Ucapan Alu-Aluan Pada Pembukaan Pameran MY Story: Transformasi Negara

August 30, 2014 7:00 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia;

Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ayub dan Toh Puan Anna Ranee;

Yang Berbahagia Tan Sri Sallehuddin Mohamad, Presiden, Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik;

Tan Sri-Tan Sri, Dato’ Seri-Dato’ Seri, Datuk-Datuk, Tuan-tuan & Puan-puan Saudara-saudari yang dihormati Alumni Pegawai Tadbir & Diplomatik sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah subhanahu wata’ala kerana atas limpah izin dan kurnia Nya jua, kita dapat bersama-sama bertemu di dalam majlis yang amat bermakna ini.

2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin mengalu-alukan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia diatas kesudian beliau menghadiri dan seterusnya melancarkan pameran “My Story” ini, yang dianjurkan bersempena penerbitan buku “At the Forefront of Nation Building – Perspectives from the Administrative and Diplomatic Service”.

3. Saya yakin YAB Dato’ Sri sentiasa mengingati masa-masa berkhidmat dengan PETRONAS sejak tahun 1974, sebelum berkecimpung sepenuh masa dalam politik dan pemerintahan negara mulai 1976. PETRONAS amat bangga mengalu-alukan seorang Alumninya sebagai Perdana Menteri ke Galeri PETRONAS ini. Juga sebagai Menteri untuk PETRONAS!

4. Seterusnya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada YBhg Tan Sri Sallehuddin Mohamed dan seluruh warga kerja Alumni PTD atas inisiatif cemerlang mereka untuk merakam sumbangan Perkhidmatan Awam dalam pembangunan negara. PETRONAS yang merayakan 40 tahun penubuhannya pada 17 Ogos yang baru lalu, dan Galeri PETRONAS, amat gembira dapat bekerjasama dengan Alumni PTD dalam menganjurkan pameran ini. PTD dan perkhidmatan awam sudah sekian lama menjalin kaitan dan bekerjasama rapat dengan PETRONAS, iaitu sejak awal-awal penubuhan PETRONAS lagi, dalam usaha membangunkan negara kita.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

5. Pameran ‘MY Story’ adalah satu perjalanan kembali ke suatu zaman yang sudah lama kita tinggalkan, tetapi saya percaya tidak pernah dilupakan. Masakan boleh lupa asal-usul kita. Hasil karya yang dipersembahkan melalui pameran ini sudah tentu membawa kita ke suatu era di masa lampau yang pasti menggamit memori. Kisah yang diceritakan bukanlah hanya ‘MY Story’ ataupun kisah Malaysia – malah kita pasti merasakan ia juga merupakan kisah kita semua. ‘Our Story.’ Ini adalah kerana naratif kisah sesebuah Negara tidak dapat diasingkan daripada pengalaman rakyatnya dan perjuangan bangsanya. Kisah Negara kita adalah kisah nenek-moyang kita, warisan kita dan kebudayaan kita. Dalam erti kata lain, ‘My story’ is ‘Our story’.

6. Saya yakin ‘My Story’ juga dapat difahami dan dihayati oleh warga PETRONAS. Untuk Negara kita, kemerdekaan pada tahun 1957 dan penubuhan Malaysia pada tahun 1963 hanyalah satu permulaan. Kematangan kita sebagai sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat tidak akan dicapai tanpa penat-lelah setiap rakyatnya dalam mengharungi pelbagai cabaran yang dihadapi, sambil bepegang teguh kepada idealisma Malaysia; seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara. Bagi PETRONAS pula, ‘Petroleum Development Act 1974’ ataupun Akta Pembangunan Petroleum 1974 adalah satu permulaan yang mengamanahkan tanggungjawab untuk membangun dan menambah nilai kepada sumber hidrokarbon Negara ini. PETRONAS hari ini bukanlah hasil PDA 1974 semata-mata – ianya adalah hasil perjuangan pemimpin-pemimpin yang terdahulu, cabaran-cabaran yang diharungi serta visi dan cita-cita yang tidak pernah diragui. Kisah perjalanan PETRONAS juga adalah satu kisah yang memberi inspirasi dan memuaskan – a fulfilling journey.

7. ‘Sumbangan kepada negara’ adalah salah satu objektif yang diambil serius oleh PETRONAS. Galeri PETRONAS dan Dewan Filharmonik PETRONAS, antara lain, bukanlah inisiatif CSR semata-mata. Usaha ini adalah lambang komitmen PETRONAS di dalam mempergiat dan memperkayakan lagi perkembangan industri seni kreatif negara. Platform ini bukan hanya untuk mereka yang sudah menempa nama, tetapi tidak kurang pentingnya juga untuk mencukil dan memupuk bakat terpendam di kalangan artis-artis tempatan. Iaitu sama seperti juga Vendor Development Program. Yang diambil berat. Galeri PETRONAS juga akan terus mengkaji saluran-saluran yang baru untuk membangunkan bakat-bakat muda tempatan sambil memberi mereka platform untuk menjangkau lebih banyak segmen masyarakat kita. Mungkin kita boleh menggunakan kawasan Taman KLCC untuk menggalakkan seni lukisan di kalangan warga kota – ‘Art in the Park’.

8. Adalah menjadi harapan kami agar Galeri PETRONAS akan dapat terus menyumbang dalam perkembangan seni Negara dan juga sebagai medan latihan buat generasi artis akan datang, InsyaAllah.

Wabillahi taufiq, walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Leave a Reply



− one = 8

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →