Majlis Anugerah Penajaan Pendidikan PETRONAS 2016

June 9, 2016 11:05 am 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh,
Salam Sejahtera,
dan Salam 1Malaysia,

Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap EXCO Pendidikan Negeri Sabah mewakili Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Aman, Ketua Menteri Sabah,

Yang Berbahagia Dato’ Raiha Azni Abdul Rahman, Naib Presiden Kanan, Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, PETRONAS

Dif-Dif Kenamaan,

Ketua-ketua Jabatan,

Rakan-rakan dari PETRONAS,

Rakan-rakan Media,

Tuan-tuan dan Puan-puan serta para pelajar yang dikasihi sekalian,

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah subhanahu wata’ala kerana atas limpah izin dan kurnia Nya jua, kita dapat bersama-sama bertemu di dalam majlis yang amat bermakna ini.

2. Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada umat Islam. Semoga ibadah kita pada tahun ini dapat disempurnakan dengan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya, in syaa Allah.

3. Seterusnya, bagi pihak PETRONAS, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian Datuk Seri Panglima Masidi Manjun untuk menghadiri majlis pada pagi ini. Sesungguhnya, kehadiran Datuk Seri Panglima memberi makna yang sangat besar kepada semua warga PETRONAS, institusi-institusi lain yang turut terlibat terutamanya para pelajar dan ibu bapa yang hadir pada hari ini.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

4. Sejak penubuhannya dalam tahun 1974 sebagai pemegang amanah sumber petroliam Negara, PETRONAS sentiasa komited dan berusaha untuk memastikan sumber ini memberikan manfaat yang maksimum ke arah kemakmuran Negara kita dan kesejahteraan komuniti tempatan dan rakyat Malaysia secara keseluruhan.

5. PETRONAS akan terus memperkasakan Negeri dan masyarakat Sabah melalui inisiatif-inisiatif yang mampan berteraskan tiga fokus utama iaitu Pendidikan, Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat, serta Pemuliharaan Alam Sekitar.

6. Justeru itu, PETRONAS dan anak-anak syarikatnya terutamanya yang beroperasi di Sabah telah sekian lama menjalankan pelbagai program-program ‘Tanggungjawab Sosial Korporat’. Sehubungan dengan ini PETRONAS akan mempergiatkan usaha untuk membantu:

i. Program penajaan Imbak Canyon Conservation Area (ICCA) dan pembangunan Pusat Kajian Imbak Canyon (Imbak Canyon Study Centre) yang berjumlah RM83 juta. Program konservasi ini menjadi asas penting bagi memupuk kesedaran generasi muda hari ini untuk turut sama menggembleng tenaga demi memulihara khazanah alam hutan warisan kita untuk generasi masa hadapan.

ii. Program Sentuhan Kasih PETRONAS pula memberi tumpuan kepada golongan yang kurang berkemampuan seperti bantuan buat pelajar yang kurang berkemampuan dan mangsa bencana alam.

iii. Menyedari kepentingan bekalan air bersih dalam kehidupan harian kita, PETRONAS melalui program “Water For Life” membantu menyediakan bekalan air bersih kepada masyarakat tempatan di Kampung Pinapak, Pitas dan tangki air di Sekolah Kebangsaan Pinapak yang memberi kemudahan kepada pelajar-pelajarnya.

iv. Dalam memperkasakan golongan muda sebagai modal insan, PETRONAS menganjurkan program ‘All About Youth’ yang turut melibatkan anak-anak Sabah dalam menggalakkan mereka berfikir secara kritis dan kreatif dalam melaksanakan projek-projek yang bermanfaat buat masyarakat.

Para hadirin sekalian,

7. Majlis kita pada hari ini merupakan satu manifestasi kepada komitmen PETRONAS di negeri Sabah untuk pembangunan berteraskan Pendidikan yang akan memberi impak positif kepada kemakmuran sosioekonomi jangka panjang rakyat Negeri Di Bawah Bayu ini. Setiap satu program yang dilaksanakan mempunyai pengkhususan dan tahap sasaran yang strategik dan menitikberatkan pembangunan modal insan yang bersepadu dan menyeluruh.

8. PETRONAS melaksanakan pelbagai inisiatif berteraskan pendidikan. Ini termasuk Program Sentuhan Ilmu PETRONAS yang telah melibatkan 9 buah sekolah di seluruh Sabah. Ini bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan di peringkat sekolah rendah dan menengah. Ia mensasarkan pengukuhan asas akademik dan bukan akademik para pelajar yang berpotensi dan yang memerlukan perhatian khas. Sejak tahun 2015, PETRONAS bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah melaksanakan Program BUDI-PETRONAS yang bertujuan untuk mendorong dan memberi peluang kepada anak-anak Sabah daripada keluarga berpendapatan rendah untuk meneruskan kecemerlangan akademik di sekolah-sekolah MRSM di Sabah.

9. PETRONAS dengan kerjasama Yayasan Amir dan Kementerian Pendidikan Malaysia, telah mengadakan Program Sekolah Amanah. Ia adalah satu program untuk memacu transformasi mampan sekolah-sekolah awam melalui perkongsian antara sektor awam dan swasta yang memberi tumpuan kepada kecemerlangan dan pembangunan pelajar secara holistik. Buat masa ini, PETRONAS telah menaja 3 buah sekolah rendah dan 2 sekolah menengah yang membentuk satu kelompok Sekolah Amanah di Negeri Sabah.

10. Menyedari akan pentingnya pembangunan kemahiran teknikal untuk perkembangan industri serta ekonomi Sabah, PETRONAS bekerjasama dengan beberapa buah institusi vokasional di Sabah bagi program Bantuan Penajaan dan Latihan Institusi Vokasional (Vocational Institution Sponsorship & Training Assistance) atau VISTA. Antara institusi yang terpilih adalah Institut Latihan Teknikal dan Perdagangan di Papar; Kolej Yayasan Sabah; Institut Latihan Perindustrian, ILP, Kota Kinabalu; Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu; Giat MARA di Kimanis dan juga Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut.

11. Program VISTA ini melahirkan generasi professional muda yang berkemahiran tinggi dan akan meningkatkan penyertaan anak-anak tempatan dari segenap pelosok masyarakat untuk menyumbang tenaga mahir demi pembangunan industri minyak dan gas serta industri-industri yang berkaitan.

12. PETRONAS amat berbangga dengan tahap kompetensi dan keupayaan tenaga kerja yang telah dapat dimajukan di dalam sektor minyak dan gas tempatan. Kini lebih 75% daripada tenaga kerja di dalam operasi PETRONAS di Sabah adalah terdiri daripada rakyat tempatan Sabah.

13. Selain itu, Program Biasiswa Pendidikan PETRONAS atau lebih dikenali sebagai PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) dilaksanakan bagi membantu pelajar-pelajar terpilih untuk meneruskan pengajian ke peringkat tinggi di dalam dan luar Negara. Tahun ini, PETRONAS menganugerahkan sebanyak 391 biasiswa bernilai RM110 juta kepada pelajar yang layak, termasuk 40 pelajar cemerlang dari Negeri Sabah. Pelajar-pelajar ini akan meneruskan pengajian mereka di Universiti Teknologi PETRONAS, dan juga universiti-universiti terkemuka di luar Negara. Sehingga kini, lebih daripada 700 anak Sabah telah menerima Biasiswa Pendidikan PETRONAS sejak 1975. Antara penerima Biasiswa Pendidikan PETRONAS dari Sabah adalah Puan Emeliana Dallan Rice-Oxley, kini Naib Presiden (Explorasi) di PETRONAS, wanita pertama yang memegang jawatan Naib Presiden untuk portfolio teknikal huluan. Encik Bacho Pilong, lulusan Kejuruteraan Kimia dari University of Texas Austin, USA, kini memegang jawatan Ketua di Bahagian Pengurusan Petroliam Malaysia, PETRONAS dan ramai lagi pelajar tajaan dari Sabah telah meningkat maju bersama PETRONAS.

Para hadirin sekalian,

14. Sepertimana yang kita sedia maklum, industri minyak dan gas sedang melalui tempoh cabaran yang paling hebat dengan kejatuhan mendadak harga minyak sejak pertengahan tahun 2014. PETRONAS tidak terkecuali dalam hal ini. Namun, semangat cekal yang dipamerkan oleh seluruh tenaga kerja kami jelas membuktikan bahawa pelaburan yang paling berharga adalah pelaburan untuk membangunkan bakat modal insan.

15. Meskipun mengharungi pelbagai cabaran, komitmen PETRONAS dalam sektor pembangunan pendidikan masyarakat tetap kukuh. Ini adalah kerana kami yakin bahawa anak-anak kita pada hari ini merupakan bakal pemimpin pada hari-hari mendatang. Adalah tidak mustahil, yang mana di kalangan para pelajar dan pelatih yang bersama kita hari ini, akan satu hari menjadi pemimpin tertinggi PETRONAS dan membawa organisasi ini ke tahap kecemerlangan yang lebih tinggi; atau di lain-lain organisasi.

Pelajar-pelajar dan pelatih-pelatih tajaan PETRONAS,

16. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kerana anda dipilih sebagai pelajar-pelajar dan pelatih-pelatih tajaan PETRONAS. Anda kini memikul tanggungjawab yang amat besar, bukan sahaja kepada PETRONAS, malah ke atas diri sendiri, keluarga dan Negara.

17. Dari sinilah bermulanya titik tolak pengembaraan baru bagi pelajar-pelajar sekalian. Berbekalkan iltizam, keikhlasan dan akhlak yang terpuji, saya yakin anda semua bukan sahaja berupaya menjadi graduan yang berjaya, malah dapat menjadi modal insan contoh yang berketerampilan dan berupaya mengharumkan nama negara.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

18. Sebagai penutup, bagi pihak PETRONAS, saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, kerana sudi bersama kita untuk memberi lebih makna kepada majlis pada pagi ini. Saya yakin dan percaya bahawa kerjasama erat antara PETRONAS dan Kerajaan Negeri Sabah akan dipertingkatkan lagi dalam usaha kita bersama membangunkan industri minyak dan gas tempatan yang mampan dan kompetitif. Lebih daripada itu, saya yakin kerjasama erat dan bersepadu ini juga akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan modal insan yang meliputi segenap industri di negeri Sabah, in syaa Allah.

Wabillahi taufik walhidayah, wassamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.

Leave a Reply



8 × = forty

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →