Ucapan Alu-Aluan Seminar Peluang Perniagaan Industri Minyak Dan Gas Sabah

May 21, 2015 12:00 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman,

Yang Berhormat Datuk Raymond Tan Shu Kiah, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah,

Yang Berhormat Menteri-Menteri,
Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Sukarti bin Wakiman, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Yang Berusaha En Mazuin Bin Ismail, Naib Presiden Technical Global, PETRONAS
Yang Berusaha En Rashid Yusof, Naib Presiden Group Supply Chain, PETRONAS
Dif-Dif Kehormat,
Wakil-wakil Media,
Vendor-vendor,
Wargakerja PETRONAS,
Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian,

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah subhanahu wata’ala atas limpah izin dan kurnia Nya jua, kita dapat bersama-sama bertemu di majlis pada pagi ini.

2. Pertama sekali, bagi pihak PETRONAS, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih ke atas kesudian YAB Datuk Seri menghadiri majlis pada pagi ini.

3. Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kementerian Pembangunan Perindustrian negeri serta lain-lain agensi-agensi negeri di atas kerjasama yang begitu baik yang dipanjangkan dalam usaha menjayakan seminar pada hari ini.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

4. Sebagai pemegang amanah khazanah minyak dan gas Negara, PETRONAS komited dan sentiasa berusaha untuk memastikan sumber ini memberikan manfaat yang maksimum ke arah kemakmuran Negara kita dan kesejahteraan komuniti tempatan dan rakyat Malaysia secara keseluruhan. Majlis kita pada hari ini merupakan satu manifestasi kepada komitmen ini.

5. Berteraskan kerjasama erat dan dasar saling mempercayai yang sedia terjalin dengan kerajaan negeri, PETRONAS memfokuskan usaha ke arah kesejahteraan komuniti tempatan di Sabah melalui aspek-aspek peningkatan daya saing vendor tempatan, pembangunan modal insan melalui pendidikan dan latihan teknikal, serta sumbangan tanggungjawab sosial koporat. Ketiga-tiga aspek ini mempunyai potensi untuk meningkatkan daya saing industri minyak dan gas di Sabah secara mampan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

6. Salah satu daripada usaha PETRONAS untuk membina daya upaya vendor tempatan adalah melalui Bengkel Perlesenan seperti yang diadakan pada hari ini. Bengkel ini bertujuan menggalakkan lebih ramai vendor yang layak dari Sabah untuk turut serta dalam usaha memajukan industri minyak dan gas di negeri ini. Saya berharap peningkatan mendadak akan dapat dicapai oleh kontraktor-kontraktor tempatan dalam industri ini.

7. Selain itu, PETRONAS juga telah mengagihkan lebih 70 skop kerja di Sabah eksklusif untuk kontraktor tempatan. Adalah diharapkan pendekatan ini dapat mempergiatkan pembinaan upaya serta daya saing kontraktor tempatan. InsyaAllah, langkah ini dapat membantu pembangunan kontraktor tempatan bukan sahaja di dalam industri minyak dan gas, malah juga untuk mereka terlibat dalam industri-industri lain yang mempunyai skop kerja yang serupa. Bukan sahaja di peringkat negeri Sabah, tetapi juga di peringkat yang lebih luas.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

8. Bengkel pada hari ini juga disertai oleh vendor-vendor yang berdaftar dengan Pusat Pendaftaran Kontraktor-Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA).

9. Melalui bengkel ini, vendor-vendor akan dapat mengetahui dengan lebih terperinci langkah-langkah untuk menyertai bidaan kontrak PETRONAS. Selain daripada PETRONAS, peluang untuk menyertai industri minyak & gas juga terbuka melalui kontrak-kontrak yang ditawarkan oleh rakan-rakan kontraktor pengeluaran bersama, atau Production Sharing Contractors (PSC) seperti Shell, Murphy, Conoco Philips dan JX Nippon Oil yang beroperasi di Sabah. Malah, adalah menjadi harapan PETRONAS agar vendor-vendor tempatan dapat mengasah kemahiran melalui kontrak-kontrak tempatan dan melangkau lebih jauh dan menempa nama sebagai vendor yang kompetitif di persada industri minyak dan gas global.

10. Pada hari in juga, PETRONAS akan menandatangani beberapa kontrak dengan vendor-vendor tempatan yang telah berjaya memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan. Adalah menjadi harapan PETRONAS agar vendor-vendor yang terpilih akan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan pada masa yang sama mempertingkatkan daya saing masing-masing. Saya berharap kelak vendor-vendor ini boleh memberi sokongan dan panduan kepada vendor-vendor tempatan lain yang ingin mengikuti langkah mereka.

11. Majlis ini juga akan menyaksikan penyampaian anugerah vendor cemerlang, atau Outstanding Vendor Award, kepada kontraktor tempatan yang telah memberi perkhidmatan cemerlang kepada anak-anak syarikat Kumpulan PETRONAS di Sabah dan Labuan, iaitu PETRONAS Carigali Sdn Bhd dan PETRONAS Chemicals Methanol Sdn Bhd.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian,

12. PETRONAS sentiasa menitik-beratkan pembangunan sosio-ekonomi di setiap lokasi operasinya. Pelaburan yang berterusan di dalam operasi PETRONAS di Sabah, termasuk Kimanis Power Plant, SAMUR, Sabah Sarawak Gas Pipeline (SSGP) dan Sabah Oil Gas Terminal (SOGT), memberi peluang untuk menjana limpahan ekonomi, atau multiplier, yang besar kepada negeri dan rakyat Sabah. Kerjasama erat yang sedia terjalin di antara PETRONAS dan Kerajaan Negeri akan dapat memastikan projek-projek ini terus menjana peluang pelaburan tempatan, peluang pekerjaan dan pembangunan tenaga kerja mahir dan berdaya-saing di dalam sektor minyak dan gas.

13. Dalam konteks tanggungjawab sosial atau CSR pula, PETRONAS telah pun melaksanakan pelbagai program tanggungjawab sosial di Sabah yang berteraskan kesejahteraan masyarakat, alam sekitar dan pendidikan.

14. Dalam aspek pembangunan modal insan, PETRONAS amat berbangga dengan tahap kompetensi dan keupayaan tenaga kerja yang telah dapat dimajukan di dalam sektor minyak dan gas tempatan. Kini lebih 75% daripada tenaga kerja di dalam operasi PETRONAS di Sabah adalah terdiri daripada rakyat tempatan Sabah. Apabila kita mengatakan ‘sumber manusia adalah sumber yang paling penting untuk syarikat’, ianya bukanlah setakat slogan yang kosong. Kemahiran dan keupayaan sumber tenaga kerja kita akan memastikan kita dapat memaksimumkan hasil daripada sumber semulajadi kita.

15. Selain daripada itu, PETRONAS juga turut terbabit dalam projek Kimanis Power Plant dengan kerjasama Yayasan Sabah. Projek ini membekalkan hampir 300 MW ke dalam grid tempatan dan telah menyumbang ke arah peningkatan kebolehpercayaan dan keselamatan (reliability and security) bekalan elektrik untuk memacu perkembangan ekonomi negeri Sabah.

Hadirin yang dihormati sekalian,

16. Sebagai penutup, bagi pihak PETRONAS, saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, kerana sudi bersama kita pada pagi ini. Saya berharap kerjasama erat di antara PETRONAS dan kerajaan negeri Sabah akan berkekalan, malah akan dipertingkatkan lagi, dalam usaha bersama kita untuk menyumbang ke arah kesejahteraan rakyat dan negeri, melalui pembangunan modal insan serta industri minyak dan gas tempatan yang mampan dan kompetitif, InsyaAllah.

Sekian, Wabillahhi Taufik Walhidayah, Wassamualaikum Warahmatullahhi abarakatuh.

Leave a Reply



8 − = seven

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →