MDEC Ihya’ Ramadhan 2016: Majlis Iftar @ Komuniti

June 10, 2016 7:30 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Tags:

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

YBhg Dato’ Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia,

YBhg Dato’ Yasmin Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif, MDEC,

YBhg Dato’ Mathialakan Chelliah, Ahli Lembaga Pengarah MDEC,

YBhg Dato’ Hj Ibrahim Abdul Rahman, Ketua Pengarah, Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia,

YBhg Dato’ Kamil Othman, Ketua Pengarah, FINAS,

Al Fathil Ustaz Mohamad Faizal bin Malik, Ketua Imam and Pengurus Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya,

Pihak Pengurusan Kanan MDEC,

Wakil wakil dari Pusat Jagaan Telaga Nur Kasih Muhammad, Pusat Jagaan Baitus Sakinah Wal Mahabah, Persatuan Kabajikan Thirumular Malaysia,, Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Rumah Anak Anak Yatim Miskin Taman Baiduri dan Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Permata Hatiku

Dato’ – Dato’, Datin – Datin, Tuan – Tuan dan Puan – Puan, hadirin yang dihormati sekalian,

Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan rahmat-Nya lah kita semua dapat bersama-sama menghadiri majlis berbuka puasa MDEC sempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini.

2. Bagi pihak seluruh warga MDEC, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan untuk hadir ke majlis pada petang ini.

3. Majlis berbuka puasa ini sebenarnya mempunyai dua tujuan, pertamanya pihak MDEC berhajat untuk menyampaikan sedikit sumbangan, sambil meraikan tetamu-tetamu istimewa kami iaitu anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Baitus Sakinah, Rumah Telaga Kasih Nur Muhammad, Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Permata Hatiku Kuala Lumpur dan Selangor, Madrasah Tahfiz Raudhatul Baiduri dan Persatuan Kebajikan Thirumular Malaysia. Kami berharap dengan bantuan dan sumbangan yang diberikan, bulan Ramadan dan seterusnya Syawal yang menjelang akan menjadi lebih bermakna kepada mereka dan dapat disambut dalam suasana yang lebih ceria.

4. Di samping itu, majlis ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada kita semua beramah mesra dan mengeratkan tali silaturrahim. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan semua amat bermakna sekali buat kami, kerana selain menyerikan lagi majlis ini, ia membuktikan wujudnya hubungan erat dan mesra di antara komuniti MSC Malaysia, industri ICT dan masyarakat setempat.

Para hadirin sekalian,

5. Ramadan Al-Mubarak kini kembali memberkati kehidupan kita semua. Selain daripada meningkatkan amalan dan beribadah, bulan Ramadan juga menyeru kita semua untuk bersatu-padu dan bekerjasama sebagai sebuah komuniti. Rasulullah S.A.W. pernah menekankan perpaduan sebagai teras kejayaan dan kemajuan apabila Baginda bersabda “Ibarat seorang mukmin dengan mukmin yang lain ialah sebuah binaan yang terdiri daripada bahan yang saling menyokong antara satu sama lain sehingga tercipta sebuah binaan.” (Hadis riwayat Bukhari). In syaa Allah, usaha perpaduan dan kerjasama sesama kita yang berterusan akan menyumbang kepada perkembangan industri dan pembangunan negara kita.

Para hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

6. Ramadan merupakan satu bulan yang sangat istimewa. Setiap hari di bulan Ramadan adalah peluang keemasan kepada sekalian umat Islam untuk memperoleh kerahmatan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T dalam bulan yang mulia ini.

7. Malam ini kita telah pun berada di malam ke-5 Ramadan. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat meneruskan ibadah puasa dengan azam dan tekad untuk menjadikannya yang terbaik mungkin. Diharap kita semua dapat meningkatkan lagi amalan pada malam-malam Ramadan ini, dan seterusnya marilah kita sama-sama memohon doa agar berkat berpuasa yang kita lalui sepanjang Ramadan Al-Mubarak ini akan memantapkan lagi hubungan sesama kita tidak kira bangsa atau agama, baik sebagai rakan sekerja, sahabat handai dan seterusnya sesama kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini untuk bekerja bersama-sama memakmurkan bumi Allah dengan penuh keikhlasan. In syaa Allah.

Para hadirin dan hadirat sekalian,

8. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini, terutamanya kepada syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia yang turut memberi sokongan untuk majlis malam ini, iaitu Digital Durian dan Animonsta, yang telah bermurah hati menaja sumbangan barangan BoboiBoy untuk tetamu-tetamu istimewa kita dari Pusat Jagaan Baitus Sakinah, Rumah Telaga Kasih Nur Muhammad, Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Permata Hatiku Kuala Lumpur dan Selangor, Madrasah Tahfiz Raudhatul Baiduri dan Persatuan Kebajikan Thirumular Malaysia. Kami harap anak-anak semua turut terhibur dengan kehadiran Boboiboy dan Didi and Friends yang didatangkan khas untuk menambahkan keceriaan majlis ini.

9. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada warga MDEC dan semua hadirin sekalian yang telah meluangkan masa menjayakan dan menyerikan majlis MDEC ini. Semoga kerjasama erat seperti yang ditunjukkan dalam penganjuran majlis ini dapat kita teruskan lagi di masa akan datang.

10. Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan untuk sekali lagi mengucapkan selamat melaksanakan ibadah puasa, dan berdoa agar amal kita diterima dan diberkati Allah SWT. Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Leave a Reply



− 4 = two

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →