, Naib Presiden Kanan, Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, PETRONAS […]

    Read more →
  • Speeches

    UTP Employee Recognition Night 2018

    Chancellor Hall, UTP, Tronoh, Perak Tuesday, 26 June 2018 Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi Wabarakatuh and a very good evening. Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib, Vice Chancellor of Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), Ladies and Gentlemen. Alhamdulillah, let me express utmost gratitude to Allah SWT, for it is with His Blessing, and with His Grace, that all of us are gathered here this evening for the UTP Employee Recognition Dinner. When Prof Ibrahim invited me to this event when we met […]

    Read more →
  • Articles & Columns Message From the Chairman of PETRONAS: Hari Raya Aidilfitri 2018

    Message From the Chairman of PETRONAS: Hari Raya Aidilfitri 2018

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh In a few days’ time, our Muslim friends and colleagues here and around the world will gather for Aidilfitri to celebrate the success in observing the fast throughout the month of Ramadan. Sadly, this year’s holy month has also been peppered with violence, tragedies and even famine, in numerous parts of the world, especially in war-torn areas. Many of which are majority-Muslim countries. Closer to home, the 14th General Election saw for the first time in our […]

    Read more →
  • Articles & Columns Letter from the Chairman – PETRONAS Annual Report 2017

    Letter from the Chairman – PETRONAS Annual Report 2017

    Dear Stakeholders, 2017 unfolded many extraordinary strides and I would like to first and foremost pay tribute to the formidable force that has enabled PETRONAS to conclude the year strongly. A force made up of solid foundations laid by our founding fathers, the vision steered by our leaders, the commitment of our people, and the trust given by our stakeholders. The journey was far from easy but we have proven once again that together, we are able to persevere and […]

    Read more →
  • Speeches

    118th Akademi Laut Malaysia (ALAM) Convocation

    Akademi Laut Malaysia (ALAM), Kuala Sungai Baru, Melaka Thursday, 26 April 2018 Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum wa Rahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia. Yang Berbahagia Dato’ Hj. Baharin Dato’ Abdul Hamid, Ketua Pengarah, Jabatan Laut Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Abdul Halim Mohyiddin, Pengerusi MISC Berhad, Yang Berbahagia Dato’ Halipah Esa, Pengerusi Akademi Laut Malaysia (ALAM), Yang Berusaha Encik Yee Yang Chien, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MISC Berhad, Yang Berusaha Encik David Fredrick, Ketua Pegawai Eksekutif ALAM, Ahli-Ahli Lembaga […]

    Read more →
  • Speeches

    Rakan HSE Finale Dinner 2018

    PETRONAS Leadership Centre (PLC), Bangi Thursday, 12 April 2018 Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum wa Rahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia. Yang Berusaha Enck Dzafri Sham Ahmad, VP Group HSSE, Graduating Rakan HSE participants, Ladies and Gentlemen, When Dzafri sent the invitation to me a few weeks ago to this Rakan HSE Finale Dinner 2018, I immediately said yes! So tonight I get to meet and speak with a group of people who are so important to our organisation. I strongly […]

    Read more →
  • Speeches

    Majlis Ikrar Bebas Rasuah MDEC

    Auditorium MaGIC, Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC), Cyberjaya Selasa, 10 April 2018 Bismillahhirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salah Sejahtera dan Salam 1Malaysia. YBhg Datuk Seri Azam Baki, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), YBhg Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), YBhg Datuk Yasmin Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Ahli Lembaga Pengarah MDEC, Barisan kepimpinan tertinggi SPRM dan MDEC; serta seluruh warga kerja MDEC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, […]

    Read more →
  • Speeches

    Majlis Pelancaran Buku “No Wrong Door : The Story of Sidek Hassan”

    Dewan Filharmonik PETRONAS, KLCC 8 Mac 2018 Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Yang Berbahagia Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara Yang Berbahagia Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor, UKM Yang Amat Berbahagia dan Yang Amat Arif Tun-Tun, Yang Berbahagia Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’, Datin-Datin, Dif-dif Kehormat, Serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. […]

    Read more →