PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) Award Presentation Ceremony 2016
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh,
Salam Sejahtera,
Dan Salam 1Malaysia,
Yang Berhormat Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, merangkap Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan Menteri Perumahan dan Pembandaran mewakili Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Bin Haji Satem, Chief Minister of Sarawak,
Yang Berhormat Menteri-menteri,
Yang Berbahagia Dato’ Raiha Azni Binti Abdul Rahman, Naib Presiden Kanan, Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, PETRONAS,
Dif-dif Kenamaan,
Ahli-ahli Yang Berhormat,
Ketua-ketua Jabatan,
Pengurusan Kanan PETRONAS,
Rakan-rakan Media,
Tuan-tuan dan Puan-puan,
Pelajar-Pelajar yang dikasihi,
Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah subhanahu wata’ala kerana atas limpah izin dan kurnia Nya jua, kita dapat bersama-sama bertemu di dalam majlis yang amat bermakna ini.
2. Pertama sekali, bagi pihak PETRONAS, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian Datuk Amar untuk menghadiri majlis pada petang ini. Sesungguhnya, kehadiran YB Timbalan Ketua Menteri memberi makna yang amat besar kepada semua warga PETRONAS, institusi-institusi lain yang turut terlibat terutamanya para pelajar dan ibu bapa yang hadir pada hari ini.
3. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Sarawak di atas kemenangan dan mandat rakyat Sarawak yang besar di dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 baru baru ini. Saya yakin dengan visi serta pengalaman dan semangat Kerajaan Negeri Sarawak akan terus pesat membangun menjadi negeri yang lebih maju, lebih makmur dan berpendapatan tinggi, InsyaAllah.
Para hadirin yang saya hormati sekalian,
4. Sebagai pemegang amanah khazanah minyak dan gas Negara dan rakan kongsi Negeri Sarawak, PETRONAS komited dalam memastikan Negeri Sarawak serta rakyatnya mendapat manfaat secara langsung dan tidak langsung daripada Khazanah Negara kita. Bukan sahaja setakat untuk hari ini, tetapi manfaat yang mampan, dan yang mampu menjadi katalis untuk kemajuan Sarawak secara berterusan. This is in line with PETRONAS Mission Statement – “We contribute to the wellbeing of society”. And, THIS IS INDEED THE RIGHT THING FOR US TO DO.
5. PETRONAS telah dan akan sentiasa terus berusaha untuk memperkasakan Negeri dan masyarakat Sarawak melalui inisiatif-inisiatif yang lestari berteraskan tiga fokus utama iaitu Pendidikan, Kebajikan & Pembangunan Masyarakat, serta Pemuliharaan Alam Sekitar.
6. Sehubungan itu, PETRONAS dan anak-anak syarikatnya terutamanya di Sarawak telah sekian lama menjalankan pelbagai program-program ‘Tanggungjawab Sosial Korporat’. Dan PETRONAS akan mempergiatkan lagi usaha untuk membantu:
i. Anak-anak muda Sarawak yang layak dan berpotentsi melanjutkan pendidikan ke peringkat Sarjana Muda di Universiti Teknologi PETRONAS dan juga ke Universiti terkemuka di luar negara;
ii. Pemuliharaan khazanah alam Sarawak yang kaya untuk generasi masa depan. Di antaranya seperti program Biodiversity, Environmental and Conservation Project (BEACON) di Taman Negara Similajau dan Piasau Nature Reserve di Miri yang bertujuan memulihara ekosistem melalui penanaman tukun tiruan bagi menggalakkan pertumbuhan karang laut serta perlindungan kawasan paya bakau; dan,
iii. Masyarakat setempat yang memerlukan pertolongan mendapat perhatian yang sewajarnya. Di antaranya seperti program Kenali Anak Kita PETRONAS yang memupuk kesedaran gejala sosial; program Sentuhan Harapan PETRONAS yang mensasarkan rakyat miskin tegar dengan peruntukan makanan asas serta latihan keusahawanan, dan juga Program Bantuan Bencana PETRONAS.
Para hadirin sekalian,
7. Tujuan utama majlis hari ini adalah untuk meraikan pencapaian pendidikan anak-anak Sarawak. PETRONAS akan terus komited memberi tumpuan kepada Negeri Sarawak melalui inisiatif berteraskan pendidikan yang akan memberikan impak positif jangka panjang.
8. Dalam pembentukan generasi masa depan yang mampu menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan sosioekonomi Negara kita secara berterusan, PETRONAS melaksanakan pelbagai inisiatif berteraskan pendidikan. Ini termasuk Program Sentuhan Ilmu PETRONAS yang bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan di peringkat sekolah rendah dan menengah, dengan mensasarkan pengukuhan asas akademik dan bukan akademik para pelajar yang berpotensi dan memerlukan perhatian khas. Mulai tahun 2015, PETRONAS bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah melaksanakan Program BUDI-PETRONAS yang bertujuan untuk mendorong dan memberi peluang kepada anak Sarawak daripada keluarga berpendapatan rendah untuk meneruskan kecemerlangan akademik di sekolah-sekolah MRSM di Sarawak.
9. Selain itu, Program Biasiswa Pendidikan PETRONAS atau lebih dikenali sebagai PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) dilaksanakan bagi membantu pelajar-pelajar terpilih untuk meneruskan pengajian ke peringkat tinggi di dalam dan luar Negara. Tahun ini, PETRONAS menganugerahkan sebanyak 391 biasiswa bernilai RM110 juta kepada pelajar yang layak, termasuk 36 pelajar cemerlang dari Negeri Sarawak. Pelajar-pelajar ini akan meneruskan pengajian mereka di Universiti Teknologi PETRONAS, dan juga universiti-universiti terkemuka di luar Negara. Sehingga kini 1,306 anak Sarawak telah menerima Biasiswa Pendidikan PETRONAS sejak 1976.
10. Menyedari akan pentingnya pembangunan kemahiran teknikal untuk perkembangan industri serta ekonomi Sarawak, PETRONAS berkerjasama dengan beberapa buah institusi vokasional di Sarawak bagi program Bantuan Penajaan dan Latihan Institusi Vokasional (Vocational Institution Sponsorship & Training Assistance) atau VISTA. Antara institusi yang terpilih adalah Centre of Technical Excellence, atau CENTEX, Sarawak; Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak, AWISAR; Institut Latihan Perindustrian, ILP, Miri; dan juga Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri.
11. Sehubungan dengan ini, sukacita saya maklumkan, pada tahun lepas, Program VISTA telah ditambah-baik dengan penambahan bantuan penajaan untuk para pelatih terpilih yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan. Program ini akan diuruskan bersama-sama dengan Yayasan Sarawak. InsyaAllah, Program VISTA ini akan dapat melahirkan generasi professional muda yang berkemahiran tinggi dan akan meningkatkan penyertaan anak-anak tempatan dari segenap pelosok masyarakat untuk menyumbang tenaga mahir demi pembangunan industri minyak dan gas serta industri-industri yang berkaitan. Majlis hari ini juga akan menyaksikan penambahan 2 lagi insitusi yang terpilih untuk program VISTA ini.
PETRONAS Sponsored Students and Trainees, Ladies and Gentlemen,
12. PETRONAS is currently experiencing a challenging period never before experienced in its 42 years of existence. But the story of PETRONAS isn’t about people who quit when things get tough. It is about people who kept going, who tried harder, who loved this company and country so much that they would do anything and no lesser than their best. PETRONAS is about a dedicated, sincere group of hardworking people, who turned PETRONAS into Malaysia’s only Global Fortune 500 company and a National symbol of pride. In fact, PETRONAS is Global Fortune 68!
13. People who succeed, understand that they can’t let failures define them, but instead, they learned from those mistakes. PETRONAS succeeded because we had brought with us a solid foundation built by our founding fathers. For this reason, PETRONAS remains committed to continue sponsoring students to further their studies despite the current tough times.
14. I believe, all of you joining the PETRONAS family, are examples of what PETRONAS is all about. You would not have achieved all that you have, if you had not learnt from mistakes made along the way. You would not be sitting here today if you had not received the solid foundations instilled unto you by your parents and guardians. Therefore, never forget our roots! It doesn’t matter where we come from, what matters is what we do with our lives. So, never forget our roots, especially of those who enable us to be what we are and what we will be.
15. Hence, I’m calling on each of you to set your own goals for your education – and to do everything you can to meet them. Your goal can be something as simple as doing all your homework or paying attention in class. Show a whole lot more of love to your parents. Whatever you do, I want you to commit to it. I want you to really work hard at it.
16. Being successful is a lot of hard work. Not everybody gets a lucky break to become a Justin Bieber or Iron Man. You will be facing difficulties and adversities in many different forms. You will find some subjects difficult. You may find some assignments overwhelming. Sometimes, you may fail. As the saying goes, if you haven’t made any mistakes, you haven’t tried hard enough. You haven’t given your best. Some of the most successful people in the world are the ones who’ve had the most failures. JK Rowling’s first Harry Potter book was rejected by twelve publishing houses before it was finally published. Leicester City almost got relegated in the previous season before coming back strong in this season to create history by winning the English Premier League for the very first time, with sheer passion and hardwork! This is proof that no one is born being good at things, we become good at things through hard work and perseverance.
17. Don’t be afraid to ask questions. This is very important. Don’t be afraid to ask for help when you need it. Asking for help is not a sign of weakness, it is a sign of strength! It shows that we have the courage to admit when we don’t know something and to learn something new. Find someone you trust, a friend, family or your lecturers and never shy away to ask them to help you stay on track to meet your goals.
PETRONAS Scholars and Trainees,
18. Your journey at PETRONAS has officially begun today! Today, you have fulfilled the dreams of your parents and family to be called a PETRONAS scholar or a PETRONAS Trainee. Today, is also the day you have signed up for greater responsibilities – for yourself, your family and the Nation. The steps you take now, and in the near future will chart the direction and the pace of that journey. So today, I want to ask you, what’s your contribution going to be? To your family. Your village. Your state and Our nation.
19. Your families, your parents, PETRONAS, your state and country are doing everything they can to make sure you have the best education you need, in order to answer these questions. But there is only so much they can do. You as students, as PETRONAS scholars and selected trainees, must do your part too. I expect you to put your best effort into everything you do. PETRONAS expects great things from each of you. So don’t let us down – don’t let your families or your country or yourself down. Make us all proud. We know you can do it! My heartiest congratulations to all recipients. Good luck and ALL The BEST!
Para hadirin yang saya hormati sekalian,
20. Sebagai penutup, bagi pihak PETRONAS, saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri, kerana sudi bersama kita dan memberi lebih makna kepada majlis pada petang ini. Saya yakin dan saya percaya kerjasama erat di antara PETRONAS dan Kerajaan Negeri Sarawak akan dipertingkatkan lagi dalam usaha kita bersama membangunkan industri minyak dan gas tempatan yang mampan dan kompetitif. Lebih daripada itu, saya yakin kerjasama erat dan bersepadu ini juga akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan modal insan yang meliputi segenap industri di Negeri Sarawak dan Malaysia, InsyaAllah.
Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh.