MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG TAHUN 2006 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

July 20, 2007 6:19 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahir rahmanir rahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Y. Bhg. Datuk Hamid Ali
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia

Ketua-Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Pegawai-pegawai Kanan Kementerian dan JUPEM

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah izin dan rahmat Nya, dapat kita berhimpun bersama-sama dalam Majis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2006, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia atau ringkasnya JUPEM pada malam ini.

2. Terlebih dahulu, izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur di atas kesudian menjemput saya dan Wan Noorlina ke majlis ini. Sesungguhnya kesempatan ini amat bermakna bagi saya selaku Ketua bagi Perkhidmatan Awam Malaysia untuk mendekati dan berkenalan dengan saudara-saudari semua.

Hadirin yang dihormati sekalian,

3. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada saudara-saudari yang telah berjaya dipilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2006. Penganugerahan ini merupakan salah satu bentuk penghargaan dan pengiktirafan yang diberikan oleh Kerajaan kepada pegawai dan kakitangan yang telah menunjukkan prestasi kerja dan komitmen yang cemerlang dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

4. Saya percaya saudara-saudari telah dipilih untuk menerima anugerah ini bukan sahaja kerana hasil usaha gigih yang telah dicurahkan, tetapi juga kerana sikap yang positif, keinginan untuk saling bantu-membantu dan semangat kerja berpasukan yang tinggi. Semoga dengan penganugerahan ini, akan menjadi pendorong kepada saudara-saudari untuk terus berusaha dengan lebih gigih lagi bagi mengekalkan kecemerlangan, di samping menjadi pendorong kepada pegawai dan kakitangan yang lain, untuk turut memberikan sumbangan dan komitmen terbaik.

Hadirin yang dihormati sekalian,

5. Apabila bercakap mengenai kecemerlangan, baru-baru ini, di dalam The World Governance Indicators Report 1996 – 2006 yang diterbitkan oleh Bank Dunia, menunjukkan bahawa kualiti perkhidmatan awam negara ini telah bertambah baik, di mana indek bagi keberkesanan Kerajaan telah meningkat ke 80.6 peratus pada tahun 2006 dari 79.1 peratus pada tahun 2005. 6. Peningkatan ini selaras dengan indek yang dikeluarkan oleh Institute of Management Development (IMD), iaitu 53.9 peratus pada tahun 2006 kepada 57.5 pada tahun 2007. Ini bermakna usaha-usaha penambahbaikan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan awam yang dilaksanakan selama ini, telah menyumbang kepada persepsi bahawa prestasi dalam sistem penyampaian Kerajaan telah meningkat.

7. Namun demikian, saya ingin menegaskan bahawa bukan sahaja setakat persepsi yang perlu diperbaiki, tetapi PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN HENDAKLAH BENAR-BENAR DIPERTINGKATKAN supaya para pelanggan yang berurusan dengan agensi-agensi Kerajaan mendapat faedah atau manfaat secara langsung daripada penambahbaikan tersebut.

8. Ekoran daripada persepsi penambahbaikan ini, saya telah diminta oleh pihak-pihak tertentu untuk mengeluarkan kenyataan bagi menyokong laporan tersebut. Namun demikian saya berpandangan biarlah pelanggan kita dan lain-lain pihak yang memberi pandangan mengenai prestasi kita. Tugas kita, dan perjuangan kita ialah untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan awam secara berterusan, dan dengan lebih gigih lagi.

9. Dalam hubungan yang sama, keputusan Kerajaan untuk memberi lonjakan gaji yang begitu besar kepada anggota perkhidmatan awam mulai bulan ini membuktikan bahawa Kerajaan berkeyakinan bahawa kita semua telah memberikan perkhidmatan yang baik dan dengan harapan bahawa ianya akan terus cemerlang untuk meletakkan perkhidmatan awam Malaysia di kalangan perkhidmatan awam yang terbilang di dunia.

10. Justeru, sebagai imbalan balik keyakinan dan kepercayaan Kerajaan kepada kita, saya harap kita semua akan terus bekerja kuat dan memikul tanggung jawab masing-masing dengan lebih bersemangat bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja, di samping membentuk keperibadian dan sahsiah yang tinggi. Saya juga mengharapkan kita semua akan sama-sama mendokong hasrat kerajaan bagi melahirkan penjawat awam yang mempunyai minda dan sikap kelas pertama, Insya Allah.

11. Saya percaya bahawa pemberian kenaikan gaji yang besar ini akan dapat memperbaiki taraf kehidupan anggota perkhidmatan awam kepada satu tahap yang lebih selesa.

Hadirin yang dihormati sekalian,

12. YAB Perdana Menteri sering kali menyatakan supaya sektor perkhidmatan awam mengurangkan karenah birokrasi, membanteras rasuah serta penyalahgunaaan kuasa, melayani pelanggan dengan penuh mesra dan berhemah, sentiasa responsif, berbudi-bahasa dan bersopan-santun, mempunyai sikap ingin membantu dan menolong, mempercepatkan proses membuat keputusan serta mempunyai integriti yang tidak dapat dipersoalkan.

13. Hasrat murni kerajaan ini perlu diberikan perhatian serius oleh semua. Kita perlu berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kita dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik, supaya kehendak serta ekspektasi pelanggan dan rakyat dapat dipenuhi.

14. Sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap perlu, bagi memenuhi tuntutan rakyat dan masyarakat perniagaan yang terus meningkat. Dalam konteks ini, sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap amat diperlukan bagi menjamin kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan negara, termasuk pelaksanaan projek-projek Rancangan Malaysia Ke-9.

Para Hadirin yang dihormati sekalian,

15. Pembangunan modal insan adalah penggerak utama ke arah meningkatkan daya saing dan produktiviti negara. Sejajar dengan itu, kerajaan akan berusaha untuk mempelbagai dan memperbanyakkan program pembangunan modal insan, sama ada melalui kursus atau latihan, bagi memastikan penjawat awam mempunyai jati diri, kekuatan fizikal, mental dan rohani serta berkompetensi tinggi. Kecemerlangan modal insan adalah elemen dan aset terpenting untuk melahirkan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap dan efisien. Justeru, saya berharap agar kita sentiasa meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan, kecekapan, kemahiran dan kemampuan untuk bertindak dengan cara terbaik dalam menyampaikan perkhidmatan masing-masing.

16. Dalam pada itu kita perlu sedar bahawa untuk mencapai tahap kecemerlangan, sesebuah organisasi tidak boleh bergantung kepada kecekapan dan kemahiran segelintir warganya sahaja. Sebaliknya ia memerlukan semua pegawai dan kakitangan bersama-sama berganding bahu dan bekerja sebagai satu pasukan. Oleh itu, walaupun fokus utama sewajarnya ditumpukan kepada peningkatan kompetensi, program-program pembangunan sumber manusia yang lain, yang merangkumi pembangunan spiritual atau kerohanian dan juga fizikal, turut perlu diberikan perhatian.
Hadirin yang dihormati sekalian,

17. Dalam era globalisasi, penggunaan aplikasi ICT merupakan satu medium terpenting dan boleh memberi banyak manfaat dalam meningkatkan prestasi kerja dan sistem penyampaian perkhidmatan. Sistem dan aplikasi ICT yang dibangunkan mampu memendekkan masa prosesan kerja, mudah dan sentiasa boleh dicapai oleh pelanggan.

18. Dalam hal ini, saya amat berbangga kerana JUPEM merupakan salah sebuah Jabatan yang begitu aktif dan maju dalam penggunaan aplikasi ICT. Saya difahamkan bahawa projek-projek JUPEM yang telah dilaksanakan dan berteraskan aplikasi ICT seperti Sistem Pemetaan Berkomputer, Sistem Pengurusan Data Kadaster, Sistem Pemetaan Topografi Berkomputer, JUPEM Geoportal dan MyRTK Net telah memberikan impak positif kepada penghasilan kerja Jabatan dan juga kepada sistem penyampaiannya kepada pelanggan. Selain itu, penghasilan produk seperti e-Map, Peta Berdigit Topografi dan Kadaster serta banyak lagi produk lain telah dapat membantu jabatan dan agensi kerajaan serta pengguna-pengguna lain dalam urusan harian mereka.

Hadirin yang dihormati sekalian,

19. Apabila kita memperkatakan mengenai sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan, satu elemen penting yang tidak dapat kita elakkan ialah aspek integriti penjawat awam. Sehubungan ini, setiap penjawat awam seharusnya mempunyai nilai-nilai amanah, boleh dipercayai, jujur, taat dan mempunyai sifat peribadi yang luhur. Seseorang penjawat awam yang berintegriti ialah seseorang yang sentiasa menghargai serta memelihara kepentingan Jabatan dan hak orang ramai. Bagi memastikan penjawat awam benar-benar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan penuh ketelusan dan kejujuran, aspek integriti dan akauntabiliti perlu terus diperkukuhkan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

20. Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya mengharapkan komitmen dan kerjasama semua anggota perkhidmatan supaya bersungguh-sungguh mengubah imej dan persepsi terhadap perkhidmatan awam, supaya lebih dihormati, cekap dan produktif. Sebenarnya tiada siapa yang boleh membantu kita untuk meningkatkan prestasi dan imej perkhidmatan awam melainkan diri kita sendiri. Semoga usaha-usaha yang sedang dilaksanakan pada masa kini akan diteruskan agar dapat memberikan hasil sebagaimana yang diharapkan.

21. Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada penerima-penerima Anugerah Khidmat Cemerlang tahun 2006 JUPEM.
Sekian,

Wabillahi taufiq walhidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Leave a Reply



eight + 3 =

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →