Majlis Perasmian PETRONAS-SARAWAK FORESTRY Eco Marine Project di Taman Negara Terumbu Karang Miri-Sibuti

October 18, 2016 1:41 pm 0 comments

Selasa, 18 Oktober 2016

Hotel Pullman Miri Waterfront, Miri
 

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum wa Rahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera,

dan Salam 1Malaysia,

Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan bin Haji Satem, Ketua Menteri Sarawak,

Yang Berbahagia Datu Jaul Samion, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja PETRONAS-SARAWAK FORSTRY Eco Marine Project,

Yang Berusaha Encik Adam Yii, Datuk Bandar Miri,

Yang Berusaha Encik Wong Ting Chung, Ketua Pegawai Eksekutif, SARAWAK FORESTRY,

Ketua-ketua Jabatan,

Ketua-ketua Masyarakat,

Warga kerja PETRONAS dan SARAWAK FORESTRY,

Jawatankuasa Penganjur,

Rakan-rakan Media,

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian,

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan kesyukuran kita ke hadrat Allah subhanahu wata’ala kerana atas limpah izin dan kurnia Nya jua, kita dapat bersama-sama berhimpun dalam majlis yang amat bermakna pada pagi ini.

2. Pertama sekali, bagi pihak PETRONAS, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian Datuk Patinggi untuk menghadiri majlis pagi ini dan seterusnya merasmikan projek PETRONAS – SARAWAK FORESTRY Eco Marine. Sesungguhnya, kehadiran Yang Amat Berhormat Ketua Menteri memberi makna yang amat besar kepada semua warga PETRONAS dan SARAWAK FORESTRY yang telah bertungkus-lumus berusaha bagi merealisasikan projek ini. Setinggi-tinggi penghargaan daripada kami semua.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

3. PETRONAS komited untuk mendukung kelestarian pembangunan sosio-ekonomi di Negara dengan menambah nilai kepada setiap sumber minyak dan gas, seiring dengan pembangunan industri lain di sekitarnya. Komitmen ini dipateri dengan memberi tumpuan pelaburan yang berpaksikan kesejahteraan masa hadapan. Ini meliputi inisiatif untuk memelihara dan memulihara khazanah alam semula jadi yang akan diwarisi oleh generasi seterusnya kelak.

4. Di dalam arena pemuliharaan alam sekitar, PETRONAS dan anak-anak syarikatnya telah sekian lama menjalankan pelbagai program-program ‘Tanggungjawab Sosial Korporat’ secara aktif seperti inisiatif pembangunan Piasau Nature Reserve di Miri, di mana PETRONAS telah menyumbang sejumlah RM 5 juta, Projek PETRONAS “Biodiversity, Environmental and Conservation” atau lebih dikenali sebagai Projek BEACON di mana sejumlah RM 10 juta telah dilaburkan di Taman Negara Similajau di Bintulu. PETRONAS juga aktif di Taman Negara Tanah Bencah Kuching melalui Projek Eco Bako; dan Projek Perlindungan Pesisiran Miri yang melibatkan sejumlah RM 35 juta. Inisiatif-inisiatif lain yang aktif dijalankan oleh PETRONAS adalah seperti Program “Water for Life”, Program Eco Camp dan Program 3R ABF yang bertujuan untuk memelihara alam sekitar.

Saudara-Saudari sekalian,

5. Projek PETRONAS-SARAWAK FORESTRY Eco Marine yang akan dirasmikan pada hari ini adalah hasil kerjasama erat PETRONAS dan kerajaan Negeri, dalam usaha pemuliharaan alam sekitar. Projek ini insya Allah akan dapat memelihara Taman Negara Terumbu Karang Miri-Sibuti dengan penggunaan bebola terumbu yang ‘mesra alam’. Ia melibatkan penglibatan masyarakat di dalam aktiviti sampingan projek komuniti, pendidikan kesedaran alam sekitar dan program-program bersama masyarakat.

6. Bebola terumbu yang digunakan ini amat unik, iaitu teknologi berpaten daripada Amerika Syarikat. Ia meniru permukaan terumbu karang sebenar dan dikatakan mampu bertahan selama 500 tahun!

Para hadirin yang dihormati sekalian,

7. Saya difahamkan pada penghujung bulan lepas sejumlah 550 unit bebola terumbu atau “reef balls” telah dilepaskan ke laut berhampiran Sibuti. Sasaran keseluruhan adalah untuk melepaskan sebanyak 1,750 unit bebola terumbu. Selain daripada melindungi terumbu karang dan kehidupan marin, ianya juga akan dapat menjadi sebagai alat penggalak perikanan atau “fish aggregating device” yang mampu menambah kualiti hasil tangkapan nelayan-nelayan tempatan.

Ladies and Gentlemen,

8. Given the current global environment, PETRONAS is experiencing a very challenging period, perhaps never before experienced in its 40 plus years of existence. Despite these challenges, we remain committed to the importance of protecting the environment in a holistic manner. It is our hope that this PETRONAS-SARAWAK FORESTRY Eco Marine Project will successfully spur regeneration of coral reefs. And that it will boost eco-tourism in Sarawak and promote more economic spin-off for the local communities including improvement of fishermen’s livelihoods in Miri and Sibuti.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

9. Sebagai penutup, bagi pihak PETRONAS, saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Hj Adenan Bin Haji Satem, kerana sudi bersama dalam majlis pada pagi ini. Saya yakin dan percaya kerjasama erat di antara PETRONAS dan Kerajaan Negeri Sarawak akan terus dipertingkatkan lagi dalam usaha kita bersama melindungi dan memulihara khazanah alam sekitar negara kita. Lebih daripada itu, saya berdoa kerjasama erat dan ikhlas ini juga akan terus menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan modal insan, dan seterusnya membangunkan industri minyak dan gas tempatan yang mampan dan kompetitif.

Sekian, terima kasih.

Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh.

Leave a Reply



4 + one =

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →