Minda Merdeka – Syarahan Kemerdekaan dan Hari Malaysia

September 27, 2013 10:30 am 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian,

Sudah lebih 56 tahun sejak kalimah ‘Merdeka’ dilaungkan secara rasminya di tanahair kita yang tercinta. Pada zaman kita mencapai kemerdekaan, gelombang kebebasan dan keyakinan diri yang baru ini juga turut dirasai di banyak negara-negara lain yang turut merdeka dari belenggu kuasa penjajah. Antara yang mencapai kemerdekaan sekitar tahun Lima-puluhan adalah – Libya pada tahun 1951, Kemboja dan Laos pada tahun 1953, Maghribi, Sudan dan Tunisia pada tahun 1956, Ghana pada tahun 1957 dan Guinea pada tahun 1958.

2.    Lima puluh enam tahun adalah tempoh yang lama dalam kehidupan manusia. Hampir masanya untuk bersara. Kalau di PETRONAS, sudah satu tahun bersara. Tetapi dalam konteks Kenegaraan, kita masih lagi remaja. Walaupun sudah boleh berjalan dan berlari, tetapi masih lagi mempelajari erti sebenar kemerdekaan dan tanggungjawab. Sudah tentu, kedua-duanya beriringan. Kita tidak dapat memikul tanggungjawab tanpa kemerdekaan. Dan kita juga tidak boleh melepaskan tanggungjawab setelah mencapai kemerdekaan.

3.    Jadi, dalam konteks yang lebih luas, bagaimanakah prestasi kita berbanding dengan negara-negara lain yang turut mencapai kemerdekaan pada dekad yang sama?

4.    Dari segi Pendapatan Negara Kasar (GNI) per kapita pada Pariti Kuasa Beli (PPP), Libya berada di kedudukan tertinggi dengan USD17,560 berdasarkan data terakhir pada tahun 2008. Kita menduduki tempat kedua dengan USD14,230. Menjelang 2012, pendapatan kita telah meningkat kepada USD16,530, manakala data untuk Libya tidak dapat diperolehi kerana konflik dalaman mereka. Besar kemungkinan, kita telah mengatasi mereka. Negara-negara lain dalam kumpulan ini mempunyai purata pendapatan sebanyak USD3,910 sahaja.

5.    Tetapi perbandingan ini hanya dari segi ekonomi, dan sangat berkait-rapat dengan sumber-sumber semulajadi sesuatu negara. Bagaimana dengan parameter yang bergantung lebih kepada keupayaan negara? Dan kecekapan pentadbiran?

6.    Tiada satu pun daripada rakan-rakan yang sebaya kita berada di dalam senarai  ’60 Negara Paling Berdaya Saing’  di dunia. Malaysia berada di kedudukan ke – 15. Dalam carta ‘Ease of Doing Business’, kita menduduki tempat ke-12 di dunia. Tunisia paling hampir kepada kita, pada tangga 50.  Kedudukan ‘median’ negara-negara yang lain adalah 133.

7.    Mungkin ada di kalangan kita yang akan berhujah bahawa Malaysia mempunyai kelebihan kerana kita berada di Asia, rantau yang paling dinamik di dunia dari segi perkembangan ekonomi masa kini. Jadi tidak adil untuk dibandingkan dengan rakan-rakan di Afrika dan Arab. Tetapi Laos dan Kemboja juga berada di Asia!

8.    Ada juga yang menyatakan Malaysia telah dianugerahkan sumber asli seperti minyak dan gas. Bagaimana dengan Libya dan Sudan? Mereka juga turut dianugerahkan sumber yang sama. Malah lebih banyak lagi!

9.    Intipatinya, kita boleh berbangga dengan pencapaian kita setakat ini. Pada pendapat saya, kita telah melakukan yang terbaik. ‘We have been able to punch above our weight’ quite consistently. We can be proud of our achievements. Tetapi itu tidak bermakna kita adalah perfect. Jauh sekali!

10.  Secara global, terdapat 14 negara yang lebih berdaya saing daripada kita. Sebelas negara di mana pelabur boleh berurusan dengan lebih mudah lagi. Lima puluh tiga negara yang mempunyai indeks persepsi rasuah yang lebih baik daripada kita. Purata global bagi kelajuan internet adalah 18 Mbps. Di tempat ke-20, Taiwan mencapai kelajuan pada 31 Mbps. Kelajuan purata kita adalah 3-4Mbps. Jadi, walaupun kita mempunyai banyak pencapaian yang boleh dibanggakan, masih banyak ruang untuk ditambah baik. Mungkin lebih banyak!

11.  Perjalanan kita masih jauh. Apabila pemimpin-pemimpin kita berucap dengan bangganya mengenai pencapaian kita, kita seringkali mendengar suara-suara sumbang yang mengatakan kita tidak boleh jadi sombong dan angkuh kerana kita ‘belum sampai lagi’. Not there yet. Pada hemah saya, kata-kata ini adalah kurang cerdik. Kita boleh berbangga dengan pencapaian kita dan pada masa yang sama dengan rendah diri akui bahawa banyak yang perlu kita lakukan lagi. Ini ibarat peringatan, “Berkerjalah seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beribadatlah seolah-olah kamu akan mati besok pagi”. Tidak ada percanggahan dalam hal ini. Ia menunjukkan keyakinan dan komitmen yang sama untuk duniawi dan akhirat. Untuk kita berbangga dengan apa yang telah kita capai dan rendah diri untuk mengakui banyak lagi yang kita perlu lakukan untuk meneruskan kejayaan. Pencapaian lampau memberi kita keyakinan diri, kekurangan pula memberi kita azam dan motivasi.

 Para hadirin yang saya hormati sekalian,

12.  Bagaimanakah kita sampai ke tahap pencapaian sekarang? Dan apa lagi yang perlu kita lakukan untuk benar-benar menghayati semangat Merdeka?

13.  Perjalanan kita selama 56 tahun yang sudah bukanlah satu yang berlaku secara kebetulan. Kita tidak sampai di sini hanya dengan bergantung harap kepada nasib semata-mata. Kita sampai di sini dengan perancangan yang teliti. Kita berada di sini disebabkan usaha-usaha dan nilai-nilai yang dipegang oleh tokoh-tokoh negarawan, pegawai-pegawai kerajaan dan ketua-ketua komuniti yang terdahulu.

14.  Pemimpin-pemimpin terdahulu telah belajar selok-belok pentadbiran Negara daripada penjajah kita. Penjawat-penjawat awam kita dahulu juga berjaya menggunakan peluang bekerja di bawah penjajah untuk belajar bagaimana pegawai-pegawai British mengemudi pentadbiran awam mereka. Sistem mereka telah begitu matang melalui beratus-ratus tahun pengalaman pentadbiran di serata Komanwel. Orang-orang kita sedar bahawa kita tidak patut malu untuk belajar daripada orang lain, walaupun kita telah ‘Merdeka’. Merdeka bukan bermaksud kita membuang semua yang berasal dari negara asing dan cuba untuk mencipta segala-galanya sendiri. Merdeka is not about reinventing the wheel. Itu bukan ‘Merdeka’ – itu adalah keangkuhan. Kita tidak perlu malu untuk belajar daripada yang terbaik, dan mengaplikasikan apa yang telah terbukti berkesan di negara lain.

15. Pemimpin-pemimpin kita juga menghayati beberapa nilai-nilai murni yang penting dan kritikal dalam membantu pencapaian Negara kita setakat ini. Mereka tidak menganggap perbezaan antara budaya, bangsa dan agama di kalangan rakyat Malaysia sebagai sesuatu yang perlu digembar-gemburkan. Mereka menerima perbezaan ini seadanya dan melihatnya sebagai satu identiti rakyat Malaysia yang layak untuk diiktiraf dan patut diraikan. Perbezaan di antara kita bukanlah satu persoalan tentang betul atau salah. Kita memang berbeza. Accept it and live with it. Minda ‘Merdeka’ tidak melihat keperluan untuk memperlekehkan nilai kepercayaan dan identiti orang lain untuk membuat diri kita berasa lebih mulia. Itu adalah ‘zero-sum game’ yang hanya digunakan oleh orang-orang yang tiada keyakinan diri. Orang yang ‘insecure’. Negara kita Malaysia telah lama diiktiraf sebagai salah satu eksperimen masyarakat berbilang kaum yang paling berjaya di dunia. Label ini memang tepat. Selagi kita menggunapakai nilai-nilai yang sama – iaitu kepelbagaian adalah kekuatan, bukan kelemahan kita, dan terus mengamalkan sikap bertolak ansur – label ini akan berkekalan. Kita tidak patut menggunakan kepelbagaian kaum kita sebagai alasan untuk sebarang kekurangan dalam pencapaian Negara kita. Kepelbagaian ini adalah unik, dan seharusnya menjadi kelebihan kita.

Saudara-saudari sekalian,

16. Selepas 56 tahun Merdeka, dan dikatakan berjaya, namun masih banyak lagi yang sedang kita usahakan – umpamanya Wawasan 2020, GTP, ETP, PTP, memperkasa ekonomi Bumiputera dan pelbagai lagi. Jangan sekali-kali kita tersilap anggapan – memikirkan oleh kerana usaha-usaha kita selama ini telah membawa kejayaan, maka kita boleh meneruskan dengan usaha-usaha yang sama. Kita boleh mengambil ingatan daripada penulisan Dr Marshall Goldsmith ‘What Got You Here Won’t Get You There.’ Strategi-strategi yang kita gunakan sebelum ini bagi mengurangkan tahap kemiskinan dan meningkatkan pendapatan per kapita tidak akan membantu kita untuk melakukan lonjakan yang seterusnya. Tumpuan berterusan kepada komoditi dan sektor pembuatan akan hanya menghasilkan tenaga buruh murah yang kompeten dan berpengalaman sahaja. Ia bukannya resipi untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi. Ia hanya akan menyebabkan kita terperangkap dalam kategori pendapatan pertengahan atau ‘middle-income trap’ untuk sekian lama.

17. Atas kesedaran ini, Kerajaan telah melancarkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).  Kerajaan menyedari yang kita perlu lakukan lebih banyak lagi, dan kita perlu mengubah pendekatan, walaupun kita telah berjaya mengecapi pelbagai kejayaan sebelum ini.

18. Tetapi GTP dan ETP sahaja tidak mencukupi. Kerajaan sahaja tidak memadai. Ia perlu anjakan paradigma seluruh negara. Malaysia bukan hanya terdiri daripada beberapa ratus pemimpin kerajaan dan 1.4 juta penjawat awam yang bertanggungjawab menggerakkan GTP, ETP dan lain-lain transformasi. Malaysia merangkumi saya, anda, keluarga kita, saudara-mara dan rakan-rakan kita. Sektor Awam. Sektor Swasta. Kesemua 29 juta penduduk Negara ini. Untuk mencapai wawasan dan aspirasi Negara, setiap seorang daripada kita juga perlu mempunyai inisiatif transformasi sendiri. Apakah yang boleh kita lakukan, sebagai individu, sebagai sebuah universiti, sebagai pelajar, untuk negara kita. Apakah GTP kita? ETP kita? Program Transformasi Persendirian, atau PTP kita.

Para hadirin yang saya hormati,

19. Sebagai tapak semaian generasi masa depan negara, universiti-universiti kita adalah tempat yang paling tepat – tempat yang terbaik – untuk membentuk ‘Minda Merdeka’. Apabila Negara kita sedang membangun, keperluan pendidikan kita juga terus berubah. Semasa kita berusaha mengurangkan kadar kemiskinan dalam tahun 60-an dan 70-an, tumpuan adalah kepada pendidikan asas. Untuk memastikan setiap kanak-kanak di Negara ini dapat memasuki sekolah. Semasa kita menumpukan perhatian kepada peningkatan pendapatan rakyat dan perkembangan saiz ‘middle-class’ dalam tahun 80-an dan 90-an pula, tumpuan kita beralih kepada meningkatkan bilangan graduan. Kini, apabila kita mengorak langkah ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan, tumpuan pendidikan kita juga perlu beralih kepada peningkatan kualiti graduan melalui inovasi dan kreativiti. Kini, kita memerlukan generasi muda yang mempunyai minda ingin-tahu yang akan berusaha untuk meningkatkan pengetahuan secara berterusan, atau life-long learning. Satu generasi yang akan berusaha untuk mencari penyelesaian kreatif yang baru untuk cabaran-cabaran lama. Untuk cabaran semasa. Dan hari ini lagi sudah mula mencari penyelesaian untuk cabaran-cabaran masa depan. Generasi yang tidak akan takut untuk mencabar status quo, tetapi melakukannya dengan bertanggungjawab. Minda yang bebas meneroka dan mentakrif-semula sempadan imaginasi kita. Kita memerlukan ‘minda Merdeka’ yang akan terbang tinggi, dan mencipta bidang pengetahuan yang baru. It is a ‘Merdeka mind’ that will create new fields of knowledge, beyond the shackles of old practices.

20. Adakah kita menyediakan pelajar dan ahli akademik kita ruang kreatif untuk penerokaan baru? Adakah kita menggalakkan pelajar-pelajar kita untuk mencabar norma-norma yang sedia ada? Jika YA, Alhamdulillah! Jika tidak, saya khuatir kita mungkin masih terikat di takuk lama. GTP dan ETP memerlukan bantuan kita. Kita perlu memperbanyakkan perbincangan yang interaktif dan produktif dan mengurangkan pengajaran yang berorientasikan ‘monolog’. Dan yang bergantung kepada penghafalan.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

21. Memang banyak yang boleh dilakukan oleh Universiti dan ahli-ahli akademik kita. Tetapi itu sahaja tidak mencukupi. Pelajar-pelajar kita juga perlu memainkan peranan mereka. ‘Minda Merdeka’  tidak boleh dipaksa ke atas sesiapa. Ia juga tidak terhasil dengan automatik melalui persekitaran yang kita sediakan. ‘Minda Merdeka’ adalah sesuatu yang perlu dihayati oleh pelajar-pelajar kita. Dan mereka perlu melihat ‘Merdeka’ sebagai satu tanggungjawab, bukan sekadar kebebasan mutlak untuk berucap dan melakukan apa sahaja. Ia adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan secara bijaksana. Kita tidak patut menyamakan Merdeka dengan Dataran Tahrir dan Dataran Taksim.  Atau Dataran Merdeka. Makna Merdeka bukan hanya dengan menentang.

22. Dan apabila pelajar-pelajar kita menamatkan pelajaran di universiti, semangat dan penghayatan yang sama juga perlu dibawa oleh mereka ke tempat kerja masing-masing. Kita harus menjadi penganjur dan fasilitator nilai yang sama di tempat kerja kita. Kemerdekaan yang dituntut dan diterima di kampus harus juga disebarkan kepada yang lain. Rakan sekerja kita, staf-staf kita. What we receive, we must return. What we demand, we must propagate. Barulah kita dapat benar-benar menggalakkan semangat kemerdekaan dalam semua aspek kehidupan, dan di setiap peringkat masyarakat. Mesejnya ialah, semangat kemerdekaan bukan hanya tanggungjawab  kerajaan, yang perlu diagihkan kepada rakyat. Ia adalah tanggungjawab bersama untuk dihayati dan diaplikasi dengan bijaksana.

23.  Selepas meninggalkan persekitaran universiti yang selamat dan terancang, graduan akan melangkah masuk ke dunia luar yang akan mengajukan lebih banyak soalan daripada memberi jawapan. Jangan harapkan profesor dan buku-buku teks, atau nasib semata-mata untuk memberi panduan. Walaupun ramai di luar sana telah mencapai kejayaan dan kekayaan yang mengkagumkan, jarang sekali ianya datang bergolek. In fact, Almost never! Setiap Tan Sri Syed Mokhtar dan Tan Sri Lim Goh Tong mempunyai kisah awal kehidupan yang cukup susah. Albert Einstein melarikan diri dari Negara Jerman ke Amerika Syarikat pada tahun 1933. Beliau membesar di sana dan berjaya membangunkan teori relativiti. Beliau kemudiannya membangunkan prinsip-prinsip bom nuklear di Los Alamos di Amerika Syarikat.

24.  Einstein tidak memerlukan biasiswa untuk pergi ke Paris, London atau Tokyo untuk membangunkan ciptaan baru beliau. Di tahun 1940-an, Negara China, Russia, Jepun, Jerman dan juga UK belum lagi mempunyai teknologi untuk beliau pergi mempelajarinya. Mereka sedang sibuk berperang. Kalau adapun, Einsten tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk pergi belajar. Sebaliknya, beliau menggunakan fikirannya untuk berjalan jauh. Pada Einstein, imaginasi dan fikiran manusia tidak mempunyai hadnya, kecuali kita sendiri yang membina tembok sempadan. Jadi, apabila kita merungut kita tidak boleh mencapai sesuatu tanpa perjalanan sejuta kilometer atau bantuan 10 juta ringgit, kita harus ingat teladan Einstein.

25.  Untuk memperbaiki diri dan mencapai kejayaan, kita perlu bergantung kepada kemahiran, watak dan nilai-nilai murni diri kita sendiri. Untuk bergerak seiring dengan pertumbuhan dan kemajuan semasa, kita mesti membuang acuan lama dan membina acuan diri yang baru. Ini bermakna kita harus bersedia menghadapi risiko yang tinggi dan kegagalan. Abraham Lincoln terpaksa melalui beberapa kekalahan sebelum dilantik menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-16 dan antara yang paling popular dan berjaya.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

26.  Sebaik-baik pemimpin, adalah pemimpin yang bergantung kepada dirinya sendiri. Kekuatan watak dan nilai-nilai murni diri. Saya berdoa agar setiap graduan kita akan mempunyai kekuatan watak Abraham Lincoln dan kekuatan mental, imaginasi dan kreativiti Albert Einstein untuk mempelopori bidang kerja masing-masing.

27. Di sini, saya juga ingin menyentuh tentang peranan Perkhidmatan Awam dalam menyemai erti kemerdekaan?

28. Dalam the Gettysburg Address pada tahun 1863, Presiden Abraham Lincoln, telah menyatakan “This nation, under God, shall have a new birth of freedom – and that government of the people, by the people, for the people, shall not perish from the earth.” Dalam demokrasi, rakyat memilih kerajaan untuk berkhidmat kepada rakyat.  ‘Kerajaan rakyat’ ini mesti mencerminkan aspirasi dan cita-cita rakyat. Apabila kerajaan mengatakan transformasi adalah satu-satunya cara untuk mencapai potensi sebenar kita, untuk kita benar-benar merealisasikan aspirasi ‘Merdeka’, ia semestinya mencerminkan aspirasi rakyat. Kemahuan rakyat.

29. Dalam konteks ini, Perkhidmatan Awam, sebagai perantara di antara ‘government of the people’ dan ‘the people’, perlu berfungsi untuk melicinkan proses transformasi tersebut. Segala perbahasan di Parlimen, program transformasi, Wawasan 2020, strategi dan dasar-dasar kerajaan mempunyai satu matlamat – dan hanya satu matlamat sahaja – iaitu kesejahteraan rakyat. Dan matlamat ini hanya akan tercapai sekiranya perlaksanaan kita cekap. Perkhidmatan kita cekap. Apakah dia Perkhidmatan yang cekap? Perkhidmatan Awam yang memudahkan – bukan menyusahkan – dan memberi respons dengan cepat dan konsisten. Bukan sekali-sekala. Bukan hanya untuk VIP sahaja. Tetapi pada setiap masa. Kepada semua.

30. Kerajaan tidak boleh mencapai cita-citanya, cita-cita rakyat yang memilihnya, untuk merealisasikan potensi sebenar kemerdekaan kita sekiranya Perkhidmatan Awam tidak menunjukkan semangat Merdeka. Bagaimanakah rupa Perkhidmatan Awam yang bersemangat Merdeka? Kerajaan, dan Perkhidmatan Awam, perlu sentiasa bersedia untuk mendengar suara rakyat. The days of “The Government Knows Best” are over. Dalam negara ‘Merdeka’, rakyat mahu didengari, mereka mahu menyumbang idea dan pendapat penyelesaian kepada kerajaan. Perkhidmatan Awam perlu memudahkan proses ini. Tetapi mendengar sahaja tidak mencukupi. Perkhidmatan Awam juga perlu bertindak ke atas idea-idea yang diberi. Sekiranya idea itu baik, ia harus dilaksanakan. Jika idea itu tidak boleh digunapakai, jelaskan mengapa ianya tidak boleh diterima. Dan bila dikatakan sesuatu idea atau pendapat itu kurang bernas, itu bermaksud ada idea yang lebih bagus. ‘Minda Merdeka’ memerlukan penjelasan yang rasional. Penjawat Awam harus mempunyai pengetahuan yang mencukupi dan kebijaksanaan untuk menangani keperluan ini. Kalau penjelasan hanya berpandukan polisi dan prosedur, dan tidak ada rasional, ia bermaksud pemikiran masih di takuk lama.

31. Oleh itu, Perkhidmatan Awam perlu menghayati dan mempraktikkan hakikat bahawa mereka wujud untuk memberi perkhidmatan kepada awam. Kalau kita mahukan rakyat Malaysia menghayati erti sebenar semangat kemerdekaan, berani mencabar status-quo, berani bersuara kerana benar, tidak gentar mengemudi aspirasi Negara, maka setiap penjawat awam juga harus menghayati semangat yang sama.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

32. Merdeka bukan sahaja apa yang kita capai pada 31 Ogos 1957 atau yang kita raikan setiap 31 Ogos atau 16 September. Amat benar apa yang disajakkan Tun Mahathir, “Rupanya selain memerdekakan, mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara.”

33.  Merdeka adalah apa yang kita perlu semai dan semat dalam hati dan minda kita, setiap hari, untuk terus maju sebagai seorang individu dan sebagai sebuah Negara berdaulat. Objektif kita tetap sama, tidak pernah berubah. Matlamat kemerdekaan adalah untuk membina sebuah negara Malaysia yang berdaulat lagi kompetitif yang boleh bersaing dalam pelbagai bidang dan setanding dengan yang terbaik di peringkat global.

Wabillahitaufiq wal hidayah, wassalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Leave a Reply



nine − 2 =

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →