Peranan Jaringan di Antara Sektor Awam dan Swasta Dalam Meneruskan Agenda Transformasi Negara

March 4, 2014 1:00 pm 1 comment

Share this Article

Author:

Seminar Memacu Kecemerlangan Pentadbir anjuran Persatuan Pentadbir Universiti Putra Malaysia (UPM)

Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Pertama-tamanya saya mengucapkan terima-kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput saya ke Seminar Memacu Kecemerlangan Pentadbir anjuran Persatuan Pentadbir Universiti Putra Malaysia. Tahniah kepada saudara-saudari kerana mengambil inisiatif untuk membincang, dan lebih penting lagi, untuk melaksanakan isu yang begitu besar dan penting ini.

2.     Saya dipinta untuk membincangkan peranan jaringan di antara sektor awam dan sektor swasta dalam meneruskan agenda Transformasi Negara. Tetapi, apakah itu agenda transformasi Negara? Pada fahaman saya, ianya adalah untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, dan seterusnya. Vision 2020, and beyond. Dari segi penanda ukurnya, ini adalah untuk mencapai status Negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020 dan ini diterjemahkan sebagai pendapatan per kapita sebanyak USD15,000. Untuk mencapai matlamat tersebut, Negara perlu melaksanakan transformasi dalam beberapa aspek, iaitu:

2a)   Program Transformasi Ekonomi (ETP)

2b)   Program Transformasi Kerajaan (GTP)

2c)   Program Transformasi Politik (PTP)

2d)   Program Transformasi Sosial (STP)

3.      Inisiatif-inisiatif di bawah ETP dijangka memacu negara ke arah status berpendapatan tinggi menjelang 2020 dan menggerakkan GNI per kapita kepada USD 15,000. Ini dijangka dicapai dengan menarik pelaburan sebanyak USD 444 bilion, yang akan mewujudkan 3.3 juta pekerjaan. Teras utama ETP adalah untuk menjadikan sektor swasta sebagai enjin utama pertumbuhan ekonomi negara.

4.      Manakala GTP pula memberi tumpuan kepada peningkatan sistem penyampaian kerajaan. This was my bread and butter, and still is my passion. GTP mempunyai pelbagai Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian atau MKRA.

5.      PTP pula adalah satu usaha ke arah menggubal pengamalan sistem demokrasi yang lebih matang dan inklusif. Ia mengambil kira aspirasi ke arah sebuah negara Malaysia yang moden, progresif dan maju. Ia juga bertujuan untuk menghapuskan pendekatan bersifat konfrontasi dan menggantikannya dengan dialog dan open engagement. Namun, kita sedar ini adalah satu usaha pengimbangan yang amat sensitif. A fine balancing act. PTP perlu mengimbangi hak-hak individu, kebebasan sivil dan ketenteraman awam.

6.      STP menekankan kesepaduan sosial, kesederhanaan dan kesukarelawanan melalui aktiviti-aktiviti khas dan program-program tertentu.

7.      Keseluruhan pakej transformasi ini amat komprehensif dan merangkumi segenap bidang kehidupan harian kita. Aspirasinya memang tinggi. Ianya merupakan satu usaha untuk reimagine potensi sebenar negara kita, memfokuskan iltizam dan melipatgandakan usaha untuk membangunkan ekonomi Negara.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

8.      Kini sudah hampir lima tahun sejak inisiatif ini dilancarkan. Bagaimanakah pencapaiannya setakat ini? Indeks Persepsi Rasuah, atau Corruption Perception Index yang diterbitkan oleh Transparency International telah meletakkan Malaysia pada tangga ke-56 pada tahun 2009. Tahun lepas kedudukan kita bertambah baik, menduduki tangga ke- 53. Sudah pasti ada orang yang akan mengatakan ini tidak cukup baik. Tetapi ini perception. Maka kita semua perlu bekerja lebih keras untuk memperbaiki perception ini. Kalau boleh, kita mahu menduduki sepuluh tangga teratas.

9.      GNI per kapita kita pada tahun 2009 adalah USD7,590. Pada akhir tahun 2012, ianya telah meningkat kepada USD9,820. Sasaran kita adalah USD15,000 pada 2020. Antara 2009 dan 2013, kita telah mengekalkan kedudukan ke-24 di dalam ranking daya saing ekonomi. Dari segi kebebasan ekonomi pula, kedudukan Malaysia telah bertambah baik dari tangga ke-58 pada tahun 2009 ke tangga ke-37 pada tahun 2013. Pencapaian yang paling membanggakan adalah di dalam ranking ‘Ease of Doing Business Bank Dunia di mana kedudukan kita melonjak dari tangga ke-20 pada tahun 2009 ke tangga ke-6 pada tahun 2013. Mesejnya, inisiatif-inisiatif transformasi kita telah mula membuahkan hasil.

10.   Dengan latar belakang tersebut, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh jaringan di antara Sektor Awam dan Sektor Swasta dalam menyokong dan meneruskan agenda transformasi ini?

11.   Tetapi, kenapa hanya sektor awam dan swasta sahaja? We can, and should, look beyond that at the wider components of our society.  Sudah pasti sektor-sektor lain seperti akademia, media, NGO dan masyarakat sivil juga mempunyai peranan masing-masing di dalam menyokong dan menggerakkan agenda transformasi kita. Ianya adalah pendekatan yang inklusif, bukan setakat sektor awam atau swasta sahaja.

12.   Kita juga harus faham bahawa agenda transformasi ini adalah suatu perjalanan yang panjang. Dan banyak cabarannya. Ianya bukanlah suatu destinasi yang apabila kita sampai kelak, baik 2020 atau lain-lain tarikh, perjuangan kita telah selesai. The idea is to have a transformative mindset that continuously seeks to transform the environment for the better. Agenda transformasi kita adalah sesuatu yang berterusan, sasarannya adalah dinamik. Untuk menjadi lebih cekap, lebih hebat, lebih kompetitif. Oleh yang demikian, kita bukan sahaja perlu melihat peranan kita untuk menyokong dan mencapai agenda transformasi, malah yang lebih penting lagi adalah untuk mengekalkan pencapaian tersebut. To sustain and keep pushing the envelope further. Kita perlu ada mindset yang mendokong matlamat ini.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

KERJASAMA PERINGKAT AWAL

13.   Untuk mana-mana pihak memainkan peranan yang berkesan, kita harus memastikan penyertaan mereka bermula pada peringkat yang se-awal mungkin. Kita mesti melibatkan semua pihak yang berkenaan pada peringkat brainstorming lagi. Ini bukan sahaja akan menghasilkan output brainstorming yang lebih bernas, ia juga akan memastikan buy-in semua pihak untuk peringkat perlaksanaan kelak. Adalah tidak mungkin semua orang akan bersetuju dengan semua tindakan yang dicadangkan, walaupun mereka turut terlibat dalam proses penggubalan sesuatu agenda atau polisi. Tetapi, penglibatan awal bukan sahaja dapat memastikan perbincangan yang lebih komprehensif, tetapi, pada umumnya, juga satu langkah yang strategik untuk memastikan pelaksanaan yang lebih lancar.

14.   PEMANDU dan PEMUDAH adalah contoh jaringan yang terbaik. PEMUDAH, Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, ditubuhkan pada tahun 2007 dengan tujuan untuk memperbaiki sistem penyampaian sektor awam melalui perkongsian Awam-Swasta. PEMUDAH dianggotai oleh 13 Pegawai Tinggi Kerajaan dan 10 ketua-ketua industri.

15.   PEMUDAH menggunakan Indeks ‘Ease of Doing Business’ yang diterbitkan oleh Bank Dunia bagi menilai prestasinya dalam memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan awam. Pada tahun 2007, Malaysia menduduki tangga ke-25 di dunia. PEMUDAH mensasarkan untuk mencapai tangga ke-10 pada tahun 2015. A Big-Hairy-Audacious-Goal atau BHAG. Ramai orang meragui kebolehan kita untuk mencapai sasaran ini.

16. Hari ini, kita telahpun melangkaui sasaran kita. Kedudukan yang lebih tinggi ke 6, lebih awal 2013. Mesejnya: Kita boleh kalau kita mahu. Kalau kita bergerak sebagai satu pasukan. Tetapi kita bukan buat penambah-baikan ini untuk ranking Bank Dunia. Kita buat untuk kebaikan rakyat dan Negara kita.

17.   PEMUDAH adalah satu contoh kerjasama erat di antara sektor awam dan swasta. Di mana kita membincangkan masalah-masalah prosedural dan polisi yang timbul di dalam interaksi di antara sektor perniagaan dan sektor awam. Umpamanya, penyediaan paspot, permit kerja, pendaftaran perniagaan, insolvensi dan pemfailan cukai pendapatan dan perniagaan. Melalui PEMUDAH, sektor swasta dapat memberi pendapat dan cadangan untuk penambah-baikan perkhidmatan awam. Dan apabila sebarang penambah-baikan dilaksanakan, kita mendapat sokongan padu daripada sektor swasta. Sekiranya terdapat sebarang kelemahan dalam peringkat awal pelaksanaan, sektor awam tidak terus dikritik. Sebaliknya, sebagai rakan kongsi, ahli-ahli PEMUDAH dari sektor swasta terus menyokong dan memberi cadangan untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Hampir tujuh tahun selepas penubuhan PEMUDAH, Malaysia kini diiktiraf mempunyai sistem penyampaian perkhidmatan yang cukup cekap. Bank Dunia telah mengiktiraf PEMUDAH sebagai satu model Perkongsian Awam-Swasta (PPP) yang amat berkesan dan patut dicontohi oleh negara-negara lain.

18.   Ahli-ahli PEMUDAH baik dari sektor awam mahupun swasta telah melakukan kesemua ini kerana cinta mereka kepada Negara. Bukan untuk nama atau wang-ringgit. Mereka mahu menyumbang terhadap penambah-baikan. Mereka tidak diberi apa-apa kecuali sekali setahun YAB Perdana Menteri akan hos makan malam untuk mereka dan pasangan. Mereka juga diberi satu tali leher dan cuff-link, untuk lelaki, dan selendang songket untuk ahli perempuan. Itu sahaja yang diperlukan. Saya percaya PEMUDAH, dan semangat PEMUDAH, akan diteruskan.

19.   Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, atau PEMANDU, juga mengambil pendekatan yang sama. PEMANDU banyak mengadakan lab untuk setiap Sektor Fokus di mana peserta-peserta dari pelbagai sektor berkepentingan dijemput untuk memberi pandangan dan maklum balas dalam penggubalan pelan-pelan pelaksanaan ETP dan GTP.

20.   PEMANDU dan PEMUDAH adalah contoh terbaik faedah perkongsian dan kerjasama awam-swasta. Persoalannya, bagaimana pula dengan sektor-sektor lain? Adakah ianya sudah diterima? Adakah ianya diterima dengan semangat dan komitmen yang sama?

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

BIDANG-BIDANG TERPILIH UNTUK JARINGAN AWAM-SWASTA

21.   Seterusnya, saya ingin menggariskan beberapa bidang yang pada pendapat saya adalah sesuai dan mudah untuk jaringan awam-swasta. Apa yang boleh dikatakan sebagaithe low hanging fruits. Ianya merangkumi, Tanggungjawab Sosial Korporat atau CSR, cross – fertilisation, pembangunan kurikulum universiti, peningkatan penyertaan tenaga kerja wanita dan pencegahan rasuah.

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT

22.   Yang pertama adalah CSR. CSR adalah satu topik yang semakin penting di dalam dunia korporat. Dahulu, CSR adalah satu aktiviti sampingan yang diadakan setahun sekali bersama VIP-VIP jemputan, untuk perhatian media. Tetapi kini, CSR telah menjadi sebuah komponen penting dalam imej jenama syarikat. Dengan peningkatan penggunaan internet dan kesedaran masyarakat secara amnya, setiap syarikat mahu dilihat sebagai warga korporat yang bertanggungjawab dari segi sosial, alam sekitar dan etika pengurusan. Setiap syarikat mempunyai pilihan masing-masing untuk aktiviti CSR mereka. Standard Chartered memilih marathon, PETRONAS memilih aktiviti sukan bermotor, CIMB memilih golf dan skuasy. Kebanyakan syarikat besar di Malaysia juga menawarkan biasiswa untuk pendidikan tinggi.

23.   Walau bagaimanapun, kadang-kadang kita melihat hanya beberapa bidang yang dianggap popular menerima banyak perhatian dan sumbangan kewangan, manakala banyak lagi bidang yang mungkin sama layak atau lebih layak dipinggirkan. Dalam hal ini, saya percaya kita mempunyai peluang yang amat besar untuk sektor swasta dan awam bekerjasama. Disokong dengan bantuan penyelidikan akademik yang menyeluruh, kita boleh mengenal pasti bidang-bidang sukan, kesihatan dan kebajikan yang memerlukan sumbangan dan mempunyai potensi untuk ditambah-baik. Kemudian, ianya boleh dipadankan dengan sumbangan dari senarai syarikat sektor swasta yang mempunyai peruntukan.

24.   Sebagai contoh, sukan bola sepak memang sentiasa mendapat perhatian syarikat-syarikat besar disebabkan popularitinya. Pada masa yang sama, terdapat juga sukan-sukan lain yang turut mempunyai potensi. Hasil usaha gigih Nicol David dan Lee Chong Wei, skuasy dan badminton telah mendapat sokongan kuat dan liputan yang luas di media-masa. PETRONAS pula kini menaja beberapa pemandu muda di dalam sukan bermotor. Mungkin tidak lama lagi, kita akan mempunyai seorang warga Malaysia sebagai pemandu F1. Bagaimana dengan sukan-sukan yang lain? Dengan sumbangan dana dan sokongan yang sama, kita juga mungkin boleh menghasilkan jaguh dunia di dalam sukan-sukan yang lain. Apakah usaha-usaha yang sedang dilakukan untuk membuat penyelidikan di dalam hal ini? Kita juga mungkin memerlukan insentif cukai untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta di dalam aktiviti-aktiviti CSR yang kurang popular. Selain daripada sukan, pendekatan yang sama juga boleh memberi manfaat kepada usaha pencegahan penyakit, kebajikan dan isu-isu sosial yang lain. Mesejnya adalah, kerjasama antara sektor awam, swasta dan ahli-ahli akademik mempunyai potensi untuk memastikan pengedaran dana CSR sektor swasta akan menjadi lebih seimbang.

CROSS-FERTILISATION

25.   Yang kedua adalah cross-fertilisation. Ini adalah berdasarkan kepada prinsip bahawa setiap sektor boleh belajar sesuatu daripada sektor lain. Sama seperti manusia. Walau sehebat mana sekalipun seseorang itu, pasti ada kekurangannya. Walaupun setiap syarikat itu adalah pakar dalam bidang masing-masing, pasti banyak yang mereka boleh pelajari daripada sektor-sektor lain. Atau syarikat-syarikat lain. Kalau tidak, masakan Facebook yang mempunyai pekerja seramai 6,300 akan membayar USD19 billion untuk membeli WhatsApp yang hanya mempunyai 55 orang pekerja! Membuat acquisition adalah terlalu mahal, mengambil masa yang lama dan agak kompleks. Cross-fertilisation juga dapat memberikan manfaat yang sama, dan jauh lebih murah! Satu contoh yang lebih dekat dengan kita adalah peralihan Dato’ Sri Idris Jala dan Dato’ Seri Wahid Omar dari sektor swasta ke sektor awam.

26.   Semasa saya menjadi KSN, saya menggalakkan cross-fertilisation di antara perkhidmatan awam dan sektor swasta. Saya mengambil beberapa orang mentee daripada sektor swasta. Dan juga mengambil seorang pegawai dari Shell yang berumur dalam 40-an untuk menjadi mentor saya. Kita mahu sektor swasta memahami selok-belok perkhidmatan awam, bagaimanakah sistem decision-making kita dan limitations yang mungkin tidak wujud dan tidak disedari oleh sektor swasta. Daripada kita merungut setiap kali perkhidmatan awam menjadi sasaran di media massa, lebih baik kita membawa mereka memahami sektor awam dengan lebih mendalam dan membantu kita untuk memperbaikinya. A complaint is a gift. Pada masa yang sama, kita juga mahu sektor awam mempelajari disiplin pengurusan kewangan dan sistem penilaian prestasi individu di sektor swasta. Selain daripada belajar dan mendapat manfaat daripada kemahiran mereka, kita juga dapat memahami antara satu sama lain dengan lebih baik.

27.   Kalau kita mahu Malaysia maju ke hadapan, setiap sektor dalam Negara ini harus maju seiring dengan yang lain. Kemajuan itu tiada ertinya sekiranya hanya satu sektor sahaja yang maju. Atau hanya beberapa syarikat sahaja yang berdaya-saing di peringkat antarabangsa. Untuk mencapai aspirasi Negara maju berpendapatan tinggi, kita mesti maju sebagai satu. 1Malaysia. We must progress as one cohesive Nation.

28.   Saya percaya terdapat banyak manfaat yang boleh diperolehi daripada cross-fertilisation di antara akademia dan sektor swasta, terutamanya dalam bidang R & D. Institusi-institusi pengajian tinggi juga perlu memahami apa yang mendorong pelaburan sektor swasta dalam sesuatu R & D. Mengapa mereka melabur dalam satu projek, dan mengenepikan yang lain? Apakah budaya dan mindset penyelidikan di kalangan sektor swasta di Malaysia?

29.   Bukan sekadar sektor swasta sahaja, malah kita juga harus mengadakan cross-fertilisation di antara institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Walaupun kita bersaing dengan institusi-institusi lain di peringkat domestik untuk menarik tenaga pengajar mahir dan pelajar-pelajar yang cemerlang, kita juga bersaing dengan negara-negara lain untuk menarik pelajar asing. Jadi untuk menghadapi persaingan serantau dan global, kita perlu bekerjasama dan berganding-bahu dengan semua institusi tempatan untuk membina keupayaan dan reputasi Malaysia sebagai hab pendidikan yang tersohor. Tetapi di peringkat domestik, sudah tentu kita bersaing antara satu sama lain. Fenomena ini sudah lama dipraktiskan di dalam industri minyak & gas antarabangsa. Dalam sektor upstream, untuk aktiviti eksplorasi dan produksi, kita adakan joint-venture untuk berkongsi kos eksplorasi yang begitu besar dan juga risiko carigali yang tinggi. Tetapi dalam sektor hiliran, kita membina stesen minyak bersebelahan satu sama lain dan bersaing untuk pelanggan. Tiada apa yang pelik dalam hal ini. Ini merupakan satu pendekatan yang pragmatik.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

PEMBANGUNAN KURIKULUM UNIVERSITI

30.   Aspek yang ketiga untuk kerjasama awam dan swasta adalah dalam pembangunan kurikulum universiti. Keperluan tenaga-kerja setiap industri sentiasa berubah dari masa ke semasa. Apatah lagi dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat. Borderless movement yang kita lihat dalam pergerakan tenaga-kerja dan pelaburan menjadikan setiap industri menjadi semakin kompetitif dan saingannya tidak terbatas kepada pasaran domestik sahaja. Kini, kita boleh bekerja dari mana-mana sahaja. Kita hanya memerlukan sambungan internet dan iPad atau smartphone. Kita boleh collaborate dalam real-time dengan rakan sekerja dari setiap pelosok dunia. Usia CEO-CEO kini semakin menurun setiap tahun. Purata umur CEO syarikat-syarikat S & P 500 telah menurun dari 59 ke 56 dalam tempoh 30 tahun. CEO yang berumur 30 tahun bukanlah sesuatu yang begitu aneh lagi. Pokoknya, realiti di tempat kerja telah banyak berubah. Definisi apa itu ‘tempat kerja’ pun sudah berubah. Persoalannya, sudahkah sistem pendidikan kita berubah mengikut peredaran masa? Ataupun kita masih di takuk yang lama?

31.   Saya rasa kita memang telah melakukan perubahan, tetapi ianya masih tidak mencukupi. Kerana kita masih membelanjakan wang yang begitu banyak untuk graduate employability programmes bagi meningkatkan kemahiran graduan untuk menyertai tempat kerja. Ini bermakna graduan-graduan kita masih belum workplace-ready. Apabila graduan meninggalkan universiti, mereka sepatutnya bersedia untuk memasuki pasaran kerja. Jadi jurang ini kita perlu betulkan. Tetapi apakah caranya?

32.   Sebagai permulaan, kita perlu ada agenda penyelidikan yang komprehensif untuk mengumpul dan memahami segala pelan tindakan dan business plan kerajaan dan sektor swasta untuk meramal  permintaan tenaga kerja setiap industri untuk 15 hingga 20 tahun yang akan datang. Hasil penemuan kajian sebegini boleh menjadi asas yang kukuh untuk Kementerian Pendidikan dan universiti-universiti tempatan menilai-semula secara berterusan, ijazah-ijazah yang ditawarkan. The supply-demand evaluation must be a continuing process. Because the demand is always evolving, supply must try to keep pace. Ini harus diikuti dengan dialog bersama industri untuk fine-tune kesesuaian kandungan kursus mengikut kehendak pasaran. Bukan hanya kandungan teknikal, tetapi juga kandungan kemahiran insaniah, atau soft skills. Masih banyak yang boleh kita lakukan untuk melatih graduan kita dalam aspek work culture, kepimpinan, mindset dan komunikasi. Tetapi ini memerlukan input daripada industri supaya kita dapat memahami kehendak majikan dengan tepat.

33.   Dan apabila kita telah mereka (design) tawaran ijazah kita mengikut kehendak pasaran, kita juga memerlukan sumbangan sektor swasta dalam bentuk delivery partnership. Kita harus menjadikan visiting lecturers dari kalangan pemimpin-pemimpin industri sebagai satu komponen penting dalam penyampaian kursus. Pelajar-pelajar kita harus diberi peluang untuk mendengar terus daripada ketua-ketua industri tentang realiti tempat kerja, potensi untuk pembangunan diri dan ekspektasi majikan. Perkara ini sudah dilazimkan di UTP (Universiti Teknologi PETRONAS).

34.   Satu lagi peluang untuk kerjasama dalam hal ini adalah pembangunan case study untuk membawa dunia korporat ke dalam dewan kuliah. Sejarah korporat Malaysia telah banyak menyaksikan kejayaan yang cemerlang. Dan tidak kurang juga kegagalannya. Case study umpama ini akan menambah nilai pembelajaran di universiti-universiti kita. A lot of lessons to be learnt. And a lot of mistakes to avoid. Semua usaha-usaha ini akan membantu kita mengasuh graduan yang lebih matang, bertanggungjawab dan bersedia untuk menghadapi cabaran dunia pekerjaan. Dan setiap usaha ini memerlukan kerjasama antara sektor swasta, awam dan akademik. Harapan saya adalah, dengan usaha-usaha ini, kita akan menjadikan graduate employability training sesuatu yang tidak relevan di Malaysia.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

MENINGKATKAN PENYERTAAN TENAGA KERJA WANITA

35.   Aspek ke-empat adalah peningkatan penyertaan wanita di dalam tenaga kerja berbayar. Walaupun 68% daripada pengambilan universiti-universiti Malaysia adalah wanita, Malaysia mempunyai penyertaan tenaga kerja wanita yang paling rendah dalam ASEAN pada kadar hanya 48%. Ianya kurang daripada 7% di peringkat Lembaga Pengarah Syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Sekiranya kita mahu mencapai sasaran aspirasi Kerajaan sebanyak 55% penyertaan tenaga kerja wanita dan 30% di peringkat decision-making menjelang 2016, kita memerlukan penyelesaian kreatif. Business unusual. Sasaran ini tidak boleh dicapai dengan usaha Kerajaan semata-mata.

36.   Untuk meningkatkan penyertaan tenaga kerja wanita, kita perlu mengimbangi tanggungjawab keluarga mereka dengan tanggungjawab tempat kerja. Waktu kerja dan tempat kerja fleksibel, kemudahan penjagaan kanak-kanak yang selamat dan berkualiti tinggi serta ‘teleworking’ akan dapat membantu meningkatkan penyertaan wanita dalam pekerjaan berbayar. Ini memerlukan kerjasama di antara sektor awam dan swasta untuk mencari jalan penyelesaian. Antaranya, untuk mengenal pasti lokasi-lokasi di mana kemudahan penjagaan kanak-kanak perlu dibina dan boleh dikongsi di antara syarikat-syarikat yang berminat. Kalau kita mengharapkan setiap syarikat akan membina kemudahan tersebut, mungkin ianya tidak begitu ekonomik. Pendekatan yang sama boleh diambil dalam menyediakan pengangkutan bersama dari kawasan kediaman ke kawasan pejabat; dan dalam pembangunan infrastruktur teknologi untuk meningkatkan penyertaan wanita luar bandar. Potensinya memang besar. Dan tidak terbatas. Yang penting adalah kesediaan semua pihak untuk duduk berbincang dan melihat isu-isu ini sebagai peluang untuk bekerjasama. Bukannya sebagai isu kerajaan. Atau masalah syarikat.

PENCEGAHAN RASUAH

37.   Yang kelima adalah pencegahan rasuah. There is only so much that MACC can do. Usaha pencegahan rasuah hanya akan berkesan sekiranya seluruh ekosistem di negara ini menyokong matlamat pencegahan rasuah. Undang-undang pencegahan rasuah hanya akan berkesan sekiranya setiap warganegara Malaysia bertindak sebagai agen pencegah rasuah. Kita memerlukan ‘mata dan telinga’ di setiap penjuru Negara ini. Dan ini memerlukan penyertaan sektor swasta. Setiap organisasi di Negara ini harus menggubal polisi dan SOP untuk mewujudkan kesedaran dan mendidik kakitangan mereka tentang pencegahan rasuah. Untuk mewujudkan satu budaya di mana perbuatan rasuah akan dipandang keji sama seperti mana-mana kelakuan jenayah yang lain.

38.   Laman web Sistem Integriti Korporat Malaysia menyatakan hanya 353 organisasi sahaja yang telah menandatangani Ikrar Integriti Korporat. Bagaimana dengan yang lain? Bursa Malaysia sahaja mempunyai 818 syarikat-syarikat di pasaran utama. Komitmen syarikat tidak berakhir dengan menandatangani Corporate Pledge sahaja. Corporate Pledge ini hanya satu permulaan. Cabaran pencegahan rasuah ini adalah satu perjalanan yang panjang. Banyak tindakan yang boleh diambil oleh syarikat-syarikat swasta untuk membantu dan menyokong aktiviti-aktiviti pencegahan rasuah. Sebagai contoh, PETRONAS mempunyai dasar ‘tidak menerima dan memberi hadiah’. Dasar ini juga diumumkan melalui semua surat-khabar utama secara berterusan. Pengumuman ini dibuat secara berterusan sebagai peringatan kepada orang ramai, dan warga-kerja PETRONAS sendiri, bahawa PETRONAS tidak akan bertolak-ansur di dalam isu integriti. PETRONAS juga telah meminjam seorang pegawai kanan SPRM, dan melantik beliau sebagai Ketua Pegawai Integriti, atau CIO.

39.   Di sini saya ingin berkongsi sebuah kisah tentang Charles de Gaulle, Presiden Perancis di antara tahun 1959-1969. Dekad 60-an adalah zaman di mana kebanyakan orang dewasa merokok. Tidak ada stigma sosial atau kebimbangan tentang masalah kesihatan akibat merokok. Malah pada zaman itu ramai doktorpun merokok. Sekarang pun! Kalau kita tidak merokokpun, kita mesti simpan ashtray di rumah. Pasti ramai yang masih ingat gula-gula dan chewing-gum berbentuk rokok! Pada masa itu, Charles de Gaulle adalah seorang chain-smoker. Ada rekod mengatakan beliau merokok hampir 80 batang sehari. Pada satu hari, Charles de Gaulle memutuskan untuk berhenti merokok. Dan dia hendak berhenti for good. No lapses.  Tetapi memandangkan begitu ramai orang yang merokok, dia takut dia tidak dapat bertahan lama tanpa rokok dan mungkin akan kembali kepada tabiat merokoknya. Jadi, macam mana dia boleh memastikan dia tidak akan kembali merokok? Charles de Gaulle membuat keputusan untuk mengumumkan bahawa dia sudah berhenti merokok, di dalam sebuah program televisyen nasional. Jadi hampir semua orang di Perancis tahu bahawa Presiden mereka telah berhenti merokok. Sebenarnya, dia belum berhenti merokok lagi. Tapi dia wujudkan satu tekanan untuk dirinya untuk menjauhkan diri dari rokok. Kalau dia teringin sekalipun untuk merokok, macam mana dia hendak merokok? Nanti malulah, sebab dia telah memberitahu satu Negara yang dia telah berhenti!

40. Pendekatan yang sama juga boleh diambil dalam usaha pencegahan rasuah. Apabila seseorang atau sesuatu syarikat mengisytiharkan secara terbuka tentang komitmennya untuk menghindari kegiatan rasuah, melalui Corporate Integrity Pledge,  ianya mewujudkan satu tekanan untuk orang itu atau syarikat itu untuk menjauhkan diri dari rasuah. Kalau seseorang itu disabitkan atas kesalahan rasuah pun sudah cukup memalukan. Bayangkan kalau yang disabit itu adalah syarikat atau orang yang telah secara terbuka mengumumkan kepada dunia pendirian anti-rasuahnya. That is not just embarrassing, it is humiliating! And thats what we need.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

WHATS IN IT FOR ME?

41.   Itulah lima aspek untuk jaringan antara swasta, awam dan akademia, yang pada pendapat saya, boleh membantu agenda transformasi Negara.

42.   Jadi apakah manfaat jaringan ini kepada sektor masing-masing? Menyokong agenda transformasi negara itu memanglah sesuatu yang mulia, tetapi, sudah pasti pertanyaan seterusnya adalah, ‘what is in it for me?’ Saya yakin jaringan antara sektor-sektor ini bukan sahaja membantu agenda transformasi Negara, malah ia juga memberi manfaat kepada setiap sektor yang terlibat.

UNTUK SEKTOR AWAM

43.   Bagi sektor awam, banyak manfaat yang boleh didapati dengan mempelajari disiplin kewangan sektor swasta. Terma-terma seperti customer-focus, employee-value-proposition dan shareholder value maximisation telah lama menjadi nadi penggerak prestasi sektor swasta. Sistem penilaian prestasi individu di sektor swasta juga amat sofistikated dalam mengenal pasti bakat-bakat muda untuk expedited progression. Sistem ini terbukti berkesan dalam meningkatkan prestasi individu melalui gabungan ganjaran kewangan, peluang pembangunan dan tugasan kerja yang mencabar. Sektor awam juga boleh mencontohi amalan-amalan ini. Kita harus rebrand dan menempatkan Perkhidmatan Awam sebagai satu tempat kerja di mana top talents akan diberi peluang menggunakan kreativiti mereka untuk melakukan perubahan kepada sistem penyampaian perkhidmatan awam.  Mungkin satu hari nanti kita akan melihat salah satu agensi atau jabatan kerajaan tersenarai di dalam senarai 20 most exciting places to work in Malaysia.

UNTUK SEKTOR SWASTA

44.   Kerjasama ini juga bakal memanfaatkan sektor swasta. Aktiviti-aktiviti stakeholder management sedang melalui perkembangan yang pesat di dalam sektor swasta. Pada mulanya, hanya pemegang saham sahaja yang diutamakan. Kini tumpuan yang serius turut diberi untuk kebajikan masyarakat setempat di kawasan-kawasan operasi syarikat, isu-isu alam sekitar, dan kesihatan dan keselamatan pekerja. Aktiviti-aktiviti CSR juga terus berkembang. Sukan, warisan budaya, kesihatan, kebajikan, pendidikan dan banyak lagi. Perkembangan ini adalah selaras dengan kehendak semasa. Di sini, sektor awam dapat menyokong sektor swasta dalam peralihan fokus daripada hanya melihat kepada keuntungan syarikat, kepada kepentingan yang lebih luas. Akan bagaimana aktiviti CSR sektor swasta boleh menyokong dan membantu agenda-agenda kerajaan yang bertujuan meningkatkan kemakmuran Negara. Because, in the final analysis, what is good for the wider community, is usually good for the business too.

UNTUK AKADEMIA

45.   Bagi akademia pula, kedua-dua sektor awam dan swasta merupakan pelanggan kita. Adalah menjadi lumrah perniagaan untuk kita benar-benar mendalami keperluan pelanggan dan bekerjasama dalam membangunkan perkhidmatan dan produk yang sesuai dan tepat. Dengan hubungan rapat dan semangat kerjasama, kita boleh memastikan graduan yang dihasilkan kelak adalah kompeten, sesuai dan bersedia untuk menyertai industri. Tidak perlu latihan semula, tidak perlu kursus peningkatan kemahiran dan sebagainya. Out of the graduation hall, into the workplace.

PERANAN PENTADBIR

46.   Dalam perbincangan ini, apakah peranan para pentadbir universiti? Pada pendapat saya, peranan dan tanggungjawab pentadbir adalah sangat besar.

47.   Pentadbir merupakan satu komponen kritikal dalam usaha merealisasikan apa-apa matlamat dan visi sesuatu organisasi. Para pentadbir harus memainkan peranan sebagai fasilitator, penasihat, perunding dan pemboleh. Dalam bahasa Inggerisnya Facilitator, Advisor, Consultant and Enabler. F.A.C.E. Kita perlu memahami aspirasi universiti kita dan memahiri kompetensi yang diperlukan untuk menjadi F.A.C.E. yang cekap dan efektif. Kita mesti tegas dalam melaksanakan dan menguatkuasakan dasar dan garis panduan. Tegas dalam mengekalkan integriti sistem pentadbiran. Pada masa yang sama, pentadbir juga mesti menjadi orang pertama yang mempersoalkan status-quo. Hapuskan prosedur-prosedur yang sudah lapuk dan tidak relevan. Sentiasa mencari peluang untuk memudahkan urusan-urusan universiti. Sentiasa mencari peluang untuk memendekkan sesuatu proses. Tanpa mengkompromi integriti proses tersebut. Dalam erti-kata lain, pentadbir harus melaksanakan peranan yang sama seperti PEMUDAH, di peringkat universiti.

TEN COMMANDMENTS

48.   Di sini saya ingin berkongsi beberapa sifat atau values yang pada pendapat saya amat penting untuk para pentadbir universiti menjalankan tugas mereka sebagai FACE yang efektif. ‘You can call it the ten commandments’. Tapi saya cuma hendak berkongsi lima sahaja pada pagi ini.

49. Yang pertama adalah berfikiran terbuka. Ini bermaksud kita sedia menerima hakikat bahawa kita tidak mengetahui segala-galanya. Mungkin ada orang lain yang mempunyai idea atau cadangan yang lebih baik dan lebih efektif daripada kita. Mereka mungkin mempunyai kompetensi dan pengalaman dari bidang lain yang boleh diaplikasi dalam bidang kita. Ini juga bermakna kita bersedia untuk dicabar dengan pemikiran baru. Pendekatan yang baru. Kita sendiri bersedia untuk mencabar status-quo dalam fungsi kita.

50. Yang kedua adalah integriti. Ini bukan hanya menjauhi rasuah. Rasuah merupakan sebahagian kecil dalam subjek integriti. Integriti bermaksud kita melakukan yang terbaik dalam setiap tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Doing our best is a reflection of our integrity. Integriti bukan hanya dari segi perbuatan tetapi termasuk juga dari segi pemikiran dan pandangan.

51.   Yang ketiga adalah kolaborasi. Ini bermaksud kita bersedia untuk bekerjasama untuk kepentingan bersama. Bukan hanya memikirkan apa yang terbaik untuk unit saya atau jabatan saya tetapi, universiti saya. Kita harus berfikir “apakah yang terbaik untuk pelanggan kita – iaitu pelajar-pelajar kita”. Lebih hebat lagi, bayangkan kalau setiap warga universiti berfikir “apakah yang terbaik untuk sistem pendidikan Negara”. Mesejnya, kita mesti keluar daripada sangkar yang dibina dalam minda kita. Sentiasa berusaha untuk meluaskan sempadan pemikiran kita. Apabila sempadan pemikiran kita meluas, pengaruh kita juga akan meluas, dan kebolehan kita untuk mempengaruhi keputusan juga akan meluas. Inilah minda yang diperlukan untuk Blue Ocean.

52. Yang ke-empat adalah bertindak dengan segera. Kalau sesuatu kerja itu boleh disiapkan hari ini, baik kita siapkan hari ini juga. Kita tidak tahu apa lagi tugas baru, yang mungkin lebih susah, lebih mencabar, akan kita hadapi esok. Kita harus ingat bahawa, apabila seseorang menghantar email, surat atau borang kepada kita, dia sedang menunggu keputusan kita untuk meneruskan tugasnya. Kalau setiap-seorang daripada kita mempunyai empati ini dalam satu universiti, untuk mempercepatkan tindakan masing-masing, bayangkan kesannya kepada keseluruhan jentera pentadbiran universiti tersebut. Then to the industry, then to the sector, then to the nation. It will be infectious. Tapi perubahan ini mesti bermula daripada individu. Setiap seorang daripada kita.

53.   Dan yang kelima adalah inovasi dan kreativiti. Inovasi dan kreativiti datang daripada minda yang sentiasa mencabar norma dan mensasarkan sesuatu yang mustahil. Kalau sasaran kita dianggap realistik, mungkin ianya hanya memerlukan tindakan yang biasa sahaja. Untuk mencetuskan kreativiti dan inovasi, kita perlukan pemangkin. Dan pemangkinnya adalah sasaran yang luar biasa. Impossible dreams and targets. Apabila kita menduduki tangga ke-25 kita sasarkan tempat ke-10! Bukan 20. Bukan 15. BHAG – Big Hairy Audacious Goals.

Para hadirin sekalian,

KESIMPULAN

54.   Agenda transformasi negara adalah satu tanggungjawab yang amat besar. Untuk membangunkan negara, memakmurkan masyarakat dan menyelesaikan sebarang masalah dalam penyampaian perkhidmatan. Penyelesaiannya tidak terletak di bahu Kerajaan atau sektor awam sahaja. The days of government knows best is over. Kini kita sedang menyaksikan satu anjakan paradigma di mana isu-isu yang melibatkan kepentingan masyarakat dan Negara tidak lagi diselesaikan menggunakan model yang didominasi kerajaan sahaja. Masyarakat sivil telah mula memainkan peranan yang aktif dalam isu-isu kepentingan bersama. Begitu juga dengan sektor swasta, NGO, para cendekiawan dan intelek dan usahawan sosial, atau social entrepreneurs. Ini adalah peluang untuk setiap anggota masyarakat dan setiap sektor, sama ada awam, swasta, atau akademia, untuk meningkatkan kerjasama dan memainkan peranan dalam merealisasikan agenda transformasi Negara.

Wabillahi Taufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Leave a Reply



× three = 9

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →