Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah PETRONAS

June 13, 2017 6:45 pm 0 comments

Malaysian Petroleum Club, Menara Berkembar Petronas, KLCC
Selasa, 13 Jun 2017

Bismillahhirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salah Sejahtera, Salam 1Malaysia
Dan Salam Negaraku,

YBhg Datuk Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),

YBhg Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS,

Barisan kepimpinan tertinggi SPRM dan PETRONAS,
Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian,

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala, kerana dengan izin dan kurnia Nya jua, kita dapat bersama-sama berhimpun di dalam majlis yang sungguh bermakna pada petang ini.

2. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan tertinggi PETRONAS, serta YBhg Dato’ Ja’afar Mahad, Ketua Pegawai Integriti PETRONAS dan pegawai-pegawai beliau kerana mengambil inisiatif pro-aktif berkolaberasi dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memperkasakan lagi komitmen berterusan PETRONAS mengekalkan piawaian tinggi tadbir urus, dan seterusnya, pentadbiran berintegriti tinggi yang bebas rasuah. Saya amat menyokong inisiatif ini, lebih-lebih lagi ia mengenai satu isu yang sangat dekat di hati saya. Terima kasih kerana menjemput saya untuk menghadiri dan memberi sepatah dua kata di majlis ini.

3. Seterusnya, saya mengucapkan syabas kepada Datuk Dzulkifli dan SPRM kerana berjaya mengetengahkan isu rasuah di kebelangan ini. Saya yakin usaha sebegini akan menguatkan azam kita semua untuk membenci perbuatan rasuah dan sebaliknya akan menghargai budaya integriti.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

4. Sejak penubuhannya dalam tahun 1974, PETRONAS telah menggalas peranan yang amat besar sebagai pemegang amanah khazanah minyak dan gas negara. Sebagai lambang kebanggaan negara dan syarikat tunggal Malaysia yang tersenarai dalam Fortune Global 500, PETRONAS dan seluruh Kumpulan Syarikat berpegang teguh kepada nilai integriti.

5. Memupuk budaya integriti di PETRONAS bukanlah satu inisiatif yang baru. Nilai-nilai Bersama atau “Shared Values” PETRONAS yang dilancarkan pada tahun 1989 oleh Allahyarham Tun Azizan Zainul Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS pada waktu itu, mengiktiraf integriti sebagai satu daripada empat Nilai-Nilai Bersama PETRONAS. Nilai-Nilai Bersama PETRONAS ini masih kekal relevan hingga ke hari ini. Malah, integriti telah menjadi sebahagian daripada DNA PETRONAS. Saya masih ingat lagi semasa saya menjadi Pengerusi Institut Integriti Malaysia (IIM), salah satu aktiviti IIM ialah Tun Azizan Zainul Abidin Integrity Circle bersama PETRONAS Leadership Centre.

6. Hakikatnya, mengikut fahaman saya, integriti di PETRONAS bermula dari seawal penubuhannya lagi. Saya yakin ramai masih ingat sumbangan perintis-perintis PETRONAS seperti Datuk Rastam Hadi.

7. PETRONAS telah mengambil beberapa langkah dalam memupuk budaya memerangi rasuah:

7.1 Pada tahun 2012, PETRONAS menandatangai Ikrar Integriti Korporat di mana PETRONAS mengisytihar tidak akan sama sekali terlibat dengan sebarang bentuk pelakuan rasuah dan salahguna kuasa, dan akan menegakkan prinsip anti-rasuah dalam aktiviti perniagaan dan interaksi bersama rakan niaga dan kerajaan.

7.2 Melancarkan Kod Tatalaku dan Etika Perniagaan (CoBE) pada bulan April 2012. CoBE menggariskan piawaian tingkah laku dan kelakuan beretika yang harus dipatuhi oleh semua kakitangan dan pengarah Kumpulan PETRONAS. Ia dimaktubkan ke dalam semua kontrak PETRONAS dan oleh itu diguna pakai ke atas semua pihak ketiga yang bekerja untuk atau bagi pihak Kumpulan PETRONAS.

7.3 Membangunkan PETRONAS “Anti-Bribery and Corruption (ABC) Manual” yang memperincikan tingkah laku setiap kakitangan PETRONAS di dalam membanteras rasuah dan amalan tidak beretika. Antara kandungan ABC Manual ini termasuklah garis panduan bagaimana berurusan dengan kakitangan awam, tanggungjawab sosial korporat, sumbangan politik, bayaran pemudahan, “money laundering”, berurusan dengan pihak ketiga dan juga “Whistleblowing Policy”. “Whistleblowing Policy” ini membolehkan mana-mana pihak dalaman atau luar PETRONAS untuk membuat aduan supaya PETRONAS dapat menangani sebarang salah laku oleh pekerjanya.

7.4 Memperkenal Dasar Tiada Hadiah – “No Gift Policy”. Dasar ini menegah sebarang penerimaan dan pemberian hadiah untuk mengelakkan konflik kepentingan. Kenyataan ini dapat dilihat dengan jelas di sekitar lobi utama Menara Berkembar PETRONAS, KLCC dan juga di serata operasi global kami. Saya amat gembira kenyataan dasar ini diterima pakai oleh syarikat-syarikat lain di Malaysia dan juga kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan Kerajaan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati,

8. Adalah penting kita di PETRONAS menjiwai integriti sepenuhnya kerana PETRONAS adalah satu entiti yang besar. Sumbangan kita kepada negara adalah kritikal. Bukan setakat dari segi kewangan seperti dividen, cukai dan royalti sahaja. Tetapi juga mendukung lain-lain aspirasi. Barang diingat, perbelanjaan PETRONAS purata untuk satu tahun sahaja berjumlah hampir RM 190 billion bagi 5 tahun yang lalu. Oleh itu adalah penting kita yang mentadbir sebegitu besar peruntukan sentiasa mendukung budaya integriti di tahap yang tertinggi.

9. Saya amat gembira hari ini, Kepimpinan Tertinggi PETRONAS akan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah. Satu signal yang amat jelas mengenai “Tone at The Top” mengenai integriti. Bukan setakat kepimpinan melalui teladan. Tetapi kepimpinan yang tidak akan bertolak ansur (“Zero Tolerance”) terhadap salah laku rasuah.

10. Pada saya, lebih dari ikrar, budaya integriti dan bebas rasuah mesti mejadi asas kehidupan kita. Asas kehidupan di mana sahaja kita berada. Ujian integriti bukan setakat apabila SPRM memerhati kita. Ujian sebenar integriti adalah melakukan yang sepatutnya, walaupun tiada sesiapa yang melihat! Terutamanya, apabila tiada sesesiapa pun yang melihat!

Saudara-saudari sekalian,

11. Pasti akan adanya segelintir individu atau kumpulan di dalam PETRONAS atau di mana sahaja, termasuk di SPRM sendiri, yang mungkin tidak mencerminkan budaya integriti. Adalah penting tindakan tegas mengikut proses undang-undang diambil ke atas mereka agar nama baik PETRONAS, atau SPRM, dan nama baik hampir kesemua ahli-ahli yang lain tidak tercemar. Janganlah sebab ‘nila setitik, rosak susu sebelanga’.

Para hadirin-hadirat sekalian,

12. Sebagai penutup, saya inigin mengucapkan penghargaan saya kepada Kepimpinan Tertinggi PETRONAS dan Pejabat Ketua Pegawai Integriti PETRONAS kerana menganjurkan majlis ini. Satu penghargaan khas kepada YBhg Datuk Ketua Pesuruhjaya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudi hadir untuk menyaksikan sesi menandatangani Ikrar Bebas Rasuah PETRONAS. Kehadiran SPRM akan mendorong dan meningkatkan lagi semangat warga kerja PETRONAS untuk membuat yang terbaik. Bagi yang baik. Demi amanah kepada Negara.

Sekian, terima kasih.

Wabillahi taufik walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Leave a Reply



seven + 3 =

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →