Majlis Perasmian Loji Kojana Pengerang Dan Terminal Regasifikasi 2 Oleh YAB Menteri Besar Johor

October 24, 2017 10:30 am 0 comments

Selasa, 24 Oktober 2017
Kompleks Bersepadu Pengerang, Pengerang, Johor

Bismillahirrahmannirahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Muafakat Johor,

Yang Amat Berhormat Dato’ Mohd Khaled Nordin, Menteri Besar Johor,

Yang Berbahagia Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PETRONAS,

Ahli-Ahli Lembaga Pengarah PETRONAS,

Yang Berusaha Dr. Badrul Hisham Kassim, Pegawai Daerah Kota Tinggi,

Yang Berhormat Dato’ Syed Sis Syed Abdul Rahman, ADUN Tanjung Surat,

Dif-Dif Kehormat,

Teman-Teman Warga Kerja PETRONAS,

Tuan-Tuan dan Puan-Puan dan Para Hadirin yang dihormati sekalian,

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana atas berkat limpah kurnia serta izin-Nya jua, kita dapat bersama-sama berhimpun di dalam majlis yang amat bermakna pada pagi ini.

2. Bagi pihak PETRONAS, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian YAB Menteri Besar untuk sekali lagi melawat Kompleks Bersepadu Pengerang ini atau lebih dikenali sebagai “Pengerang Integrated Complex (PIC)” dan mewakili Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kami berbesar hati dengan kehadiran YAB hari ini untuk merasmikan dua fasiliti penting kompleks ini, iaitu Terminal Regasifikasi 2 (RGT2) yang telahpun memulakan proses pentauliahannya; dan Loji Kojana Pengerang (“Pengerang Cogeneration Plant – PCP”) yang telah mencapai Tarikh Operasi Komersil (“Commercial Operation Date”). Sesungguhnya kehadiran Yang Amat Berhormat Dato’ memberi makna dan semangat yang amat besar kepada warga PETRONAS serta kesemua organisasi yang turut terlibat, termasuk juga rakyat tempatan yang hadir bersama pada pagi ini. Sudah pastinya, kehadiran Yang Amat Berhormat Menteri Besar menguatkan lagi azam dan iltizam kami semua untuk mencapai sasaran mula operasi atau “Ready for Start Up” kompleks ini dalam tahun 2019, Insya Allah.

3. Kami di PETRONAS gembira dan bangga kerana banyak perkembangan telah dicapai semenjak kali terakhir lawatan YAB Dato’ ke tapak ini, bersama YAB Perdana Menteri 10 bulan yang lalu. Kini status pencapaian adalah 77% daripada keseluruhan projek PIC, berbanding 35% ketika itu.

4. Sehubungan dengan itu, bagi pihak PETRONAS, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dan juga Negeri Johor di atas bantuan dan kerjasama mereka. Sokongan padu yang telah diberikan oleh semua pihak, merupakan penyumbang penting kepada pencapaian yang baik ini.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

5. Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) ialah projek pelaburan hiliran yang terbesar di Malaysia, dengan jumlah pelaburan sebanyak USD 27 bilion atau lebih daripada RM 100 bilion. Di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dipelopori Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Sektor Minyak, Gas dan Tenaga dirancang menyumbang dalam merealisasikan hasrat mencapai status negara maju berpendapatan tinggi.

6. Projek mega Kompleks Bersepadu Pengerang ini memberi fokus kepada pengeluaran produk-produk petrokimia premium yang lebih khusus dan berbeza. Ini mampu melonjakkan Malaysia sebagai pengeluar penting dalam pasaran kimia Asia. Projek ini juga membuka peluang kepada pelaburan baru dalam sektor ini, dan bakal menjadikan Malaysia hab bertaraf dunia bagi aktiviti perdagangan dan penyimpanan produk petroleum dan memastikan pembekalan tenaga jangka panjang yang memenuhi keperluan domestik.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian,

7. Hubungan erat di antara PETRONAS dan Kerajaan telah terjalin sejak penubuhannya dalam tahun 1974. Sebagai pemegang amanah sumber hidrokarbon negara, segala aktiviti kami samada kegiatan eksplorasi atau produksi adalah berpaksikan kepada keutamaan untuk menghasilkan tenaga untuk Negara memenuhi keperluan dan memanfaatkan masyarakat di mana jua PETRONAS beroperasi.

Saudara-Saudari sekalian,

8. PETRONAS juga adalah pengeluar minyak dan pelincir bertaraf dunia. Produk dan kemahiran kami telah memainkan peranan penting di litar Formula Satu, dan telah menyumbang kepada pasukan Mercedes AMG PETRONAS menjadi juara dunia empat tahun berturut-turut, iaitu dari tahun 2014 hingga tahun ini.

9. Mungkin ramai yang tidak tahu kemahiran yang diperoleh menerusi penglibatan PETRONAS di dalam Formula Satu ini turut memberi manfaat kepada projek PIC. Kesemua jentera utama di Loji Kojana Pengerang dan Terminal Regasifikasi Dua ini – termasuklah turbin gas dan stim utama – menggunakan cecair hidraulik dan juga minyak pelincir “PETRONAS Jenteram G Turbine Oil” bagi memastikan operasi jentera selamat, lancar dan boleh dipercayai.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

10. Sebelum mengakhiri ucapan, saya mendoakan semoga usaha PETRONAS melalui perasmian Loji Kojana Pengerang (PCP) dan Terminal Regasifikasi 2 (RGT2) hari ini serta keseluruhan projek PIC pada hari-hari mendatang, sentiasa diberkati oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan membawa ke arah kejayaan, kemakmuran dan pembangunan negeri Johor dan Negara yang berterusan.

11. Akhir kata, bagi pihak PETRONAS, saya ingin sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato’ Mohd Khaled Nordin kerana sudi meluangkan masa menghadiri majlis pada hari ini. Saya yakin dan percaya kerjasama erat di antara PETRONAS, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor, serta semua Agensi dan Organisasi terbabit akan terus dipertingkatkan lagi dalam usaha kita bersama-sama menyumbang kepada agenda pembangunan Negara dan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Wabillahi taufik wal-hidayah, Wassalamu’alaikum, Warahmatullahi wabarakatuh.

Leave a Reply



two + 3 =

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →