UCAPAN PENERIMAAN ANUGERAH IJAZAH KEHORMAT DOKTOR PENGURUSAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

October 13, 2012 1:00 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia.

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor – Patik menjunjung kasih atas anugerah Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan. Anugerah ini membolehkan patik membawa gelaran Doktor yang akan patik semadi kan dalam jiwa patik dengan menjunjung perkembangan ilmu dan pembangunan Negara hingga ke akhir hayat patik.

Patik memohon perkenan Duli Tuanku untuk patik menyampaikan sepatah dua kata kepada hadirin sekalian.
Ampun Tuanku!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam Sejahtera
Dan Salam 1Malaysia
Pro-Canselor Pro-Canselor Universiti Putra Malaysia

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
Naib Canselor
Naib Canselor- Naib Canselor Institusi Pendidikan Tinggi Awam
Pegawai-pegawai kanan UPM
Para pensyarah, para graduan, ibu bapa dan hadirin yang dihormati sekalian

Alhamdulillah, terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah kurnia dan keizinan Nya jua, kita dapat bersama-sama dalam Majlis yang amat bermakna ini.

2. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Lembaga Pengarah serta Senat Universiti ini, kerana mengangkat nama saya untuk anugerah Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan yang disampaikan kepada saya sebentar tadi.

3. Majlis ini amat bermakna bagi diri saya, kerana dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan. Saya amat berbesar hati di atas penganugerahan ini, dan pada masa sama merasa kerdil.

4. Berbesar hati kerana ini merupakan pengiktirafan terhadap kejayaan Perkhidmatan Awam ketika saya menjawat jawatan Ketua Setiausaha Negara dalam mempertingkatkan tahap perkhidmatannya dan menjadi pemangkin untuk kerajaan merealisasikan agenda Transformasi Kerajaan and Transformasi Ekonomi. Alhamdulillah, kecemerlangan perkhidmatan awam kini terus meningkat sejajar dengan peningkatan daya-saing ekonomi Negara.

5. Pada masa yang sama, saya juga merasa kerdil kerana, pencapaian ini bukanlah sumbangan seorang individu ataupun sekumpulan kecil Pegawai-Pegawai tinggi kerajaan. Pencapaian ini dimungkinkan kerana setiap anggota Perkhidmatan Awam bertekad untuk memudahkan urusan orang awam dengan agensi-agensi kerajaan. Ianya dimungkinkan kerana setiap anggota Perkhidmatan Awam merasakan dirinya bertanggungjawab untuk perkhidmatan yang diberi. Justeru itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada anggota-anggota Perkhidmatan Awam yang masih berkhidmat, mahupun yang sudah bersara.

Hadirin yang dihormati sekalian,

6. Di sini ingin saya berkongsi beberapa faktor yang menjadi asas untuk peningkatan perkhidmatan awam ke tahap yang begitu membanggakan, sehingga menjadi ukuran dan contoh untuk diteladani oleh negara-negara lain. Pada hemah saya, nilai –nilai yang sama juga harus dihayati oleh setiap graduan dalam usaha kita memberi sumbangan yang bermakna dalam membantu Negara kita mencapai Wawasan 2020.

7. Yang pertama adalah nilai pemilikan atau ‘ownership’. Setiap seorang daripada kita mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam membantu mencapai Wawasan negara. Kita juga tidak harus lupa bahawa kita hanya mampu mara ke hadapan dengan kerjasama semua pihak. Bak kata pepatah Inggeris, “We are only as strong as our weakest link.” Saya menyeru para graduan hari ini supaya sentiasa peka terhadap persekitaran kita, dan, InsyaAllah, berusaha membantu mana-mana ahli masyarakat yang mungkin telah ditinggalkan oleh arus kemajuan Negara.

8. Faktor kedua yang ingin saya tekankan adalah pemikiran yang sentiasa mencari dan menilai peluang untuk memudahkan urusan. Bila sesuatu urusan itu dapat dimudahkan, ia bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa urusan tersebut, malah masa yang dijimatkan dapat digunakan untuk urusan-urusan yang lain. Ini secara langsung dapat meningkatkan produktiviti dan prestasi perkhidmatan kita.

9. Yang ketiga, dan pada pendapat saya, nilai yang terpenting adalah integriti. Integriti bukan sahaja bermakna kita menjauhkan diri daripada amalan-amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Dalam konteks yang lebih luas, ia juga merangkumi nilai-nilai taat, jujur dan amanah. Integriti sepatutnya dilihat sebagai asas personaliti kita, dari mana segala tindakan, pemikiran dan perkataan kita tercetus. Integriti adalah satu nilai yang mutlak, yang tidak mempunyai peringkat, sedikit atau banyak.

Hadirin yang dihormati sekalian,

10. Begitulah sedikit sebanyak yang dapat saya berkongsi tentang pengalaman saya dalam mengemudi Perkhidmatan Awam selama lebih-kurang enam tahun. Adalah menjadi harapan ikhlas saya agar apa yang dikongsi dapat memberi dorongan dan menjadi iltizam untuk para graduan pada hari ini.

11. Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Universiti Putra Malaysia atas penghormatan yang diberikan.

12. Tidak lupa saya ingin mengucapkan terima kasih kepada isteri saya Wan Noorlina, anak-anak dan menantu-menantu serta kaum keluarga yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya supaya sentiasa melaksanakan yang terbaik dan melakukannya dengan integriti, InsyaAllah.

Ampun Tuanku,

13. Demikianlah ucapan yang ingin patik sampaikan pada Majlis yang berbahagia ini. Patik sekalian berdoa agar Duli Tuanku senantiasa berada di dalam perlindungan Allah subhanahu wataala dan semoga Universiti Putra Malaysia akan terus berkembang pesat dan maju di bawah naungan Duli Tuanku.
Ampun Tuanku.

Wabillahi Taufiq Walhidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Leave a Reply



one + = 3

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →