Majlis Pelancaran Kembara #mydigitalmaker Bersama PINTAR

May 23, 2017 11:20 am 0 comments

Selasa, 23 Mei 2017
SMK Kompleks KLIA, Nilai, Negeri Sembilan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh,

Salam Sejahtera,

Dan Salam 1 Malaysia,

Yang Berhormat Dato’ P.Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia,

Saudara-Saudari dari Kementerian Pendidikan Malaysia, PINTAR Foundation, Rakan-Rakan Strategik #mydigitalmaker,

Guru-guru yang dihormati – tidak terlewat juga untuk saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang hadir pada hari ini,

Keluarga SMK Kompleks KLIA,

Teman-teman warga kerja MDEC,

Rakan-rakan Media,

Para Hadirin yang dihormati sekalian,

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala, kerana atas izin dan kurnia Nya jua, kita dapat bersama-sama berhimpun di dalam majlis yang sungguh bermakna pada pagi ini.

2. Bagi pihak MDEC, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan untuk menghadiri majlis pada pagi ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks KLIA, Nilai, Negeri Sembilan dan seterusnya merasmikan Program Kembara #mydigitalmaker Bersama PINTAR untuk seluruh negara sebagai satu lagi inisiatif Kerajaan melalui MDEC untuk memperkasakan lagi Teknologi Maklumat atau Information Technology (IT) di kalangan rakyat Malaysia.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian,

LATAR BELAKANG #MYDIGITALMAKER
3. Selaras dengan tanggungjawab MDEC sebagai peneraju agenda ekonomi digital negara yang berwawasan tinggi, Program Kembara #mydigitalmaker Bersama PINTAR ini adalah inisiatif terkini dalam pergerakan #mydigitalmaker. Pergerakan ini yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada bulan Ogos 2016, bertujuan melahirkan generasi Digital Makers di kalangan rakyat Malaysia dan bukan sekadar Digital Users. Generasi muda dewasa kini yang amat minat dengan IT diharapkan dapat memilih bidang IT sebagai laluan kerjaya mereka. Ini amat penting bagi Malaysia mencapai tahap kompetitif dan produktiviti yang tinggi, kerana lebih 90 peratus perkerjaan pada masa akan datang memerlukan tahap kompetensi dalam bidang digital dan inovasi yang tinggi.

4. Dengan adanya pergerakan #mydigitalmaker, Malaysia adalah negara pertama di rantau ASEAN yang merintis kurikulum persekolahan di peringkat awal persekolahan iaitu, seawal darjah satu. Langkah konstruktif yang digerakkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan sokongan MDEC ini akan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar dari hampir 9 ribu sekolah rendah dan menengah seluruh negara.

PENCAPAIAN #MYDIGITALMAKER

5. Pelaksanaan pergerakan #mydigitalmaker setakat ini telah membuka banyak ruang kepada ramai pelajar di Malaysia serta mengetengahkan idea-idea bernas mereka. Izinkan saya berkongsi kejayaan pelajar-pelajar yang telah berjaya mereka cipta melalui pergerakan ini :

a. Pertama, Nur Syaihiarah Binti Jefry, Nathan Liso dan Emelda Lahai dari SMK Riam, Miri, Sarawak, telah menghasilkan ‘Smart Steering Wheel’ yang mampu menghasilkan vibrasi sebagai amaran untuk pemandu yang mengantuk atau keletihan. ‘Smart Steering Wheel’ akan dapat mengesan kadar cengkaman pemandu bagi meng’activate’ vibrasi tersebut. Idea ini tercetus melalui pengalaman mereka sendiri ketika pulang ke kampung bersama keluarga.

b. Kedua, Hadi Syakirin, Cheing Shao Nam, Muhammad Syazwan dan Ahmad Nurawi merupakan pelajar kelainan upaya dari SMPK Vokasional Shah Alam, Selangor. Pelajar-pelajar ini telah mencipta Sistem Penanaman Aqua Ponik Menegak (Vertical Aqua-ponic System) yang mempunyai kelebihan untuk mengawal selia air dan nutrien untuk tanaman secara automatik. Ini dapat menjimatkan masa dan tenaga kerja bagi setiap tanaman.

c. Kejayaan ketiga, Tina Anusia Rani dan Nor Izhan Fazlin adalah Pelajar Tingkatan 4 dari SMK St Bernadette Convent dari Batu Gajah, Perak telah menghasilkan alat Pengesan Ragut. Idea ini terhasil disebabkan pengalaman ibu Tina sendiri yang pernah menjadi mangsa ragut dan ini telah menjadi inspirasi kepada Tina dan Nor Izhan untuk menghasilkan alat yang mampu mengesan dan menghasilkan isyarat menggunakan LED-LED infra-merah dan seterusnya akan menghasilkan bunyi penggera keselamatan jika berlaku kes ragut.

6. Cuba kita semua bayangkan. Pada usia semuda ini, anak-anak dari seluruh pelusuk negara kita telah berjaya mencipta solusi atau penyelesaian untuk menjadikan kehidupan lebih baik dan sempurna. Saya bangga kerana melalui pergerakan ini, ada anak-anak istimewa yang turut berjaya mencipta solusi yang mungkin tidak terpikir dek akal dewasa kita sendiri. Dari testimonial-testimonial ini, saya yakin, generasi muda kini bakal menjadi ahli sains komputer terkenal suatu hari nanti. Saya yakin dan berharap dengan pergerakan seperti ini, Malaysia bakal melahirkan bakat-bakat baru yang ikonik seperti Steve Jobs, Mark Zuckerberg dan Elon Musks. Seperti slogan #mydigitalmaker – “Be a Dreamer, Be a Maker”. Mimpi tidak tinggal sekadar mimpi. They can be turned into reality. YOU CAN DO IT!

Saudara-Saudari,

KEMBARA #MYDIGITALMAKER BERSAMA PINTAR
7. Kami di MDEC berpandangan proses pembelajaran tidak terhad di dalam kelas atau waktu sekolah sahaja. Pelbagai kaedah pembelajaran boleh digunakan untuk menarik minat pelajar. Bagi memberi alternatif kepada pelajar, MDEC bersama PINTAR Foundation memperkenalkan satu inisiatif yang dapat membimbing pelajar meminati bidang IT, iaitu Kembara #mydigitalmaker bersama PINTAR.

8. Kembara #mydigitalmaker bersama PINTAR adalah sebuah bas yang berfungsi sebagai unit pembelajaran mudah alih, atau ‘mobile learning unit’ yang diubahsuai dan telah dilengkapi dengan pelbagai peralatan dan perkakasan agar dapat memberi pendedahan dan peluang kepada para pelajar untuk menceburkan diri dalam alam tekonologi digital. Pendedahan dan peluang yang diberikan ini dapat mengukuhkan pemikiran komputasional di kalangan generasi muda ini dan yang boleh membantu menyelesaikan permasalahan yang menyelubungi manusia sejagat.

9. Kembara #mydigitalmaker bersama PINTAR memulakan siri kembaranya hari ini di SMK Kompleks KLIA. Sekolah ini dipilih untuk pelancaran ini kerana ia dikenalpasti sebagai salah sebuah Sekolah Model #mydigitalmaker. Ini adalah berdasarkan kepimpinan serta komitmen padu sekolah terhadap pendidikan berteraskan teknologi digital dan juga pencapaian taraf 4 bintang dalam Piawaian Kelayakan Sekolah Pintar oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

10. Dari Negeri Sembilan, Kembara #mydigitalmaker bersama PINTAR akan meneruskan siri kembara ke negeri Selangor, Melaka, Johor dan lain-lain negeri sehingga meliputi seluruh Semenanjung Malaysia, dan Insya Allah akan meneruskan siri kembaranya ke negeri Sabah dan Sarawak.

Saudara-Saudari,

11. Selain dari modul pembelajaran, program ini juga dilengkapi dengan maklumat mengenai peluang-peluang kerjaya teknologi digital masa depan serta memberi pengetahuan kepada para pelajar bagaimana mereka boleh menggunakan teknologi secara lebih selamat tanpa sebarang masalah. Contoh terbaik adalah kebolehan untuk menangkas sebarang serangan siber ke atas sistem rangkaian komputer seperti ‘Ransomware WannaCry’ baru-baru ini.

12. MDEC amat berbangga dapat bekerjasama dengan PINTAR Foundation, satu badan yang unggul di dalam bidang pendidikan. Usahasama ini amatlah bertepatan dengan pergerakan ini bagi mendekati pelajar-pelajar, guru-guru dan masyarakat setempat merangkumi kawasan luar bandar, separa bandar dan sekolah berkeperluan tinggi. Inisiatif ini dijangkakan akan memberi manfaat kepada 100,000 pelajar secara berperingkat dalam masa 2 tahun.

13. Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua Rakan Strategik menerusi usahasama Public-Private Partnership, yang telah bersama-sama dengan MDEC untuk merealisasikan projek Kembara #mydigitalmaker ini. Mereka adalah: Microsoft Malaysia, Digi Telecommunications, Google Malaysia, Cytron Technologies, Sasbadi Learning Solutions, Chumbaka, Centilion Robotics, Janalima, Designex3D dan Acestar.

14. Saya amat menggalakkan lebih banyak lagi industri-industri, syarikat-syarikat dan orang ramai untuk tampil ke hadapan dan turut bekerjasama menyumbang kepada pembangunan ‘mobile learning unit’ ini khususnya serta pergerakan #mydigitalmaker secara amnya. Ini adalah amat penting untuk Negara kita. Untuk warisan generasi-generasi akan datang terus relevan dan setanding dengan negara-negara maju.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

HAB DIGITAL MAKER

15. Lebih dari kurikulum di sekolah dan ‘mobile learning unit’ ini, MDEC bersama rakan-rakan strategiknya turut menanam minat para pelajar untuk mempraktikkan kemahiran mencipta secara kreatif melalui program Kelab Digital Maker di sekolah dan Hab Digital Maker dalam komuniti setempat. Inisiatif seperti ini diharap dapat terus mendedahkan para pelajar kepada peluang untuk terus menyelesaikan masalah autentik, berkolaborasi, berkomunikasi bersama rakan-rakan di luar waktu persekolahan, di waktu luang mereka.

16. Hari ini, SMK Kompleks KLIA adalah salah sebuah sekolah di Malaysia yang dipilih untuk menjadi Hab Digital Maker dan menjadi hos kepada komuniti setempat. Sebanyak 33 hab bakal diperkenalkan pada tahun ini di seluruh negara. Melalui Hab ini, pelajar-pelajar akan mempunyai peluang untuk belajar dan mendapat pendedahan luar bilik darjah, selain daripada Kelab Digital Maker yang terdapat di sekolah.

PENUTUP
17. Robotiks, Percetakan 3D, Artificial Intelligence, Virtual Reality, Internet of Things (IoT) dan Big Data Analytics adalah antara revolusi digital baru yang akan mendominasi kerjaya ekonomi digital. Maka, adalah penting bagi kita untuk memastikan tenaga kerja negara kelak mahir dan memiliki ilmu pengetahuan serta pengalaman yang secukupnya.

18. Saya percaya inisiatif ini akan membawa perubahan serta mampu mentransformasikan generasi muda hari ini daripada sekadar pengguna teknologi kepada pereka digital yang berupaya menghasilkan inovasi digital mereka sendiri, sama ada laman web, aplikasi pintar, permainan video dan banyak lagi yang mungkin belum terfikir oleh imaginasi kita. Kami di MDEC akan terus berusaha sebaik mungkin untuk memastikan generasi hari ini dan yang akan datang sentiasa bersedia menghadapi masa depan yang kian mencabar.

19. Akhir kata, bagi pihak MDEC, saya ingin sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Dato’ P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia kerana sudi meluangkan masa menghadiri majlis pada hari ini. Saya yakin dan percaya kerjasama erat di antara MDEC dan Kemeterian Pendidikan, PINTAR Foundation serta lain-lain rakan-rakan strategik akan terus dipertingkatkan lagi dan membuahkan hasil yang membanggakan bagi memberi manfaat kepada anak-anak muda Malaysia yang bakal mengungguli agenda ekonomi digital negara.

Sekian.

Wabillahi taufik walhidayah, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Leave a Reply



seven − = 6

Categories

  • Speeches

    7th Outsourcing Malaysia Excellence Awards 2017

    Thursday, 2 November 2017 Le Meridien Hotel, Kuala Lumpur Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia, Mr Cheah Kok Hoong, Chairman, Outsourcing Malaysia, YBhg Dato’ Lim Han Boon, Organising Chair, Outsourcing Malaysia Excellence Award 2017, Friends and Colleagues in the Global Business Services (GBS) industry, Media partners, Ladies and Gentlemen, Alhamdulillah, let me express my utmost gratitude to Allah Subhanahu Wata’ala, for it is with His Bounty, and His Grace, that all of us are gathered […]

    Read more →
  • Speeches

    Majlis Perasmian Loji Kojana Pengerang Dan Terminal Regasifikasi 2 Oleh YAB Menteri Besar Johor

    Selasa, 24 Oktober 2017 Kompleks Bersepadu Pengerang, Pengerang, Johor Bismillahirrahmannirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Muafakat Johor, Yang Amat Berhormat Dato’ Mohd Khaled Nordin, Menteri Besar Johor, Yang Berbahagia Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah PETRONAS, Yang Berusaha Dr. Badrul Hisham Kassim, Pegawai Daerah Kota Tinggi, Yang Berhormat Dato’ Syed Sis Syed Abdul Rahman, ADUN Tanjung Surat, Dif-Dif Kehormat, Teman-Teman Warga Kerja PETRONAS, Tuan-Tuan dan Puan-Puan […]

    Read more →
  • Speeches

    UTP Convocation 2017

    Sunday, 15 October 2017 Chancellor Hall, Universiti Teknologi PETRONAS, Tronoh, Perak Bismillahirrahmannirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Yang Berbahagia Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Pro Canselor, Universiti Teknologi PETRONAS, Yang Berbahagia Dato’ Raiha Azni Abdul Rahman, Pengerusi Lembaga Pengarah, Universiti Teknologi PETRONAS, Yang Berbahagia Datuk Ir Dr Abdul Rahim Haji Hashim, Naib Canselor, Universiti Teknologi PETRONAS, Ahli-ahli Lembaga Pengarah UTP, Wakil-wakil Universiti, Rakan-rakan Industri, Ahli-ahli Senat, Ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti, Dif-dif Kehormat, Wargakerja Universiti, Dan yang […]

    Read more →
  • Speeches

    The Official Opening Of JULANG Exhibition

    PETRONAS Twin Towers Wednesday, 16 August 2017 Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Negaraku. Yang Berbahagia Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin, President and Group CEO of PETRONAS, and Board Members of PETRONAS, Distinguished Guests, Members of the Media, Ladies and Gentlemen, Alhamdulillah, allow me to express utmost gratitude to Allah Subhanahu Wata’ala, for it is with His Blessings and His Grace, that we are gathered here this evening to launch the JULANG exhibition as part of […]

    Read more →
  • Speeches

    Best Practices for Board Excellence

    The Majestic Hotel, Kuala Lumpur Monday, 7 August 2017 Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia and a very good morning Professor Dr. Randel Carlock, Ladies and Gentlemen, I very much look forward to having this conversation with you today. This is because all of you, with the exception of Dr Carlock, are in an executive position with PETRONAS and/or its subsidiaries; and all are on the board(s) of PETRONAS-related entities. More importantly, you all are on […]

    Read more →
  • Articles & Columns Message from the Chairman of PETRONAS – Hari Raya Aidilfitri 2017

    Message from the Chairman of PETRONAS – Hari Raya Aidilfitri 2017

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. As the month of Ramadan draws to a close for our Muslim friends and colleagues here and around the world, we cannot but reflect on the many global tragedies that took place during this month. Families losing homes and loved ones, natural disasters and terrorist attacks to name but a few. There are also families in migration camps who only had food every other day. In the face of these misfortunes and heartbreaks, here at home, we […]

    Read more →
  • Speeches

    Majlis Penyampaian Anugerah Program Penajaan Pendidikan PETRONAS 2017

    Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP), Batu Rakit, Terengganu Ahad, 18 Jun 2017 Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, dan Salam Negaraku Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu, Yang Berhormat Haji A. Latiff Bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri Terengganu, Yang Berbahagia Dato’ Raiha Azni Binti Abd Rahman, Naib Presiden Kanan, Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, PETRONAS, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Terengganu Darul […]

    Read more →
  • Speeches

    Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah PETRONAS

    Malaysian Petroleum Club, Menara Berkembar Petronas, KLCC Selasa, 13 Jun 2017 Bismillahhirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salah Sejahtera, Salam 1Malaysia Dan Salam Negaraku, YBhg Datuk Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), YBhg Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Barisan kepimpinan tertinggi SPRM dan PETRONAS, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian, Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala, kerana dengan izin dan kurnia Nya jua, kita dapat […]

    Read more →