Majlis Anugerah Penajaan Pendidikan PETRONAS 2017

June 11, 2017 2:45 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Ahad, 11 Jun 2017
Hotel TH Kota Kinabalu, Sabah

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh,
Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia
dan Salam Negaraku,

Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun,
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, merangkap EXCO Pendidikan Negeri Sabah mewakili Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman,

Yang Berbahagia Datuk Pengiran Hassanel Datuk Pengiran Hj Mohd Tahir, Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan Negeri Sabah, yang juga Ahli Lembaga Pengarah PETRONAS,

Yang Berbahagia Dato’ Raiha Azni Abdul Rahman, Naib Presiden Kanan, Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, PETRONAS,

Yang Berusaha Encik Mohd Zaini Mohd Yunus, Pengerusi PETRONAS Wilayah Sabah dan Labuan,

Dif-Dif Kehormat,
Warga keluarga PETRONAS,
Rakan-rakan Media,
Para pelajar dan ibu bapa,
Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian,

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala, kerana dengan limpah dan kurnia Nya jua, kita dapat bersama–sama berhimpun di dalam majlis yang sungguh bermakna pada petang ini.

2. Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua umat Islam. Semoga ibadah kita tahun ini lebih baik dan sempurna dari tahun-tahun yang sebelumnya, Insya Allah.

3. Seterusnya, tidak terlambat juga untuk saya mengucapkan kepada semua hadirin Kotobian Tadau Tagazo, Do, Kaamatan sempena pesta penuaian baru-baru ini.

4. Bagi pihak PETRONAS, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Masidi Manjun kerana hadir menyempurnakan majlis ini. Sesungguhnya kehadiran Yang Berhormat Datuk Seri Panglima saban tahun memberi makna yang amat besar kepada kami semua di PETRONAS serta institusi-institusi yang turut terlibat dan terutama sekali kepada para pelajar dan ibu bapa yang hadir pada petang ini.

Para hadirin yang dihormati,

5. Sejak ditubuhkan pada bulan Ogos 1974, PETRONAS terus mendukung peranan yang amat besar selaku pemegang amanah khazanah minyak dan gas negara. Justeru itu, PETRONAS akan sentiasa mencurahkan usaha yang terbaik bagi memastikan manfaat hasil bumi ini dapat dirasai oleh warga negara kita. Ini adalah seiring dengan misi PETRONAS untuk menyumbang ke arah kesejahteraan dan pembangunan masyarakat yang mampan.

6. Komitmen PETRONAS terhadap kelestarian pembangunan sosio-ekonomi Negeri Di Bawah Bayu ini dapat dilihat dengan jelas melalui pelaburan jangka masa panjang dalam 3 turus utama; iaitu dalam bidang Pendidikan; Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat; serta Pemuliharaan Alam Sekitar.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian,

7. Hari ini kita meraikan pencapaian anak-anak Sabah dalam bidang pendidikan. PETRONAS mengambil beberapa inisiatif bantuan pendidikan sebagai pemacu pembangunan modal insan yang berterusan.

8. Salah satunya, Program BUDI PETRONAS bertujuan memberi peluang, kesedaran dan semangat waja kepada para pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah untuk meneruskan kecemerlangan akademik di sekolah-sekolah MRSM di Sabah yang kini terdapat di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. Kolaborasi bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA) sejak tahun 2015 ini telah menyalurkan sumbangan dalam bentuk kelengkapan sekolah dan asrama, yuran dan keperluan para pelajar.

9. Menyedari akan pentingnya pembangunan kemahiran teknikal di kalangan golongan belia, PETRONAS bekerjasama dengan 7 buah institusi vokasional bagi menjayakan Program Penajaan Bantuan Latihan Institusi Vokasional, atau lebih dikenali sebagai Program VISTA. Institusi-institusi yang terpilih adalah Institut Latihan Teknikal dan Perdagangan di Papar; Kolej Yayasan Sabah; Institut Latihan Perindustrian, ILP, Kota Kinabalu; Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu; Giat MARA di Kimanis; Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut; dan juga Kimanis Petroleum Training Center. Sejak diperkenalkan pada tahun 2007, seramai 2,277 orang pelatih dari Sabah telah mendapat manfaat daripada program ini yang bertujuan untuk memenuhi keperluan bekalan tenaga mahir dalam industri minyak dan gas.

10. Selain itu, Program Penajaan Pendidikan PETRONAS atau lebih dikenali sebagai PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) dilaksanakan bagi membantu pelajar-pelajar terpilih untuk meneruskan pengajian ke peringkat tinggi di dalam dan luar Negara. Untuk tahun ini sahaja, PETRONAS telah menerima lebih 7 ribu permohonan untuk program penajaan ini. Daripada jumlah tersebut, PETRONAS menganugerahkan sebanyak 353 penajaan dengan peruntukan sebanyak RM 134 juta kepada pelajar-pelajar yang layak di seluruh negara. Seramai 34 pelajar atau kira-kira 10% dari mereka, adalah anak-anak dari segenap pelosok Negeri Sabah. Mereka akan meneruskan pengajian di Universiti Teknologi PETRONAS dan universiti-universiti terkemuka di luar negara. Kesemua 18 pelajar lelaki dan 16 pelajar perempuan yang kita raikan hari ini akan menyertai 372 orang pelajar dari Negeri Sabah yang telah mendapat manfaat daripada program penajaan ini sejak tahun 2003.

Para hadirin sekalian,

11. Sepanjang hampir 43 tahun penubuhannya, pelbagai cabaran telah dilalui oleh PETRONAS untuk berada di tahap ini. Harga minyak dunia yang rendah berpanjangan masa kini, ketidaktentuan ekonomi dan geo-politik global yang berterusan, ditambah pula dengan revolusi ekonomi digital yang pesat membangun, telah benar-benar mencabar daya ketahanan PETRONAS.

12. Namun demikian, Insya Allah, kami tetap utuh dengan komitmen terhadap sektor pembangunan pendidikan. Ini adalah kerana kami yakin sepenuhnya bahawa anak-anak kita merupakan harapan kita semua untuk hari-hari mendatang. Saya amat berharap dengan inisiatif-inisiatif seperti ini, PETRONAS dapat membantu negara dalam melahirkan lebih ramai bakat-bakat baru yang boleh dibanggakan.

Pelajar-pelajar dan pelatih-pelatih tajaan PETRONAS,

13. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kerana anda telah dipilih di kalangan ribuan pelajar dan belia di Malaysia sebagai pelajar-pelajar dan pelatih-pelatih tajaan PETRONAS. Hari ini bermulalah satu fasa baru yang memerlukan lebih banyak usaha, ketekunan dan kerja keras. Pastinya, akan ada masa anda terjatuh atau membuat kesilapan. Ini semua adalah lumrah kehidupan. Apa yang lebih penting ialah bagaimana anda bangkit, mengatasi halangan dan terus maju ke hadapan, sambil belajar untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya! Menjadi yang terbaik! The best in class!

14. Saya yakin, asas-asas yang kukuh ini telah disemai di sanubari anda semua sejak kecil lagi, oleh ibu bapa, penjaga serta guru-guru anda. Ingati dan hargailah pengorbanan dan jasa mereka. Tidak kira dari mana kita datang. Apa yang penting ialah apa yang kita lakukan dengan masa yang diberi dalam kehidupan kita. Jadi, janganlah sesekali kita lupakan asal usul kita, terutamanya kepada mereka yang telah membentuk dan membolehkan kita mencapai kejayaan hari ini.

15. Saya berdoa semoga anda semua menjadi insan berjaya yang akan kembali untuk menabur bakti bukan sahaja kepada keluarga dan komuniti anda, malah lebih dari itu, untuk PETRONAS, untuk Negeri Sabah dan untuk Negara kita. SYABAS! We believe in you. Make us proud! YOU CAN DO IT!

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

16. Akhir kata, bagi pihak PETRONAS, saya ingin sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Masidi Manjun kerana sudi meluangkan masa menghadiri majlis pada hari ini. Saya yakin dan percaya kerjasama erat dan padu di antara PETRONAS dan Kerajaan Negeri Sabah serta institusi-institusi berkaitan akan terus dipertingkatkan lagi dan membuahkan hasil yang lebih membanggakan bagi memberi manfaat kepada anak-anak muda Sabah yang bakal menjadi pemangkin dalam mengungguli pertumbuhan ekonomi dan pembangunan modal insan di Negeri Sabah dan Negara kita, insya Allah.

Sekian.
Wabillahi taufik walhidayah, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Leave a Reply



5 × = forty five

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →